Monday, February 15, 2021

Prolog Trip Langkawi: Seharian sebagai "Aku"....

 24 DEC 2020 (KHAMIS

Semalam 23 Dec. Aku lahir pada tarikh keramat tu. Tak ada apa yang menarik, tak ada acara tiup lilin bagai. Kalo kat kampung, mungkin la kakak aku buat surprise belikan kek, atau aku sendiri pegi beli kek dan belanja keluarga makan-makan. Atau aku cuba resepi baru terutama nasi tomato yang aku baru belajar buat masa PKP 01 hari tu. Walaupun dalam banyak kali percubaan, baru sekali menjadi. “Jangan mengalah Niena, sekali tak menjadi, kita beli bahan lagi”….Githeww aku meniup semangat pada diri sendiri. 😅…Poyo!

Semalam aku bangun awal untuk sambung kerja menyemak kertas jawapan pelajar. Aku kena selesaikan semua ni sebelum aku pergi bercuti. Petang, aku teringat kawan aku kirim pisang kaki. Aku menyempatkan diri pegi bandar sekejap, ambil duit kat ATM buat bekal untuk perjalanan esok (macam kat sana tak ada ATM kan...emm).., kemudian pegi beli buah pisang kaki sebab kawan kepingin nak merasa setelah “tergoda” melihat gambar pisang kaki yang sengaja aku post dalam group telegram kami 😁.….Kau tau tak sepanjang aku hidup ni, ini la kali pertama aku beli pisang kaki. Hari tu kawan aku S, dok citer pasal pisang kaki ni dier terkenang kan Korea/ Jepun. Aku tak ingat pun yang dia pernah beli buah ni kat sana dan kami merasa sedikit. Lupa, aku benar2 lupa. Jadi masa beli tu aku tak tau macamana cara nak makan. Isinya keras macam buah apple. Ke buah ni belum masak? Tapi kulit dia dah kuning….Aku tanya S, dia kata memang isinya rangup macam apple. Ohh…jadi sejak hari tu, Pisang kaki antara pilihan buah yang aku akan beli selalu. Kau tau tak buah ni jarang2 ada di jual di Labuan atau di Beaufort. Jadi jangan kecam aku kalo aku sedikit “kebaruan”. Aku beli 2 plastik, 1 nak bagi KH, 1 lagi aku nak makan. 

Sumber: Google

Dalam seminggu dua ni aku memang sibuk kemas rumah. Kau jangan kata aku rajin, semangat ni jarang2 ada. Jadi bila semangat kerajinan ni dah datang, aku ikut je. Aku menyewa rumah kampung setingkat, ala semi-D. Bawah batu atas papan. Atap Zink, ada syiling. Bahagian dapur tu atap zink je, tak ada syiling, jadi kalo hujan lebat, bunyinya kuat sekali. Nak bercakap pun kena menjerit. Kadang2 masa ni la aku ambik kesempatan pegi pijak tin aluminium yang aku dah kumpul. (Aku ni peminat pepsi, jadi memang banyak la tin pepsi). Bukan aku nak jual pun, kalo balik kampung aku bawa balik, sebab kadang2 abah aku jual tin ni. Tapi jarang juga nak jual sebab tempat nak jual tin tu jauh. Jadi teruskan mengumpul sampai la kadang2 ada lori orang luar masuk, nak beli besi, jadi depa jual kat situ. Mesti korang ingat keluarga aku di kampung susah banget sampai jual tin kan?? 😁……Alhamdulilah, setakat ni keluarga aku masih cukup makan, cukup pakai lagi. Jual tin tu sampingan je, daripada dibuang, elok la dijual. Dapat juga buat beli ikan. Tak payah malu la, kami orang kampung, begini la..

Ok sambung cite pasal rumah sewa ni. Syiling dalam bilik utama tu ada kesan mengelembung, dah lama dah aku bagitau tuan rumah tapi belum lagi ditukarnya. Sampai satu hari hujan lebat, air jatuh dari syiling tu, aku kena tadah dengan besen. Esoknya aku maklum kan tuan rumah, aku jemput dia datang rumah untuk tengok kebocoran tu. Minta tolong juga tukarkan syiling, sbb takut kalo bocor bertambah parah, Cik T boleh melompat masuk, habis la baju2 aku. Sambil tu aku maklumkan tuan rumah kalo dia boleh cari orang untuk buatkan pintu antara ruang tamu dan dapur- sebab tu la laluan Cik T masuk sampai ke ruang tamu. Setiap kali aku balik dari kampung, mesti penat bersihkan rumah ni angkara Cik T yang berpesta sepanjang aku tak ada kat rumah. Aku maklumkan juga, kos buat pintu tu biar aku yang sediakan. Tuan rumah kata nanti dia tengok di kedai. 2 hari lepastu, tuan rumah datang dengan anak jiran sebelah aka anak saudara tuan rumah, tampal bumbung. Aku ingatkan dia nak tukar zink baru. Lepas siap, isterinya ingatkan tentang syiling bocor tu. Tuan rumah kata itu nanti dulu sebab nak kena beli barang. “Emm….kalo macam ni lama lagi la jawabnya”, bisik ku dalam hati.

Petang sikit aku join membawang menyembang rumah jiran sebelah, aku hulur sikit duit kopi pada maknya sebab anaknya tolong tampalkan atap. Aku jarang bertandang rumah jiran, jika ada yang perlu saja. Sebenarnya aku datang sebab aku nak tanya pada jiran no. 2 (rumahnya sebelah rumah makcik), kalo2 suaminya boleh buat pintu dan syiling rumah tu. Sebab aku pernah nampak suaminya buat perahu, mesti boleh buat pintu juga. Katanya boleh….Wahh!! Teruja aku. Lepastu suaminya ambil ukuran pintu, dalam masa seminggu semua tu siap  dipasang, syiling dah tukar, pintu dah dipasang, singki yang bocor pun dah dibaiki. Hebat, kerjanya kemas dan cepat pula. Alhamdulillah, terima kasih jiran.

Masa tuan rumah datang dia sempat komen, barang aku banyak sebab tu Cik T suka datang. Bukan bersepah ya, tapi banyak. Aku ada sedikit sikap yang tak begitu nak ok, iaitu sayang nak buang barang2 lama, yang aku rasa 1 hari nanti pasti berguna. Contohnya nota2 lama, beg lama, dompet lama, kasut aku beli tapi tak muat simpan, beg yang aku beli, kecik tak muat dompet, simpan juga. …macam2 la. Bila aku fikir balik betul juga kata tuan rumah. Lepastu aku terus pegi beli 2 almari untuk simpan tudung dan barang2 lain, 1 almari untuk simpan barang make up. Aku susun perabot yang aku beli dan kemas barang dalamnya. Aku buang semua barang yang aku tak perlukan, printer lama, kipas, beg semua la. Yang masih elok aku bagi je pada jiran. Ada 1 almari pakaian, penyewa lama tinggalkan aku simpan kat dapur, aku letakkan rak pinggan mangkuk dalam tu dan susun semua pinggan mangkuk dalamnya. Jadi sekarang aku tak risau pinggan mangkuk aku kena kencing tikus! Dah siap kemas, rasa lapang je…Uhh....Terasa seperti Niena yang baru!!

Malam tadi, lepas makan, aku masukkan markah dulu dalam system. Selesai baru kemas barang. Aku tidur lewat lagi malam tadi. Selesai kemas barang dalam beg, print boarding pass segala macam….aku sambung kemas rumah pula, cuci baju, jemur, sapu lantai, lepastu pegi tengok aisbox…buang semua barang yang dah tak elok. Lepastu baru rehat.

Flight aku ke KL hari ni jam 1030am. Tapi aku kena bergerak paling lewat 830 am. Awal kan? Sebab aku kena pegi sekolah dulu, tinggalkan kereta kat sana, kemudian ambil grab ke airport. Sampai airport, alhamdulillah tak ramai orang macam selalu. Aku terus pegi drop bag, kemudian terus naik ke atas, tunggu belon tiba, sambil melayan perasaan tengok youtube Hafiz dan Erni menyanyi lagu sekadar di pinggiran…Perghh!! Dalam belon aku bantai tido. Tup2 dah sampai KLIA2….Eh…eh betul ke ni. Heheh…Untuk tahun ni (2020), ini la kali pertama aku naik belon. Pramugari kata kita kena bergerak keluar setiap 3 barisan. Elok juga tak la berebut nak keluar. Tak ramai orang masa nak amik bagasi. Tengahari tu macam flight dari Labuan je baru sampai, sementelahan tak banyak proses yang dilalui seperti mana penumpang dari Sabah. Sampai tulisan ini aku post, penumpang dari Labuan yang hendak ke Semenanjung (Sahaja) tidak perlu melakukan swab test. Apabila masuk nanti ke Labuan sahaja WAJIB menjalani swab test (terpakai 3 hari sahaja ketika berangkat). Sebab tu proses masuk sampai aku selamat mendapatkan beg agak lancar.

Aku kena tunggu rakan2 yang lain sampai. Malam ni kami akan menginap di Tune Hotel. Aku berjalan santai je keluar, sebab rakan2 yang lain sampai dalam jam 2 pm. Aku pegi Family mart sebab terasa lapar. Lepastu pegi surau. Lepastu pegi jalan2 tengok kedai, akhirnya aku penat, aku turun tingkat 1, cari tempat duduk. Duduk lagi sambil tengok FB, Insta, sambil makan buah pisang kaki yang aku dah siap potong.… Lepastu aku tanya dalam whatsapp, siapa antara rakan2 yang dah sampai. KH balas katanya depa dah ada di Tune Hotel. Aku tengok jam, rupanya sudah jam 2 pm. Aku ingatkan A yang sampai dulu. Aku pun pegi Tune, aku tengok pintu masuk tu di tutup. Security lambai tangan dari pondoknya..Aku pun tarik beg menuju ke arahnya. Dia tunjukkan jalan masuk…..Ohh dah berubah. Mungkin sebab C19 ni jadi dorang kecikkan saiz kaunter untuk checkin supaya tak berlaku kesesakan. Tak lama tu aku nampak KH dan KE dalam bilik tengah checkin. Eh lepastu jumpa pula KP dan A, pun baru sampai…..happy je jumpa kawan2 travel ni. Kali terakhir aku jumpa geng dari Tawau pada bulan 8, ketika aku pergi menyibuk masuk Pulau ditengah Covid sedang diam2 memerhati. Nahh, balik dari Tawau….kes kat sana terus BOOMMM!!

Kami tidur lewat pula malam ni, seronok bertukar2 cerita. Paling win KP la, dalam kami bersembang macam tu dia masih sibuk uruskan perkara yang berkaitan sekolah. Uhh…salute pada KP!! Tak lupa pula bantai makan aiskrim musang king.

..


Bersambung.....

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...