Monday, March 16, 2015

Mengembara Di Bumi Kampuchea (5): Menjejaki Sejarah silam Angkor Wat

Dari sambungan: Part 4

11 Dis 2014

Seperti semalam, hari ni pun kena bangun awal. sebab nak tengok sunrise kat Angkor Wat katanyer......Memang ini lah juga impian paling besar yang membawa kami ke sini. Ingin menyelami dan melihat dengan mata sendiri tentang sejarah Angkor Wat yang sering disebut dalam buku Sejarah. Membaca dengan melihat sendiri, pengalamannya berbeza. Pilih lah mana satu yang
dimahukan...:) Lepas subuh kami turun, Salem dah ada menunggu diluar. Masih gelap. Sejuk pula tu...;p Nampak cuaca macam tak berapa nak ok. Suam2 kuku.

Sunrise yang tak berapa nak menjadi
Tetiba Cik Ponti ader kat depan aku........Terkezut Makk uolllssss...!!

Menanti dengan penuh harapan

Angkor Wat ni sebenarnya merupakan sebuah kuil/ candi, terletak di bandar Angkor, Kamboja. Dibina pada pertengahan abad ke-12 oleh Raja Suryawarman II. Pembinaannya mengambil masa 30 tahun untuk siap. Uhh...cukup lama dan salute untuk kerja2 yang melibatkan tenaga manusia sepenuhnya, tapi kalo kiter tengok tak mustahil memang kompleks ni besar. Pada awal pembinaannya, Raja Suryawarman II memerintahkan pembinaan Angkor Wat perlu berlandaskan kepercayaan Hindu yang meletakkan Gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa dewi hindu. Maka dengan itu menara tengah Angkor dibina lebih tinggi berbanding yang lain untuk mewakili/ simbolik kepada gunung meru tadi, sekaligus menabalkan ia sebagai menara utama dalam kompleks bangunan Angkor Wat.

kecewa
Harapan yang punah
Sepertimana dalam mitos Gunung Meru, Kawasan Angkor Wat ni dikelilingi oleh dinding dan terusan yang mewakili gunung dan lautan yang mengelilingi dunia. Bila masuk saja ke kawasan angkor wat, kita perlu melalui sebuah jambatan berpagar sepanjang setengah kilometer merentasi sebuah tasik buatan manusia. Di situ juga akan kelihatan pintu gerbang, dimana ia merupakan simbolik/ wakil kepada jambatan pelangi yang menghubungkan alam dunia dengan alam dewa dewi. Dalam Kompleks Angkor Wat ni, terdapat banyak lagi kuil lain. Namun apa yang dapat kita lihat hanya bangunan angkor wat ini saja yang masih berkeadaan baik. Ini kerana pada abad ke-13, Angkor Wat telah dialih fungsikan peranannya daripada kuil hindu kepada kuil Budhha dan ia dijaga dan masih digunakan untuk upacara keagamaan sehingga kini.

Sedikit keciwa, ker aku yang tak pandai amik gambar sunrise???????????????? Aku ke atau setting camera ni yang SALAH???? uwauwauwa.......Meh la tengok gelagat Kami-kami yang keciwa...




Mentari dah mula muncul..tp serakan warna biru, kuning dah xada :(
Mat Salleh yang tak sempat mandi pagi..
Perlahan2 dia kembali menyinar
Oh ya, nun di hujung sana tu la bangunan utama Angkor Wat. Salem turun kan kami di luar, bukan luar kawasan ni, luar pintu masuk utama. Jauh juga la kalo jalan kaki, nak jogging pun kira jauh juga, jangan dicoba ya, kalo tak nak ketiak bau masam. Turun di pintu masuk utama untuk amik gambar sahaja. Kad masuk la kiranya. Tak de kad yang tertera muka kiter gerenti tak leh masuk. Aku ader lagi kad tu tapi tah simpan kat mana, lupa. Dah dapat kad, naik tuk2 balik, salim bawa p pintu masuk ke-2, yang memang betul2 nak masuk dalam dataran angkor. Kiter masuk sendiri, Salem dier tunggu kat luaq je, dier pesan dah abih tgk2 sunrise, balik semula ke sini, katanyer. Kami angguk2 aje macam burung belatuk. Masuk tu kiter akan lalu atas jambatan yang merentasi sebuah tasik. Subuh tadi kiter lalu jambatan ni la, teraba-raba dalam gelap. Sib baek tak jatuh tersungkur, kalo tak malu juge le.....Eh aku pernah tau terlanggar cermin...kuang asam betol la. aku ingat pintu rupanyer cermin. uihhhh....malu juga la. lokasinya Dewan maksak KK, ketika menghadiri Penutupan Petandingan Hoki Kebangsaan. Wahahahah.......lepas lalu jambatan kiter jumpa bangunan candi kat bawah ni. Pintu gerbang kot tapi melebar di tepi kiri dan kanan. Lepas tu lalu lagi dsebuah jambatan ( gambar seperti di atas) menuju ke Angkor Wat. Gambar kat bawah ni berdepanan dengan angkor wat. Mungkin ini la yang dikatakan pintu gerbang dlm sejarah angkor.
Kembali menyengat...
OOOoooo........rupanyer moment indah tadi bukan hanya ditunggu di sebalik menara angkor, tetapi juga pada pemandangan di bawah ni. Simbahan cahaya mentari pagi pada candi satu lagi!! Patutlah.... jemaah tadi tak berganjak dari tepi tasik, rupanya ini yang depa tunggu. Jommmm.....saksikan....#uhhhh...macamlaamikgambarlawasangat....:D:D


Gambar atas ni menghadap ke bangunan Angkor Wat, sebab tu kiter nampak cahaya mentari tumpah di bahagian ni.


Ini pula bangunan yang sama, tapi menghadap ke arah tasik. Sebab tu ia terlindung dari simbahan mentari.Rasanyer kalo petang baru cahaya mentari akan tumpah di sebelah sini. 

Kebetulan pula depa baru balik dari upacara keagamaan. 
Sebenarnyer, aku tak perasan bila masa depa masuk. Ramai ni. Sedangkan aku dah ader kat sini sejak subuh tadi. Bertolak dr hostel dalam 5.30am. Sampai sini kira2 jam 6.00am. Maknanyer depa datang lagi awal dari kami...Dengarnyer depa datang dari seluruh negara bukan hanya dari kamboja. Teringat masa kat Jogja dulu, pun ada masyarakat hindu datang dalam bulan 5-7 untuk sembahyang kat kuil Prambanan. Ooo....mungkin sebab tadi kami hanya berlegar2 disekitar tepi tasik dan tak p masuk kat bangunan candi. Patut la tak perasan.


Depa sedang keluar menuju ke jambatan merentangi tasik

Halluuu Darling....

Sebuah pondok di tepi tasik. Kat Tasik ni la ader jambatan.
salah satu candi yang ader kat dataran angkor. Belakang tu bukan depan ni...ehehhehe......





Ehhh...tuan tanah?? nak juga dier.....

Salah satu aktiviti yang dijalankan di sekitar dataran angkor
Dalam banyak2 moment, yang ni paling aku suka. Pasangan 2 sejoli. Sweet kan.....:)







Gambaran Angkor Wat di atas kanvas. Kalo perasan gambar atas sekali tu sebelah kanan-no 1 dan 2, adalah gambara penuh dataran angkor, yang kiter citer pasal jambatan merentangi tasik, yang ada pintu gerbang dan sebagainya. 

Tuan Tanah dan Kak Lia berlatarkan Angkor Wat
Kak Lia berlatar belakangkan Bangunan Angkor Wat..
Aku yang kecewa menanti sunrise di Bumi kampuchea...:(

Salah satu candi yang masih ada di Dataran Angkor. 


Hello U buat ape tu????
pintu gerbang yang sedang dalam proses pembaikpulihan. Aku jatuh cinta pada sebaran warna jingga tu.....

Ini dia jambatan merentangi tasik 

I terasa gemuk di sini.....:D....

Depa dah tiba di jambatan merentangi tasik. Ni la yg kami lalu subuh tadi, seb baik tak jatuh tasik...hehehh

Di Hadapan tasik. sini la Salem tunggu kitorang.....

Cantik dan mendamaikan

Duduk sambil melukis di sini pasti superrr umhhhh......ayat apa tu?? :D
Destinasi seterusnya....Angkor Thom.....sebut betul-betul.....bukan Angkol Tom ya.....Ang...Angkor Thom.....Ehehheh...

LEA SEN HERY.......:)

Saturday, March 14, 2015

Mengembara di Bumi kampuchea (4): SOUR SDEI Siem Reap...

Dari sambungan: part 3

10 Dis 2015

Ahernyer sampai juga kami di Siem Reap.....horeyyyyyy!!  Driver buka pintu bas belakang. Nampak Salem dah ader kat luar menanti. Kapten Sapa "Hi Salem". Sempat aku belek muka kat cermin bas. Kot le muka dah serupa jembalang tanah. Alhamdulillah muka aku lagi. Salem tolong angkat barang kami, masuk dalam tuk2 dier. Tuk2 di Siem Reap ni lebih kecil berbanding dengan tuk2 di Phom Penh. Salem minta maaf dengan kami atas kesulitan yang berlaku. Oh ya aku baru perasan bas ni berhenti di hadapan deretan kedai. Memang tempat hentian bas tapi bukan perhentian bas rasmi. Ble ke ayat ni? Banyak Tuk2 menanti di sini untuk membawa penumpang ke destinasi seterusnya. 

Apa yang aku perasan Seim Reap kurang berdebu. Kenapa? Mungkin sebab kurangnya aktiviti pembinaan di sini. Bagus jua naik tuk2 ni, pemandangan terbuka luas tanpa sekatan. Murah. tapi cuma satu..berhabuk! Tak ada bangunan pencakar langit di sini. Rata2 bangunan berbentuk kecil tapi meninggi. Sama seperti di Vietnam. Dengarnyer sebab sewa tanah berdasarkan keluasan tapak bangunan. Makin besar bangunan makin mahal sewa. Jadi kalo nak murah bina kecik tapi tinggi. Rumah depa juga kebanyakannya bertiang tinggi mungkin sebab di sini selalu terkena banjir, Jadi itu salah satu dari cara mengelakkan daripada menanggung kerugian besar. 

Blajaq bahasa Khmer...

Sebelum sampai ke guest house, Salem singgah beli air tebu paling popular di sini. Jujur ya, aku bukan peminat setia air tebu. Antara air kosong (aku juga bukan pengemar air putih) dan air tebu aku pilih air kosong. Kapten kata ko cuba rasa dulu, sedap ni. Orang dah belanja takkan buang kan?? melampau tu. kebetulan pula cuaca panas. dapat air sejuk2 macam ni, rezeki tu. Uihhhhhh........Okey ini Bener ya. Air tebu yang aku tak penah rasa sesedap ni. Yg tak pernah aku jumpa kat Malaysia. Cewah...ader je kot tp xpenah jumpa. Air Tebu dengan campuran limau nipis, uhhhh.....sedap. Cuba la....Sampai di Guest House dapat pula welcome drink...lemon tea + kacang tanah.

dalam plastik air tebu. dalam mangkuk welcome drink
Sementara menanti bilik, kami bersembang kosong dengan Salem di cafe GH. Sekali lagi Salem minta maaf dan cerita balik kesalahfahaman antara kami. Dapat bilik, kami simpan barang dan Salem mempelawa untuk membawa kami ke restoran muslim. Bagai beruang disorongkan bantal kami setuju, sebab dah lapar. Restoran Muslim jadi pilihan. kedudukannya terletak diperkampungan muslim tidak jauh dari bandar sebenarnya tapi kalo jalan kaki ku tak ingat sebab kami naik tuk2.

menu ble tahan. harga juga ok....sepanjang kami di sini memang ini la dapur kami. 

Ini kawasan perkampungan muslim. Berdepanan dengan restoran muslim tadi ader gerai jual kuih tradisional Khmer. Salem tinggal kat sini a. 
Selesai makan kembali ke GH. Berehat. mandi. solat dan tido sekejap. Sempat aku jepret sekitar guest house. Booking hotel semua dibuat melalui agoda. So harga boleh rujuk di situ. Harga untuk semalam tak de mahal gilerr, tapi bilik sangat selesa. Dapat idea dari blog Supermeng Malaya. Tq Meng......:)

Golden Temple Villa Guest House
Address: Steng thmei, Svaydongkum, 2, Cambodia
Phone:+855 12 943 459

kiter di selah kiri ye bukan sebelah kanan
bayaran guna usd ....
Lobby hostel
Ruang Cafe..



ble minum free kat sini. bancuh sendiri, ader kopi, teh susu dan gula disediakan. Juga disediakan pisang.. amik je



























Malam2 kalo nak lepak kat luar balkoni tu pun best tapi kami tak buat sebab ader mat salleh sekeluarga dok lepak kat situ, siap sidai tuala lagi kat kusi. 
dalam bilik.
Petangnya kami mengambil keputusan untuk p usha night market n pub street. Jalan kaki je sebab dekat. tapi dekat2 pun kami tersesat juga.




Pub street. Baju merah tu tukang urut, kalo sengal2 ble la..

Kapten

Sarong bantal

Tak ramai orang sebab belum malam lagi..


Kak Lia memborong selendang buat ole2...

Dengan aku sekali terjebak sama. sebab kalo pakai memang ngam kat muka.

Kedai lukisan

Simple aje tapi harga ble tahan.

Sebenarnyer tak ble ambik gambar. tapi degil gilerr, kebetulan tuan tanah tak nampak jd sempat la
ini kat Old Market kalo tak silap

lambakan backpack pelbagai jenama buatan cambodia

lagi....



Tak banyak benda nak dilihat malam2 ni. Orang pun tak ramai sebab masih awal. kami amik keputusan utk balik je. jalan punya jalan akhirnyer sesat tak jumpa jalan balik. amik tuk2, tuk2 pun silap jalan, dihantarnyer kami ke Golden Temple Hotel. Aduhhh...org baru rupanya. Ahernye jumpa juga. Alhamdulillah.

Bersambung.......

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...