Saturday, November 16, 2019

Dari Selatan ke Utara Thailand: Golden Triangle (Part 23)

22 Dec 2019
Hari-12

Hari sudah menginjak ke tengahari. Jackie kata jom pegi makan dulu sebelum ke Golden Triangle. Kami setuju aje, sebab bab makan ni tak ble nak tolak. 😅  Makan2 kat restoran ni dah masuk dalam pakej. Aku tak ingat berapa. Bermula 19 dec, memang aku dah tak ingat senarai bajet kami mengikut hari. Aku simpan dalam note kat hp lama, tapi terhilang bila adik aku ter format kan hp tu. Jadi....Ya begini la. Ketika kami tiba, restoran ni kosong je. Belum ada orang pun lagi. Ini restoran halal, namanya aku tak tau sebab tulisan semua dalam huruf Thailand. Tak ada banyak gambar pula amik kat sini, lapar kot ye sampai tak dan nak amik gambar. Yang meyakinkan kami ini restoran halal, kat dinding kaca tu ada logo halal. Alhamdulillah. Kat sini juga ada di sediakan musolla, dipisahkan ruang untuk lelaki dan juga wanita. Lepas makan kami terus pg musolla tu, dan masa tu ada beberapa kumpulan dari Malaysia juga datang makan dan seterusnya solat kat sini. Makanan nya juga sangat sedap dan puas hati la.


kat hujung selepas tandas tu terletaknya musolla. 
Aku lupa nak citer pasal Chiang Rai ni kan. Pada mulanya kami bercadang untuk bermalam di Chiang Rai, tetapi dibatalkan saat akhir sebab apa ya, aku lupa, mungkin sebab kami tersilap tarikh beli train dr Ayutthaya tu. Kiranya macam terlebih hari kat Ayuttaya. Jadi pg Chiang Rai balik hari je. Chiang Rai merupakan bandar paling utara di Thailand. Ia dijadikan sebagai ibu kota semasa pemerintahan Raja Mangrai, pada tahun 1262. Perkataan 'Chiang' bermaksud 'bandar' dalam bahasa Thailand, jadi Chiang Rai bermaksud bandar/ kota Rai. Terletak 860 km dari Bangkok dan 200km dari Chiang Mai. Chiang Rai mempunyai iklim tropika iaitu basah dan kering. Musim sejuk agak kering dan hangat. Suhu naik sehingga bulan April, yang panas dengan purata maksimum harian pada 34.9°C. Musim monsun berlangsung dari akhir April hingga Oktober, dengan hujan lebat dan suhu agak sejuk pada siang hari, walaupun begitu ketika malam tiba suhu tetap panas. 

Golden Triangle ke kiri
Buah nenas memenuhi belakang hilux
Akhirnya kami tiba di jeti. Kalo tak nak naik bot pun, boleh je jalan2 amik gambar sekitar jeti. Kami pun pada mulanya macam malas nak naik bot, sebab kena bayar $500 baht. (Ini tak termasuk dalam pakej si Jackie ni), Sementelahan bila baca blog orang memang tak ada yang menarik sangat pun untuk ke sempadan Laos tu. Tapi dah alang2  sampai pegi je la. Jackie kutip semua pasport untuk diserahkan kepada minah yang buat tiket tu. Mata ni tak lekang tengok pasport tu dok mana. Bahaya owhh.....

Dapat tiket, harus amik gambaq dulu. Itu la si Jackie yang peramah tu. 


Oleh sebab kami ramai, jadi satu boat tu kami je tak de campur dengan orang lain. 
Golden Triangle atau dalam bahasa Thailand, Saam Liam Thong Kham terletak di Wilayah Chiang Rai, di utara Thailand. Ianya adalah pertemuan/sempadan 3 negara, antara Laos, Myanmar dan Thailand. Namun bagi masyarakat tempatan, menamakan kawasan ini sebagai Sop Ruak, mengambil sempena Sungai Mekong bertemu dengan Sungai Ruak. Menurut sejarahnya pada zaman dahulu kawasan ini terkenal dengan kawasan penjualan candu. Candu di seludup masuk samada ke Laos, Myanmar dari Thailand. Sekarang tidak ada lagi penjualan candu dijalankan. Sungai Ruak yang mengalir ke Sungai Mekong telah membentuk sempadan semulajadi antara 3 negara iaitu Laos (Di sebelah timur Sungai Mekong, Myanmar Di utara Sungai Ruak dan Thailand di sebelah barat sungai Mae Khong. Bila jejak kaki ke sini baru aku tau, Myanmar dan Thailand itu "Setanah", berbeza dengan Laos kita perlu menyeberang sungai untuk sampai ke Laos. 
Bot
Pembangunan rancak di negara Laos. 
Jika dahulu 3 nagara saja yang berada dalam segi 3 emas ni, tetapi kini, negara China yang terletak betul2 bersebelahan dengan negara Laos turut tidak mahu ketinggalan. Kelihatan pembangunan sedang rancak berlaku di sebelah tanah China. 3-4 tahun akan datang, jika berpeluang untuk ke sini lagi, mungkin kita dah boleh pegi ke sebelah China tu pula. Bot ni akan bawa kita menyusur ke sungai Mekong dan masuk sedikit ke Sungai Ruak. Hanya di Bibir sungai Ruak tak masuk dalam pun. Mulanya Aku ingat kan kita masuk sampai dalam Myanmar, tentok2 apa ada dari sungai tapi rupanya tidak. Kemudian bot akan bawa kita ke sempadan Laos pula. Kat sana baru turun.  

Ini di Jeti Laos.
Untuk jejek kaki ke sempadan Laos ni, kita tak perlu kan cop pasport. Melainkan jika kau teringin bergerak jauh sedikit sehingga ke bandar Laos....haa, itu wajib. Tiba di jeti Laos, kita dikenakan bayaran sebanyak $30 baht seorang. Antara 3 buah negara ni yang paling maju adalah negara Thailand. Ini belum masuk negara China ya. Jadi untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke negara mereka, maka Myanmar dan Laos telah mendirikan kasino yang besar di sempadan negara masing2. Di sempadan Laos ni, kawasan nya tak besar mana. Hanya menempatkan bangunan yang menjual pelbagai barangan cenderahati, rokok, beg, pakaian, cafe dan macam2 lagi. Mungkin harganya juga tak la semurah mana. Aku pernah baca blog orang, kalo nak dapat harga murah lagi, kena bergerak ke atas sikit ke bandar Laos, kerana di situ lebih banyak pilihan. Selain daripada bangunan gerai tadi di bina juga taman untuk orang ramai bersantai. Aku tak ada membeli barang di sini melainkan merembat satu keychain sahaja. Itu pun sebab orang tu kata beli 3 $10 bath, jadi beli la sekali dengan kawan2. Jackie beli handbag untuk isterinya. Tapi sebab dier lelaki jadi dier main beli je tanpa check dulu keadaan bag tu, bila dier tunjuk pada kami, baru perasan dia punya nama beg tu tertanggal 1 huruf. bila nak tukar rupanya semua beg pun macam tu ada beberapa huruf yang tertanggal, jadi kau tau la kan kualiti nya macammana. 
Kat sini ada gerai kecil menjual barangan cenderahati, makanan dll
Makcik mengambil kesempatan menari tango dihadapan penggunjung
 

Antarabarangan yang dijual di sini
Tuan tanah di tanah Laos
Selepas 40 minit kami pun kembali ke Thailand. Di sana sebelum balik sempat amik gambar dulu. Hairan kami si Jackie tak tau mercu tanda 3 segi tu. Kiranya kalo nak ikut si Jackie, sampai aje terus balik, tapi kami berkeras nak amik gambaq juga kat tempat tu. Siap tunjuk gambar pun dier tak tau akhirnya kami pegi cari sendiri, dier pun ikut sekali, lepastu bila jumpa dia pun kata, dier baru tau kewujudan mercu tanda tu. Ehhh...dier ni kan! 
Besi berbentuk 3 segi menunjukkan tentang anak sungai di sebelah kiri menghala ke Negara Myanmar, yang ke kanan membawa kita ke negara Laos. 
Wajib amik gambaq kat sini

Bersambung.......

Rujukan:
https://en.wikipedia.org/wiki/Chiang_Rai

Sunday, November 10, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: White Temple (Part 22)

22 Dec 2019
Hari ke-12

Mengembara adalah untuk kita membuka mata dan minda
Mencambah ilmu, mengenali budaya dan adat resam
tanpa mengadai iman yang sudah terpasak kukuh dijiwa
Sekadar mengkagumi dari perspektif kesenian: rekabentuk, idea, ukiran, penggunaan material 
Yang positif kita ambil jadikan pengetahuan dan panduan, 
selagi ia tidak memesong pegangan masing2
Sama-sama kita saling menghormati adat, budaya dan agama lain...

White Temple (Wat Rong Khun)


Seterusnya kami bergerak ke White Temple. Ini antara tempat yang memang ada dalam itinerary asal kami. Dari Singha Park Tea Plantation ke White Temple ni tak jauh, 6.4 km je, kira2 7 minit perjalanan. Kalo dari Chiang Rai, jaraknya 14 km. Misal kata kita dari Chiang Rai, kiter boleh ambil teksi dengan kos 500 baht. Minta dier tunggu barang sejam. Selain dari teksi boleh juga naik bas dari stesen bas Chiang Rai, kos nya lebih murah iaitu 20 Baht sahaja. 
Bangunan Kuil yang di lihat dari luar pagar. 
Ukiran berseni dapat dilihat di mana2....
White Temple yang juga dikenali sebagai Wat Rong Khun dalam bahasa Thai, merupakan sebuah kuil yang boleh dikatakan unik. Keunikannya terletak pada warnanya yang putih dan penggunaan kepingan kaca dalam plaster, yang mana bila dipanah mentari ia akan berkilau. Pemilihan warna putih itu bukan saja2, tapi ia membawa makna disebaliknya. Warna putih membawa maksud kesucian dalam agama Budhha, manakala kaca pula melambangkan kebijaksanaan Buddha dan Dhamma.  
Kami di hadapan bangunan kuil. Nak masuk kena lalu kat jambatan ni. Melepasi jambatan, pengunjung tidak dibenarkan sesekali mengambil gambar ruang dalam kuil dan pengunjung perlu membuka kasut. Ada pengawal yang sentiasa mengawasi tentang kedua part ini (kasut dan kamera)


White Temple merupakan kuil milik persendirian. Pemiliknya merupakan seorang artis visual terkenal Thailand, iaitu Chalermchai Kositpipat. Beliau la yang mereka dan seterusnya membina kuil ini. Ia mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 1997. Tidak keterlaluan rasanya untuk mengatakan, apabila kita berdiri di hadapan bangunan White Temple ini, membawa kita seolah2 melihat pameran seni kontemporari. Selain bangunan utama, terdapat 9 lagi bangunan termasuk ruang kosong, dewan untuk menempatkan peninggalan Buddha, dewan meditasi, galeri seni dan tempat tinggal para biarawan. Pada tahun 2014, Chiang Rai dilanda gempa bumi yang sangat kuat. Ini menyebabkan bangunan kuil ini rosak teruk, namun Chalermchai tidak berputus asa, beliau mengambil keputusan untuk membaikinya semula menggunakan wang sendiri. Dikhabarkan beliau telah membelanjakan sebanyak $1080 juta baht.
Ruang dalam tu kecik aje sebenarnya. Di bahagian tengah bangunan ada tempat sembahyang masyarakat Budhha, pengunjung akan berjalan di tepi dan kemudian terus keluar. 
Kalo kita meneliti reka bentuk bangunan White Temple ni, setiap satunya membawa maksud tertentu. Bangunan kuil ni ada tasik kecil di hadapannya. Jadi dibina sebuah Jambatan merentangi tasik tersebut, untuk menghubungkannya dengan bangunan kuil. Sebenarnya jambatan itu sendiri membawa makna tentang "kelahiran semula". Simbolik dari alam kematian kepada kelahiran semula. Di hadapan jambatan, terdapat beratus-ratus arca tangan yang "mengapai ke udara". Ia melambangkan keinginan yang tidak terkawal. Kan.... kadang2 manusia ni tamak sikit, ada iklan 11.11 kat shopee...dah tergoda nak beli barang, padahal poket kering tu. Contohh saja ya. Jadinya tangan2 ni mewakili penderitaan manusia dan neraka.  Jambatan itu  melambangkan bahawasanya,  untuk mencapai kebahagiaan itu adalah dengan menjauhi godaan, ketamakan dan keinginan yang bukan2. Di sebelah tasik dibina 2 Kinnaree yang kaya dengan ukiran yag sangat halus. Kinnaree, dalam mitologi Buddha adalah makhluk separuh manusia dan separuh lagi adalah burung. 

Kemudiannya, selepas kita melepasi jambatan, kita akan tiba di pintu masuk kuil. Menurut kepercayaan ajaran Budhha pintu itu dilambangkan sebagai "Pintu Syurga" yang dijaga oleh dua makhluk besar yang mewakili Kematian dan Rahu. Apa itu Rahu, boleh rujuk di sini: https://id.wikipedia.org/wiki/Rahu. Di hujung jambatan ini juga terdapat beberapa imej Buddha yang berada dalam kedudukan bermeditasi.

Ini bahagian belakang kuil tu, keluar ikut sini...
Ramai kan...
Gambar kat atas tu, bangunan tandas tau...Semua warna emas dengan tidak mengabaikan nilai estetikanya
Salah satu bangunan yang paling penting di kuil ini ialah dewan pentadbiran, yang berwarna serba putih dengan serpihan kaca cermin yang tertanam di luar bangunan. Bangunan dewan ini mennyelitkan unsur reka bentuk dari seni bina klasik Thailand seperti bumbung tiga tingkat dan penggunaan ukiran naga yang banyak. Manakala di ruang dalam kuil pula, hiasannya kelihatan nilai pergerakan di situ, daripada warna putih suci ke warna panas api, lukisan mural menggambarkan api jingga dan wajah syaitan yang berputar, diselingi dengan lukisan wajah artis barat seperti Michael Jackson, Neo dari The Matrix, Freddy Krueger, dan Terminator T-800. Gambar-gambar peperangan nuklear, serangan pengganas seperti serangan World Trade Center, dan pam minyak yang terbakar  merosakkan manusia yang ada di bumi. Kemudian ia diimbangi pula oleh gambar Harry Potter, Superman, dan Hello Kitty.....( mungkin ini watak penyelamat)
Tu gambar pereka bangunan ni...
Kalo haus, ble singgah sini minum2 kat sini
Ini pintu keluar daripada white temple tu
Selain dari bangunan berwarna putih yang mendominasi kawasan ini, ada satu bangunan berwarna emas yang menarik perhatian. Bangunan emas ini mewakili tubuh, manakala warna putih pula menggambarkan minda. Emas melambangkan bagaimana manusia menumpukan keinginan duniawi dan wang. Bangunan putih mewakili idea murni yang hanya menumpukan perhatian kepada minda, bukannya harta benda.
sisi lain
Sampai kon ni pun ader karektornya 
Ini laluan jambatan menuju ke pintu masuk ke White temple. Sila buka kasut ye
Boleh beli cenderahati di sini....
Masa beroperasi adalah dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Pengunjung digalakkan berpakaian sopan (tidak terlalu terdedah), membuka kasut apabila masuk ke dalam bangunan kuil utama, tidak dibenarkan mengambil gambar. Terdapat Sebuah galeri khas menjual karya seni Chalermchai Kositpipat. Galeri ini ditutup pada jam 5.30 petang. Terdapat juga kedai Cenderamata, gerai menjual minuman dan makanan ringan. 

Bersambung.....

Saturday, November 9, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Thaweesin Hotspring (Part 21)

22 Dec 2019 (Sabtu) 
Hari ke-12 

UPDATED

Assalamaualaikum & Hi semua…..


Kami semua bangun awal. Paling awal KN la sebab jam 4 am lagi dier dah wsapp kami. Hehehh....Hari ni kami dijadualkan akan ke Chiang Rai. Van akan tunggu kami di depan hostel jam 6.00 pagi. Lepas subuh yang dah siap terus ke luar. 1 kali jengok kat luar belum ada lagi, jengok kali ke-2 dah ada van tu. Nampak macam dier tercari2 orang, betul ke ini orang nyer…entah2 dier tunggu group lain. Driver kami seorang lelaki muda. Sempoi, pakai t-shirt, jeans coklat dan berkasut. Rambut panjang tapi diikat kemas. Sekali pandang macam Mamat Jepun pun ader. 2 kali pandang macam Al-Hambra…..Al-Hambra? Haaa….sape tu??? 3 kali pandang baru macam mamat Thai. Wajahnya Chinese look sikit, nampak agak gengster sikit tapi sweet dan baik hati. Amboiiiii kau….sweet bagai! Dier tak pemarah ok. Then, dalam perjalanan balik ke Chiang Mai tu dier singgah rumah mak dier amik makanan. Wahhhh…….nampak tak, walaupun begitu, tetap ada nilai kekeluargaan dalam dirinya. Dengan Bahasa Inggeris yang agar terbatas dier bagitau dier kena tunggu guide kami. Lama kami duduk dalam van, akhirnya bila jam melepasi 6.30…..seorang lelaki berkot kelabu, bertopi terkocoh2 berlari masuk dalam van. 

Gambar atas: Sementara tunggu si Jet Li, amik gambar hostel pula....tak de keje kan
Gambar bawah: Van yang membawa kami ke Chiang Rai
Gambar sepanjang perjalanan ke Chiang Rai
Dia memperkenalkan dirinya sebagai........eh lupa pula namanya. Payah nak sebut jadi kami panggil dier Jackie. Sesuai dengan tugasnya sebagai tour guide, Jackie seorang yang peramah, suka buat lawak, suka ketawa...Dier minta maaf sebab terlambat bangun, sebab katanya semalam dier balik lambat bawa orang pegi Chiang Rai juga. Untuk memudahkan cerita aku namakan driver kami ni si Jet Li....sebab muka dier iras cina sket......(suka2 je bagi nama kat orang na...😆)
Pemandangan di sepanjang perjalanan ke Chiang Rai (2)
Thaweesin Hotspring

Ini destinasi pertama kami, iaitu Thaweesin Hotspring. Ia terletak di Mae Chedi Mai, Wiang Pa Pao District, Chiang Rai (Sebelum sampai ke bandar Chiang Rai). Berjarak kira2 69 km dari Chiang Mai, adalah lebih kurang dalam 1 jam 35 minit juga la. Jackie awal2 lagi siap pesan, kita hanya diberi masa 30 minit untuk ke toilet, amik gambar atau nak minum....Tempat ni sebenarnya kecik aje....jadi tak ada masalah walaupun masa yang diberi agak singkat.
Model tak berbayar....😝

Walaupun kawasan ini kecil tetapi ia tetap menarik minat beberapa pengunjung untuk singgah ke sini. Sudah pasti yang menjadi daya penarik itu ialah geiser nya. Geiser adalah sejenis mata air panas yang menyemburkan wap dan air panas ke udara. Begitu la yang akan dapat kita lihat di sini. Ia mampu memancutkan air panas bersuhu sehingga 95*C, kadang kala setinggi 37 meter. Pembentukan geiser ni bergantung pada keadaan hidrogeologi tertentu yang hanya terdapat di beberapa tempat di dunia. Jarang sekali kita boleh jumpa geiser ni, jadi beruntung sangat la masyarakat yang berada di sekitar Chiang Mai. Ada beberapa mata air panas semula jadi di sini, pihak berkuasa telah membina sebuah kolam mengelilingi mata air panas tersebut. 



Akibat suhu air panas yang mencapai sehingga 95*c, maka ramai penjual yang mengambil kesempatan untuk merebus telur yang mana ia diletakkan di dalam bakul kecil yang diperbuat daripada rotan, bagi memudahkan ianya diangkat apabila sudah masak. Telur tersebut akan dijual kepada pengunjung yang datang singgah ke sini. 



Di kawasan ini juga telah di bina sebuah taman dan beberapa deretan kedai. Yang pastinya barangan yang dijual tak lain tak bukan barangan cenderahati, kedai runcit, gerai menjual buah-buahan dan cafe. Kalo rajin buka kasut, boleh juga merendam kaki di kolam air panas. Jangan risau kepanasannya tidak la sampai melecur kaki 😅....panas2 manja githeww.....

Ladang Teh di Singha Park

Destinasi ke-2 ialah ladang teh, tak de signboard. Jackie kata tempat ni memang tak ada dalam itinerary, ini sebagai hadiah kepada kami atas kelewatannya pagi tadi. Konon la.....😅. Tak ada cerita untuk ini, aku belanja gambaq aje la. Tempatnya memang cantik. Hijau saujana mata memandang. Nun jauh di bawah bukit kelihatan sebuah tasih yang dikelilingi oleh pokok teh....



Singha Park

Creadit to:https://www.thaizer.com/tourist-attractions/singha-park-boon-rawd-farm-chiang-rai/


Tempat ni berdekatan je dengan ladang teh. Ya Allah......cantik tempat ni rupanya. Ala2 safari gitu la.....kitorang tak explore tempat ni sebab tak de rancangan pun nak ke sini. Sayang pula rasanya tapi tak pe, hari lain ble pegi lagi....Taman Singha dimiliki oleh Singha Corporation Co.Ltd iaitu sebuah syarikat yang menghasilkan Singha Beer. Tapi kat sini depa tak de la letak kilang beer tu. Pusing banyak kali pun memang tak kan jumpa. Ia hanyalah sebuah taman yang cantik sesuai untuk tempat bawa anak2 dan keluarga bercuti di sini.

Singha Park sebelum ini dikenali sebagai Boon Rawd Farm iaitu sebuah ladang tanaman barli. Barli ini digunakan untuk menghasilkan bir dan ladang ini pula tidak dibuka kepada orang ramai. Beberapa tahun selepas itu, Boon Rawd iaitu pemilik syarikat tersebut mengambil keputusan untuk mengubah ladang barli ini kepada Projek pelancongan dan seterusnya mula beroperasi pada tahun 2012. Sebahagian besar kawasan ini masih lagi menempatkan ladang barli, buah-buahan dan ladang teh. Kini, Singha Park terkenal dengan pengeluaran teh oolong, pengunjung berpeluang untuk melihat cara penanaman teh, bagaimana daun teh dipilih. Boon Rawd bijak mengabungkan lanskap semulajadi, tasik, padang rumput dengan haiwan dalam sebuah taman untuk menarik ramai pengunjung datang ke sini.

Kawasan yang sangat luas ni menyediakan sewaan basikal dan trem untuk memudahkan pengunjung melawat beberapa zon. Ada ladang teh, barli, mini zoo pun ada. Jangan tak tau ada zebra dan zirafah juga ok.....Jadi jangan lupa datang ke sini tau.


Sebab tak tau kitorang lepak kat sini je.....

Bersambung......

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...