Pagi di Duneddin Holiday Park & Motel
2 Dec 2016
Hari ke-5
Hari ke-5
Jarak perjalanan untuk hari ni. |
Hari baru Gaissss......Pagi yang cerah bagai mengalu-alukan perjalanan kami pagi ini. Hari ni rasanya kami santai2 saja, sebab checkpoint terakhir kami hari ni menuju ke Omarama Top 10 Holiday Park, iaitu berjarak 231km sahaja, mengambil masa kira-kira 2 jam 52 minit (3 Jam la kiranya). Selesai urusan Checkout, kami mengambil kesempatan untuk mengabadikan kenangan di perkarangan motel ni. Sunyi sepi. Adakah sebab kami terlalu awal bangun atau kami terlewat sampai orang lain dah keluar?
Motel ni dibuka sepanjang tahun kepada para pengunjung tetapi harga berbeza mengikut musim. Kalo musim panas harga akan naik sebab ramai orang keluar untuk bercuti menikmati musim panas. Kalo musim sejuk pula harga akan turun. Motel ni menawarkan pelbagai jenis penginapan dari motel hingga la kepada cabin. Ini termasuk tapak untuk motorhome. Wifi disediakan secara percuma kepada semua yang menginap di sini. Jangan tak tahu, motel ni antara salah satu holiday park bertaraf 4*. Seperti holiday park yang lain, DHPM juga menyediakan beberapa fasiliti, antaranya ialah dobi, bilik menonton TV, toilet untuk penginap motorhome/ motosikal/ basikal, tapak BBQ dan taman permainan. Kat sini juga ada kedai runcit okehh.....boleh dapatkan barang keperluan seperti makanan/ minuman panas dan lain-lain. Pendek kata kau tak payah keluar ke bandar lagi dah semata-mata nak beli nescafe atau pun jajan. Kalo handphone kau habis data, kau boleh guna telefon awam, juga ada kat sini. Nak pos poscard, peti pos ada disediakan. Konon-konon kau datang sini naik basikal la kan, tiba-tiba hari ni kau malas nak kayuh basikal ke bandar jadi kau boleh naik bas mini. Bus stop tu dekat je dengan pintu gerbang holiday park ni, kau kena jalan kaki 300 meter ja, dah sampai bus stop.
Dunedin merupakan bandar kedua terbesar di South Island, (selepas Christchurch) dan ia adalah bandar utama di wilayah Otago. Ini sekaligus menobatkannya sebagai bandar ke7 berkepadatan penduduk. Data sehingga Jun 2020 menganggarkan seramai 106.200 penduduk di sekitar Dunedin. Kawasan bandar Dunedin terletak di pantai timur tengah Otago, manakala pinggir bandar mengunjur ke lembah dan bukit menuju ke pulau semenanjung Otago, sepanjang pantai Pelabuhan Otago dan Lautan Pasifik. Tapak pelabuhan dan bukit yang ada di sekitar Dunedin merupakan bekas gunung berapi yang sudah mati. Kini, Dunedin membangun dengan sektor ekonomi yang pelbagai, merangkumi industri pembuatan, penerbitan, teknologi dan pelancongan. Namun sumber ekonomi utamanya datang dari sekotor pendidikan tinggi, yang mana di Otago terdapat sebuah Universiti Otago iaitu universiti tertua di NZ dan Politeknik Otago, juga terletak di sini. Ramai pelajar dari beberapa negara menyambung pelajaran ke sini. Dengan adanya 2 pusat pendidikan tinggi di wilayah Otago, secara tidak langsung menyumbang kepada sebahagian besar populasi penduduk di sini.
Penghijrahan besar-besaran ke NZ, khususnya wilayah Otago bermula sejak tahun 1855, apabila sebuah penempatan Scotland dibangunkan oleh Persatuan Lay dari Gereja Bebas Scotland. Ini ditambah lagi dengan penemuan emas di Gabriel's Gully pada tahun 1861, menimbulkan minat para pelombong emas mencari rezeki di sini. Namun selepas 10 tahun sumber ekonomi berlandaskan perlombongan emas semakin perlahan, tetapi tidak menghalang aktiviti imigrasi ke wilayah Otago. Pertambahan penduduk ini menyebabkan pelbagai jenis perniagaan dibangunkan, sekolah, galeri, muzium dan sebagainya..
Depan bilik kami |
Dapat bilik paling hujung. Comel je dier buat pagar guna kayu tu |
Satu je yang aku baru tau 😏, rupanya holiday park ni dekat dengan pantai. Katanya bersebelahan je dengan pantai St. Kilda. Kalo tau pagi tu pegi pantai je dulu jalan-jalan...emmhh. Ok dah itu je, jom kita keluar melawat Dunedin Railway Station.
Dunedin Railway Station.
Dari Holiday Park ni nak ke Stesen Keretapi Dunedin hanyalah mengambil masa 8 minit sahaja. Dekat kan? Stesen keretapi ini merupakan salah satu mercu tanda seni bina yang paling terkenal di Dunedin. Kedudukannya yang berada di pusat bandar, memudahkan untuk pelancong datang berkunjung ke sini. Apa yang menarik pada bangunan yang dibina sejak tahun 1906 ini ialah ia menampilkan senibina bergaya Flemish Renaissance. Ia dibina menggunakan batu kapur Oamaru putih dan batu basalt hitam.
George Troup selaku arkitek bangunan ini cuba menyuntik gaya mewah, megah pada bangunan ini dengan menggunakan jubin porselin Royal Doulton pada lantainya. Sehingga kini pihak kerajaan menitikberatkan aspek pemuliharaan khazanah senibina mereka.
Besar bangunan ni |
Ruang dalam |
Stesen ini dibuka kepada orang awam untuk memberi peluang melihat dan menikmati ciri bangsawan hiasan dalaman penuh mewah di zaman Renaissance. Di tingkat bawah bangunan ini menempatkan restoran, manakala di bahagian atas pula menempatkan galeri seni dan sukan. Tidak ada gambar di dalam ruang galeri kerana ianya tidak dibenarkan. Setiap hari Sabtu pula, di bahagian tempat letak kereta akan ditutup untuk memberi laluan kepada Pasar Tani Otago beroperasi.
bergambar kenangan di platform Stesen keretapi Dunedin |
Dalam bangunan stesen keretapi |
Pada awal operasinya, stesen ini merupakan antara stesen keretapi yang paling sibuk di South Island. Ia mampu mengendalikan hingga 100 buah keretapi sehari. Turut menawarkan perjalanan penumpang dari Christchurch hingga ke Invercargill, dari Palmerston dan Otago Central sehingga ke pinggir bandar seperti Mosgiel dan Port Chalmers. Ini kerana industri emas, arang batu dan pertanian pada zaman tersebut sangat bergantung kepada pengangkutan keretapi untuk membawa bahan tersebut ke satu-satu tempat. Namun, zaman kegemilangannya merundum hari demi hari apabila berlakunya kemerosotan ekonomi. Kini stesen keretapi ini masih digunakan untuk ke beberapa destinasi dan salah satunya untuk tujuan pelancongan sahaja.
Seterusnya kami berjalan2 santai ke Meridian Mall (MM). Saja nak cari makan kat kedai Turki di GF Food Court di Meridian Mall. Sepanjang jalan Menuju ke MM, terdapat deretan pelbagai kedai jenama dan jualan baju/souvenir ALL BLACKS. Tak ada gambar di MM. Oh ya apa yang aku perasan masuk ke kawasan Dunedin suhu sudah agak panas berbanding di sebelah Twizel hingga ke Queenstown, biarpun pada ketika itu musim panas. Kat sini juga aku mula praktikkan kat tempat awam lepas makan bawa semua sampah masuk dalam tong dan tray ke tempat yang disediakan.
Harus cari yang paling handsome dan paling tinggi 😆 |
sumber:
https://www.newzealand.com/us/feature/dunedin-railway-station/
https://en.wikipedia.org/wiki/Dunedin_railway_station
No comments:
Post a Comment