Monday, November 13, 2017

Pameran Seni Visual, Festival Kesenian Murid-Murid WP Labuan

12 Nov 2017
Ahad

Salam n Hi....
Semalam telah berlangsung Festival Kesenian Murid Sekolah-Sekolah WP Labuan bertempat di Anggrik Square, Ruang Legar Ujana Kewangan, Anjuran Jabatan Pendidikan WP Labuan. Ader banyak aktiviti yang dijalankan dan salah satunya ialah Pameran Seni Visual yang melibatkan pelajar Tingkatan 6 SMK Labuan. Oleh kerana anak-anak pelajar Tingkatan 6 Atas sedang bergelut dengan peperiksaan STPM, maka kiter tak kacau libatkan depa. Kiter amik pelajar Tingkatan 6 Rendah yang mengambil matapelajaran Seni Visual. Sebab depa ni ader seminggu lagi untuk bergerak ke "medan perang". Program ni berlangsung pada hari Ahad, maka kiter tak paksa penglibatan depa, kalo nak isi nama, tak nak pun tak pe sebab tak ada apa-apa bayaran, belanja makan dan sebagainya jika ingin join program. Hanya yang kiter dapat janjikan ialah sijil dan sebuah pengalaman berharga.....  
 
Bersama sebahagian pelajar 6RG
Ada 15 buah karya sahaja yang kiter bawa untuk dipamerkan di sini, dan kebanyakan karya tersebut merupakan kerja kursus pelajar semester 3 pada tahun-tahun sudah. Karya pelajar untuk tahun ini kiter simpan dulu sebab ia masih dianggap evidens sulit sehingga keputusan peperiksaan STPM keluar pada tahun depan. Belajar dari pengalaman, kali ni kiter sediakan jadual bertugas untuk pelajar berada di ruang pameran. Antara objektif program ini ialah kiter ingin memberi pendedahan awal kepada para pelajar bagaimana mengurus sesuatu program seni, menanam keyakinan diri kepada pelajar untuk berkomunikasi dengan baik dengan audiens, boleh "bercerita" tentang karya dari pelbagai aspek seni. Secara tidak langsung, program sebegini memupuk rasa taggungjawab, bekerja dengan baik dalam satu pasukan.

antara karya yang dipamerkan
VIP melawat tapak pameran.
Cikgu dari Brunei pun turut sama hadir memberi sokongan.
Cikgu Azizie "bercerita" tentang karya kepada Pengetua SMK Lajau.
VIP melawat tapak pameran
Sebahagian pengunjung yang datang
VIP bersama Cikgu dari Brunei
Sebehagian pelajar 6R bersama Cikgu Azizi dan Cikgu Jamaliah
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pelajar 6Rendah yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam program ini. Juga kepada Cikgu Jamaliah (KP Seni) yang tak pernah menolak apabila saya perlukan bantuan/penglibatannya dalam apa jua program seni yang kami kendalikan. Saya akan ingat jasa kak Lia.....😊 Jumpa lagi di program akan datang......Bye. 





vvv

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...