Saturday, September 28, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Primo Piazza (Part 16)

18 Dec 2019
Hari ke-8 (Isnin)


Primo Piazza

Jarak dari The Bloom ke Primo Piazza mengambil masa kira-kira 21 minit iaitu sejauh 16 km sahaja. Aku kira Khao Yai adalah cerminan kepada mini Italy. Tengok la, The Bloom, Primo Piazza, My Ozone, Palio, Winter Wind....semua ada ciri2 Italy tu. Ok kali ni nak cite pasal Primo Piazza pula. Reka bentuk seni bina sama saja seperti tempat yang kami kunjungi sebelum ni, masih tak lari dari ciri Italy tu. Walaupun begitu, tetap tak membosankan....

Beli tiket
Bangunan kat depan sekali
Sakura menanti di laluan pintu masuk...
Cafenyer tak buka lagi, ke petang2 sket baru buka? 
Selepas menngunjungi beberapa tempat, masuk ke Primo Piazza ni tidak la begitu mengujakan seperti pertama kali kami masuk ke My Ozone. Terkagum sungguh......Primo Piazza juga merupakan sebuah perkampungan buatan yang dihampari dengan padang rumput yang menghijau. Ia terletak berdekatan dengan Khao Yai National Park, Pak Chong. Oleh kerana kawasan ni cantik dan mempersona, plus banyak pula aksesori yang romantis githeww...... maka berduyun2 para pengantin buat pre-weeding photoshhot di sini. Satu yang menjadi trade mark di Primo Piazza yang membezakannya dengan tempat lain ialah perkataan "love". Di mana2 ceruk akan nampak perkataan ni.

ruang dalam galeri, ke cafe....entah. Tapi tak de orang
Love dimana2....
kat sini pun ada kambing....juga ada cik alma. Eh betul ke nama dier Alma??? ๐Ÿ˜Ž


Taman bunga.....
Di bahagian belakang Primo Piazza, terdapat sekumpulan kambing biri2 dan alpaca. Pengunjung boleh membeli rumput dan boleh suap makanan pada si kambing dan cik Alpaca. Aku amik gambaq depa je sebab tak teruja nak bagi makan, panas dan bau.....๐Ÿ˜… Di sini juga terdapat kedai menjual barangan cenderahati, nanti boleh la singgah beli. Cafe juga ada tapi tak banyak yang buka. Tak pasti adakah sebab kami datang agak awal atau perniagaan di sini tak begitu menguntungkan? Entah la....yang pastinya kami tak makan di sini. Primo Piazza dibuka setiap hari dari jam 9.00- 8.00 petang. Tiket masuk adalah 200 Bath

ni pun kat depan
melawat kambing
Bukan main landing atas rumput macam kat rumah, padahal belakang tu kandang kambing...
Aku tak de
Gambar sama tapi aku ada....๐Ÿ˜
Haus. Nak minta ayaq, tapi orang nyer tak dak....
Muka berpeluh....
Sebelah aku tu Che Ta....๐Ÿ˜
Sedap nyer menyandar, luruskan pinggang ni ha....

Nak terbang sbb panas lit2
Tumpang lalu.....
Sejam di sini, kami pun beransur pergi. Lepas ni akan terus ke Ayutthaya. Tapi sebelum meninggalkan Khao Yai kami nak singgah makan dan solat dulu di Salasa restoran...๐Ÿ˜‹. Perjalanan ke Ayutthaya mengambil masa kira2 2 jam dengan pemanduan penuh hemah pak cik Harris....

Bersambung......




Sunday, September 22, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: The Bloom (Part 15)

18 Dec 2018
Hari Ke- 8

Yeahhh...dah masuk hari baru.
Hari ni merupakan hari terakhir kami di Khao Yai. Menurut rencananya kami akan bergerak menuju ke The Bloom, Primo Piazza dan kemudiannya terus ke Ayutthaya. Sebelum meninggalkan homestay ni harus la amik gambaq dulu buat kenangan. Meninggalkan homestay Bann Yang Tree ni tak ada rasa keberatan sebagaimana rasa sayangnya aku nak meninggalkan Monomer dulu, begitu berat aku melangkah. Githewww....Padahal aku yang masuk van dulu! ๐Ÿ˜… Tapi serius, suka sangat Monumer tu, bersih, selesa....Walaupun situ satu2nya penginapan yang aku cramp di kaki! Di situ saja, tempat lain tak ada! Ada ๐Ÿ‘น agaknya.....๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Catik kan, nampak mewah!
Ini bangunan bilik kami. Opsss!! Bukan satu bangunan ni ya, tapi pintu kaca yang sebelah kiri sekali tu. Dalam tu ada 1 bilik kecik lagi dan ada 3 queen bed. Tak ada dapur tp ada TV (tak tengok sebab semua bahasa Thai, tak paham), Aisbox, kettle, tuala ada disediakan tapi sangat la kecik oiii.....tutup atas, bawah nampak, ehhhh......) 
Lebih kurang je tinggi bunga tu dengan aku. 
duduk sopan
cantik kerusi ni
aksesori comel

ehhhh.....banyak pula terlambak gambaq tuan tanah ๐Ÿ˜Ž
Sebenarnya ada gazebo lagi tapi aku malas nak amik gambaq kat sana. Cukup la yang ni buat kenangan. 

The Bloom Garden.

The Bloom merupakan salah satu daripada taman bunga yang terdapat di Thailand, tepatnya di Khao Yai, Pak Chong. Jaraknya sekitar 150 kilometer dari Bangkok. The Bloom Memiliki keluasan kira-kira 16 hektar, yang mana ia menempatkan pelbagai jenis-jenis bungaan, termasuklah marigold,  matahari,  mawar, lavender dan lain-lain. Dikatakan terdapat 30 spesies bunga-bungaan di sini.
Bayaran masuk ke The Bloom ialah $200 dengan pakej minuman oren dan kek. 

tumbuhan menjalar ditanam diatas bangunan. cantik...tapi mengundang sang U* 
Kawasan ni luas jadi lepas bayar tol, kena naik tram.....
Bunga-bungaan
Dier buat juga arca dicelah2 taman bunga untuk pengunjung amik gambar
Selain taman bunga-bungaan, dibina juga beberapa arca yang unik, untuk menambahkan lagi suasana ceria di sini. Ala2 berada di europe ketika musim panas! ๐Ÿ™Š Jadi, apalagi kami menyempatkan diri bergambar di sini. Menurut pembacaan singkat di beberapa blog, Khoa Yai antara kawasan yang agak sejuk dingin kerana ia dikelilingi oleh perbukitan, namun ketika kami sampai suhunya tidak la terlalu sejuk, malam agak panas seperti di Labuan juga. Dibuka dari jam 8.00 pagi- 8.00 pm pada hari biasa dan 8.00 pagi-10.00 malam ketika hujung minggu. 

wow...meriah kan....
Ikan yang kena sumpah jadi bunga merah ๐Ÿ˜…
Ini kat depan masa nak bayar, kat depan tu juga ada cafe....
antara tempat penginapan yang terdapat dalam The Bloom ni
Selain itu, The Bloom juga menawarkan perkhidmatan penginapan. Bangun pagi, buka je pintu boleh tengok bunga-bunga segar. Untuk semakan harga dan jenis2 penginapan, boleh la skodeng website depa di: http://www.thebloom.co.th

Tengok Mat salleh tu kagum tengok bunga....

Nasib baik pagi lagi, kalo tak memang rentung
Silau dipanah mentari....Mula2 aku suka tudung yg aku pakai tu, sekali hantaq cuci terus rosak bila masuk mesin. Adohhh....
Senyum bila dapat bercuti panjang kan.....
ehhh....sikit pula merapu kali ni...hehehhe.

Ok bersambung lagi......



Thursday, September 19, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand:The Chocolate Factory & Mid Winter (Part 14)

17hb Dec 2018
Hari ke-7

Hari ni macam biasa kami makan di Salasa Restoran dan terus solat di situ. Memang Jam makan kami tu dah lewat. Nasib semuanya ok je. Aku biasanya jenis masuk angin juga kalo lambat makan dengan ditambah pula dengan panas mencengkam ubun2....Perghhhh sakit tak boleh bawa bincang sampai ke subuh tu. Nasib baik kali ni dier ok je, tak meragam. Alhamdulillah......Kalo boleh disepanjang perjalanan ni moga2 la dijauhkan daripada segala macam musibah. Mungkin juga sebab kami ada bawa bekal jajan, jadi perut sentiasa terisi biarpun tak kenyang.

The Chocolate Factory

Kami tiba di Chocolate Factory sudah remang senja. Tak berapa berminat juga sebenarnya cuma Pakcik dah bawa sebab katanya dah ada dalam iti. Sporting juga Pakcik Harris ni, tak nak borong Coklat, amik gambar aje la katanya. Dier pun sama happy je, walaupun dier penat.



Kilang coklat ni sebenarnya berdekatan dengan Taman Negara Khao Yai, cuma sedikit ke utara dari pintu masuk Taman Negara. Ia dibuka sejak tahun 2013 lagi dan kemudiannya melebarkan sayapnya ke Pattaya dan satu cawangan lagi di Hua Hin. Selain dari kilang di sini juga menempatkan restoran yang menghidangkan pelbagai makanan Itali dan Thai, coklat buatan sendiri pencuci mulut dan banyak lagi. Ada juga kedai menjual barangan coklat untuk dibawa sebagai ole-oleh untuk orang2 yang ditinggalkan di Malaysia ๐Ÿ˜



Bangunan Kilang ni dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Bengkel Coklat dan Kilang Coklat. Bahagian pertama adalah ruangan berdinding kaca untuk pemprosesan coklat. Pengunjung boleh melihat bagaimana proses pelbagai coklat dihasilkan. Bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan coklat diimport khas Belgium, Perancis, dan Switzerland. Antara keluaran kilang coklat ini ialah pelbagai jenis kreasi yang lazat, biskut, kacang bersalut coklat dan banyak lagi produk makanan berasaskan coklat boleh didapati di sini.....Bukan itu saja, malah produk penjagaan kulit, seperti lotion dan scrub badan yang diperbuat daripada mentega koko, juga boleh dibeli di sini.



352 Moo 2 Thanarat Rd. T. Musee Pakchong Nakhon Ratchasima 30130
Tel: 092 443 8881

Waktu beroperasi: 
Dibuka setiap hari dari 0930 am-930pm

Seain dari menjual barangan, Kilang coklat ni juga menganjurkan bengkel pada hujung minggu. Pengemar coklat berpeluang untuk mempelajari tentang sejarah coklat, mencicip rasa coklat yang berbezadan akhirnya membuat coklat buatan mereka sendiri!


Mid Winter

Ini tempat terakhir kami singgah di remang senja ni. Pada mulanya aku ingatkan ini Palio, reka bentuk bangunannya mirip Palio, rupanya bukan. Tempat ni ialah Mid Winter Green. Sama seperti Palio dan My Ozone, reka bentuk bangunan di Mid Winter Green juga menampilkan ciri2 Eropah. Mid Winter Green ni terkenal dengan restorannya yang anggun, padu dengan hidangan lazat dari benua Eropah, diselang seli juga dengan citarasa Thailand. Kita boleh memilih untuk makan di ruang dalam yang lebih sepi, romantis githewww......atau memilih duduk di kawasan terbuka yang lebih santai sambil menikmati suasana malam yang cantik dengan limpahan lampu berwarna warni.  


Kami hanya berjalan santai melihat suasana malam dan mengambil gambar. Tak makan di sini, oh ya mungkin ada juga makanan halal, itu tak pasti. Selain restoran, terdapat juga kedai yang menjual peralatan memasak, membuat kek, manisan dan banyak lagi. Oleh sebab kami datang pada waktu malam kedai jual periuk segala benda ni tak ada, dah tutup. Pada pendapat aku, suasana malam lebih cantik di sini berbanding datang pada waktu siang. Lebih sejuk, santai dan selesa.





Open Hours : 10.00 – 22.00, Friday – Saturday : 10.00 – 23.00
Address : Nong Nam Daeng, Pak Chong District, Nakhon Ratchasima 30130, Thailand
Phone : +66 44 365 288

Sebelum balik singgah pula ke gerai makan halal. Bersebelahan je dengan pasar malam tu. Kat Pasar malam memang buah aje la ko boleh beli. Gerai makanan halal tu ada 2 je. Kemudian sebelahnya pula ada kedai Halal Friendly, macam kedai runcit la jual barangan kering. 


Bersambung......

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...