Monday, September 19, 2016

Kembara New Zealand (7): Wanaka Puzzling World (PW)

3 Dec 2015
Wanaka Puzzling World
Ini dalam perjalanan keluar. Cuaca dah mula panas. Untung depa yang baru sampai. Rezeki depa, alhamdulillah
 Hujan renyai menyambut kami setibanya di Wanaka Puzzling World. Lantai basah, macam malas nak turun tapi rugi pula kalo duduk aje dalam motorhome ni. Tiba-tiba hati bermonolog: "uiiittt.....nanie, hang tak buang duit hanya untuk duduk dalam van tau"...."Okey..." Muhasabah diri....:D. Kami berlari2 anak menuju ke bangunan berbumbung yang paling dekat. Benda pertama yang aku nampak ialah Mural 3D Tandas Gaya Roman. Nasib baik aku masuk kalo tak, rugi tak nampak ni. Kalo sekadar masuk ke ruang lobi, kedai cenderahati, guna tandas semua tu free. Berbayar jika kita nak masuk illusion room atau cuba nak mencabar minda kat great maze saja. Aku masih mempertimbangkan samada nak cuba salah satu tempat ni atau tak. Kalo masuk kena keluarkan NZD16. Hanya untuk masuk ke salah satu bilik saja. Aku agak keberatan , fikir punya fikir aku putuskan tak masuk, rakan2 yang lain pun sama. Zymah berminat tapi tak de kawan jadi dier pun tak jadi nak masuk. Akhirnya dia lepak aje di lobi menyelesaikan masalah negara puzzle yang di sediakan di atas meja. 
creadit Photo: www.puzzlingworld.co.nz
Puzzling World merupakan sebuah permainan/ pengalaman berbentuk ilusi yang memerlukan ketajaman minda, kekuatan mental dan emosi, tidak mudah terpengaruh dengan godaan ilusi...(Perghhh.....ayat!) Terletak Berhampiran pekan Wanaka, menjadikan ia sebagai salah satu tempat yang harus dilawati sekiranya berkunjung ke Wanaka. Bangunan pertama dibina (1973) hanyalah single maze. Tahun demi tahun ia mula dikemaskini, ditambahkan beberapa bangunan bermula dengan penambahan Jambatan dengan rekabentuk maze,  ruang lobi dimana para tetamu boleh lepak dan mengerah minda dengan mencuba beberapa teka-teki, lima bilik besar ilusi optik, Menara Condong Wanaka dan beberapa tarikan lain (seperti bilik mandi Roman) dan banyak lagi...Jika berminat untuk mencuba, ble la terus ke sini, rasanya tak perlu booking kot. Datang dan terus bayar. Kat sini aku sertakan alamat dan sebagainya untuk rujukan bersama.. 

Adress:
Puzzling World
188 Wanaka- Luggate Hwy, Wanaka 9382

Phone:
+64 (03) 4437489

Email/ website:
info@puzzlingworld.co.nz/ http://www.puzzlingworld.co.nz/

Bayaran masuk 
Dibuka setiap hari dari jam 8:30 am- 5:30 pm (summer), 8:30 am- 5:00 pm (winter), Hari Christmas 10:00 am- 3:00 pm.. Anda di nasihatkan tidak memandu selepas memasuki illusion room atau mencuba permainan great maze, sebab akan ada rasa pening2 lalat.

Sejarah Pembinaan Puzzel world ni bermula apabila Stuart dan Jan Landsborough mendapat idea untuk  membina maze. Untuk merelisasikan impian ini, mereka tekad menjual rumah untuk  membeli 7 ekar tanah yang tandus di sebuah bandar yang hanya ada 800 orang. Satu keputusan yang pastinya memerlukan satu pertimbangan waras, juga doa barangankali, moga ditunjukkan jalan yang benar... Pada mulanya ramai yang mempersoalkan apa rasionalnya tindakan mereka. Namun idea diluar kotak rasional itu membuahkan hasil bilamana, Puzzling World megah berdiri hingga ke hari ini dengan menerima pelancong luar dan dalam negeri setiap tahun. 
Creadit Photo: www.byestella.com
Ruang lobi yang menempatkan beberapa permainan teka teki. Yang ini tak perlu dibayar
Lukisan Mural 3D...Cuba teka depa buat apa?
Kak Nana, buat apa tu? Mo ekek ka? hehheh
Creadit Pic: www.go4travelblog.com
Ruang cafe
Oleh sebab hujan kami tak berpeluang untuk sesi jelajah keseluruhan bangunan ini. Kami menghabiskan masa untuk merakam kenangan di halaman Puzzling World. Bila tengok dalam intenet, macam best pula masuk illusion room tu tapi memandangkan $16 perlu dikeluarkan macam kena fikir 2x. Ini yang aku agak malas bila terpaksa membuat pilihan....ekekke...tak pe Dec 2016 aku bakal ke sana lagi untuk siri "balik kampong-Vol2"....aku dah kumpul tin banyak untuk dijual semata2 untuk membolehkan aku masuk ke salah satu bilik ilusi katanya.....:p
Ruang Parking. Masih banyak yang kosong, mungkin sebab masih awal atau cuaca agak mendung
3 Taiko Tawau.....hehheh
Rumah comel..agaknya ini rumah tuan punya PW
KH & KN
Menuju ke Wanaka Lake...

Bersambung....

Million Thanx To:
www.byestella.comwww.go4travelblog.com
https://en.wikipedia.org/wiki/Puzzling_World
www.puzzlingworld.co.nz/

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...