Sunday, September 17, 2017

Mengejar Sakura Di Xi'an: Part 8: Xi'an Botanical Garden


23 Mac 2017
Khamis
Salam n Hi sume.....
Hari ni kami ke Botanical Garden. Tentunya meriah dengan bunga-bungaan kat situ. Xi'an Botanical Garden sebenarnya mempunyai dua tempat. Yang lama terletak berhampiran Big Wild Goose Pagoda. Tetapi ditutup operasinya sejak 2016 untuk kerja-kerja pengubahsuaian dari segi infrastruktur dan sebagainya dan ia dijangka dibuka semula pada tahun 2018. Tapak Botanical Garden yang baru pula terletak di Daerah baru Qujiang dan ia dibuka kepada orang ramai sejak 1 oktober 2016. Kami tak tau pun yang Botanical Garden tu ada tempat baru, yang kami tau tapak lama tu. Jadi kami pun tunggu bas No. 37 depan Bell Tower. Tunggu punya tunggu bas No. 37 tak kunjung tiba. KM dengan bahasa ayam itiknya bertanyakan sesuatu pada orang sebelah dier macamana nak p sana. Orang tu kata bas No. 12 pun akan pergi ke sana. Kira yakin aje la sebab orang tu tengok google map. Dipendekkan cerita, kami pun naik bas No. 12, agak lama juga rasanya berada dalam bas tu, akhirnya driver bas tu suruh turun sebab dier bagi isyarat bas ni akan balik semula ke bandar. Pastu KH tunjuk kad dier yang ader tulisan Botanical Garden dalam tuliasan mandarin. Dier pun tunjuk arah mana nak ikut.

Hari mendung, nasib baik tak hujan.
Sib baik sejuk
Kami pun jalan kaki ikut arah yang dier tunjuk.......pusing punya pusing, tak jumpa tempat tu. Gaya2 taman tu ader, pagoda pun nampak tapi mana satu dier berada? Sampai satu ketika kami jumpa pintu masuk, tapi sebab bercakap dalam bahasa isyarat, Pak Guard tu tunjuk arah belakang dan kami anggap ia maksudkan "ko masuk pintu belah sana". Kami pusing lagi. Tak jumpa juga. Sampai la penat kaki, sampai terfikir nak balik semula ke Bell Tower naik metro, tapi stesen metro pun tak jumpa, signboard ader, cari2 tak jumpa. Disepanjang jalan kaki tu ader juga tanya2 kat orang, ader yang layan, ader yang tak. Biasanya orang muda akan layan dengan membantu kita mencari laluan menggunakan goggle map di hp mereka. Akhirnya kami perasan, kami sebenarnya tawaf ditempat yang sama banyak kali. Allahuakbar... Ya Allah Ya tuhanku, ampunilah dosa-dosa kami, tunjukkan la kami jalan yang sebenar.....Begitu kami melantunkan doa di dalam hati. Terus masing2 duduk di hentian bas. Merenung nasib katanyerr...heheh..

Akhirnya kami sepakat untuk ambil teksi untuk dihantar ke Botanical Garden. Depa, KH dah dapat teksi dan pergi dulu. Aku, KM dan KL tunggu lagi, akhirnyer ader satu teksi yang berhenti, drivernyer wanita. Bila bagitau nak p Botanical Garden dier marah tak nak hantar, katanyer dekat aje, boleh jalan kaki. Dier cakap bahasa mandarin tapi boleh paham dier punya gaya tangan. Kami tolak KM jadi jurucakap. Driver tu cakap cina, KM balas cakap melayu broken Spanyol dier...hahahah. Setelah puas beradu suara, Makcik tu pun mengalah, hantar juga sambil membebel2. Alih2 dier hantar tempat pintu masuk kami jupa awal2 tadi. Terkejut beruk kami dibuatnyer, sambil mencari2 kelibat KH dan rakan2 yang lain. Bila nampak depa kami pun turun. Makcik minta tambang RMB4-5, kalo tak silap. Memang la dier marah sebab, mebazir minyak je, dekat gilerr.
Dalam tersesat tu jumpa arca ni
Ini la pagoda tu
Ada cerita disebalik pembinaan arca ni, sudah tentu berait dengan sejarah lampau Xi'an
Dipendekkan lagi cerita, KH jumpa beberapa orang wanita tempatan. Depa pun nak p Botanical Garden juga. Katanyer Botanical Garden pindah tempat baru. Kena naik Teksi. Jadi kami ambil teksi berasingan dan p tempat baru tu. Harga tambang teksi ialah RMB 36 sehala. Dah duduk dalam teksi, kami pun menarik nafas lega. Alhamdulillah....Terima kasih Ya Allah, akhirnya Allah SWT permudahkan urusan kami hari tu.
sampai dah...
Kat depan pintu masuk
Masing-masing kesejukan sebab hujan renyai2. S tanya ader Glove lebih tak.
Bangunan bulat di tepi tasik tu restoran sebenarnyer tapi tutup masa tu.
bangunan 4segi tu toilet.
Bayaran masuk ke Botanical garden ni ialah RMB 10 sahaja pada hari biasa. Tapi kalo misim bunga bayaran masuknya ialah RMB 20. Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah masuk adalah percuma. manakala kanak-kanak berumur 7- 18 tahun dapat separuh harga. Masa operasi pula ialah bermula jam 8.00 pagi- 6.00 petang sahaja. Botanical Garden yang baru ni meliputi kawasan kawasan seluas 43 hektar (106 ekar), 2 kali ganda dari saiz tapak yang lama. Pada ketika ini, Xian Botanical Garden merangkumi lebih dari 4,000 spesies dan terdiri daripada 11  kawasan iaitu Silk Road Garden, Qinling Garden, Children’s Garden, Forgotten Garden, Hundred Flowers Garden, Water Garden, Rose Garden, Vine Garden, System Garden, Herb Garden, and Rock Garden.

Sojukkkkk....
Itu lah mereka gadis yang membantu kami. Yang baru merah tu ble berbahasa Inggeris.
Bila kiter melangkah ke pintu masuk barat tadi, kita akan jumpa Taman Air, yang dikelilingi oleh air bersih dan cannas yang menawan. Tanaman yang paling popular di kawasan ini adalah Victoria amazonica yang hanya mekar selama 3 hari. Taman ini terdiri dari teratai, akuatik dan lain-lain. Manakala di kawasan taman laluan sutera pula terdapat imej unta sebagai model. Di kawasan ini terdapat tumbuhan tempatan seperti tumbuhan tradisional cina seperti pokok teh, mawar Cina dan pokok mulberi. Kawasan tanaman gurun:  untuk kendyr dan tamarisk yang tumbuh di sepanjang laluan Sutera, dan Kawasan untuk tumbuhan Eksotik untuk sayur-sayuran barat, buah-buahan dan bunga yang dibawa ke China melalui Jalan Sutera. Ketiga3 taman ini, melambangkan gabungan budaya barat dan oriental.
Kami bersama si Tulip
pemandangan kat depan masa mula masuk tadi
Nak p tengok tulip
Bila baca balik sejarah penubuhan Taman Botanical ni, rupanya ia dibina sebagai tempay penyelidikan asas terhadap aplikasi tumbuhan, pengenalan tumbuhan dan tumbesaran, pemeliharaan plasma nutfah, dan mempopularkan ilmu tentang botani. Kalo perasan, kebanyakan gambar yang ader kat sini cuma kami bertiga, sebab depa yang 3 lagi kesejukan. Memang kawasan ni agak sejuk, kalo pun tak hujan. Sebab tu bunga boleh tumbuh dengan baik.

Sikit masa lagi, pokok2 yang togel ni akan mengeluarkan bunga 2 yang menawan.
JUmpa juga sakura walaupun tak banyak
Teruja jumpa tulip
Satu lagi taman yang ada di sini ialah Taman Qinling. Gunung Qinling, yang terletak di selatan Shaanxi, adalah garis pemisahan geografi penting di China. Gunung ini mempunyai tumbuhan yang paling pelbagai dan terkaya di kalangan semua kawasan lain di latitud yang sama. Taman ini terutama menanam tumbuh-tumbuhan yang jarang, terancam, dan endemik di kawasan Qinling. Taman kanak-kanak pula dibina seperti berada di dalam cerita dongeng. Taman ini terdiri daripada Taman Visual, Taman Taktil dan Taman Olimpik, di mana kanak-kanak boleh mempelajari dan mengetahui tumbuh-tumbuhan dengan menonton, menyentuh dan menhidu bau bunga. Selain itu, ada juga tumbuhan digital, yang boleh memberi inspirasi kepada kreativiti kanak-kanak.

Waktu Terbaik untuk berkunjung ke Botanical garden ini ialah pada musim bunga. Ada beberapa program atau aktiviti yang dia adakan disini, contohnya Tulip Show pada musim bunga, Lotus Show pada musim panas, Chrysanthemum Show pada musim gugur, dan Plum Flower Show pada musim sejuk. Mesti hebat bila berada di tengah2 rimbunan bunga-bunga yang berwarna warni kan.... Untuk datang sini ada beberapa cara, bole naik bas, metro dan teksi.

 Bas:
1. Ambil bas 37, turun di Stesen Botanical Garden dan kemudian masuk melalui West Gate.
2. Ambil bas 270, 602, 607 dan turun di Changming Road - Third Ring Ring South Station.
 Berjalan ke timur sekitar 4 minit ke Pintu Timur Xian Botanical Garden secara langsung.
3. Ambil bas 701 dan turun di Stesen Miaojiazhai. Kemudian berjalan ke arah timur sekitar 1 km (0.6 batu) ke Pintu Barat taman.

Metro:
Ambil Metro Line 3 dan turun di Stesen Yanxingmen. Keluar dari Exit C dan tukar ke bas 351. Turun di Kolej Sains dan Teknologi Shaanxi. Perhentian itu hanya bersebelahan dengan Pintu Timur taman.
Xian Bus / Metro Search

Dengan teksi:
Ambil teksi dari pusat bandar dan kos CNY 25 atau lebih.


Kat luar Botanical Garden ni ader Bus Stop, So tunggu kat luar. Bas yang berderet ni salah satunya akan ke bandar mengikut giliran. Bas akan terus ke Bell Tower
Lenggang
Akhir sekali tuan tanah nak mengundur diri..........😝
Bersambung....

TQ: KM/S-atas sumbangan gambar
Rujukan: https://www.travelchinaguide.com/attraction/shaanxi/xian/botanical-garden.htm

Saturday, September 16, 2017

Mengejar Sakura Di Xi'an: Part 7: Xi'an World Expo Park


22 Mac 2017
(Rabu)
Salam n Hi Semua.....

Jumpa lagi kiter. Semoga saya terus rajin menulis minggu ni. Tq Celcom sebab line tenet ko laju macam arnab minggu ni. Harap berterusan dalam satu tempoh yang panjang. Sambung citer....hari yang sama, selepas puas berlegar2 di Qinglong Temple, kami pun bergerak pergi. Cewahhh...bergerak pergiii katanyer. Macam bunyi orang merajuk. Pada mulanya kami bercadang nak ke Bondo Muzium atau ke Daming Palace, namun dipertengahan jalan kami dipertemukan pula dengan papan iklan yang menunjukkan beberapa tempat menarik di sepanjang line 3 ni. Dalam banyak2 tempat yang ditunjukkan kami sebulat suara bersetuju nak p ke Xian World Expo Park. Kenapa pilih tempat ni? Sebab dalam iklan tu ader Arca tangan....Kenkonon nak p amik gambaq kat situ mesti cantik. Nak p Xi'an Expo Park, ikut laluan ni.

Line 3: Qinglongsi Temple- Xianghuawan-->Exit A
Kami di Qinglongsi Station
Antara tempat menarik di sepanjang line 3
Harga tiket metro dari Qinglongsi Station ke Xianghuawan hanya RMB 5 sehala
11 hentian sebelum sampai ke Xianghuawan station
dah sampai , ikut exit A

Taman Ekspo Xi'an ni mula dibuka pada tahun 2011 dan ia sebenarnya merupakan bekas sebuah tapak pameran hortikultur yang diiktiraf oleh Persatuan Pengeluar Antarabangsa Antarabangsa di Xi'an. Pameran yang berlangsung pada 28 April hingga 22 Oktober 2011 menyasarkan kedatangan pelancong kira-kira 12,000,000. Pameran Hortikutur yang diadakan di Xi'an ini merupakan  kali ketiga untuk China menjadi tuan rumah. Pameran sebegini pernah diadakan di Kunming pada tahun 1999 dan Shenyang City pada tahun 2006.


Tapak sebenar ekspo terletak di Tasik Guangyun iaitu di tebing Chan-Ba yang dikenali sebagai "Bashang". Meliputi kawasan seluas 4.18 kilometer persegi (1,033 ekar), termasuk kawasan air seluas 1.88 kilometer persegi (465 ekar). Bergantung pada Sungai Chanhe dan Bahe River, Tasik Guangyuntan merupakan pelabuhan penting di China suatu ketika dulu. Semasa pemerintahan Maharaja Tang Tang Xuanzong (Dinasti Tang), Maharaja gemar mengadakan pameran pengangkutan air berskala besar dan pameran perdagangan di sini. Tujuannya adalah untuk menggalakkan komunikasi perdagangan dan mempamerkan keupayaan rantau dalam bidang pengangkutan air. Acara sebegini yang berlaku pada zaman dahulu menjadi titik permulaan kepada aktiviti ekspo bertaraf antarabangsa kini.
Dibuka pada jam 8 a.m- 10 pm. Bayaran masuk....berapa ehh? tak ingat la.
Gi amik map kat Tourist Centre. Banyaknyer pokok sakura. Aku ingat hujung Mac nak masuk April baru Sakura ni kluaq dengan meriahnyerrr...
Bila sampai tempat ni dan tengok map, punya la luas. Tak ble jadi ni nak jalan kaki, kena juga naik basikal. Kat luar Tourist Centre ni ader banyak basikal untuk di sewa. Ada 2 jenis, 1 yang single, 1 lagi yang kembaq. Aihh...aku tak tau la aper istilah untuk basikal. Aku panggil gitu je la. Jangan mara naa, peminat2 basikal. 😁😀 Oleh sebab dalam kalangan kami ni KL tak berapa nak pandai nak bawa basikal, jadi kami pakat nak sewa basikal kembaq supaya kami dapat bergerak sekali. Jadi kami pun masuk dalam bangunan tourist centre tu, tanya kat depa apa prosedur nak sewa basikal ni. Depa pun terangkan kalo nak sewa basikal ni, kena letak deposit RMB 200. Sewa basikal single RMB 20. Kalo yang kembaq tu RMB60 untuk 1 jam. Deposit akan dikembalikan sekiranya Basikal dapat dikembalikan tepat pada masanya dan tiada kerosakan berlaku. Dah paham kami pun isi borang. KH, KL & KM 1 team. Aku, S, F: 1 team. Ok jom kayuhhhh.....Misi untuk mengecilkan paha, pula kali ni. Heheheh.....
Depa try dulu, senang tak balance kan....hehhe
zoom kat wajah KH, sampai ketap bibir tu. Berat kayuh ke kak?? 😂😂
Senyum tetap maintain walaupun ketiak basah dek peluh.......😂😂😂
Naib baik ader sakura....
Oleh sebab kami semua tak penah lagi bawa basikal kembaq camgini, maka kiter try dulu. Part itu pun dah amik masa. Berat giler nak kayuh. Tapi dah terlanjur bayaq, redho je la. Dan aku rasa.....bukan rasa lagi dah, confirm! Basikal kembaq ni sesuai untuk family, 2 orang dewasa dan 1 orang kanak2. Ko tau la saiz org dewasa macamana kalo dah duduk sederet 3 orang, yang duduk hujung2, bertahan je la ko duduk dengan sebelah punggong je. Hahaha.....sakit kot.!! Adoiii....Lawak ader juga. Gelak je sepanjang bawak tu. Kitorang tukar2 juga untuk duduk tengah, tapi sebab F lebih rendah dari kami maka kaki dier agak2 tak berapa nak sampai, kesian dier jadi kami mintak dier duduk tengah. 
Comel arca ahjuma tu
Add caption
Oleh itu, aku tak nak pedajal kengkawan yang rasa2 nak datang sini, pastu nak sewa basikal. Nasihat aku tak yah la sewa basikal kembaq ni. Membazir je dan tak berbaloi. Jalan kaki lagi baik. Berat 1 hal, ketiak basah dek peluh tu sape nak cover. Hahahhah....Sib baik pakai perfume mahal. 😝😜 Ko kayuh la macamana gaya pun, dengan semangat yang tinggi, gigih, sedaya upaya, sekuat tenaga.......dia punya kelajuan, macamtu juga. Penat gilerr. Sungguh. Kalo nak sewa pun, pilih yang single tu. Yang itu agak ringan, ntah2 1 jam boleh pusing 1 tasik. Yang kembaq ni aku rasa, kami kayuh tak sampai pun 1 km. 500 meter je kemudian patah balik sebab  masa 1 jam dah nak abis, sayang deposit. Kawan2 kata depa ok je happy dengan basikal tu. Happy memang la, aku pun sama, gelak sepanjang jalan. Tapi itu la realitinya. Aku cuma nak cakap jujur pada diri sendiri. Tapi itu la dier pengalaman, kenangan yang tak dapat kiter beli dengan duit, bila kita dapat bersama dan berkumpul di satu tempat dengan rakan2 yang duduk berjauhan. Ada saja perkara lucu, mengeramkan ada juga. Hahahahha....
Atas: Kepenatan selepas kayuh basikal, terus depa cari pisang.....hhehheh
Kami tetap ceria setelah berehat di hadapan Tourist centre tadi
Banyak sangat bunga kuning kat sini
Kawan kat tengah tu ader sakit, jadi sejuk biasa bagi kiter, tapi luar biasa bagi dier. Maka itu salah satu langkah penjagaan kesihatan untuk dia.
Setelah berehat lebih kurang, kami pun meneruskan misi mencari arca tangan tadi. Kami berjalan mengelilingi tasik. Sangat banyak pokok sakura ditanam di sini tetapi masih banyak yang belum berbunga. Oh ya nak sambung citer pasal pameran tadi. Pameran Holtikultur ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan ekonomi, budaya dan teknologi dari pelbagai negara yang berbeza. Setiap negara yang mengambil bahagian boleh memanfaatkan peluang ini untuk menunjukkan pencapaian masing-masing dalam bidang yang berbeza. Sejak pameran Hortikultur Antarabangsa yang pertama diadakan pada tahun 1851 di London, ia telah diadakan sebanyak 30 kali selepas itu, secara tidak langsung ia pameran sebegini diangkat sebagai  "Olimpik" dalam bidang ekonomi. Ia membawa manfaat yang besar dalam sektor ekonomi di bandar pameran ini diadakan dan seterusnya membantu memperbaiki sistem pembinaan bandar.
Kami di sebalik unggu karmilla
Kebetulan masa tu ramai pula pengantin amik gambar.....
Rasa nak guling2 je macam kajol
Pokok di tanam cantik di sini. dapat bayangkan kalo la musim bunga mesti kawasan ni dipayungi oleh bunga yang berwarna warni.
Chang'an Flower
Gambar kat atas ni merupakan bunga Chang'an. Chang'an bermaksud membawa nasib baik dan kesihatan kepada orang ramai. Ia digunakan sebagai maskot semasa berlangsungnya Pameran Antarabangsa Hortikultur, pada 2011. Uihhh...dah lama dah tu, 6 tahun berlalu tapi maskot tu masih ader sampai sekarang. Bunga Chang'an dibentuk seperti buah delima. Dicipta untuk menunjukkan hubungan harmoni antara manusia dan alam semula jadi. Ia terdiri daripada beberapa kelopak semulajadi, mencerminkan ciri-ciri asli di Xi'an. Ungkapan wajah kartun menunjukkan keramahan bunga dan mata besarnya menunjukkan betapa bahagianya dia untuk melihat semua pelancong yang datang. Ia juga mempunyai badan yang comel dan gemuk untuk menunjukkan bahawa ia menjalani kehidupan harmoni yang baik, dan ia sentiasa melambai tangannya untuk menunjukkan ia benar-benar mengharapkan pelancong untuk melihatnya. 
lagi bersama sakura yang baru nak berputik
macam kat korea
berlatarbelakangkan Chiang'an Tower. Kiter ble naik kat menara tu dan dari situ boleh tengok keseluruhan kawasan ni.
Dua rakan yang baru menyertai geng kaki jalan
laluan balik
 
Pada pendapat aku, kalo ada banyak masa ble la masukkan Xi'an World Expo Park ni sebagai salah satu tempat yang perlu dikunjungi. Jika masa tak banyak memadailah melawat bangunan bersejarah seperti muzium Terracotta, Bell Tower, Drum Tower, City Wall dan lain-lain tempat yang berdekatan dengan bandar Xi'an. Dan Jika datang ke sini jangan lupa bawa bekal secukupnya. Kat dalam ni memang tak de restoran halal. Arca Tangan pun tak jumpa, maka kami pun balik dengan rasa penuh kecewa...cewahh....

Balik dari sini guna laluan ni:

Line3: Xianghuawan- Xiao Zhan (Turun sini untuk tukar ke line 2)-Zhong Lou (Bell Tower)--> Exit 2D

Bersambung....

TQ: S/ KM- atas sumbangan gambar
Rujukan: https://en.wikipedia.org 
https://emparkgrandhotel.com/expo-xian.htm

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...