Tunnel Beach
2 Dec 2016
Hari ke 5
Kami meneruskan perjalanan ke Tunnel Beach pula yang hanya berjarak 8 km dengan memandu selama 11 minit sahaja. Ia terletak di barat daya pusat bandar Dunedin, tepatnya di selatan St. Clair. Pada mulanya aku ingatkan Tunnel Beach ni, dekat dengan tempat parkir macam nak pergi ke Moeraki Boulders tu.....tapi rupanya kena jalan kaki menuruni bukit. Kalo kau pernah pegi Teluk Simpang Mengayau, kau perasan tak kita kena turun bawah, pegi kat tempat batu2 tu? Yang itu masih dikira kacang lagi. Yang ini tinggi giler.....Tapi pada mulanya kitorang rasa macam fit sangat, berlagak tak nak bawa air, lenggang kangkung je bawa kamera. Sekali balik kena mendaki bukit, perghhhhh.....haus giler beb! Kalo kaki hiking, aku rasa korang ok kot dengan ketinggian yang tak seberapa ni 😁
Kelihatan Kak Zaleha dan anaknya dibelakang sana |
Walaupun rasa macam jauh je nak turun, kau kena juga datang sini, paling tidak sekali seumur hidup. Sebab pemadangan di bawah tu sangat cantik dengan tebing tinggi yang terukir cantik secara semulajadi dek hakisan angin, ada batu membentuk iron man, ada gua....Kenapa Pantai digelar sebagai Pantai Terowong? Ini kerana kat bawah sana terdapat terowong yang dipahat secara manual. Dikatakan pada tahun 1870, John Cargill iaitu anak kepada Kapten William Cargill telah memahat batu untuk membuat laluan menuju ke pantai. Sebelumnya tidak ada laluan lain bagi membolehkan mereka turun ke pantai kerana disekelilingnya hanya ada tebing tinggi. Terowong ini dibina bagi membolehkan keluarga Cargill mandi manda dan bermain di pantai tanpa gangguan dari orang luar.
Pengunjung tidak digalakkan untuk berenang dipantai kerana agak bahaya, dikatakan anak perempuan Cargill meninggal kerana lemas di sini, namun tidak diketahui sejauh mana kebenaran cerita tersebut. Bila tengok ombak yang datang begitu kuat menghempas pantai, tidak mustahil ia juga mampu menarik kita ke tengah laut.
Kelihatan dinding terowong bertekstur kasar kerana dipahat secara manual. |
Kak Zaleha dan rakna-rakannya |
Anjing laut sedang bersantai di atas batu |
Apabila melalui terowong, kita dapat lihat dindingnya bertekstur kasar, bukti ia dipahat secara manual. Pada tahun 1983, Pihak kerajaan menambah baik tangga konkrit pada laluan terowong untuk langkah keselamatan sebelum dibuka pada pengunjung. Terdapat 72 anak tangga konkrit dibina menuju ke pantai, di dalamnya agak redup hanya dibantu dengan cahaya semulajadi. Jika turun kena berhati-hati sebab kalo hujan tangga akan jadi licin, takut kita tergelincir. Pengunjung digalakkan untuk datang ketika air surut, jadi kita boleh berjalan ke pantai.
Sekumpulan remaja yang turut sama berkunjung ke Tunnel Beach |
Perasan tak aku selalu sebut nama Kak Zaleha? Ketika sampai di sini, kami nampak sekumpulan geng-geng Malaysia. Sempat juga kami bertegur sapa dan anak dia tolong ambil gambar kami. Tapi masa tu tak bertanyakan nama, cuma tau mereka datang dari semenanjung je. Beberapa bulan selepas balik dari NZ, aku nampak seseorang post gambar kat group BBM di FB. Nampak macam kenal lokasi dan gambar kakak tu. Aku komen kat gambar dier kata, "Saya macam kenal gambar ni, kita pernah jumpa kan di Tunnel Beach?". Lepastu kitorang sambung sembang kat messenger, baru lah berkenalan, Baru tau nama kakak tu Kak Zaleha 😀Dia kata dorang pergi ramai-ramai tu sebenarnya berkeluarga. Antaranya ada suami dan anaknya, ada kak Hamidah (adik Kak Zaleha) dan ada beberapa orang lagi tapi aku lupa siapa...
Nak balik Dah |
Perjalanan balik yang sangat memenatkan. Berhenti banyak kali dan terasa sangat haus.... |
Berjaya sampai akhirnya..... |
Tempat parking kereta di Tunnel Beach |
Lanarch castle
Perjalanan diteruskan ke destinasi seterusnya iaitu ke Lanarch Castle, berjarak 13.6 km, kira-kira 13 minit pemanduan. Walaupun begitu, jalan menuju ke Castle ni sangat la menyeramkan. Jalannya agak berbukit bukau, curam, sempit, lalu ikut tepi tebing tinggi....aduhhhh.....kaki rasa agak mengigil, sampai satu masa rasa nak berhenti tepi jalan dan ganti dengan Z. Maklum la masa tu aku baru 4 bulan bawa kereta auto, sebelum tu bawa manual je. Biasanya aku ganti Z, bila tiba dijalan yang lenggang, bukan di kawasan bandar sebab kalo bandar aku tak berapa nak faham sistem jalan raya depa. Tapi jalan berbukit ni agak menyeramkan aku, pada masa tu....😅 Terpaksa bawa macam siput, tapi akhirnya sampai juga ke castle dengan selamat.
Credit Photo: https://www.larnachcastle.co.nz |
Larnach Castle merupakan istania tiruan yang dibina di Semenanjung Otago, berdekatan dengan perkampungan kecil Pukehiki. Ia dibina oleh seorang usahawan dan ahli politik terkemuka iaitu William Lanarch. Pada tahun 1967, istana ini milik peribadi keluarga Barker dan ia mula dibuka kepada umum sebagai salah satu tarikan pelancong. Jika anda berminat boleh la berkunjung ke website ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan istana ni. Sebenarnya kami tak jadi masuk ke istana ni biarpun sudah sampai ke pintu pagar. Ini kerana bayaran masuk ke istana ni adalah $15, (tadi aku tengok di website harganya adalah $17.50) itupun bukan masuk dalam istana, hanya berlegar di kawasan taman dan perkarangan istana sahaja. Kalo nak masuk istana bayarannya adalah sekitar $34 (itu pada tahun 2016, sekarang dah naik kepada harga $35)...Cuba kau tukar duit Malaysia, jadi berapa???? Sebenarnya kalo nak sangat boleh je, harga tu masih dalam kategori "harga mampu bayar"- cuma kena "tutup mata" je, tapi memikirkan kami hanya lah pengembara fakir-agak tidak berbaloi untuk melabur duit ke istana tiruan. Githeww.....(ayat penyedap hati....😝). Akhirnya kami kembali turun dan meneruskan perjalanan ke Royal Albatross Centre.
Bersambung....
Rujukan:
https://en.wikipedia.org/wiki/Tunnel_Beach
No comments:
Post a Comment