Thursday, June 17, 2021

New Zealand: Jom Balik Kampung Vol 2/2016 (Caroline Bay)

Jalan-Jalan di Pekan Timaru 

3 Dec 2016 (Sabtu)
Hari ke-4
Ingatkan lepas checkin dan berehat tu, tak keluar dah dari motel. Rupanya keluar lagi ke bandar Timaru. Saja jalan2 cari makan. Di kawasan bandar jalan agak lenggang, biarpun hari masing terang benar. Tapi kalo tengok jam sebenarnya dah malam...kalo kat Sabah dah maghrib dah ni. Timaru merupakan sebuah bandar pelabuhan di wilayah Canterbury, kira-kira 196 km di timur laut Dunedin. Ia dibina di atas bukit yang terhasil dari aliran lava gunung berapi Mt Horrible yang telah pupus. Sebab tu kebanyakan jalan utamanya beralun, berbeza dengan kawasan di sebelah utara Canterbury yang mempunyai tanah rata.
Timaru bergatung kepada sumber ekonomi dari sektor pertanian dan pelabuhan. Pelabuhan yang terdapat di Timaru merupakan salah satu pelabuhan kargo utama di South Island. Ini jelas dapat dilihat apabila sejumlah kilang pembuatan ringan yang berkaitan dengan perdagangan eksport dan import dibina di sini. Sebahagian besar kilang ini memfokuskan kepada aktiviti pemprosesan, pembungkusan, pengedaran daging, tenusu dan hasil pertanian lain. Banyak kawasan traikan pelancong yang boleh kita lawati di sini antaranya ialah Muzium Canterbury, Galeri Seni Aigantighe, Taman Botanical dan lain-lain lagi.
Dah puas jalan-jalan, kami pegi cari restoran halal dalam apps. Ini salah satu yang tersenarai, jadi kami pegi ke sana. Nama restoran ni Istanbul Turkish Kebabs. Sebenarnya depa ni macam dah nak tutup, macam dah bersihkan lantai, kemas meja...tapi bila nampak kami sampai depa suruh je masuk.
Sunyi tak de orang sebab dah malam agaknya ya. 

Caroline Bay
Pantai Teluk Caroline merupakan pantai paling popular di South Island. Ia menduduki rangking ke-4 dalam tinjauan di website FB AA Traveller, kerana ia mudah dikunjungi. Oleh kerana kedudukannya yang berada di teluk, maka pantai ini terlindung oleh benteng pelabuhan. Kami datang ke sini bertujuang untuk melihat penguin kecil balik ke sarang. Teluk Caroline juga merupakan salah satu penempatan bagi penguin. Lama kami menunggu, ditambah pula sejuk dari angin laut, menyebabkan kami hampir berputus asa.
Kalo jalan sampai ke depan tu akan nampak ramai orang memancing. Penguin membina sarang di celah batuan di pinggir laut ni atau di kawasan pantai
Senja
Mungkin rumput ni yang katanya ditanam semula untuk mengikat pasir asli supaya tak berlakunya hakisan.
Kami berlatarbelakangkan mentari senja
Senja
Dari kawasan parking, kena lalu sini menuju ke pantai
Sudah mula gelap
Cantik tempat ni...
Akhirnya yang ditunggu sudah sampai....Kelihatan 2 beradik berlari terkedek-kedek dari laut..Comel!

Tamat untuk cerita hari ni . jumpa lagi cerita hari esok...
Bersambung....

Rujukan:
https://www.timaru.govt.nz
https://en.wikipedia.org/wiki/Timaru

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...