Saturday, June 5, 2021

New Zealand: Jom Balik Kampong Vol.2-2016 (Part 9) Dari Queenstown ke Te Anau....


30 Nov 2016
Hari ke-3
Hari yang sama. 
Perjalanan dari Queenstown ke Te Anau berjarak kira-kira 171km dan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Itu pun sekiranya kita jalan terus dan tidak menyinggah kemana-mana. Tipu la kalo kata kita jalan terus, pemandangan cantik, suhu dingin, tak kan la tak singgah amik gambar…Rugi!
Sebenarnya dalam perjalanan ni kami bercadang untuk singgah ke Kingston Flayer. Kingston Flyer adalah tempat untuk kita melihat kereta api wap lama. Ia terletak di penghujung Tasik Wakatipu. Pada asalnya, Kingston Flyer adalah sebuah kereta api ekspres penumpang antara Kingston-Gore- Invercargill. Kadang kala juga membuat perjalanan hingga ke Dunedin. Ia dikendalikan oleh New Zealand Railways (NZR) dari tahun 1890-an hingga 1957. Pada tahun 1971, NZR menghidupkan semula perkhidmatan tersebut untuk tujuan pelancongan, kemudiannya menyewakan lokomotif dan kereta api tersebut kepada sebuah syarikat swasta pada tahun 1982. Biasanya keretapi ini akan bergerak pada jam 2 petang, ketika itu boleh la jika sekiranya ingin mengambil gambar. Oleh kerana kami fokus kepada pemanduan, maka kami terlepas simpang masuk ke tempat tersebut. Padahal tempatnya di tepi jalan je. Malas dah nak patah balik, sementelahan perut sudah berdondang sayang minta diisi. Kami perlu cari tempat untuk makan dan lain-lain. Akhirnya selepas melepasi jalan simpang siur di tebingan Tasik Wakatipu, kami terjumpa 1 kawasan paling strategik di tepi tasik. Agak sunyi tapi tak jauh dari jalan utama. Lalu kami singgah disitu untuk membuka bekalan makanan yang sudah disiapkan awal pagi tadi.  
kesejukan tapi tetap semangat nak amik gambar....
Sampai-sampai bukan makan didahulukan tapi tak menyempat amik gambar 😅
Tasik Wakatipu sebenarnya terletak di barat daya wilayah Otago. Perkataan "Wakatipu" berasal dari bahasa Māori iaitu "Whakatipu wai-māori". Mempunyai keluasan 112 batu persegi dan mempunyai garis panjang 80km, sekaligus menobatkannya sebagai tasik terpanjang dan tasik ketiga terbesar di NZ. Tasik ini dikatakan sangat dalam, dasarnya berada di bawah permukaan laut dengan kedalaman mencapai 380m. Tasik Wakatipu popular dengan keindahan pemandangannya, yang mana ia dikelilingi oleh gunung ganang seperti pegunungan Kepler dan Murchison.
Berlatar belakangkan Tasik Wakatipu
Sunyi sepi tak ada orang...
Oh ada 1 kereta di hujung sana...
Buka bekal sorang satu....Tempat ni agak berangin dan sangat sejuk. Makan dengan tangan mengigil tu....Bekal nasi putih dan sambal sardin, tambah pula ikan bilis goreng pedas...Perghhhh, menyengat biarpun makan dengan nasi sejuk! 😅
Akhirnya kami tiba di Te Anau Kiwi Holiday Park And Motel. Ketika kami tiba, masih banyak ruang parkir, dan agak sunyi. Kelihatan 2,3 buah motorhome ada di parkir. KH keluar untuk urusan check in. Dapat bilik, simpan barang, solat dan keluar balik ke pekan Te Anau. Bila tengok kawasan ni baru perasan ini bukan tempat kami menginap pada tahun sebelumnya. Dulu kami menginap di Te Anau Top 10 Holiday Park, berdekatan dengan tasik, boleh jalan kaki je. Tak banyak gambar ruang dalam bilik ni yang diambil oleh S. Ada ini je. Te Anau Kiwi ni pun katanya dekat dengan tasik, cuma mungkin kami tak explore sangat tempat ni. 
Tersandar kepenatan...Bilik agak luas. Dapur kat luar....
Di depan bilik

Kawasan motel
Gambar kat bawah ni aku pinjam dari blog https://rvexplorer.co.nz/Southland
Credit photo: https://rvexplorer.co.nz/Southland
Credit photo: https://rvexplorer.co.nz/Southland
Ruang makan terbuka. Kat sini juga terletaknya dapur untuk memasak ramai-ramai.
Credit photo: https://rvexplorer.co.nz/Southland
Ruang santai...
Credit photo: https://rvexplorer.co.nz/Southland
Selesai semuanya kami keluar semula ke Pekan Te Anau. Lokasi pertama yang kami tuju ialah ke Freshchoice Te Anau, untuk membeli barang dapur. Tak ada gambar diambil di sini. Mungkin Te Anau Kiwi ni dekat je dengan pekan, cuma kalo naik kereta nampak macam jauh. Kemudian pegi isi minyak, supaya esok terus je pegi Milford. Lepastu pegi pula parking tepi tasik. Kemudian nampak Fiordland National Park Visitor Centre. Singgah sini pula, saja nak tengok apa ada dalam ni. Kat sini kita boleh dapatkan banyak maklumat tentang Taman Negara Fiordland, samada untuk aktiviti yang boleh kita sertai, projek pemuliharaan yang dijalankan oleh Taman Negara, hingga la kepada penjualan buku dan cenderahati.
Dihadapan Freshchoice
Kemudian kami pergi jalan kaki ke Te Anau Top 10 Holiday Park. Tahun sebelumnya kami menginap di sini tapi tidoq dalam motorhome. Boleh guna fasiliti yang disediakan seperti toilet, dobi dan sebagainya.  
Te Anau adalah salah sebuah bandar di South Island. Dalam bahasa Maori, Te-Anau bermaksud "tempat untuk berenang". Ia terletak kira-kira 155 km ke utara Invercargill dan 171 kilometer ke barat daya Queenstown. Manapouri pula terletak 21 kilometer ke selatan. C.J. Nairn dan W.J. Stephen merupakan orang Eropah yang pertama mengunjungi tasik ini. Tujuannya adalah untuk meninjau terlebih dahulu potensi kawasan ini. Banyak tempat menarik di sini yang boleh dikunjungi, salah satunya ialah Milford Sound. Bandar ini mula berkembang setelah dibuka Homer Tunnel dan jalan raya ke Milford pada tahun 1953. 
Makan aiskrip di Pekan Te Anau
Jalan2 di tepi tasik
Kegiatan ekonomi utama di Te Anau adalah aktiviti pelancongan dan penternakan. Te Anau merupakan pintu masuk untuk ke Taman Negara Fiordland. Ramai pelancong datang ke Te Anau untuk berkunjung ke fiords terkenal Milford Sound dan Doubtful Sound. Bandar ini juga digunakan sebagai pangkalan bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti Milford Track dan Kepler Track. Pengunjung juga boleh join aktiviti seperti berkayak, berbasikal, menunggang kapal jet, memancing dan berburu, melawat ke ladang buah-buahan atau biri-biri. 
Dah puas jalan-jalan, kami balik semula ke motel. Sampai sana bersiap untuk memasak, sekali pegi dapur, perghh....dah penuh dapur orang memasak. Dapur dia bukan satu....agak banyak juga cumanya...emhhh, masak ramai2 macam tu agak segan la pulakan....Silap percaturan, sepatutnya masak awal tadi, kemudian baru keluar jalan2...Nasib baik chef kami S, pandai memasak jadi kami tolong apa yang patut. Oh ya sebenarnya Te Anau Kiwi ni tak sediakan peralatan memasak dan sebagainya. Semuanya kena sewa. Masa masuk dapur tu, ingatkan peralatan boleh guna je yang ada kat situ, rupanya yang ada kat situ orang punya, depa pun sewa. Jadi kitorang balik semula ke kaunter untuk sewa peralatan dapur (Kuali, pinggan mangkuk segala bagai la). Ini termasuk kain lap ya, sampai kami tertapau tuala pengelap ni sampai ke Timaru 😅Aku tak ingat berapa bayaran sewa peralatan dapur ni. Walaupun S ketua chef kami, tapi kali ni semua turun dapur supaya cepat siap. Sambil2 tu sempat pula pegi cuci baju. Ok selain peralatan dapur kena sewa, tuala, selimut dan cadar pun kena sewa tau. Bayarannya aku tak ingat, mungkin dalam NZ10.....patut la masa check in tu dier tanya nak selimut tak? Tapi KH kata tak perlu memandangkan kebiasaannya setiap bilik ada heater. Namunnnnnnnn........apabila malam tiba, heater dier macam tak panas je. Mengigil kami. Nak tak nak, gigih juga pegi kaunter balik untuk sewa selimut. 😅

Jadi secara jujurnya kami tak pilih dah Te Anau Kiwi ni dilain waktu....

Bersambung.....

Rujukan:
https://en.wikipedia.org/wiki/Kingston_Flyer
https://rvexplorer.co.nz/Southland

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...