Saturday, February 15, 2014

Mimpi

Assalamualaikum dan Hi.....



Tadi, tengah godek2 FB, jumpa vid ni. Pasal mimpi terkena sihir. Aku, pasal mimpi ni kadang2 pecaya, kadang2 anggap ajelah ianya mainan tidur. Dalam keluarga, ader sorang kakak aku yang sangat pecaya dgn mimpi.....sket2 dier cite pasal yg dier mimpi sekian...sekian. Pastu kdg2 dier kaitkan pula dgn kejadian2 yg berlaku dlm hidup dier yg menjurus kepada mimpi tu. Aku sebagai pendengar, selalu nasihatkan dier, bahawa mimpi dier tu sebenarnya wujud sbb sblm tdo dier sedang mengingatkan sesuatu perkara. jadi bila minda penuh dgn segala macam perkara, maka dier masuk dlm mimpi....cewah....aku kan mcm pakar motivasi....:D Tapi, tak ble gak sombong sangatkan, sampai semua pun tak pecaya.

ok yg ni aku dapat dr internet:

Tanda-tanda orang tu kena gangguan, yang mana tanda-tanda tu dapat dilihat dalam tidur atau dalam jaga. Antaranya:

Dalam tidur:-

Mimpi jatuh dari tempat tinggi dan terkejut.
Mimpi berada di kawasan kotor atau kawasan perkuburan.
Mimpi ular. Kalau kena belit atau patuk, konfirm terkena sihir.
Mimpi benda-benda tajam.
Mimpi budak kecil, diriba atau menyusu.
Mimpi salib.
Mimpi tengok lembaga dan ketakutan.
Susah tidur malam.
Mimpi berada di kawasan sunyi, pengantara angkasaraya atau di tengah lautan.
Mimpi orang yang dah mati terutama kaum kerabat, bagi benda kat kita dalam mimpi tu (mewariskan).
Mimpi binatang.
Mimpi dikejar binatang, kalau tak sempat dikejar, selamat. Kalau dikejar binatang, then orang tu kejar balik, orang tu ada kekuatan.

Dalam jaga:-

Berdebar tanpa sebab.
Bangun tidur ada kesan lebam atau cakar pada tubuh.
Ada penyakit, tetapi bila pergi hospital, doktor periksa dan kata tak ada penyakit.
Sakit belakang, rasa berat belakang.
Lenguh sendi-sendi utama.
Mengantuk dalam majlis ilmu.



Balik pd ceramah ustaz ni. Aku macam tertarik la pula....ader beberapa yg ustaz cakap tu, aku pernah lalui.

1. Mimpi U***.
Berlaku, baru ni juga. seingat aku dalam bulan 1 2014. emm....aku mimpi bendalah tu p**** ibu jari kiri aku 2x. Orang dulu2 kata, kononnyer kalo mimpi U***, ader org yg nak datang minang. Tang tu, aku tak caya. Tapi yg ustaz ni cakap aku caya la juga. Mula2 ingatkan, aku termimpi bendalah tu sbb aku kan takut tahap TEGAR benda tu, sampaikan kalo ada gambar dan dokumentari pasal tu pun kalo ble aku tak nak tengok. Jadi aku ingat sbb aku takut maka dier masuk dlm mimpi.

2. Susah Tido malam
Yang ini pun sedang berlaku dalam diri aku sekarang. Tapi aku ingatkan sebab 1, aku kan takut U***, jadi sblm tdo tu aku sentiasa was2, takut benda tu masuk rumah. sbb rumah sewa aku ni cermin tingkap tak rapat. aku takut je dier masuk celah2 tu. Dah bertahun kebiasaan aku tdo dalam terang. Lampu kena buka, kalo tak, mmg tak leh tdo...terbayang2 H****.

Tahun lalu, dalam bulan puasa, 2 minggu lagi nak raya. Aku kena penyakit gatal2. Mula2 dr ketiak. kiri dan kanan. Aku ingatkan sebab diadorant yang aku pakai. Kebetulan aku baru tukar jenama diadorant baru enchanteur jenis roll. Biasa aku guna Nivea, entah cemana hari aku beli tu, abih la pula nivea. terpaksa beli enchanteur. bila dah gatal2 tu aku benti pakai diadoran tu. aku beli yg lain pula...masih juga gatal. makin teruk. Selain diadorant, aku ingat kena gatal tu sbb hama. Rumah sewa aku ni, rumah kg separuh batu, separuh kayu. Jadi selalu semut masuk, kdg2 masuk dalam lemari pakaian aku. Maka aku bersihkan semua pakaian aku, lemari, cuci cadar, sarung bantal..kot la pasal semut yg kena gatal ni.

Lama2 gatal2 tu melarat, dari ketiak dia turun ke bawah. kiri dan kanan. Yang menjadi pelik, gatal-yg dah jd kudis tu tak p ke tengah badan. bahu, leher tak de....kudis tu kat tepi badan je. kalo pegi keje (siang) dier tak gatal. tapi balik keje je petang, dah mula gatal....tapi aku masih lagi ingat mungkin kena peluh. Minggu teraher puasa, nak raya dah aku g klinik. Masa tu kudis tu dah mula merebak ke tengah badan, perut, tangan, peha. kat klinik aku cuma tunjuk gatal yg kat tangan. Dier bg ubat makan n sapu.

Sampai la raya. Masa raya tu aku tak p jalan2 sgt. p sebelah umah pun malas. 1 hari cousin aku tengok. dier kata macam semaie. Semaie ni sejenis penyakit gatal yg kena buatan org. Dier mcm kelimumur, garu2, pastu ader putih2 jatuh. dier tak ader kudis berair. kakak ipar pun kata semaie. kebetulan ader Pak cik tu pandai ubatkan org. aku pun p berubat ngan dier. mandi. pastu tu balik lbn nanti dier suh mandi dgn limau nipis, ibu kunyit n tuba (akar tuba, racun utk bg ikan mati). aku praktik kan....alhamdulillah ok.

Tgl yg kat ketiak ni je lagi. paling teruk masa p jogja bulan 11 tu. yg kat ketiak ni balik pula. malah makin teruk. tak tahan aku beli ubat sapu dan detol. ok dier baik. la ni yg kat ketiak ni dier tak baik sepenuhnya. tp aku tak anggap dah kena org tp mungkin diadorant. kan org kata kita tak leh pakai satu2 produk lebih dr 3 bulan eh...pastu kena tukar. Seminggu yg lalu gatal kat ketiak ni balik pula. Berair. sampai satu tahap aku rasa ader bau yg tak menyenangkan. Ahernyer aku pg farmasi, beli diadorant baru yang tak ader bau. dan ubat sapu. murah je arga RM8. diadorant tu Rm9....ni dah ok da.....harap2 tak de yg makin teruk lagi.


ni aku dapat dr internet. Ustaz Kazim ajaq bacaan doa utk yg kena penyakit.... sama2 kita praktikkan....
Moga2 sembuh, dengan izin Alla SWT jua....in sha allah.




Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...