Wednesday, March 24, 2021

Kembara Medan: Istana Maimon (Part 13)

Cerita sebelumnya: Disini
16 Dec 2017
Hari 3
Istana Maimon
Selesai membeli ole-ole di Pasar buah Berastagi tadi kami terus beredar balik ke bandar Medan. Sebelum itu singgah pula ke kebun Strawberry. Di bandar medan nanti kiranya akan menyempatkan diri singgah ke Istana Maimon. Jaraknya lebih kurang 65km dari Pasar buah tadi dan mengambil masa kira-kira 2 jam 12 minit untuk sampai ke Istana Maimon. Macam biasa bergantung kepada macet dijalanan.
Menurut sejarahnya, Istana Maimun yang juga terkenal dengan nama sebagai Istana Putri Hijau, merupakan istana kebesaran Kerajaan Deli. Dulu-dulu cite nyer kat Sumatera ni, ader 2 kesultanan Melayu yang terkenal. Satu Kesultanan Deli dan satu lagi kesultanan Serdang, tapi Kesultanan Deli tu la yang paling tua sekali. Dalam perkembangannya, satu hari berlaku pertelingkahan atau konflik dalam keluarga diraja kesultanan Deli ni. Atas konflik itu lah maka Keluarga diraja tersebut terpisah menjadi 2, yang memisahkan diri ni mengelar diri mereka sebagai Kesultanan Serdang. Maka kesimpulannya kedua kesultanan Melayu ini sebenarnya bekeluarga.
Istana Maimon selesai dibina pada Ogos 1888m, iaitu semasa pemerintahan pemerintahan Sultan Makmun al-Rasyid Perkasa Alamsyah, iaitu putera sulung Sultan Mahmud Perkasa Alam. Sejak tahun 1946, Istana Maimon dihuni oleh waris Kesultanan Deli dan pada masa tertentu, di istana Maimon ni sering diadakan pertunjukan muzik tradisional Melayu. Biasanya diadakan ketika adanya majlis besar seperti majlis perkahwinan. Setiap dua kali dalam setahun pula, Sultan Deli biasanya akan mengadakan majlis silaturahim atau hari keluarga dikalangan keluarga diraja. Manakala Pada setiap malam Jumat, keluarga sultan akan mengadakan acara rawatib adat. 
Walaupun kini macam dah tak ada orang yang tinggal di sini, tapi kita masih boleh nampak koleksi yang dipaparkan di ruang tamu, seperti foto keluarga sultan, perabot rumah tangga Belanda kuno, dan berbagai jenis senjata. Pendek kata sudah jadi muzium la. Dalam istana Maimon ni terdapat meriam buntung yang mana Meriam ni mempunyai kisah lagenda yang tersendiri. Ia berkaitan dengan Putri Hijau. Kononnya di Kerajaan Timur Raya, ada seorang putri yang cantik jelita, bernama Putri Hijau. Beliau dipanggil dengan gelaran tersebut, kerana badannya mampu memancarkan warna hijau. Putri Hijau ni mempunyai 2 orang adik beradik lelaki, iaitu Mambang Yasid dan Mambang Khayali. Suatu hari Raja Aceh datang meminang Putri Hijau. Namun, pinangan tersebut telah ditolak oleh kedua abangnya. Raja Aceh menjadi murka lalu menyerang Kerajaan Timur Raya. Raja Aceh berhasil mengalahkan Mambang Yasid. Ketika tentara Aceh hendak masuk ke istana untuk menculik Putri Hijau, tiba2 terjadi satu keajaiban yang mana, Mambang Khayali tiba-tiba berubah menjadi meriam dan menembak melulu tanpa henti. Oleh kerana meriam itu melepaskan tembakan berterusan kepada tentera Aceh, maka meriam ini terbelah dua. Dibahagian depannya ditemui di daerah Surbakti, di dataran tinggi Karo, dekat Kabanjahe. Manakala bagian belakang terdampar ke Labuhan Deli. Seteah ditemui, akhirnya meriam tersebut dipindahkan ke halaman Istana Maimun.
Untuk berkunjung ke Istana Maimon, anda jangan risau, ia dibuka setiap hari kepada pengunjung kecuali sekiranya ada penyelenggaraan untuk majlis tertentu, maka ia akan ditutup kepada umum. Istana Maimon mempunyai keluasan lebih kurang 2.772 m, dengan halaman yang luasnya mencapai 4 hektar. Panjang dari depan kebelakang mencapai 75,50 m. dan tinggi bangunan mencapai 14,14 m. Bangunan istana bertingkat dua, disokong oleh tiang kayu dan batu. Biasanya setiap petang, kelihatan ramai kanak-kanak bermain di halaman istana yang luas.
Seni bina bangunan istana Maimon merupakan gabungan antara seni bina Moghul, Timur Tengah, Spanyol, India, Belanda dan Melayu. Pengaruh seni bina Belanda dapat dilihat pada bentuk pintu dan jendela yang lebar dan tinggi. Tapi, terdapat beberapa pintu yang menunjukkan pengaruh Spanyol. Pengaruh Islam kelihatan pada lengkungan (arcade) pada atap. Tinggi lengkungan tersebut adalah antara 5 hingga 8 meter. Bentuk lengkungan ini amat populer di kawasan Timur Tengah, India dan Turki. Bangunan Istana Maimon terdiri dari tiga ruang utama iaitu bangunan induk, sayap kanan dan sayap kiri. Bangunan induk iaitu Balairung, berkeluasan 412m, menempatkan singgasana kerajaan.  Singgasana kerajaan digunakan dalam acara-acara tertentu, seperti pertabalan raja atau ia juga digunakan untuk ruang berkumpul keluarga diraja ketika hari kebesaran islam disambut. Di bangunan ini juga terdapat sebuah lampu kristal besar bercirikan Eropah.

Bersambung...
Rujukan
https://syair4artikel.wordpress.com/sejarah-istana-maimun/
http://resammelayu.blogspot.com/2009/04/kesultanan-deli.html

Tuesday, March 16, 2021

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Tamat

 24 Dec 2018

Saja tepek gambar ni buat kenangan....😅

Gambar ni diambil di lobi Grace Hostel...
Kat Airport Chiang Mai....
Sudah sampai Malaysia.....
Kat KLIA2, sebelum masing-masing balik ke rumah masing2. Macam biasa geng Sabahan tetap meronda lagi sebelum balik...
Ambil gambar kat Airport yang ada nama tempat itu wajib ya kawan2....😝
Kat hostel lagi....

Setahun sebelum dunia diserang Covid...
Tamat......

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Hari Terakhir di Chiang Mai (Part 24)

Cerita sebelumnya: (Klik Sini)
23 Dec 2018
Hari ke 13
Hari ni hari terakhir kami di Chiang Mai. Tiada sebarang aktiviti wajib hari ni nak dituju, cuma kapten ader la list kan beberapa tempat untuk p tengok sakura. Tak abih2 kami mengejar sakura ni, dari Xian lagi....😅 Oleh sebab ini hari terakhir maka kami berhajat benar untuk menghantar pakaian kotor ke laundry. Biasa la wanita khennnn....tak nak bawa baju kotor banyak2, rimas! Cehhhhh......#lempang sekali ble??? 😂😅😆 Kapten kata jom breakfast terus hantar baju. Kedai laundry tu dekat je dalam perjalanan nak g restorant Sophea. Selesai semuanya kami balik ke hostel, dari situ amik tuk2....dan terus mengejar Sakura katanyer...Tempat pertama yang tuk2 bawa kami, adalah ke sini...aku lupa nama tempat ni, ala2 taman la kan...
Ubi bakar. Kalo lapar ble juga buat alas perut. 
Aku tak ada apa nak sembang dalam entry kali ni sebab aku tak tau nama tempat yang kami lawati dalam siri mengejar sakura di hari-hari terakhir kami di Thailand. Maka itu aku nak kembali pada cerita tempat kami pergi semalam iaitu Golden Triangle atau kawasan Segitiga Emas. Seperti yang kita ketahui "Segitiga Emas"meliputi kawasan utara Asia Tenggara iaitu Burma (Myanmar), Laos dan utara Thailand. Kenapa tempat ini mendapat jolokan "Emas"? Kerana kawasan ini kaya hasil dari emas hitam atau candu. Kawasan ini merupakan pengeluar candu dan heroin paling utama di Asia Tenggara. Pada satu ketika dahulu, sejak berabad lamanya barangan utama yang diperdagangkan di Segitiga emas adalah teh, jed dan jati. Manakala ubat bius diperkenalkan oleh orang Inggeris untuk mendorong penanaman popi yang mampu menghasilkan candu untuk pasaran China. Ia membawa keuntungan yang besar kepada orang Inggeris pada ketika itu. 
Sakura yang tak begitu nak meriah.
penat, jadi peluk tiang je la....heheh
Oleh sebab itu lah Golden Triangle dikatakan merupakan antara tempat yang paling berbahaya di dunia disebabkan isu candu. Sering kali kita terbaca berita tentang pertempuran antara pihak berkuasa dengan pengedar dan penyeludup dadah, pembunuhan orang kampung yang terlibat dengan tanaman popi, gerakan kumpulan bersenjata api yang dianggap bahaya la....Sehingga kini masih terdapat saki baki bekas penyokong Khun Sa iaitu Raja Candu, yang masih tidak mahu meletakkan senjata, biarpun ketua mereka telah meletakkan senjata pada tahun 1996 bersama sebilangan pengikutnya. Namun sebagai pelancong biasa, berjalan2 di Chiang Rai, suasananya biasa sahaja, macam tempat kita juga, tidak ada kelihatan orang ketangihan candu secara terang-terangan dan sebagainya. Mungkin sebab kami hanya bergerak di kawasan bandar jadi tak nampak perkara sebegitu.
Macamana Golden Traiangle boleh terjebak dengan isu candu ni? Menurut sejarah, ia bermula dengan Khun Sa yang terkenal sebagai Raja candu. Dia lah yang mengurus segala penjualan barangan ini. Khun Sa atau nama sebenarnya Chang Chi Fu merupakan anak kepada Lao Chang (Khun Sam) yang berasal daripada Yunnan, China. Ketika di China, Lao merupakan anggota tentera nasioanalis China Kuomintang. Beliau melarikan diri ke Myanmar apabila jeneral Koumintang iaitu Chiang Kai Shek dihalau oleh pasukan komunis. Khun Sa dilahirkan pada tahun 1923. Kemudiannya berkahwin dengan seorang wanita Thailand iaitu Khe Yoon pada tahun 1976. Lantaran perkahwinan itu, akhirnya Khun Sa dapat kewarganegaraan Thailand dengan nama Chang Chantrakul. Kemudiannya Khun Sa bergabung dengan militan tempatan iaitu Kwe Ka Ye (KKY) yang setia kepada Jeneral Myanmar Ne Win pada tahun. Sejak menyertai KKY ini la Khun Sa memulakan perniagaan candunya.
Tempat ni agak cantik, sayangnya panas....
Tempat kedua yang kami lawat selepas itu ialah di sini. Ini pun aku aku tak tau nama tempatnya.... Pemandu tuk-tuk tu yang bawa kami.
cantik je jalannya...

kat sini pun ada tempat penginapan, kalo ada kereta ok la....tempat ni aku kira jauh dari pusat bandar Chiang Rai.
Akhirnya pada tahun 1966, pihak pemerintah Myanmar telah menghidu kegiatan Khun Sa lalu menangkapnya dan dia dipenjarakan selama 7 tahun. Namun selepas 3 tahun di dalam penjara, rakannya di KKY iaitu Chang Chein Xu (Fa Lun), menculik 2 orang Doktor Soviet yang bekerja di bandar Shan, Tongee untuk dijadikan tebusan. Fa Lun mensyaratkan agar Pihak Kerajaan membebaskan Khun Fa, barulah para tebusan itu juga dilepaskan. Tuntutan itu menyelamatkan Khun Sa, yang membawa kepada pembebasannya. Khun Sa semakin bergiat aktif, apabila menyedari beliau mempunyai sokongan yang kuat daripada orang-orangnya, maka beliau berhenti bekerja dengan pemerintah Myanmar dan beliau mengawal perdagangan candu di Shan State dan Wa State.
cantik dan tenang je kawasan ni.
Aktiviti penjualan candu semakin berleluasa. Akhirnya pada tahun 1981, Pihak US campur tangan. Agensi Penguatkuasaan Dadah As mendesak agar Khun Sa dibunuh, maka pihak tentera Thailand dan gerila Myanmar berusaha memburunya tetapi gagal. 3 bulan selepas itu Tentera Thailand dan polis berjaya mengusir Khus Sa dan pasukannya dari pangkalan mereka di Ban Hin Taek. Khun Sa masih tidak putus asa, dalam tempoh 3 tahun Khun Sa merancang strategi agar perniagaan candu mereka berjalan lancar. Khun Sa mengambil keputusan untuk bergabung dengan tentera Moh Heng, sehinggalah perikatan tentera ini berada di bawah kawalannya. Mereka menguasi wilayah Mae Hong Son di sempadan Thailand-Myanmar.
4 tahun selepas itu iaitu pada tahun 1989, Khun Sa dituduh oleh mahkamah di New York, kerana mengimport 1.000 tan heroin. Khun Sa tidak takut akan pertuduhan tersebut malah mengancam US untuk membeli semua produk candunya atau dia akan membuangnya ke pasaran gelap antarabangsa. US tidak tunduk kepada tuntutan itu, mereka bertindak balas dengan mewar-warkan kepada masyarakat untuk memberikan ganjaran sebanyak 2 juta dolar US bagi mereka yang dapat menangkap Khun Sa. Oleh kerana bimbang diburu, Khun Sa akhirnya menyerah diri kepada pemerintah Myanmar pada tahun 1996, tetapi pihak Myanmar tidak menyerahkan Khun Sa kepada US. Khun Sa menghabiskan sisa hidupnya di Yangoon sehingga akhir hayatnya. Berikutan rentetan sejarah ini lah yang mengangkat Golden Triangle menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik pada hari ini. 
Sebenarnya itu cerita dulu. Sekarang tidak lagi. Khususnya di Thailand pihak kerajaan telah mengambil inisiatif menukar ladang popi kepada ladang pertanian ataupun Taman. Sebab tu sekarang banyak kita tengok Taman pertanian yang ada di sekitar Thailand yang boleh kita lawati. Muzium Optium juga dibina di Chiang Mai untuk memperingati sejarah lampau. 
Walaupun terpalit dengan kisah hitam, namun Golden Triangle juga mempunyai potensi besar dalam pengeluaran batu permata. Terdapat sebuah kilang batu jed yang terletak di bandar Mae Sai, sempadan antara Thailand-Myanmar. Ia menjadi tumpuan ramai kerana banyak batu permata pelbagai jenis seperti rubi, emerald dan jed dijual dengan harga berpatutan. Pendek kata tempat ni memang sesuai dan paling ideal bagi mereka yang meminati batu permata. Selain daripada itu, terdapat juga barangan elektrik, elektronik, pedang, pisau berukir, rokok dan barangan kraf tangan Thailand, Myanmar, Laos, Thailand dan China juga boleh diperoleh di sini.

Ok gambar kat bawah pula tempat ke-3 yang driver tuk2 bawa kami. Sempoi je orangnya, tak banyak bunyi...senyum je banyak. 😅
Apa yang aku kagum dengan Thailand ialah sektor pertaniannya. Tak perlu selongkar banyak sangat, cukup dengan tengok Mangga nya saja, buat aku rasa, wow...manis! Dimana saja akan nampak orang menjaja mangga, dan aku memang tak lepas peluang untuk membelinya. Harus diingat setelah naik hingga ke Ayuthaya, mangga sudah agak sukar untuk kita dapati, seperti mana mudahnya kita perolehi di Hatyai. Sektor pertanian di Thailand sangat berjaya dan aktiviti eksportnya hingga ke luar negara. Mereka memang terkenal dengan tanaman padi dan harus kita akui Thailand merupakan pengeksport utama dalam pasaran beras dunia. Bukan padi saja malah, Thailand juga aktif mengeluarkan produk perikanan, ubi, getah, bijian dan gula. Mereka juga mengeksport produk makanan yang diproses seperti tuna, nanas, udang frozen dan sebagainya. Walaupun dilihat Thailand berusaha menjadi salah satu negara perindustrian, namun pertanian masih memainkan peranan utama di negara ini.
Selain daripada padi dan barangan lainnya, getah juga merupakan produk paling penting di Thailand. Malah mereka merupakan negara pengeluar getah ke-3 terbesar didunia selepas Malaysia dan Indonesia. Thailand mempunyai lebih dari 15 juta hektar hutan, yang kebanyakannya ditanami dengan pokok jati dan pelbagai pokok lain yang dapat dieksport. Jati dihasilkan terutamanya dari kawasan Tak, Phitsanulok dan Lampang. Hasil hutan lain adalah arang, rotan dan buluh. Bukan saja hasil hutan, Thailand juga tidak mensia-siakan hasil dari perairan mereka. Selain tasik dan sungai, ikan air tawar juga dapat diperoleh dari takungan yang dibina untuk pengairan dan projek hidroelektrik. Chachoengsao terkenal dengan kolam ikannya. Dan di wilayah lain di Dataran Tengah, ikan mas dan nila diusahakan di kawasan sawah. Nampaknya Thailand bakal menjadi negara pengeluar produk pertanian gergasi dunia satu hari nanti!
Aku ada terbaca tentang artikel bagaimana pertanian di Thailand boleh berjaya? Artikel dari utusan Malaysia ditulis oleh Laupa Junus dan dikongsikan oleh saudara Sham Ghaz dalam blognya. Menurut penulis (Dalam wawancaranya bersama saudara Shazryl Eskay) ada beberapa faktor yang membawa kepada kejayaan Thailand dalam bidang pertanian. Faktor pertama ialah tentang tenaga kerja mereka yang sangat komited, tidak ortodoks dan sangat menguasai teknologi baru. Ini sudah tentu dengan sokongan kuat daripada pihak kerajaan yang sentiasa memperkenalkan teknologi baru kepada para petaninya. Faktor kedua ialah berkaitan mindset para petani di Thailand yang menganggap pertanian adalah satu industri. Oleh kerana sumber tanah agak terhad, maka para petani mengeksploitasi setiap inci tanah pertanian dan setiap pokok yang mereka tanam. Di Malaysia kita lebih mementingkan kuantiti, misalnya berapa hektar pokok durian yang kita tanam tetapi kita tidak memberi tumpuan setiap pokok yang kita tanam. Setiap petani diajar bahawa untuk berjaya dalam pertanian, amalan secara holistik adalah penting kerana kualiti dan kuantiti hasil pengeluaran bergantung kepada pokok yang sihat. Pokok yang sihat pula bergantung kepada tanah yang subur, manakala tanah yang subur bergantung kepada kandungan atau sistem biodiversiti tanah seperti mikrob, cacing dan hidupan lain dalam tanah. Pihak kerajaan tidak membiarkan para petani bergerak sendiri, malah mereka menyokong dengan meningkatkan infrastruktur pertanian dengan menyediakan pusat pungutan dan pemprosesan hasil setiap daerah dan sistem silo (simpanan bijirin).
Faktor ketiga pula berkaitan dengan penggunaan benih yang bermutu. Klon benih memainkan peranan penting kerana yang menentukan sama ada kualitinya baik seperti tahan lama, saiz sesuai, manis dan cantik. Keseragaman klon juga penting dalam industri buah khususnya untuk proses pengetinan, selain kualiti tahan penyakit. Manakala faktor keempat yang tidak kurang pentingnya ialah baja. Baja yang baik mengandungi nutrien yang lengkap untuk keperluan tanaman dan tidak memudaratkan tanah serta mikroorganisme. Menurut Saudara Shaz Kebanyakan baja yang berada di pasaran kini tertumpu kepada keperluan tanaman sahaja. Walhal pokok perlu 16 jenis nutrien tapi yang dapat hanya baja N.P.K. sahaja sedangkan (nutrien) yang lain diabaikan. Faktor kelima pula ialah berkenaan sistem pemasarannya yang mana ia melibatkan syarikat penerbangan Thai Airways, amalan menggunakan koperasi pengangkutan dan pembungkusan yang berkualiti. Faktor-faktor tersebut wajar diberi perhatian sekiranya industri pertanian negara hendak ditransformasikan bersungguh-sungguh. Menurut Saudara Shaz sektor pertanian tempatan telah memperkenalkan banyak klon benih dan baka untuk meningkatkan kualitinya.
Namun tanaman tersebut perlu nutrien yang lengkap dan berkesan untuk mencapai sasaran pengeluarannya.
Selesai daytrip mengejar sakura. Akhirnya lapar lalu membawa diri ke Restoran Sophea.....😅
Sumber:
https://id.wikipedia.org/wiki/Opium
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2018/10/segi-tiga-emas-asia-tenggara.html#ixzz65aMiDl3G

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...