28 Mei 2024 (Selasa)
 |
|
Hari terakhir kami di Kawaguchico. Malam tadi kami sudah selesai mengemas barang sebab pagi ni sebelum ke Tasik Kawaguchico, kami akan terus bawa turun semua barang-barang. Petang ni kami akan terus ke Tokyo. Owner hotel membenarkan kami menyimpan barang di sebuah ruangan. Nampak macam cafe tapi dah tak difungsikan lagi sebagai cafe. Bila kami menjenguk ke luar, ada tanda2 hujan bakal turun, jadi untuk persediaan kami beli baju hujan. Beli yang paling murah, yang jenis transparent. Jimat...😃 Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke stesen kawaguchico, menaiki bas merah untuk menuju ke Tasik Kawaguchico. Tapi sebelum tu kena beli tiket dulu di kaunter tiket bas. Ada di dalam bangunan stesen Kawaguchi. Tiket ni boleh dibeli terus untuk 2 hari perjalanan, tapi pastikan tiket tu tak hilang ya. Selesai beli tiket, tunggu je bas kat tiang No. 1. Sambil2 tu boleh juga ambil map di kaunter pembelian tiket. Kalo nak study perjalanan lebih awal boleh dapatkan map ini di website.
Sebenarnya banyak tempat bas merah ni akan berhenti, kalo ada banyak masa boleh la melawat setiap tempat. Tapi kami berhajat untuk pergi ke Kawaguchico Natural Living Centre sahaja, sebab petang nanti kami akan bergerak ke Tokyo pula. Kami mengambil bas paling awal iaitu jam 9.00 pagi. Perjalanan mengambil masa menuju ke Kawaguchico Natural Living Centre, kira2 30 minit. Tapi terasa agak lama kami berada di dalam bas, mungkin sebab hujan, terasa bosan bila tak dapat tengok pemandangan di luar sana. Bas sampai ke Kawaguchico Natural Living Centre (KNLC), kira2 jam 9.30 pagi. Hujan masih turun renyai2, kami terus memakai baju hujan dan berjalan kaki, mengikut kemana orang ramai pergi.
 |
KNLC ni merupakan lokasi terakhir dalam laluan bas merah. Terletak di Taman Oishi, utara Tasik Kawaguchi, Yamanashi. Berfungsi sebagai pusat pelawat dan fasiliti komuniti yang direka untuk memanfaatkan keindahan semula jadi kawasan sekitar yang mana ia dikelilingi oleh Tasik Kawaguchi dan Gunung Fuji. |
 Mercu tanda Mini-Fuji yang dibina di Kawaguchico Natural Living Centre. Monumen ini di bina dengan mengumpul batuan dari "Gunung Fuji" yang terdapat di 252 tempat di setiap wilayah di Jepun. Dikatakan banyak gunung yang dinamakan sebagai Fuji di Jepun, maka monumen Mini-Fuji dibina untuk melihat batuan semua gunung Fuji dalam satu tempat bersama dengan Gunung Fuji yang sebenar.
 |
Baru sampai dan kami berjalan kaki menuju ke tepi tasik. kami semua siap memakai baju hujan kerana cuaca mendung dan hujan sudah mula turun renyai2. |
 |
di KNLC juga terdapat sebuah taman yang dinamakan sebagai Taman Oshi. Taman ini memang salah satu lokasi paling strategik untuk mengambi gambar gunung Fuji. Sayangnya ketika kami sampai cuaca kurang mengizinkan. Ya sudah la... nikmati aja pemandangan yang ada.
|
 |
Terdapat pelbagai bunga mekar di sepanjang tepi Tasik Oishi.. Di sini tempat ramai photographer berkumpul untuk mengambil gambar Gunung Fuji yang cantik dilatari dengan tasik dan pelbagai jenis bungaan. Ketiga2 icon ini menjadi daya penarik para pelancong untuk berkunjung ke sini, biarpun lokasi ini merupakan lokasi paling hujung di laluan bas merah. |
 |
Kami bergambar berlatarbelakangkan gunung Fuji yang dilitupi awan mendung |
 |
Nampak tak Gunung Fuji kat belakang tu. Kalo cuaca cerah pasti tempat ni sangat cantik. Selain dari menikmati pemandangan yang cantik, terdapat pelbagai acara diadakan di sini. Antaranya ialah bengkel pembuatan jem daripada buah blueberry tempatan. acara ini yang paling popular terutamanya apabila tiba musim panas. Ia berlangsung setiap hari ketika musim panas, dengan menempah lebih awal untuk menyertai bengkel ini. Bayaran yuran adalah sekitar $850 yen (RM25) sangat berbaloi. |
 |
Selain itu, sekitar bulan jun- julai pula, merupakan musim ceri. Ketika bulan ini akan diadakan program "all you can eat". Dengan hanya membayar sebanyak $2000 yen, kita boleh makan buah ceri sepuasnya. Jika korang peminat buah Blueberry pula, korang perlu datang ke sini pada bulan julai-ogos untuk menikmati buah Bluenerry sepuasnya dengan hanya membayar sebanyak $1000 yen sahaja. |
 |
Pada akhir bulan Jun-Julai pula, akan diadakan festival bulan lavender, yang mana pada ketika ini bunga lavenda akan tumbuh mekar seperti karpet berwarna unggu terhampar indah dengan latar belakang gunung fuji. Taman Oishi menyediakan laluan bunga sepanjang 350 meter. kawasan ini dibuka setiap musim dengan menjanjikan pelbagai jenis bunga mengikut musimnya. Jika ada menyewa kereta, jangan risau, di sini disediakan parking percuma, masuk ke lokasi ini juga percuma dan semua laluan di sepanjang taman sangat mesra pengunjung. kita disarankan memperuntukan masa sekirat 30 minit hingga 1 jam untuk menikmati pemandangan indah di sini. |
 |
Di sini juga terdapat cafe dan kedai cenderahati yang menjual jem buatan sendiri, aiskrim blueberry, produk berasaskan herba, kraftangan Yamanashi serta kopi dan jajan. Boleh la bersantai minum kopi sambil menikmati pemandangan Tasik dan Gunung Fuji. |
 |
di KNLC juga terdapat sebuah taman yang dinamakan sebagai Taman Oshi. Taman ini memang salah satu lokasi paling strategik untuk mengambi gambar gunung Fuji. Sayangnya ketika kami sampai cuaca kurang mengizinkan. Ya sudah la... nikmati aja pemandangan yang ada.
|
 |
tumbuhan bulat berwarna hijau ini akan bertukar warna merah jambu nanti.. |
 |
Bunga mawar di sana sini |
 |
Cantik kan bunga2 ni. Kalo hati sedang galau, sila la datang ke sini untuk healing2....😉 |
 |
Tuan tanah tumpang lalu... |
 |
Untuk kenangan di hari tua nanti, tempek lagi gambar sendiri...😁 |
Restoran Alladin
 |
Hari sudah menginjak ke tengahari, perut pun sudah terasa lapar. Maka kami bergerak meninggalkan Taman Oishi. Kawan aku google Restaurant halal paling dekat ialah Restaurant Alladdin. Maka kami naik bas menuju ke sana. Tapi malangnya restaurant Aladin yang pertama ni tutup, makanya kami terpaksa menapak ke restaurant Alladin yang ke-2. Yang ada dalam gambar ni. |
 |
Kedai yang ada kat Taman Oishi |
 |
Sebelum sampai ke restauran Aladdin yang ke-2 ni, sempat kami jumpa pelbagai bunga di jalanan. Cantik. |
 |
Nampak macam tak ada orang. kecik je kedainya. Bila sampai rupanya memang dah ada orang kat dalam. Kumpulan pelancong dari Indonesia, seolah faham, mereka pun bergerak pergi. Mereka dah siap makan. |
 |
Ingatkan kat atas tu pun tempat makan rupanya bahagian bawah je. Nampak tak kat signboard tu ada tertulis "Indonesia Restaurant"? Tapi sebenarnya ia lebih kepada makanan turki seperti kebab dan yang sewaktu dengannya. Tapi tak apa, kebab pun ok juga asalkan halal dan boleh diterima dek tekak ni haa... |
 |
Selesai makan kami bergerak pula menuju ke Masjid Kawaguchico. Ni jalan kaki menuju ke bus stop. Tapi sebelum tu ambil gambar dulu di signboard "Lake Kawaguchico". Nasib baik cuaca redup, jadi nak jalan kaki tu tak ada la berpeluh.
Masjid Kawaguchico |
Untuk sampai ke Masjid Kawaguchi ni, kita kena naik bas. Sekali lagi kami terlepas 1epas bustop yang memang dekat dengan Masjid. Maka menapak lagi la kita.
 |
Seronok juga jalan kaki ni sebab kita boleh tengok macam2 pemandangan. Kalo jalan kaki kat tempat orang, orang tak tau kita sesat, depa ingat kita saja nak jalan kaki 😀 |
 |
Tak ada yang menarik, saja ambil gambar ni. Jalan raya depa tengak dalam proses pembaikan tapi bersih je, kemas tersusun. |
 |
Jumpa lagi restaurant Alladin, tapi yang ini tutup. Nampak macam yang ini besar sikit. |
 |
Tengok lampu isyarat depa, comel je. Lepas lampu ni kita belok kanan |
 |
Mendung tak bererti hujan, nasib baik sepanjang kami jalan kaki ni, tak turun hujan. Alhamdulillah.. |
 |
Bas Merah ni kita boleh naik guna tiket yang kita beli pagi tadi. Tapi kali ni tak naik bas dulu sebab nak p Masjid |
 |
Jauh lagi ni.....tak nampak lagi bayang masjid |
 |
Lawson, antara kedai paling popular di Japan. kalo kat Malaysia ni dia macam 7E, KK Mart dll |
 |
Signboard Lawson |
 |
Nampak tak apa yang aku nampak??? aku bukan saja2 ambil gambar bangunan tu tapi aku tengah tunggu gunung Fuji tu muncul di sebalik kabus. Kalo cuaca cerah....gunung Fuji tu nampak lebih dekat di sini. |
 |
Tak muncul juga dia... |
 |
sunyi je bangunan ni, betul2 depan jalan raya |
 |
Bangunan apa tak tau |
 |
Jumpa lagi bas merah. |
 |
Tak lama lagi nak sampai ni. Inshaallah... |
Masjid Fuji Kawaguchico
 |
Akhirnya sampai juga kami di masjid |
 |
Tempat solat wanita |
 |
Tempat solat lelaki kat sebelah kiri, perempuan kat sebelah kanan |
 |
Bersiap nak balik ke Kawaguchico Station |
 |
Rupanya kat sini pun ada restauran. Kalo tau tadi terus ke sini |
 |
Kaunter restauran kat masjid. Restaurant dia ni satu bangunan je dengan masjid, kita masuk jumpa ni dulu, kemudian pergi belakang, kat sebelah kiri tempat ambil wudhu, sebelah kanan pula tempat solat. kalo kat belakang lagi ada toilet |
 |
Dari masjid jalan kaki lagi pegi busstop untuk balik ke Kawaguchi Station. Berhenti kat sini sebab bunga dia cantik |
 |
Depan masjid |
Kawaguchico Station
 |
Akhirnya kami sampai di Kawaguchi Station semula. Kami bergegas ambil barang di hotel Kawaguchico, dan kembali semula ke Kawaguchico Station untuk menaiki train menuju ke Shunjuku Station, Tokyo |
 |
Ramai betul orang masa ni, sudahnya kitorang berdiri je terus Q depan gate. |
 |
Ini gate sebelum naik train. Train ada kat belakang tu, nampak tak warna merah. Nanti kita kena scan tiket kat kios tu sebelum naik train |
 |
Ini pula kaunter tiket untuk beli tiket train atau beli tiket bas. Tiket train boleh dibeli online juga |
 |
Ini kat luar bangunan Kawaguchi Station. Betul2 depan pintu keluar dia. Bas kuning- merah tu ialah bas red line yang kami naik tadi |
 |
Fuji-Q Highland ni tak jauh dari Kawaguchico Station. Kalo naik bas dari Tokyo, bas akan berhenti di Fuji-Q Highland dulu baru ke Kawaguchi Station. Train pun sama, kalo tak silap. Walaupun dah 2 kali ke Kawaguchi, belum pernah lagi kami ke sini...😀 |
 |
Tiket train menuju ke Shinjuku. Berlepas jam 6.46 petang. KH beli tiket ni, jadi semua ada kat dalam hp dier. |
 |
Dalam train |
SHINJUKU STATION- TOKYO HOTEL TRIP
Penginapan kami sepanjang berada di Tokyo ialah di Tokyo Hotel Trip. Station paling dekat dengan hotel tersebut ialah di Nishi- Nippori Station. Ada beberapa subway yang boleh diguna unuk menuju ke sana, samada Yamanote line (hijau), Shinjuku line (hijau muda), Chuo- Sobu line (kuning). Antara ketiga2 line di atas hanya Yamanote line sahaja yang mempunyai perjalanan terus hingga ke Nishi-Nippori Station. Yang lain, kita perlu bertukar line di pertengahan jalan. ini agak menyukaran sekiranya kita mempunyai beg yang besar dan berat. Maka kami menggunakan Yamanote line menuju ke hotel kami. Oleh kerana kebanyakan dari kami masih menyimpan siuca card, maka kami hanya perlu menambah nilai pada suica card kami dan itu sudah dilakukan di Narita Airport ketika sampai tempoh hari. Yamanote line adalah rangkaian pengangkutan JR tetapi suica card boleh digunakan untuk pembayaran. Ini perjalanan kami...
Yamanote line: Shinjuku Station-(9 stops)- Nishi-Nippori  | Tiba di Shinjuku |
 |
Dah sampai Shinjuku Station. Kena naik atas. Dari Shinjuku kami kena naik subway menuju ke Nishi-Nippori Station. |
 |
Mesin untuk topup Kad untuk rangkaian pengangkutan JR (Japan Railway Pass) |
 |
Orang tengah tunggu train sampai. Ini kat bawah tanah tau.. |
 |
Gate untuk penggunjung yang menggunakan JR Pass. Kat signboard tertulis untuk pertukaran train dari Shinjuku ke Odakyu line. |
 |
Anime dimana2....Masih di Shinjuku St. |
 |
Sudah tiba di Nihi-Nippori Station |
 |
Rasanya kami tersalah turun St. Kami turun di Nippori St. Sepatutnya kami turun di Nishi-Nippori. Sudahnya kami ke sana kemari mencari signboard Nishi-Nippori tapi tak ada. 😀 Begitu la, kalo kita bergerak sendiri tanpa agent, sesat itu biasa. Akhirnya kami menggunakan Goggle map untuk mencari lokasi hotel dengan hanya berjalan kaki. Pekerja hotel maklumkan kepada KH yang hotel mereka berada berdekatan dengan McD. |
 |
Apabila berada di luar bangunan, rupanya hujan lebat di luar. Kami tunggu sehingga hujan sedikit reda untuk memulakan perjalanan |
 |
Kalo malam memang susah untuk mencari hotel apa lagi ketika hujan. Ketika kami berada di Kawaguchi, ada seorang wanita Indo yang menetap di sana memaklumkan bahawa sedang ada ekor taufan sedang melanda perairan Japan. Sebab tu cuaca agak mendung di Kawaguchi ketika kami berada di sana. Dan malam pertama kami berada di Tokyo, angin sangat kuat dan hujan lebat. Tak dan amik gambar sepanjang kami berjalan kaki sebab angin terlalu kuat. |
 |
Akhirnya setelah berbasah kuyup, jumpa juga akhirnya hotel Tokyo Trip.... |
Jumpa lagi di cerita akan datang.....
💚Niena T
No comments:
Post a Comment