Thursday, November 12, 2015

Hanoi: (8) Welcome To Sapa.....

5 Jun 2015
Hanoi- Lao Cai- Sa Pa

Salah satu pemandangan menarik di perkampungan Ta Van, Sapa
Akhirnya kami tiba jua di stesen keretapi Lao Cai. Horeyyyyy.... Train yang sepatutnya dijadualkan tiba di Lao Cai jam 5.30 am, tiba agak lewat. Jam sdh menunjukkan jam 6.30 am. Hari sudah siang benar. Kami di sambut renyai hujan, Sa Pa. Elok la tu tak payah jalan teraba2 dalam gelap..wekekekek!!

Train yang kami naik semalam, hanya akan berhenti hingga ke Pekan Lao Cai ni saja. Kemudian, untuk sampai ke Pekan Sa Pa kena amik bas mini. Sa Pa ni sebenarnyer merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di barat daya Vietnam. Untuk sampai ke sini (Lao Cai), kiter perlu m'buang amik masa kira-kira, 8-9 jam perjalanan menaiki keretapi. Jaraknya sekitar 350 km dari bandar Hanoi. Jauh tuhhh....ada baiknya ambil ketapi malam, save budget di situ, katanyer.....dan lagi satu 8-9 jam tu tempoh masa tdo paling ideal bg org dewasa, maka ambil la yg ader katil agar tdo anda lebih sempurna. Serius, lepas ni mesti gunakan tenaga yang banyak. Pecaya la... Selain daripada Keretapi, perkhidmatan bas juga disediakan dari Hanoi ke Lao Cai. Boleh pilih, bas yg jenis biasa aje atau hok jenis sleeper. Masa yang diambil sekitar 10-11 jam untuk sampai ke Loa Cai. Bergantung kepada cuaca, kalo hujan.. makin pelahan la driver bawa bas.

Kami turun dari bas
Keluar dari train, kami mengekor je ke mana orang ramai pegi. Kat sini dah ramai Tuan punya bas mini mencari penumpang. Depa akan tegur kiter, terutamanya pelancong luar. Aku tak pasti soal "kejujuran", tapi kalo nak selamat jalan terus je pegi stesen bas Lao Cai yang terletak di luar sana.

Muka tak mandi pagi....wekekekekek (gelak cik ponti...)
Bangunan yang aku tanda dengan anak panah merah tu merupakan stesen keretapi Lao Cai. Kat dalam ni la tempat kiter lepak sementara menanti keretapi sampai. Kalo nak lepak luar ble juga sambil minum2, tapi kitorang malas sbb nak jimat. Opssss.....Jangan silap beb, yang ini hanya lah stesen keretapi Lao Cai yang lama, yang baru ader. Dah siap tapi masih belum digunakan lagi. Mungkin tak dapat CPC lagi kot..Ia terletak di sebelah kanan bangunan lama stesen keretapi ni (kalo kita berdiri menghadap ke bangunan yg aku tanda merah tu). Anak panah warna hijau tu pula.....lorong keluar dari keretapi. Sampai kat Mat Salleh baju hitam yang tengah selongkar beg tu, amik arah kiri, jalannnnnn terussssss......sampai la jumpa stesen bas Lao Cai. Gambar seperti di bawah. Tak jauh...2 minit sampai kalo kiter jalan laju. 5 minit kalo kiter lenggang kangkung....:D

Masa nak keluar dr stesen keretapi ni, entah...sebab mamai ke, atau sebab terlebih teruja, tetiba aku jatuh tesungkur. Dah la ramai gilerrrr org tengok. Uihhhh...malunyer....!!!Bila Check aper punca aku terjatuh, rupanya batu kecik. Rasa nak tendang2 je batu tu, eiiii...geramnyer!! Tapi memikirkan kaki aku ni nak pakai lama, sabaq aje la weihhh...takpe la. kalo jatuh tergolek pun org bukan kenal. Kalo kat Malaysia, wajib aku pencen dari travel ni 1 tahun!! Sungguh!

Depan tu je stesen Bas Lao Cai. Sebelah kiri stesen Bas Lao Chai ni, terletaknya bangunan stesen keretapi yang baru. 
Oleh sebab, kami amik pakej hotel sekali harung dengan transport (jemput dan hantar) dari Lao Cai ke  Sa Pa, maka macam biasa ader la orang pegang spanduk yg ader nama kak T. Kali ni nama kak T elok aje, tak de "buntu-buntu"...hehehh...(org borneo, belah2 selatan je tau apa makna buntu tu...:D). Dah jumpa org tu kami mengekor aje la dier sampai la dier bawa naik bas mini. Bas mini ni akan bawa kiter ke pekan Sa Pa. Perjalanan dari Lao Cai ke Sa Pa mengambil masa 1 jam. Tambangnya adalah berharga 100,000 dong. Lebih kurang RM17. Yang ni kami tak yah bayar sbb dah masuk dlm pakej penginapan. 




Stesen Bas Lao Cai. Kami mengekor je budak baju biru tu sebab dier yg pegang kertas nama Kak T. 

Sekitar pekan Lao Cai
Kami tak sempat nak p jelajah Pekan Lao Cai ni sbb tujuan asalnya memang nak terus ke Sa Pa. Nampak macam besaq juga pekan ni. Kat sini pun ader banyak hotel tapi tak pasti berbaloi ke tidak nak menginap di sini. Tapi aku syorkan kalo tujuannya nak p tengok sawah padi berteres di Sa Pa, elok kiranya ambil aje hotel di Pekan Sa Pa, lebih jimat dan berbaloi sbb dari sini nak ke Sa Pa, makan masa 1 jam juga. Kira bazir masa kat situ.

Oleh sbb hujan renyai2, tak banyak yang dapat di lihat di luar. Jalannya di lereng bukit dan mendaki. Kalo tak tahan ble mabuk. Tapi kalo hang dah biasa naik ke Kundasang, tak de hal punya, serupa ajer malah Kundasang lebih mencabar dier punyer corner baring....:D

Bersambung.......

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...