Saturday, April 15, 2017

Mengejar Sakura di Xian, China : Part 3: Bermulanya Sesi Mengenal Jalan...

20 Mac 2017 (Isnin)
Hari-2

Bell Tower & Drum Tower

Selesai semuanya, maka pada jam 3 petang kami bergerak memulakan sesi mengenal jalan. Di kaunter hostel KH bertanyakan ke mana arah menuju ke stesen metro. Kenapa perlu cari stesen metro? kena naik metro lagi ke? Cari stesen metro sebab di situ la punca arah menuju ke Bell n Drum Tower. Kebetulan Han Tang Inn Hostel tempat kami menginap ni terletak berdekatan dengan kedua2 bangunan bersejarah ni. Jalan kaki je.

Ok jom pg cari stesen metro….
Keluar aje dari pintu hostel amik arah kiri. Jalan kaki sampai hujung lorong. Sepanjang lorong kecil ni, kiter boleh nampak sebelah kanan ader kedai makan kecik2, sebelah kiri pula ader kedai dobi, kedai buah, kedai runcit, pun kecik2 juga. (Kat hujung lorong ni ader nama jalan “Nan Xin Jie”, sebelah kiri ader kedai runcit kecil.) Bila sampai hujung lorong, ambil pula arah kiri lagi sekali. Jalan kaki sampai hujung simpang. Bila tiba hujung simpang, kat depan tu kiter akan nampak logo jenama “apple” kat satu bangunan besar (jual handphone). Ok amik arah kanan pula. Jalan kaki lagi sampai hujung simpang. Sepanjang jalan ni kiter akan jumpa 2 restorant halal. Kami pernah masuk untuk makan2 kat restorant Halal yang kecik tu je. Restoran Halal yang satu lagi tak penah masuk makan2 tapi depa yang lain selalu je beli kuih muih. Kuih cakoi pun ader, sedap agak rangup. Ok sambung, bila tiba di hujung simpang bermakna kita sudah tiba di jalan raya besar. Dari sini dah ble nampak dah stesen metro Zhonglou Zhan. Ambil arah kanan menuju ke stesen metro tu. Sape2 yang penah pg China, mesti tau kan yang China ni terkenal dengan Sistem pengangkutan awam yang sangat mengkagumkan. Semuanya tersembunyi di bawah tanah. Jadi bila aku kata stesen metro tu harap semua ble faham bahawa ianya hanya sebuah tangga, bukannyer bangunan besar. Hehehhe…..

Bila jumpa tangga tu, turun la bawah. Stesen metro ni bersambung dengan laluan bawah tanah. Oleh sebab kiter tak naik metro maka kiter perlu jalan kaki menuju ke laluan bawah tanah. Jalan sampai hujung bangunan atau cari exit B. bila tiba di exit B (hujung bangunan bermakna kita sudah tiba di laluan bawah tanah. Laluan bawah tanah ni pula ditandai dengan nombor. Dari No. 1- No. 9. Laluan bawah tanah ni kalo ko tak masuk mana2 exit, inshaallah ko takkan sesat punya. Dua2 pintu besar exit No 1 dan No. 9 akan membawa kiter keluar ke dataran menuju ke Drum Tower. Ok cari pintu No 9. lagi dekat menuju ke Drum Tower. Keluar pintu no 9, kiter akan nampak 1 dataran yang mana starbucks di sebelah kanan dan di sebelah kiri ader tangga. Dari starbucks ni jalan kaki terus ke depan, dari sini dah nampak dah Drum Tower tu. Kalo kat China ni agak jarang kiter nampak orang melintas jalan raya di tengah2 kesibukan lalulintas kete, bas, motosikal... agak bahaya sebenarnyer atau mungkin bakal di denda sekiranya melintas jalan raya. Sebab tu kerajaan China buat laluan bawah tanah. Sebab tu kadang2 ader sesetengah tempat/ bandar kiter tak nampak orang, macam bandar tu kosong, tak ramai penduduk, tapi bila kiter pegi ke laluan bawah tanah di mana di tempatkan stesen metro...haa...kat situ la baru kiter nampak ramai orang. 

Laluan yang selalu di jejaki samada nak balik atau baru nk bepergian ke mana2
Belakang kami tu penghujung simpang terakhir untuk menuju ke stesen metro. Nampak tak kedai warna merah di sebelah kanan tu? Bila sampai sana amik arah kanan menuju ke stesen metro. Dr sini dah nampak dah stesen metro tu. 
Yeahh...dah sampai stesen metro. Yang kat belakang kami tu merupakan tangga menuju ke stesen metro. Kat Xian (atau mana2 tempat kat China) Kiter akan jumpa banyak tangga macam ni. Kalo ader tanda merah kat gerbang tangga tu, itu bermakna stesen metro (ader nama stesen juga). kalo jumpa tangga macam ni tapi kosong tak der gerbang warna merah itu bermakna tangga menuju ke laluan bawah tanah. Kadang2 ia bersambung dengan laluan menuju ke stesen metro, ader sesetengah laluan tak bersambung. Makna nya ia hanya laluan bawah tanah yang di dalamnyer ader beberapa pintu yang membawa kiter keluar ke mana2 tempat yang ingin kiter pergi. 
di stesen metro bawah tanah


Yg ini aku maksudkan dataran tu. Keluar dr pintu NO.9 kiter akan jumpa starbucks sebelah kiri KH ni tapi tak nampak dalam gambar. Jalan terus. Kalo perasan sebelah kanan dinding warna merah tu ader 1 lorong yang akan membawa kiter ke Drum Tower 
Oleh sebab ini hari pertama, maka pilihan yang ada ialah bangunan yang paling dekat di mata itu lah yang terlebih dahulu dikunjungi. Jadi kami sepakat pilih untuk melawat Drum Tower dahulu. Padahal pada hari2 yang mendatang, tempat ni memang dah jadi sebahagian dari dapur dorang ni ha. Memang hari2 datang sini. OK kalo nak jimat, kena beli combo tiket dengan harga 50Y. Kalo beli satu2 kena bayar harga tiket 35Y untuk 1 tempat. Rugi ko 20Y. Jadi kami pun beli combo tiket. Waktu operasi bagi kedua2 menara ni ialah 1 April- 25 Oktober: 8:30 pagi- 9.30 malam. Manakala 26 Oktober- 31 Mac: 8:30 pagi- 6:00 petang. Ble la amik masa dalam 1 jam menghayati sejarah lampau China di sebalik Drum Tower.
menuju ke Drum Tower. Selepas naik tangga tu, kalo kita ambil arah kanan, ia akan membawa kita terus ke Muslim Quarter
Drum Tower dari bawah
Beli tiket
Menara Drum Dan Menara Lonceng terletak di tengah-tengah bandar Xi'an di wilayah Shaanxi China. Dibina pada tahun 1380 semasa pemerintahan Dinasti Ming. Hingga kini kiter masih berpeluang melihat dan mengunjungi kedua2 menara yang gagah berdiri di atas pusat bandar dan pastinya jika kiter berada di atas bangunan ini, ia mejanjikan pemandangan yang luar biasa sekitar bandar Xi'an. Menara Drum mendapat namanya daripada sebuah Drum besar yang terdapat di dalam bangunan ini. Berfungsi sebagai penanda masa, yang mana bila tiba saat matahari terbenam, drum ini akan digendang/ dipalu, menandakan hari sudah beransur gelap. Sebelum itu, terutama semasa pemerintahan Dinasti Yuan (1271-1368), selain berfungsi sebagai penanda masa, gendang juga digunakan sebagai alat penggera jika berlaku sesuatu kecemasan. 

Di tingkat 1 di Menara Gendang ini, terdapat sebuah dewan yang menempatkan bebapa buah gendang besar. Setiap gendang tu kiter ble lihat, ianya dihiasi dengan tulisan cina yang menarik dan   membawa maksud atau melambangkan nasib yang baik. Harus diingat bahawa sebagai pelawat kiter hanya dibenarkan untuk melihat dan menikmati keindahan gendang tersebut dan tidak dibenarkan untuk menyentuh gendang tersebut. Namun ader 1 drum tambahan yang disediakan berhampiran pintu masuk untuk pelancong mengambil gambar. Di dalam Menara Gendang ini juga terdapat muzium drum, di mana pelbagai gendang ada dipamerkan, ader sesetengah gendang sudah berumur beribu2 tahun. Setiap hari akan ada persembahan drum dilakukan di sini. Tapi kami tak sempat menyaksikannya, mungkin dibuat pada sebelah pagi. Pada hari ini, Menara Drum tidak digunakan sebagai penanda masa lagi, dibuka untuk kunjungan pelancong yang ingin mengenali sejarah ketamadunan China. Namun masih terdapat beberapa tarikan baru kepada pengunjung untuk menikmatinya. Antaranya ialah Kerajaan China telah menempatkan gendang baru, yang mana ia dibalut dengan kulit lembu. Apa yang uniknya ialah ia merupakan,  gendang terbesar di China pada masa ini. Selain tu, pengunjung akan menikmati persembahan muzik di bangunan menara lonceng ni.

Gendang gergasi
Ruang dalam 

Bell Tower dari kejauhan. Nampak tak lorong yang ader ramai orang kat bawah tu? Itu la laluan yang kiter jejak tadi. Kalo terus ke depan ia akan membawa kiter ke laluan bawah tanah menuju ke stesen metro. Dalam keadaan kita berdiri memandang ke depan- di sebelah kiri terletaknya Muslim Quarter yang sangat popular tu. 
Muslim Quarter
pemandangan dari Tingkat 1 Menara Gendang
pintu no 9, lebih dekat dengan Bell Tower
Ambil gambar lebih kurang kami pun keluar untuk menuju ke Bell Tower pula. Pergi semula ke arah dataran tadi. Untuk lebih menjimatkan masa, Masuk ke laluan bawah tanah melalui pintu No. 1, Ia lebih dekat meuju ke Bell Tower. Tadi dari stesen metro nak keluar ke dataran menuju ke Drum Tower kiter amik pintu No. 9 kan. So, skg kiter masuk dari pintu No. 1. Nak masuk dari pintu No. 9 pun ok, cuma kena jalan banyak sket. Dari pintu 1 tu, jalan terus dan cari signboard ‘Bell Tower’. Kalo masuk dr pintu 1, pintu masuk ke Bell Tower tu terletak di sebelah kanan, kalo masuk dari pintu 9 ia terletak di sebelah kiri. Dah jumpa, masuk, tunjuk tiket pada pengawal, dier tengok then bagi kiter masuk dan scan bag. Kemudian pergi pada pengawal dekat tangga dan tunjuk tiket, dier akan kaci punch tiket (menandakan tiket itu sdh digunakan).

Kat tangga ni kami berhenti sebentar untuk tunggu kawan. Masa ni la baru perasan kawan kami F, hilang dari radar. Ingatkan dier stuck kat tempat scan bag tu tapi tak kan lama sangat. Nak tak nak kami pun keluar balik, cari F. Kalo dier tersasar haluan pun mungkin belum jauh. Masih kat sekitar2 tu juga. Payah weh kalo kawan kiter hilang. Bini orang pula tu. Kat tempat orang, kiter sebagai rakan sepengembaraan, bertanggungjawab atas keselamatan rakan2 lain. Ini hari pertama kami di sini, jadi biasa la tu jika terhilang dari pandangan. Maka kami ber-5 keluar. KL n KM tunggu depan pintu masuk Bell Tower. Kami 3 orang pg cari dier di laluan kami tadi. Kat laluan bawah tanah ni memang terlalu ramai orang untuk masa2 puncak. Kami berpendapat dier tak kan hilang jauh sekiranya F tak masuk mana2 pintu keluar. Sebab laluan bawah tanah ni jika perasan dr awal ia berbentuk C. Kepala C tu, pintu no 9. Kaki C pula pintu No1. Kami cari sampai keluar ke pintu 1, tak jumpa dier, kami patah balik, akhirnya Nampak F berdiri dengan KL n KM. Alhamdulillah.

Masa tu F berjalan paling depan sekali. F kata bila dier toleh belakang semua kawan2 dah tak ader, dier p keluar pintu 7, dari situ dier nampak payung unggu dekat Bell Tower nun diseberang sana. (kebetulan masa tu hujan renyai2, ntah sape buka payung KM atau KL) Jadi dier turun balik dan cuba cari pintu nak ke Bell Tower. KM mencadangkan kiter masuk balik dan cuba nasib, kot la rezeki ble masuk kali ke-2 sbb F ader tiket yang belum digunakan. Kalo ikutkan memang tak ble masuk dah, sbb tiket kami dah berlubang. KM pun cuba terangkan pada pengawal tu dalam bahasa ayam itik, yang kami belum sempat explore Bell Tower walaupun dah punch tiket sbb kami turun balik nak cari kawan yang hilang. Sambil tangan KM terawang2 menunjukkan tiket, menepuk bahu F…hehhe…aku gelak aje kat belakang. Bukan apa memang lucu tengok KM. hehheheh… Dan pengawal tu pun cuba terangkan balik yang kami tak ble masuk dah sbb tiket dah berlubang. Ahernyer pengawal tu cakap, “how le…How le” sambil tangan nyer menyuruh kami masuk. Mungkin dier dah penat memberi penjelasan tapi minah ni tak paham2. Heheh….Alhamdulillah rezeki.

Bergambar bersama maharani. Ader 4 Maharani tapi amik 1 je.
Berlatar belakangkan lonceng gergasi
Kami ber-6
Bell Tower di malam hari
Bell Tower dan Drum Tower memang terkenal dengan julukan bangunan adik beradik. Kalo tadi gendang dipalu ketika masuk waktu senja nak besasar ke malam, lonceng pula akan dibunyikan apabila waktu subuh menjelang. Petanda masyarakat perlu bangun untuk memulakan aktiviti harian mereka. Dibina pada tahun 1384 pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644). Ramai yang berpendapat antara Bell dan Drum Tower, Bell Tower lagi cantik dan ramai yang memilik untuk hanya masuk ke Bell Tower saja sudah cukup kerana, kedudukannya yang berada di tengah bandar yang mana menjanjikan pemandangan yang cantik sekitar bandar Xian. Tapi pada pandangan aku, sekiranya korang peminat sejarah dan seni bina, juga ada lebihan duit, ada baiknya korang amik peluang ni untuk melawat kedua2 bangunan adik beradik ni.

Bila kiter naik ke ruangan Bell Tower ni, kiter akan di sambut oleh gagahnya warna merah yang melatari bangunan Bell Tower. Di tingkat 1 terdapat beberapa tinggalan budaya China dan di dinding bangunan dicatatkan sejarah menara ni. Di luar bangunan terdapat lonceng gergasi setinggi 2,45 meter dan berat 6,5 tan dengan hiasan yang diukir di atasnya. Bel asli yang dikenal dengan namaJingyun Bell kini telah berpindah ke Forest of Stone Steles Museum pada tahun tahun 1953. Yang kita lihat di menara ini merupakan replika yang diletakkan sejak tanggal 30 Januari 1997.

Lebih kurang 1 jam kami pun keluar dan patah balik ke Drum Tower dimana terletaknyer Muslim Quarter. Banyak barangan ble di dapati di sini. Tinggal saja tekak kiter ble terima atau tidak masakan China. Untuk hari2 yang akan datang sepanjang seminggu kami di sini, Muslim Quarter dah ibarat dapur kami, hampir setiap hari mesti datang sini, apatah lagi semua kawan2 ni peminat setia satey kambing. Aku pula jenis tak berapa nak makan kambing, mie juga tak berapa nak pandai makan yang jenis besar2, jadi aku sekadar ambil gambar dan tumpang gembira tengok kawan2 teruja jumpa makanan kegemaran mereka.

Kami di Muslim Quarter
Malam tu kami tersesat mencari jalan pulang ke hostel. Heheh… Hari pertama, mmg la. Petanda arah kami biasanya VIVO, tapi banyak sangat VIVO kat sini. Jalan tu padahal dah dekat tapi tak tau lorong mana nak ikut. Rasanya ada 2, 3 kali kali tawaf tempat yang sama, tapi tak jumpa. Patutnya kami kena cari stesen metro tu. Pusing2 tak jumpa, akhirnya kami cari laluan menuju stesen metro tu di laluan bawah tanah. Jejak balik jalan awal tadi, baru la jumpa jalan balik, hari dah malam, sejuk mengigil2…..

Bersambung….


Rujukan:
http://jalan2.com/forum/blogs/entry/1662-xian-bell-tower-dan-drum-tower/

Trimas : KM, S atas sumbangan gambar

Mengejar Sakura di Xian, China : Part 2: Pagi di Xi'an

20 Mac 2017 (Ahad)
Hari 2

Hi….
Blackout malam tadi tak alang2 ye, dibantainyer sampai pagi tak de elektrik. Pagi ni pula, kami dikejutkan lagi dengan tak de air. KH dan KL p bawah dengan muka tak mandi (heheheh….) p minta air mineral, untuk cuci muka dan yang sewaktu dengan nyer. Tak yah mandi sebab sejuk. 2x tak mandi, nasib baik suhu sejuk, kalo panas, maunyer bau semerbak menguasai diri. Ok tak pe, sembur perfume dan pakai deadorant lebih sket smbil berdoa moga2 di Bandar nanti akan ader air. Keluar dari hotel pagi tu untuk tunggu teksi, aku sempat amik gambar di persekitaran hotel. Tapi.....
Ya Allah, rupanyer setting kamera tertukar pada painting. Mulanyer tak perasan, hari ke-2 baru tau...aduh. Jadi nikmati la gambar2 yang berupa painting ni....:D

Pagi di depan hotel Shunda
Hotel Shunda. Semua tulisan mandarin.
Teksi hijau dan teksi biru yang bakal membawa kami ke bandar. Teksi biru tu muat untuk 4 orang. Kelihatan pokok Sakura yang masih togel belum bebunga...
Perbincangan dengan owner hotel...

ehhh...terus muka aku jadi katun...:D
Pihak hotel panggilkan teksi untuk kami ke Bandar. Oleh sebab kami ber-6 maka, hotel dapatkan 2 teksi. Kos tambang ke Bandar menaiki teksi ialah 30Y (Yuan) Seorang. Kalo teksi tu muat untuk 4 orang, walau penumpangnyer hanya  ada 2 orang kiter tetap kena bayar untuk 4 orang. Kami bayar 240Y untuk 2 teksi. Teksi ni akan membawa kami ke Hantang Hostel. Pihak hotel dah bagitau pada driver teksi kedudukan hotel Hantang, jadi kitorang sangat berharap agar dier dapat cari guna waze hotel ni. Sebenarnyer ader je bas dari Xianyang International airport ni ke Bandar tapi jika banyak barang, naik bas bukan pilihan terbaik. Kiter bukan muda lagi nak pikul panda kat belakang ni sambil mengheret beg tarik. Wekekekek…Jadi berpada2 la untuk stamina yang kekal mantap sepanjang seminggu di sini.

Hostel ni terletak di dalam lorong2 kecil. Dari jalan besar memang tak nampak. Kena guna waze baru ble jumpa. Teksi yang kami naik ni teksi besar, dier pusing 2x tempat ni tapi dier tak berani nak masuk lorong kecik tu sebab takut kena marah. Jadi dier turunkan kami di jalan besar sambil mengarahkan kami berjalan kaki masuk ke dalam (sbb hostel tu kat dalam larong tu). Jadi kami berdiri di situ sambil menahan kesejukan menunggu teksi 1 lagi (F n KM). Oleh kerana terlalu sejuk depa p cari kopi panas kat kedai tapi tak ader yang ader cuma jagung panas. Aku n S beli satu sorang, nampak sedap sekali makan….eiiii tak sedap macam jagung pulut.

Tak lama tu ader teksi drg F n KM datang dengan pekerja hotel. Rupanyer depa 2 orang tu dihantar terus ke depan pintu hotel. Pekerja hotel tu pun bawa kami ke hostel. Rasa macam jauh tapi sebenarnyer dekat je. Bila bawa beban, jalan sekangkang kera pun terasa jauh. Sampai hostel kira2 jam 12.00 Tengahari. Tunggu dalam setengah jam baru dapat masuk bilik. kitorang dapat 1 bilik dengan 3 katil 2 tingkat. Ruang bilik ni agak kecil sebenarnyer untuk memuatkan 6 orang dalam tu. Kiranya kalo nak solat 3 orang ble sekali tapi yang lain kena duduk atas katil atau kat kerusi, nak jalan2 dalam tu tak ble dah. tapi ok je sbb kiter nak tdo aje dalam tu siang kiter jalan2.

Siap semuanya kiter masuk bilik di tingkat 3. Alhamdulillah ader air. Semua solat dulu kemudian makan2 aper yang patut. Ok kali ni aku mengaku tak mandi untuk kali ke-3. Heheheh....Sebab tu korang nampak baju dan tudung aku sama je dari hari Sabtu. Bukan apa, lepas ni kitorang nak berjalan lagi, jadi aku tak nak bazirkan baju bersih. Malam karang baru mandi. Okeyy....:p

Bersambung.....


Mengejar Sakura Di Xian, China : Part 1


19 Mac 2017
Sabtu
Hari-1
Salam n Hi korang…

Cuti sekolah datang lagi, yehaaaa. Ke mana kiter?? Kali ni ke Xián pula. Dah lama rasanyer tak ke China. Kali terakhir 2014 kami ke Shanghai. Kali ni pergi 6 orang. 2 rakan baru. Visa Mai buat, kiter tinggal pos passport, borang dan bankin duit je. Iti kak Has buat. Aku releks aje kali ni. Hari ni kami dijadualkan akan terbang ke Xián jam 6.15 petang. Jadi jam 3 tu semua dah ader kat KLIA2. Nasib baik semalam dapat tidur yang cukup kat umah kak Shima (kawan Kak Lia), alhamdulillah, tak perlu dah tdo macam udang kesejukan di KLIA2…:D

Jump Garfield di KLIA2, tengah promosi milo
Dalam flight, bersama kami ramai warga China yang balik dari melancong di Malaysia. Ader juga 2,3 kumpulan orang Melayu termasuk kami. Sampai diXián jam 11.15 Malam. Kami disambut dengan suhu yang sangat sejuk… Teringat pula Mai cakap, masa kat KLIA2 ader org tu tegur Mai kenapa pakai baju sejuk, kat Xian suhu macam kat Cameron aje. katanyer. Ok meh kiter tengok 2,3 ari akan datang.

Nak fly dah....
Dalam flight, bersama kami ramai warga China yang balik dari melancong di Malaysia. Ader juga 2,3 kumpulan orang Melayu termasuk kami. Sampai diXián jam 11.15 Malam. Kami disambut dengan suhu yang sangat sejuk…Teringat pula S cakap, masa kat KLIA2 ader org tu tegur S kenapa pakai jaket tebal, kat Xian suhu macam kat Cameron aje kot, katanyer. Emm.....sejuk macam Cameron?? Badan Badang ke aper?? Ok meh kiter tengok 2,3 ari akan datang.

amik dr Cik Goggle
Shunda Xian Xianyang Airport Hotel 
International airport base to the west 300 meters villa B3, Xian Xianyang International Airport, Xian, 
RM88/ Family room

Malam ni kami bermalam di Shunda Xian Xianyang, Airport Hotel. Kenapa tak terus aje ke bandar malam ni? Sebab jarak dr airport ke bandar mengambil masa kira2 sejam, mengambil kira beberapa faktor, termasuklah keselamatan dan sebagainya, KH amik keputusan utk amik hotel transit utk semalam di sini. Kiter tak ble buat macam selalu tido kat airport sementara tunggu siang sbb Xianyang Airport ni tak benarkan orang tido kat sini. Jadi, nak tak nak amik juga la hotel untuk transit semalam. Hotel ni menyediakan pick-up service secara percuma, jadi kami tunggu aje depa datang amik. Jarak hotel dengan airport dekat ajer dalam 5 minit perjalanan (300 meter). Sampai kat simpang masuk hotel, driver bagi hp dier pada kak lia (yang duduk kat depan). Rupanyer dier nak bagitau malam tu blackout sekitar hotel tu. Yg dier tunjuk hp tu, ayat mandarin yg dah ditranslate ke b. inggeris. Berkali2 owner hotel tu meminta maaf sbb blackout tu. Dier bagi 1 lilin pendek. Dapat 2 bilik. Malam ni memang kami tak mandi dah sebab terlalu sejuk. Lepas cuci gg, cuci muka, tukar baju, solat terus melompat masuk bawah selimut. Sejuk owhhh…tak de dah sesi makan2, minum2. Sesi amik gambar bilik , macam selalu...

Sambil2 nak tidur tu teringat2 kuih chees tart yang S bawa. Sia2pun, esok la makan….

Bersambung…..

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...