Friday, February 23, 2024

Travelog Kashmir- New Delhi: Melawat Taj Mahal, Agra(Part 8)

 1 Jun 2023

Salam dan Hi......

Jumpa lagi. Hari ni adalah hari terakhir kami di Agra, sebelum balik ke Malaysia esok. Makanya hari ni kami dijadualkan melawat Taj Mahal iaitu salah satu Tapak Warisan Dunia yang mendapat jolokan permata seni bina islam. Taj Mahal merupakan sebuah makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai tanda cinta kepada isterinya, Mumtaz Mahal. Ia dibina di tebing Sungai Jumna bermula pada tahun 1632 dan siap sepenuhnya pada tahun 1648. Ustaz Ahmad Lahauri, yang merupakan arkitek utama yang merekabentuk Taj Mahal, bijak mengabungkan Seni Bina Munghal dengan seni bina Parsi, Turki, India dan seni bina islam. Taj Mahal merupakan kompleks bersepadu yang merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. 

creadit: https://madainproject.com/taj_mahal_complex
Peta kompleks Taj Mahal yang nampak simetri
Sebelum masuk ke kompleks Taj Mahal kena scan dulu. Macam kat airport tu. Kan ini kawasan pelancongan dan Taj Mahal adalah monumen penting yang harus dijaga, maka aspek keselamatan monumen perlu diletakan ditempat pertama. 
Selesai melepasi tapisan keselamatan, maka kita dibawa masuk ke dalam kompleks Taj Mahal. Gambar ke-2 di sebelah atas kanan adalah Jilaukhana (Halaman hadapan). Ia merupakan sebuah halaman yang luas untuk para pengunjung berkumpul sebelum memasuki komplesk makan utama. Kompleks Taj Mahal dibina di kawasan empat segi tepat yang membahagiakan antara utara-selatan dan timur- barat. Pintu masuk utama terletak di gerbang utara manakala pintu keluar terletak di gerbang sebelah timur, barat dan selatan. Pintu selatan pula menghala ke suku Taj Ganji. 
Salah satu bangunan yang ada di halaman depan
Ambil gambar dulu di sini sebelum masuk
Shah Jahan atau nama sebenarnya Shahab Uddin Muhammad Shah Jahan 1 (Putera Khurram) lahir pada tahun 1592 di Lahore, Pakistan. Merupakan anak ke-3 Putera Salim (Maharaja Jahangir). Sangat disayangi nendanya, Akbar sehingga ia dibesarkan di Istana Akbar oleh nendanya. Hanya selepas nendanya mangkat pada tahun 1605, barulah Shah Jahan kembali kepada jagaan ibunya. 2 tahun selepas kemangkatan Akbar, Shah Jahan ditunangkan dengan Banu Begun (Mumtaz Mahal) tapi terpaksa ditangguhkan untuk memberi laluan kepada perkahwinan Shah Jahan yang diatur oleh Jahangir demi untuk mengukuhkan kedudukannya. Isteri Pertama Shah Jahan yang dikahwininya pada tahun 1610 ialah Qandahari Mahal dan Akbarahadi Mahal yang dikahwini pada tahun 1617. Walau perkahwinan ini diatur oleh keluarga dan bukan atas dasar cinta namun tetap membuahkan cahaya mata. Namun cinta Shah Jahan terhadap Mumtaz tidak pernah padam. Selepas ayahandanya mangkat, Shah Jahan menaiki takhta kerajaan Monghul pada tahun 1627.
Pintu Gerbang utama
Cantik pintu gerbang nya
Bangunan Taj Mahal yang cantik berada di depan mata
Bagaimana pada mulanya Shah Jahan dan Mumtaz bertemu?? Pada tahun 1607, Shah Jahan telah keluar berjalan-jalan di Bazar Meena. Di sana, baginda terlihat seorang gadis manis menjual sutera dan manik. Shah Jahan jatuh hati pandang pertama melihat gadis tersebut lalu mencari tahu siapakah gadis itu? Cari punya cari, akhirnya maklumat berkaitan si gadis sudah diketahui. Si Gadis bernama Arjumand Banu Begum, anak kepada Abu'l- Hasan Asaf Khan, keluarga bangsawan dari Parsi dan Pegawai Kerajaan Munghal. Tidak menyia-nyiakan waktu, Shah Jahan menjalankan misi pertamanya memikat si gadis dengan bertemu keluarganya dan menghantar berbagai hadiah mahal seperti perhiasan dan pakaian mewah. Ketika mereka bertemu, Mumtaz Mahal baru saja berumur 14 tahun dan Shah Jahan pula berumur 15 tahun. Kalo ikut situasi sekarang depa ni masih lagi sekolah menengah. Dipendekkan cerita, akhirnya Shah Jahan selamat diijab kabulkan dengan Mumtaz Mahal ketika si gadis berumur 19 tahun. Itu la sebabnya Shah Jahan sangat menyayangi Mumtaz kerana dia lah cinta hati yang sebenarnya, manakala 2 orang ister yang lain adalah perkahwinan yang diatur oleh keluarga atas dasar politik. 
Bersama teman, KH. Ada pula jurufoto yang ambilkan gambar kami. Ya tau gambar tu nanti dijual kepada kita jika berminat. Tapi tak apa la. Mungkin gambar yang dia ambil lagi cantik dari yang kita ambil guna phone...hehheh
ambil gambar ramai2 dulu...
Sebelum masuk, Hamed cerita tentang sejarah Taj Mahal kepada kami
Dah selesai cerita tentang sejarah Taj Mahal, Hamed ajak kami masuk. Tak boleh lambat kata si Hamed, nanti panas. Dan sebelum masuk ke bangunan Taj Mahal yang berwarna putih ni, kita wajib memakai plastik pada kasut kita, untuk menjaga kebersihan di dalam bangunan Taj Mahal
Nota tentang Taj Mahal
Menurut sejarah, pada tahun 1631, Shah Jehan yang pada ketika itu merupakan Maharaja Dinasti Munghal, sedang berada di medan perang dalam misi memperluaskan tanah jajahannya. Dalam masa yang sama isteri tercintanya iaitu Mumtaz Mahal sedang sarat mengandung dan sudah sampai masanya untuk melahirkan anak ke-14 mereka. Namun berita gembira menyambut orang baru dalam keluarga mereka tidak seiring seperti mana yang diharapkan, Berita duka melenyapkan segala kegembiraan itu, bila mana Mumtaz Mahal meninggal dunia ketika melahirkan anaknya yang diberi nama Begum Gauhara. Shah Jehan begitu sedih dengan pemergian isterinya sehingga dikatakan dalam beberapa bulan sahaja rambut dan jambangnya berubah menjadi putih dan beruban. Macamana tak sedih, dah la cinta pertama, Mumtaz juga selama menjadi isterinya menjalankan peranan sebagai penasihat dan pendengar setia setiap permasalahan yang dihadapi oleh Shah Jahan. 
Lagi gambaq tuan tanah....😜

Setahun selepas kemangkatan Mumtaz Mahal, Shah Jahan memutuskan untuk membina istana megah yang diberi nama Taj Mahal, khusus untuk memperingati isteri tercintanya. Di sini la makam Mumtaz Mahal ditempatkan. Bangunan Taj Mahal dibina daripada marmar putih bertakhtakan batu berharga seprti jed, kristal, lazuli, amethyst dan turquoise dengan menggunakan teknik pietra dura. Taj Mahal mempunyai kubah di tengahnya berketinggian 240 kaki dan dikelilingi oleh 4 kubah yang lebih kecil. Manakala ruang dalam Taj Mahal pula berbentuk oktagon. Ruang dalamnya sebenarnya tidak begitu luas. Di tengahnya terdapat 2 buah cenotaph atau makam palsu yang dihiasi dengan ukiran dan batu separa berharga. Ianya hanya makam kosong untuk tatapan pengunjung sahaja. Makam Mumtaz dan Shah Jahan yang sebenar berada di sebuah bilik berkunci di tingkat bawah bangunan Taj Mahal. Bangunan Taj Mahal dipenuhi dengan tulisan kaligrafi, sebahagian besarnya berisi ayat suci Al-Quran yang diukir di atas batu marmar. Sebahagian besar bangunan Taj Mahal terbuat dari marmar putih berkilau, yang mana warnanya akan mengalami perubahan menikut cahaya matahari atau cahaya bulan. Seiring berjalannya waktu, Taj Mahal mengalami perubahan warna. Jika pada awalnya berwarna putih, perlahan-lahan berubah menjadi kekuningan, coklat dan hijau. Ini terjadi akibat kotoran dari serangga yang berasal dari aliran sungai Yamuna. Sisa tumbuhan atau kotoran yang mengalir di sungai Yamuna menarik perhatian serangga lalu membuang kotoran di atas angunan Taj Mahal. Selain itu perubahan warna ini juga adalah disebabkan dari kotoran lumpur. Pelbagai usaha dijalankan bagi menangani situasi ini agar tidak berlaku semakin parah, antaranya ialah pelancong diminta untuk memakai plastik untuk disarung pada kasut apabila masuk ke sini.

creadit photo: https://phinemo.com/taj-mahal-india-berusia-365-tahun/
Taj Mahal juga terkenal sebagai bangunan paling simetri di dunia. Ini kerana bangunan ini mempunyai 4 menara yang mempunyai ketinggian dan bentuk yang sama di setiap sudutnya. Namun jangan terpedaya, haa.....? kenapa tu? Apabila masuk ke sini kita sebenarnya bermain dengan ilusi optik. Contohnya bila kita masuk ke gerbang utama yang membingkaikan Taj Mahal, kita seolah-olah melihat bangunan Taj Mahal begitu besar dan sangat dekat, namun semakin kita dekati ia semakin menjadi natural, tidak seperti yang kita jangkakan. Di bahagian menara pula apabila dilihat dari jauh, ia seolah-olah dibina lurus dan tegak, namun sebenarnya ia sengaja dibina secara condong sedikit mengarah ke luar. Tujuannya adalah untuk keselamatan bangunan utama, sekiranya berlaku runtuhan akibat gempa bumi, tiang menara sudah pasti tidak akan tumbang ke bahagian dalam sehingga mengenai bangunan utama. terdapat kolam di halaman Taj Mahal yang boleh mematulkan refleksi bangunan utama. Terdapat juga taman yang terbahagi kepada 4 bahagian bersama dengan 2 buah bangunan yang diperbuat daripada bata merah. Salah satu bangunan tersebut adalah masjid dan satu lagi adalah guesthouse. Kedudukannya yang simetri memberi impak harmoni. 
Ruang belakang Taj Mahal. Di belakang pagar tu mengalirnya sungai Yamura. Bangunan merah kat belakang sana pula, ialah bangunan masjid. 
Masjid
Bangunan merah sebelah Taj Mahal tu ialah Rumah Tetamu. Reka bentuknya agak sama dengan reka bentuk masjid
Sungai Yamura
Sisi kiri bangunan Taj Mahal. pintu ini menghala ke Masjid
Bangunan Masjid

Untuk membina Taj Mahal, Shah Jahan melantik Ustaz Ahmed Lahauri untuk merekabentuk bangunan Taj Mahal dan mengerahkan 20,000 tenaga kerja yang terdiri dari pemahat, seniman, pekerja buruh, tukang cat, kaligrafi dan lain-lain dari seluruh India, Turki dan Iraq. Gajah juga digunakan untuk mengangkat batu-batu yang berat dan jumlahnya lebih dari 1000 ekor. Pelbagai batu digunakan, direkabentuk dan diukir semula dengan menggunakan teknik pietra dura. Pietra dura ialah teknik mengetuk dan mengukir batu berharga ini sehingga menjadi satu bentuk yang lebih kecil yang telah ditetapkan. Apabila batu2 tersebut telah siap dibentuk, ianya akan dicantumkan mengikut bentuk yang telah dibuat sehingga menjadi satu bentuk corak yang besar. Proses yang rumit ini memerlukan ketelitian dan kemahiran yang tinggi. Maka tidak hairanlah Shah Jahan mengimport ramai pandai tukang berkampung di sini untuk menyiapkan dekorasi bangunan Taj Mahal dan pembinaannya juga mengambil masa yang lama iaitu 22 tahun dengan kos sebanyak RM2.1 juta (pada zaman tersebut). 

Gerbang yang kita masuk di awal tadi. Gambar ni di ambil dari bangunan Taj Mahal

Taman di sekitar kompleks Taj Mahal
KIta dah nak keluar dari bangunan Taj Mahal
Terdapat beberapa cerita yang mengatakan Shah Jahan berhasrat membina satu lagi makam besar di seberang Sungai Yamuna yang diberi nama Black Taj Mahal, yang mana bakal menempatkan makannya kelak apabila baginda mangkat. Apabila siap kedua bangunan itu nanti akan disambungkan dengan sebuah jambatan. Namun impian itu tidak terlaksana apabila Shah Jahan digulingkan sendiri oleh anak ke-3 nya iaitu Aurangzed pada tahun 1658. Shah Jahan menghabiskan sisa hidupnya di Menara Red Ford di Agra dan mangkat pada tahun 1666. Baginda dikebumikan bersebelahan dengan makam Mumtaz Mahal. Maka dengan itu berakhirlah lawatan kami di sini....
Ramai tentera untuk menjaga keselamatan
Selesai lawatan ke Taj Mahal, perut pun dah lapar, maka Hamed bawa kami bersarapan di tempat biasa. SElepas sarapan kami di bawa alik ke hotel untuk berehat, sebelum menyambung semula lawatan pada jam 2 petang.

AGRA FORT
Kubu Agra (Qila Agra) merupakan sebuah kubu bersejarah yang terletak di Agra. Ia berfungsi sebagai kediaman rasmi dinasti Munghal sehingga pada tahun 1638. Kubu ini juga dikenali sebagai Red Fort Of Agra kerana bangunannya yang diperbuat daripada batuan pasir merah. Agra Fort merupakan bangunan rasmi semasa pemerintahan Raja Akhbar. Apabila masuk ke dalam, kita boleh melihat Istana Jahangir yang menjadi tempat tinggal wanita kerajaan pada zaman tersebut. Apabila Aurangzeb berjaya mengulingkan Ayahandanya, Shah Jahan, Aurangzeb memenjarakan ayahandanya di dalam Agra Fort pada tahun 1658. Dari menara Agra Fort Shah Jahan sering melihat ke bangunan Taj Mahal, dimana isterinya Mumtaz di makamkan. Kami hanya mengambil gambar di luar sahaja kerana Agra Fort ditutup untuk kunjungan awam pada ketika itu.








Selesai ke Agra Fort, sebahagian dari kami balik ke hotel, aku KH, Z dan anaknya keluar makan panipuri. Z teringin nak makan panipuri sejak di Kashmir lagi. Hamed bawa kami naik bas. Yang jual panipuri ni pun agak bersih juga. Ramai yang membeli di sini. 
Ini pertama kali aku makan panipuri. Rupanya roti nya tu kosong di dalam. dia pecahkan ruang tengah lalu masukkan kentang atau kacang. Lepa tu dia bagi sos yang kita nak. Sos dia bukan macam sambal kicap ke apa tapi macam yogurt dan lain-lain. Aku makan panipuri dengan inti kacang je tanpa sos, sebab tak masuk tekak. 
ini pula malamnya dinner di restorant local. 

Bersambung....
Rujukan:
https://www.britannica.com/topic/Taj-Mahal
https://ms.wikipedia.org/wiki/Taj_Mahal
https://madainproject.com/taj_mahal_complex
https://thepatriots.asia/kisah-hidup-shah-jahan-sebelum-sejarah-taj-mahal/

Thursday, February 1, 2024

Travelog Kashmir: Ke New Delhi....(Part 7)

 31 Mei 2023

Salam & Hi ....

Hari ni kami akan terbang ke New Delhi. Ini bermakna percutian di Kashmir sudah pun berakhir bermula hari ini. A dah cakap semalam, kami kena berada di jeti Pada jam 600 am. Perjalanan menuju keSheikh Ul Alam International Airport, Kashmir mengambil masa kira-kira 23 minit saja dengan jarak sekitar 13.4 km. Tapi A kata proses nak masuk dalam airport tu mengambil masa yang lama, takut nanti ramai orang dan kami stuck di situ. Jadi Mustafa dan kawannya sediakan sarapan pagi kami dalam bentuk tapau. Ada air kotak, pisang, telur dan roti. Nak makan kat situ memang tak sempat, makanya bekal kami di simpan dalam plastik agar mudah dibawa. Dah sampai di seberang, A dah menunggu kami. Beberapa beg masuk dalam bonet kereta A sebab tak muat masuk dalam bas. H juga ikut sekali dengan A sebab nanti dipertengahan jalan akan ada tentera check kereta dia dan H adalah bukti yang A akan menghantar pelancong ke airport. 
Rumah bot tempat kami menginap sepanjang berada di Srinagar
Jeti yang selalu kami gunakan sepanjang berada di sini. Jeti No. 17. Masih kosong, tak ada orang lagi sebab terlalu awal. Macam nak hujan je awan tu, nampak gelap. 
Pagi yang tenang. Nampak tak bukit kat belakang sana tu? Ada lampu yang berderet sampai puncak bukit. Yang itu pos tentera tau...bayangkan dorang buat sampai atas bukit. 
Baru hari ni aku berpeluang ambil gambar di kawasan jeti ni. Sebelum ni, macam tak sempat nak memerhati di kawasan sekeliling. Selain sebab tempat ni ramai orang, kami biasanya balik agak gelap dan terus pula naik shikara. Gambar ni agak unik sikit, khas untuk diguanakan oleh lelaki sahaja ya. Patut la masa bas turunkan kami di kawasan depan tu, masa balik dari Pahalgam, kuat gila bau busuk. Dalam hati kenapa depa ni buang air merata2...rupanya dekat dengan bangunan ni..
Shikara
Kami di hadapan airport Kashmir. A ambil gambar kami untuk kenangan. Kat belakang tu H tengah masuk beg dorang dalam troli, tak sempat dia nak ambil gambar ramai2.
Ketika sampai di airport Kashmir, hujan turun renyai-renyai. Bas berhenti di kawasan ni dan turunkan beg kami semua. Proses masuk ke dalam bangunan airport juga sangat ketat. Hanya orang yang ada tiket sahaja boleh masuk dalam bangunan airport. Kat sini macam sedikit kecoh juga la masa tu. hehehh....Ramai porter berebut2 nak ambil barang kita untuk dibawa ke tempat scan barang. Kebetulan pula ada satu group dari Malaysia juga parking belakang bas kami. Makanya beg kami bercampur dengan group kat belakang tu. Lepas beg kami di turunkan, dan kami ambil gambar ni, kami naik bas balik. Aku ingatkan kami terus masuk dalam bangunan airport, rupanya kita sekali pergi ke tempat scan barang. kena naik bas semula tu sebab hujan. Tempat scan beg tu bukan dalam bangunan airport macam kat tempat kita tapi di luar. Sebab tu kot perlunya porter ni, sebab dorang ni yang urus beg kita sampai masuk dalam tempat checkin beg. Lepas beg dan kita sekali di scan, baru la kita Q untuk masuk dalam bangunan airport. Kat sini kena tunjuk pasport dan tiket flight. Tak ada ini tak ble masuk. Oh masa ni beg kita tu tak ada lagi dengan kita, porter tu yang akan uruskan. Yang aku kata kecoh tu sebab beg kami tertukar. Beg rombongan yang satu lagi tu ada pada troli kami. Beg aku pula aku ingat hilang dari radar, rupanya ada dalam troli kami tu. Bukan apa dia letak tag biru, rupanya tag tu dia simpan situ menandakan beg kita sudah di scan. Aduhh....Salah aku juga tak letak tanda. Biasanya aku letak riben, ehh kali ni tak pula.. 😁
Naik Spicejet pegi ke New Delhi
Dipendekkan cerita, kami tiba di Indira Gandhi International Airport selepas terbang selama 1 jam 15 minit. I kata guide kami akan tunggu kami di Gate No 3.
Sementara tunggu stroller anak Z, kami ambil gambar dulu. Masa ni jumpa menteri tau....AP Baling. 😀Kenal wajah je, nama tak tau. Dia betegur sapa la dengan H sebab depa sama2 orang utara. 
Dah selesai kami keluar ke gate 3
Besar juga airport New Delhi ni....
Lama juga tunggu guide kami ni. Bila dia dah sampai kami mengekor je dia, sampai la ke tempat bas. 
Orang nak p umrah 
Sampai kat sini tunggu lagi bas datang. Dah sampai ND ni suhu pun berubah. Kalo di Kashmir sejuk gilss, kat ND..uhh panas. Macam kat tempat kita juga. 
Aku lupa nama guide kami ni. Kita panggil dia Hamid la. Hamid ajak kami pegi makan dulu dan terus solat di sini. Restoran ni masih di kawasan New Delhi. Tapi aku lupa namanya. Tempatnya bersih dan selesa.
Nasi bryani ni sedap. Boleh la diterima...
Sayur ni pun ok...
Selesai makan kami meneruskan perjalanan menuju ke Agra. Perjalanan mengambil masa kira-kira 4 jam, dengan jarak sekitar 234 km melalui jalan tol. 
Dipertengahan jalan bas berhenti di RnR, untuk sesiapa yang ingin ke toilet. Kitorang turun tapi tengok toilet dia ramai yang beratur, aku tak jadi masuk. Ingat nak beli jajan2 atau buah2an jika ada.....tapi semuanya kurang berkenan di hati, makanya kami masuk dalam bas kembali
Tiba di Hotel
kaunter
Lobi hotel
Toilet dalam bilik. Bersih tapi air dia masin. Hamid kata air di ND datang dari air laut yang diproses.
Selesai check in, kami dibawa keluar semula untuk makan malam dan pergi ke kedai souvenir
Makan malam di Restoran ni
Kopi
Oleh sebab masih kenyang kitorang makan lempeng je. 
Lepas tu pegi kedai ni. Banyak TH beli teh pelbagai perisa di sini

- Bersambung-

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...