Dari Te Anau Ke Milford Sound
1 Dec 2016
Hari ke-4
Hari baru, destinasi baru.
Seperti yang dijanjikan hari ini kami akan ke Milford Sound. Kalo tak pegi rasa macam rugi la pula kan..Cuaca kelihatan cantik mengiringi perjalanan kami pada pagi ni. Kalo hujan tak best la kan....Seperti biasa Checkout awal2 dan terus bergerak ke Milford Sound. Tak ada bekalan nasi hari ni sebab dapur tak buka awal pagi 😅 Jadi kitorang breakfast ala kadar, semestinya maggie....aku macam biasa bawa bekal air nescafe panas, walaupun akhirnya nanti nescafe ni akan sejuk. Aku tetap nak kena bawa bekal air panas. Kalo tak ada ni, rasa macam kehilangan sesuatu. Cewah....Kawan2 yang dah lama bersama aku pasti tau, Niena minuman dia kalo tak nescafe, mesti pepsi/cola......😅 Cuma sekarang ni je aku cuba kurangkan gula, cola dan pepsi. Nescafe 3 in 1 tu aku minum waktu travel je, kalo kat rumah aku minum teh kosong. Cola pun dah tak sentuh sebab aku sakit kepala kalo minum. Pepsi pun sekali sekala je sentuh. Ok habis cite pasal minuman, aku saje je cerita untuk memanjangkan mukadimah ......😅Korang jangan hairan kalo aku guna perkataan "hari ni"- ini merujuk kepada tarikh di atas masa kami pegi tu.
Perjalanan menuju ke Milford Sound berjarak 119km dan mengambil masa kira-kira 1 jam 37 minit dengan pemanduan yang penuh hati-hati. Milford Sound adalah sebuah lokasi pelancongan paling popular di NZ. Ia terletak di Taman Negara Fiordland dan merupakan tapak Warisan Dunia Te Wahipounamu. Pada awalnya penjajah Eropah yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini agak mengabaikan dan tidak nampak potensi Milford Sound sebagai salah satu kawasan yang boleh dibangunkan menjadi salah satu kawasan pelancongan. Ini karena ketika mereka tiba di kawasan ini, mereka hampir sahaja tidak dapat keluar. James Cook selaku kapten kapal beranggapan kawasan ini agak bahaya sehinggakan beliau merasa agak takut untuk belayar terlalu dekat dengan lereng gunung yang curam, tambahan pula suara angin yang menderu agak kuat, takut kapalnya di tiup angin melanggar tembok gunung.
Menuju ke Milford Sound |
Sebelum kedatangan orang Eropah, Masyarakat Moari merupakan penduduk tempatan yang telah lama mendiami kawasan ini. Ibaratnya Fjord adalah tempat mereka bermain. Mereka mahir dan sangat jelas tentang ilmu laut, pola pasang surut, hinggalah kepada makanan ikan dan ilmu ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. "Fjord" merupakan sebuah kawasan teluk yang memanjang dan sempit, mempunyai air masin, dengan tembok dinding yang curam dan hampir menegak. Fjords terbentuk sejak berjuta-juta tahun yang lalu. Pada asalnya ia adalah lembah berbatu yang kemudiannya dibanjiri oleh air laut akibat dari pencairan ais pada zaman ais. Perkataan "fjord" berasal dari bahasa Scandinavia iaitu "fjord" dan bermaksud "pelabuhan selamat". Ini kerana perairan fjord yang tenang sesuai untuk berlabuh dan memancing. Setelah sekian lama Fjord menjadi kawasan yang terpencil dan sunyi, satu hari seorang pelayar bernama Kapten John menemukannya pada tahun 1812 (biarpun pada awalnya beliau mengabaikannya). Beliau menamakannya sebagai Milford Haven dan kemudiannya diganti nama sebagai Milford Sound.
Berdasarkan pengalaman tahun sebelumnya ke sini, Perjalanan ke Milford Sound kena bergerak awal pagi. Apatah lagi jika sekiranya kau nak naik cruise. Selepas subuh kena bergerak dah. Untungnya perjalanan menuju ke Milford Sound tu akan melalui jalan yang cantik. Jalannya menyusur di tepian gunung/ fjord, pergerakan nanti akan menjadi agak perlahan kerana jalannya yang agak kecil, berliku, berbukit dan kita wajib melalui terowong lama bersaiz kecil dengan laluan sehala(UNESCO Heritage site). Kat tempat ni kita kena lebih berhati-hati memandu. GPS yang ada tu tak dapat berfungsi dengan baik di kawasan ni sebab faktor mukabuminya yang bergunung ganang. Tapi kitorang guna je goggle map untuk lebih selamat sebab di awal perjalanan dari Te Anau ni masih boleh dapat talian internet. Dah sampai terowong nanti kiter ikut je kereta orang yang menuju ke sana.
Dalam perjalanan ni kalo jumpa tempat cantik, memang tak minta dah pendapat kawan-kawan terus je berhenti.😅 Masa ni Z yang bawa kereta, jadi aku sebagai co-pilot, kalo nampak je tempat cantik terus cakap kat dia..."Z berhenti kat depan"...Destinasi pertama kami berhenti di Eglinton Valley. Ia merupakan kawasan lembah yang rata dan dipenuhi dengan rumput pendek bewarna keemasan. Pemandangan di sini sangat mengujakan di mana gunung yang menjulang tinggi berada di kiri kanan jalan. Kami berhenti di sini untuk mengambil gambar pemandangan yang menjadi buruan para pelancong untuk mengabadikan kenangan.
Pelbagai gaya.. |
Kalo aku bukan cikgu, mungkin aku terfikir untuk berhijrah ke NZ, kerja kat ladang biri-biri pun sanggup! 😂 Tengok betapa aku cinta banget sama NZ |
Semua happy walaupun itu-itu je gaya kami...😁 |
Saja tepek gambar sama... |
Gambar melompat yang kurang berjaya...😝 |
Perjalanan diteruskan, akhirnya membawa kami tiba di Terowong Homer. Terowong ini mempunyai laluan sehala saja, maka kita perlu menunggu giliran untuk memasukinya. Sementara itu ada yang berhenti di bahu jalan untuk mengambil gambar. Terowong Homer mempunyai garis sepanjang 1.2km di Wilayah Fiordland dan dibuka pada tahun 1953. Ia dibina untuk menghubungkan Milford Sound dengan Te Anau dan Queenstown. Terowong ini dibina oleh masyarakat Maori dengan dibantu oleh penjajah.
Credit Photo: https://tikitouringnz.blogspot.com/ |
Tepi terowong |
Bersambung....
Rujukan:
https://en.wikipedia.org/wiki/Milford_Sound_/_Piopiotahi
https://en.wikipedia.org/wiki/Milford_Sound_/_Piopiotahi
No comments:
Post a Comment