Friday, January 24, 2020

Niena Di Japan: Menghabiskan hari terakhir di Osaka (Part 8)

14 Dec 2019
Hari-6


Cepatnya masa berlalu....Sudah hari ke 6 kami di sini. Macam tak puas aje. Hari ni tak banyak aktiviti yang akan dilakukan. Lebih kepada melihat kawasan sekitar yang berdekatan dengan Osaka sahaja, kemudian pegi ke Kansai airport untuk refund ICOCA yang masih berbaki, lepastu pegi menjengok kedai pula, mungkin ada benda yang boleh dibeli di situ ๐Ÿ˜…. Tetapi pagi ni yang paling utamanya kami nak menyantuni Masjid Kobe, yang terletak di bandar Kobe, iaitu bandar ke-6 terbesar di Jepun.  Kobe terletak kira2 30 km di barat Osaka, mengambil masa kira2 1jam 30 minit untuk sampai ke sini dengan menaiki train. Pada tahun 1853, Kobe antara salah satu bandar yang dibuka untuk tujuan pembinaan pelabuhan, untuk menampung kerancakan perdagangan luar negeri. Malangnya pada tahun 1995, Kobe dilanda gempa bumi -Hanshin- Awaji yang memusnahkan bangunan dan ramai mangsa juga mati kerananya. Tidak menunggu terlalu lama, Kobe akhirnya bangkit daripada kemusnahan tersebut. Kini ia menjadi bandar pelabuhan baru, namun masih kelihatan beberapa  tinggalan Hanshin-Awaji.

Oppsss!! ๐Ÿ™ˆ
Sebelum pegi masjid tu tersinggah pula Kobe Harborland, sebab sampai awal gilerr....macam kiter pla yang buka kunci mall ๐Ÿ˜…. Bila tengok semua kedai pun tutup lagi, kami pun terus ke Masjid.
  • Shin Imamiya Station: Osaka Loop Line, 8 stops---> Osaka Station (tukar line)
  • Osaka Station: Tokaido-Sanyo Line (Special Rapid Himeji), 4 stops, Platform 4--> Kobe Station (Sebab tadi singgah Kobe Harborland, jd sekrang nak p masjid kami tukar train Rapid yasu pula, line yang sama)
  • Kobe station: Tokaido-Sanyo Line (Rapid Yasu)--> Motomachi Station
  • Jalan kaki dalam 12 minit menuju ke Masjid Kobe
Tiba di Osaka Station
Sekitar Kobe Harborland
Sudah terasa aura kemeriahan menyambut Merry Christmas
Penyebaran islam di Jepun dikatakan bermula dengan kedatangan orang islam dari suku Tartar yang melarikan diri dari jajahan Rusia. Bermula dengan penghijrahan Abdul Rashid Ibrahim (suku Tartar pertama datang ke Jepun), semakin lama masyarakat muslim kian bertambah. Lalu mereka merancang untuk membina sebuah masjid untuk beribadah. Maka itu lah masjid Kobe terbina pada oktober 1935, hasil sumbangan yang dikumpul oleh Jawatankuasa Islam Kobe dari tahun 1928 hingga lah ke hari pembukaannya, sekaligus mengangkat Masjid Kobe sebagai masjid tertua di Jepun.
Lagi sekitar Kobe Harborland
Mural comel di sekitar Motomachi Station
Jumpa si Harada....๐Ÿ˜… 
Melihat Masjid Kobe, tidak lepas untuk kita mengaitkannya dengan riwayat keluarga Kirky iaitu keluarga muslim yang berasal dari suku tartar. Keluarga Kirky memperolehi suaka di Jepun , ketika Revolusi Bolsyewik, akhir perang dunia pertama. Ramai yang melarikan diri untuk menghindari penindasan pihak tentera Stalin. Ada yang lari ke Turki dan sebahagiannya lari ke Jepun. Satu tindakan yang berani kerana pada ketika itu mereka hanya mempunyai wang yang sedikit dan tak boleh berbahasa Jepun. Pada tahun 1922, seramai 13 keluarga suku tartar tiba di Jepun. Pada mulanya mereka tinggal di Nagoya, berniaga dan membangunkan sekolah kecil. Namun perjalanan perniagaan mereka kurang berkembang, lalu salah seorang daripada mereka iaitu Hussien Kirky mengambil keputusan untuk berpindah ke Kobe. Pertengahan 1920-an, komuniti islam di Jepun berkembang dengan kedatangan para pengusaha tekstil dari India. kehadiran mereka menambah bilangan masyarakat muslim yang sedia ada iaitu migran Tartar, dan beberapa orang arab. Mereka membentuk sebuah organisasi pembangunan masjid yang dipimpin oleh Ferozuddin iaitu seorang pengusaha tekstil yang kaya dari India. Para pengusaha India, Arab dan Mesir, yang sering keluar negara atas urusan perniagaan, berusaha mengumpul dana dengan memohon sumbangan dari masyarakat muslim yang kaya, dimana saja negara mereka singgah. Pengumpulan dana tersebut berlangsung 5-6 bulan, namun jumlah yang dikumpul belum mencukupi. Ferozuddin akhirnya menyumbang 66k yen untuk mencukupkan dana tersebut. Akhirnya mereka membeli sebidang tanah untuk mendirikan masjid. Ferozuddin diangkat menjadi imam, namun setelah beliau meninggal dunia Hussien Kirky pula diberi mandat menggantikannya buat sementara waktu. 

Akhir nya kami tiba di masjid. Tapi tak boleh masuk sebab depa tengah baiki
Photo From: https://en.wikipedia.org/wiki/Kobe_Mosque
Semasa Perang Dunia ke-2, ramai masyarakat Tartar dan India muslim mencari perlindungan di luar negara. Namun sebahagian masyarakat muslim yang bertahan di Jepun, tetap mempertahankan masjid mereka daripada musnah akibat peperangan. Mereka melapisi lantai masjid dengan kertas minyak, tatami dan pasir agar lantai terlindung dari kebakaran. Oleh sebab itu, masyarakat muslim tak boleh bersolat di sana sepanjang peperangan berlaku. Walaupun Kobe dibom beberapa kali oleh pihak bersekutu, masjid Kobe tetap teguh berdiri, hanya mengalami sedikit retak pada dinding, cermin pecah dan bangunan berwarna hitam disebabkan jilatan api. bangunan disekeliling masjid Kobe habis ranap rata menyembah bumi. Setelah peperangan tamat, ramai oarang Tartar dan para pengusaha tekstil dari India kembali semula ke Kobe. Negara2 kaya seperti Arab Saudi dan Kuwait memberikan bantuan untuk memperbaiki Masjid Kobe. Namun pada tahun 1995, sekali lagi Kobe dilanda musibah apabila berlakunya gempa bumi sekuat 7.3 SR. Ajaibnya Masjid Kobe masih lagi berdiri teguh disaat bangunan lain disekitarnya roboh satu persatu. 

Depan masjid tu ader kedai Kitano yang menjual barangan halal. kami pun singgah, eh tetiba adik tu bagi salam. Ingatkan dari Indo rupanya dari Malaysia. Adik tu belajar kat Japan tapi partime keje di sini kalo cuti. Lupa tanya nama...

Adik tu syorkan kami beli roti tu, katanya kalo kat Malaysia, ibarat macam kek lapis la. Sedap tapi manis la pula...Lepastu kan kami tanya apa makna simbol yang ader kat plastik roti tu. Selama ni kami ingat itu tanda halal, dalam tulisan Jepun. Rupanya itu simbol recycle. Ya Allah.....jauhnyer la aihhhh, meleset tekaan kami....๐Ÿ˜…Tapi alhamdulillah la, sepanjang kami di sini tak de la pula membeli yang bukan2, biasa beli beras, yogurt, aiskrim, pisang yg dalam plastik mesti ader simbol tu. Berdekatan dengan kedai Kitaro tu terletaknya restoran Naan. Restoran ni memang viral kat RTJ kan, sebab roti cheese Nan dier sedap katanya. Memang sedap gaisss....perghh!! Makan pun puas hati, satu tu ble makan untuk 2 orang. Meja sebelah order nasi arab sebab depa tekak melayu totok, kena wajib makan nasi. hehehh....Tak la, saja mengusik depa ni haa. Nyesal tak beli untuk tapau kan. Adikkk yang keje kat Kitarao.... kalo terbaca ni, PM sat nak kirim roti cheese nan....๐Ÿ˜…

Selain roti tu ader juga salad

Selepas makan kami kembali ke Masjid Kobe untuk bersolat. Kena masuk dari sini di bangunan Islamic Culture Center. Tempat solat wanita naik atas tingkat 1, yang lelaki pula kat tingkat bawah aje. 

Logo berbentuk sauh menjadi mercu tanda, kobe sebagai bandar pelabuhan
Kemudiannya kami pergi ke Kyoto pula. Saja nak menghabiskan hari terakhir kami di Osaka. Sebenarnya, balik dari Arashiyama ari tu, KC teringin nak jalan2 di JR Kyoto Station ni, sebab kat sini ader macam2 kedai....boleh la cuci mata kan.

Motomachi Station: Tokaido Sanyo Line (Local Shijonawate)-->Sannomiya Station (Tokaido sanyo line: Special Rapid Yasu-->Kyoto Station

Perjalanan menuju ke Motomachi dari Masjid Kobe
Tiba di JR Kyoto Station
Jalan punya jalan nampak bangunan Avanti dari jauh, pegi la kami menuju ke sana. Dekat aje.....seberang jalan dari bangunan JR Kyoto Station
Dalam ni ader Don Quijote. 
Oleh kerana bulan dec ni dah mula masuk winter, sale kaw2 barangan keperluan terutamanya pakaian. Depa amik kesempatan rembat winter coat di sini. Aku masih menahan hati untuk terus beku dari membeli di sini, sebab aku ader target untuk beli kasut dan winter coat di Gotemba! ๐Ÿ˜… Nasib baik aku kurang berkenan design winter coat di sini, kalo tak mungkin cair juga hati dibuatnya. Sementara tunggu depa ni shopping baju, aku pegi jepret orang ber koir, padahal sepatah haram aku tak paham apa maksud lagu. Selesai, kami pergi lajak pula ke Kansai Airport untuk refund ICOCA yang masih berbaki.

Kyoto Station: Haruka Limited Express Kansai Airport, 5 stops, platform 30--> Kansai Airport

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Aku ingat train ni hanya singgah dibeberapa station yang dikira agak besar, sebab tu dia hanya singgah di 5 station sahaja. Oh ya kami berkesempatan naik train Hello Kitty ni. Bak kata Tok Jack, orang comel mesti la nak train comel juga....๐Ÿ˜… Tiba di Kansai Airport, kami terus pergi ke HIS Office, refund card dan terus balik.

Suasana malam di KIX
Esok kami akan memulakan perjalanan yang panjang sejauh 515 km lebih kurang menuju ke Tokyo. Kena kemas barang, padatkan sehabis boleh, asingkan pakaian untuk ke Kawaguchico dan menyimpan tenaga agar esok dapat bergerak cergas!

Bersambung....

Rujukan
https://en.wikipedia.org/wiki/Kobe
https://masjidbersejarahdunia.blogspot.com/

Saturday, January 18, 2020

Niena Di Japan: Hiroshima (Part 7)

13 Dec 2019 (Jumaat)
Hari-5


Alhamdulillah, pagi yang cerah, bagaikan mengalu2kan perjalanan kami ke Hiroshima pagi ni. Seperti biasa memulakan perjalanan dari Shin Imamiya. Oh ya hari ni 13hb Dec, tarikh dimana kami . mula menggunakan JR Pass. Perjalanan menuju ke Hiroshima mengambil masa kira-kira 3 jam 40 minit. Kos perjalanan sehala pula, adalah $11,101 yen, bersamaan dengan RM 412 lebih kurang. Jadi kalo pergi balik, tak ke kosnya dalam RM 824. Pengsan kau, duit keluar macam air je. ๐Ÿ˜‡ Tapi sebab kami guna JR Pass yang dibeli dengan harga RM1004, yang pada mulanya aku sendiri rasa mahal gillsss, rasa bersyukur sangat memilikinya! Sampai sekarang aku simpan. ๐Ÿ˜…

Sampai Shin Osaka Station, kita cari je signboard besar bertulis "SHINKANSEN" track. Bagi pemegang JR Pass ko lalu tepi kaunter tu je dan tunjuk kan kad pada pegawai yang jaga kaunter tu. Dier pun angguk je nanti ๐Ÿ˜…

  • Midosuji Line: Dobutsuen- Mae Station, Platform 2, 9 stop---> Shin Osaka Station (Tukar line, ikut signs Naka Gate untuk sampai ke line JR Tokaido-Sanyo Shinkansen (Sakura) 
  • Tokaido-Sanyo Shinkansen: Shin Osaka Station, Platform 20, 5 stops---> Hiroshima Station (Tukar pula kepada San-yo line, ikut signs Shinkansen, ambil north exit, jalan terus sebelah kanan)
  • Sanyo Line: Hiroshima Station, Platform 1, 9 stops---> Miyajimaguchi Station
  • Sampai Miyajimaguchi Station, keluar bangunan jalan terus ke depan sampai jumpa gerbang torii warna oren tu. Jika pengguna JR Pass tak perlu beli tiket tunjuk aje JR Pass. 
Miyajima merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di luar bandar Hiroshima, iaitu kurang sejam perjalanan untuk sampai ke sini. Nama rasmi bagi pulau ini sebenarnya ialah Itsukushima, tetapi ia lebih dikenali sebagai Miyajima (Pulau Kuil) dikalangan masyarakat tempatan. Salah satu faktornya mungkin disebabkan terdapatnya kuil Itsukushima di pulau ini. Miyajima dianggap sebagai sebuah pulau yang romantik, biarpun ia menerima ramai pengunjung pada siang hari namun pada malam hari, suasana lebih tenang dan mendamaikan.

Sudah sampai di Hiroshima Station. Lepastu kena tukar train local "Iwakuni" pula untuk pegi ke Miyajimaguchi Station (Station train paling dekat untuk ke pulau Miyajima.
Bila dah sampai ke Miyajimaguchi Station, keluar dari bangunan tu dan jalan terus ke depan sampai la jumpa gerbang torii dan bengunan berwarna oren. 
info kat bawah ↡
Nampak tak gerbang Torii kat gambar 1 tu? Bangunan oren kat belakangnya tu kaunter tiket feri. Oleh sebab kami pemegang JR Pass, maka tak perlu lagi beli tiket sebab ianya dah termasuk dalam semua rangkaian pengangkutan yang dikendalikan oleh Syaikat JR, daripada Shinkansen, Limited Express, local trains, Monorail, JR buses, hingga la kepada Miyajima Ferry.....semua kita boleh naik. Kecuali Nozomi dan Mizuho sahaja tak boleh. Bersebelahan dengan kaunter tiket (bangunan oren) iaitu di sebelah kanan (bila kita berdiri menghadap bangunan oren), terletaknya laluan menuju ke feri, Jalan terus je sampai nampak bayang feri ๐Ÿ˜€. Nak naik nanti tunjuk je JR Pass pada pekerja feri tu. 

Yeaahhhhh....kami dah sampai ke Pulau
Perjalanan naik feri mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja. Sekejap kan? Memang dekat, boleh nampak pulau ni dari seberang. Apa yang kami nak tengok di sini ialah Gerbang Torii gergasi yang menjadi kebanggaan masyarakat setempat. Ia merupakan sebahagian daripada Kuil Itsukushima yang mana ia dianggap sebagai sempadan antara roh dan dunia manusia. Yang membuatkan torri ni menjadi terkenal ialah ia dibina di persisir pantai. Jika air pasang, gerbang torii ni kelihatan seolah-olah terapung di laut. Ketika air surut, kita boleh berjalan sehingga ke tiang gerbang torii ni. Makanya ramai yang mencadangkan masa terbaik untuk melawat ke sini ialah semasa air sedang pasang.  Apatah lagi bila kau datang tu remang2 senja, mentari sedang hangat menyebarkan warna jingganya. Perghhh......padu beb! Naik dier punya warna jingga tu! Semasa kami tiba di sini, memang ngam la orang Sabah bilang, air sedang pasang elok. Namun malang sekali, rupa-rupanya gerbang torii sedang dalam proses renovation bermula sejak Jun 2019. Siapnya entah bila, mungkin setahun...mungkin setahun setengah....Yahhh...Begitu la kehidupan. Kadang2 ada rezeki, kadang2 tidak. ๐Ÿ˜Œ

Anak Rusa Nanie
Kami bersama rusa
Oh ya....lupa nak cakap. Nak pegi Gerbang Tori tu, kita kena jalan kaki je dari jeti tadi. Keluar bangunan jalan terus ke arah kanan. Agak jauh juga tapi kau jangan berhenti atau masuk simpang mana2 selagi tak jumpa gerbang. Tapi kalo kau lalu celah2 kedai memang tak nampak punya, jadi disyorkan kau lalu ikot tepi laut.....๐Ÿ˜… Sejuk disapa angin sepoi2 bahasa, duit pon selamat ๐Ÿ˜. Keluar je dari bangunan jeti tu, kita akan disapa beberapa ekor rusa yang jinak. Dier akan mengekor aje sambil cuba menyondol beg galas kau tu haa, dengan harapan berjatuhan la jajan yang kau bawa. ๐Ÿ˜….....Sebenarnya kita tidak dibenarkan memberi makan kepada rusa ni, sebab berkemungkinan makanan yang kita bagi tu tak sesuai dan boleh menyebabkan rusa ni sakit. Bagi masyarakat tempatan, mereka percaya bahawa rusa dianggap sebagai utusan suci dari para dewa. Rusa merupakan haiwan dilindungi di bawah undang2 Jepun, maka sesiapa yang didapati membunuh Rusa, maka dia akan dihukum. 

Nampak tak gerbang yang sedang berselubung putih tu....Itu la dier torii tapi sayang dier sedang dibaiki. 
Ok tak pe, kita tengok rusa je la. Ko nampak tak aku menjinjit plastik sampah tu. Aku pegi toilet, lepastu simpan beg kat kerusi minta tolong kawan jaga, tiba2 rusa tu pegi selongkar beg aku. Dier dapat plastik kacang tu, terjatuh....tak boleh makan dah. Tu yang aku menjinjit plastik dari hujung ke hujung tak jumpa tong sampah. Kat sini memang agak susah kau nak jumpa tong sampah sebab dier punya prinsip, kau punya sampah sila bawa balik ke rumah...๐Ÿ˜…
Photo by: https://wanderlustcrew.com/miyajima-island/
Oleh kerana kami tak berpeluang melihat dan meneliti setiap garis, lekuk Gerbang Torii, aku pinjam gambar dari https://wanderlustcrew.com/miyajima-island/ untuk mengubat hati dari rasa kecewa. Ghituhhhhh.....Gerbang Torii yang berketinggian 16.6 meter dengan berat 60 tan ini sangat kukuh, tidak roboh walaupun pernah dilanda gempa ataupun taufan. Dibina dengan 6 tiang, yang mana 2 tiang utama dan yang lainnya adalah tiang sokongan, menjadikan ia selesa berdiri dengan selamat. Bahan untuk membina torii ini terdiri dari bahan semulajadi iaitu kayu dan batu


Atomic Bomb Dome

Destinasi ke-2 kami di Hiroshima ialah Atomic Bomb Dome. Sebelum ia rosak teruk, bangunan ini merupakan sebuah Dewan Promosi perindustrian Hiroshima. Ia berfungsi untuk mempamerkan produk yang bukan saja datang dari Hiroshima tetapi juga dari seluruh Jepun. Selain digunakan sebagai dewan pameran bangunan ini juga menempatkan pejabat2 kerajaan. Cara untuk ke sini ialah:
  • San-yo Line: Miyajimaguchi Station, 7 stops---> Yokogawa Station
  • Tiba di Yokogawa Station, keluar ikut signs South gate exit, jalan kaki menuju ke Yokogawa Eki Mae (Tunggu bas kat sini)
Uhhh....lama betul aku nak menyiapkan kisah tragis di bumi Hiroshima ni. Salah fakta karang, marah pula Cikgu Sejarah. Sape Cikgu Sejarah sini, ๐Ÿ™‹? Hi...Ju....hehheheh

Lepas naik feri, kiter pegi ke Miyajimaguchi Station, platform 3-4 di seberang sana. Gambar 4 di bawah ni mungkin kawasan kejiranan di sini, sangat sunyi sepi. 
Tiba di Yokogawa station, keluar ikut south gate lepastu pegi tunggu bas kat luar, dekat signboard No.2 Sightseeing Loop Bus. Dah sampai bas warna merah, naik.....Tengok tu kat Hiroshima pun ader Sogo...๐Ÿ˜€
6 Ogos 1945, merupakan permulaan titik hitam bagi masyarakat Jepun, yang mana pagi itu tepat jam 8.15 pagi, bom atom seberat 64 kg digugurkan di ruang udara Hiroshima. Bom yang dijatuhkan dari ketinggian 31,000 kaki meletup dengan menyebarkan asap tebal, sekaligus penyebaran radioaktif kesekitarnya. Api marak menyambar apa saja yang ada di depannya. Pada mulanya US menyasarkan jambatan Aioi untuk dimusnahkan tetapi angin kencang membawa "Little Boy" melayang2 sebelum jatuh ke bangunan Hospital Shima. 3 hari lepastu, sekali lagi US menyerang Jepun dengan menggugurkan "Fat Man" ke Nagasaki. Dengan ranapnya Hiroshima dan Nagasaki, Jepun akhirnya mengangkat bendera putih tanda mengaku kalah. Maka berakhirlah perang Dunia ke 2.

Kubah bom Atom



Kami masuk ke dalam ruang pameran yang menempatkan seribu satu kisah menyedihkan itu. Bayaran masuk adalah 200 yen. 
Perang Dunia ke 2, berlangsung sangat panjang. Sejak 1941 lagi US berusaha memerangi Jepun yang pada ketika itu sangat aktif menjajah di rantau pasifik. Kalo peminat sejarah mesti lebih arif tentang bagaimana Jepun mula masuk ke Tanah Melayu bermula Dec 1941, 2 bulan selepas itu mereka berjaya menakluk keseluruhan tanah melayu. Ia berlarutan hinggalah ke tahun 1945. 10 hari sebelum President US iaitu Truman nekad mengugurkan bom atom di Hiroshima, US telah sepakat bersama Britain dan China untuk mengeluarkan Deklarasi Postdam. Antara lain terkandung dalam Deklarasi Postdam (DP) itu ialah panggilan supaya Jepun menyerah kalah tanpa syarat dan mematuhi syarat yang terkandung di dalam DP. Sekiranya Jepun enggan, maka mereka akan mengahadapi bencana lebih besar. Dalam masa yang sama, dalam diam Truman telah maklum bahawa ujian bom atom pertama di Alamogordo, Mexico telah berjaya 10 hari yang lalu sebelum DP diadakan. 

Hiroshima sebelum bencana
Selepas gugurnya bom atom....beberapa minit selepas gugurnya bom atom, bandar raya ke-7 terbesar di Jepun itu ranap dan ramai orang awam yang menjadi mangsa
Namun akhirnya Jepun, menolak untuk tunduk kepada deklarasi tersebut. Maka Truman mengarahkan agar menggunakan bom atom yang sudah diuji sebelumnya. US berpendapat adalah lebih baik menggunakan bom daripada mengorbankan banyak nyawa tentera US dalam pertempuran. Nampak tak betapa mereka tidak mengambil kira nyawa, jiwa orang awam yang berada di Hiroshima pada ketika itu. Menurut cerita Abdul Razak Abdul Hamid (satu2nya rakyat Malaysia yang selamat dalam serangan bom atom), tiada siapa yang menyangka US bertindak mengugurkan bom atom di mana2 saja wilayah Jepun. Pada tarikh tersebut, memang pengendali radar Jepun ada mengesan beberapa kapal terbang milik US masuk ke ruang udara Jepun. Salah satu daripadanya membawa bom atom yang bakal digugurkan ke Hiroshima dan Nagasaki), namun meneka mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja kerana memikirkan ia bukan satu ancaman apabila melihatkan saiz kapal terbang yang kecil sahaja. Bayangkan selepas 3 jam baru lah Tokyo sedar bahawa Hiroshima telah dibom!
Mereka yang terdecera
bahan bukti pengeboman di simpan di muzium. 

Ngeri

Menurut cerita Prof. Abdul Razak, beliau dan seorang rakannya Pengiran Yusuf dari Brunei, pada hari tersebut, sedang berada di dalam kelas, menekuni matapelajaran matematik bersama pensyarahnya Prof. Hiroshi Toda. Hanya mereka berdua yang belajar ketika itu. Tiba2 terdengar bunyi siren, mereka kelam kabut berlari masuk ke dalam lubang perlindungan di bawah tanah. Mereka duduk diam di situ sehinggalah siren ke-2 berbunyi sekali lagi menandakan keadaan sudah selamat. Apabila pembelajaran disambung semula, tiba2....BOOMMMMMMM! Seretak dengan itu bangunan kayu 2 tingkat tempat mereka belajar runtuh menyembah bumi, sekaligus menimpa mereka di dalam kelas pada ketika itu. Beliau sempat pengsan dan apabila sedar beliau nampak cahaya samar lalu merangkak meluar. Apabila dapat berdiri tegak beliau terkejut melihat keadaan sekeliling yang tadinya agak tenang sahaja tiba2 menjadi ranap, langit hitam penuh jerebu, bingit, huru hara.... Gurunya menyuruhnya pulang ke asrama, tetapi dia sendiri tak tau dimana sudah asrama mereka. Dalam perjalannanya menuju ke asrama itu la dia bertemu rakannya Nik Yusuf dari Kelantan, yang menjerit kepadanya untuk cepat pulang ke asrama membantu rakan yang lain, yang tercedera di bawah runtuhan. Rupa2nya itu la kali terakhir beliau bertemu Nik Yusuf, yang beberapa tahun kemudiannya baru diketahui sudah meninggal dunia. Kalo korang ada masa baca la novel Debu Hiroshima tulisan Othman Puteh, cerita benar pengalaman Prof. Abd. Razak. Aku pun sedang mencari novel ni, sempat baca dalam artikel dari website Pusat racun negara. Link ader kat bawa aku letak dalam rujukan. 

Origami burung merpati menjadi terkenal apabila seorang kanak2 yang menghidap luekimia kesan dari radiasi telah membuat origami burung merpati seberapa banyak yang boleh agar permintaannya untuk pulih dimakbulkan tuhan. 
Menurut Prof. Abd. Razak lagi, semasa dalam usaha menyelamatkan, beberapa mangsa meminta air, lalu beliau memberikan air sungai untuk diminum, namun mangsa meninggal dunia serta merta. Nyatalah air sungai itu sudah tercemar biarpun sudah dimasak, yang meminum tetap akan meninggal dunia. Aku ada baca beberapa artikel tentang prinsip tentera Jepun yang pantang mengaku kalah. Apabila mereka diserang dengan gugurnya bom atom di 2 buah lokasi dalam masa terdekat, Maharaja Jepun terpaksa menitahkan pengakuan kalah tersebut, namun pihak tentera sukar menerima kenyataan tersebut, ada yang membunuh diri selepas itu. Menurut pengalaman Prof Abd. Razak, semasa beliau dan rakan2 nya dihantar belajar ke Jepun mereka dilayan dengan baik sekali oleh masyarakat setempat mahupun pihak tentera di sana. Agak berbeza sekali dengan sikap tentera Jepun yang menjajah Malaya pada ketika itu. Lalu beliau bertanyakan kepada tentera Jepun yang sama2 mengajar di sekolah di Jepun. Tentera tersebut menyatakan bahawa kebanyakan tentera Jepun yang dihantar ke Malaya bukan semua orang Jepun, kebanyakannya adalah orang Korea dan juga China. 

Hiroshima Memorial Park. Gambar di bawah adalah model bom atom yang digugrkan di Hiroshima dan Nagasaki 
Lukisan yang mengambarkan tentang kejadian pada ketika itu
Keadaan masyarakat disitu ketika kejadian. Dikatakan bahawa, kesan dari kebakaran itu telah merosakkan kulit mereka ada yang terlerai seperti kain dari badan mereka. 
3 hari selepas itu, satu lagi bom atom digugurkan. Pada mulanya US menyasarkan Kokura, tetapi asap naik ke tempat sasaran lalu mereka mengalihkan ke Nagasaki. Bom atom digelar "Fat Man", dijatuhkan pada jam 11.02 pagi, merempuh bangunan, sistem elektrik dan seterusnya menyebabkan kebakaran. 39% Nagasaki rosak akibat rempuhan "Fat Man". Ramai kanak2, wanita dan orang tua yang mati akibat serangan bom di kedua2 lokasi tersebut. Letupan bom tersebut menghasilkan api, letupan dan tahap radiasi yang tinggi. Ianya ditiup sehingga 600 meter dari aras tanah, menyebabkan pencemaran dibahagian bawah adalah mininum, Namun hujan akhinya menyimpan bahan radioaktif yang berlegar di ruang udara lalu tersebar semula ke tanah. Sebab itulah, kesan pencemaran itu berlarutan bertahun2. Ramai yang mati serta merta itu akibat mengalami kecederaan samada rumah mereka terbakar, terkena serpihan yang berterbangan atau terkena haba panas ketika letupan berlaku.
Arca ibu yang sedang mendukung anaknya 
Akhirnya kami pulang membawa seribu kenangan yang sudah pasti memberi keinsafan. Moga kita semua dijauhi dari peperangan yang nyata membawa kesengsaraan bertahun2. 

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...