Milford Sound
1 Dec 2016
Hari 4
Setelah menempuh perjalanan yang berliku, akhirnya kami tiba di Milford Sound. Kedudukannya yang agak jauh tersorok di barat daya South Island ini, seolah-olah membawa kita ke dunia lain...cewah...Sesuatu yang misteri menanti kita. Ibaratnya kalo buat pdpr kat sini, pelajar tak masuk kelas pun rasa tak ada hal la, terus hilang stress....😅Kadang2 kita dok fikir kenapa depa letak nama "Milford Sound"? Suara apa yang dimaksudkan...? Sebenarnya tak ada pun suara misteri disini, melainkan suara alam yang begemersik di setiap penjuru alam. Sebenarnya Milford Sound itu bukan suara tetapi fiord sahaja.
Biasanya kalo tempat2 macam ni payah nak ditembusi melalui jalan darat tetapi untungnya di NZ kita boleh ke sini dengan memandu kereta dengan menyusuri jalan raya yang sangat baik, tanpa perlu merosakkan ciri khasnya seperti merosakkan hutan dan tebing curam dalam skala yang besar. Untuk ke sini sebenarnya kita boleh bermalam atau balik hari sahaja. Kalo nak bermalam ada banyak aktiviti yang kita boleh join, antaranya menyelam, berkayak, naik cruise, memancing juga boleh, menikmati sunrise/ sunset....atau hanya sekadar untuk jalan-jalan menyusuri laluan berbatu disekitar jetty. Itu pun sudah cukup mengembirakan.. Kalo tak nak bermalam, kita nak balik hari je pun masih boleh naik cruise, tapi kena datang awal pagi. Tahun sebelumnya kami berpeluang naik cruise menyusur laluan berbatu, sangat menyeronokkan tapi malangnya hujan renyai2, gunung ganang tertutup kabus....gambar jadi kelam. Tapi kami sempat tengok anjing laut bersantai di tepi batu, lepastu kapten kapal sengaja lalu dekat tebingan batu yang ada air terjun, yang duduk dekat dek kapal akan kena tempias, semua orang gelak....
Ramainya orangkan..... |
Walaupun sudah sampai di kawasan jetty, tapi fikiran aku masih lagi menerawang pada perjalannan kami tadi. Pemandangan pergunungan yang masih ada sisa salji , lembah yang diukir glasier, kiri kanan hutan tebal, ditambah pula suhu dingin.....melekat bagai magnet! Secara jujurnya kita patut puji kaum Maori kerana mereka la perintis kepada jalan yang ada sekarang. Seribu tahun lampau, kaum Maori berjalan kaki menyusur laluan pergunungan untuk sampai ke Milford Sound samada untuk memburu, memancing ikan, pendek kata mencari rezeki la....
Untuk kali ni kami tak bercadang untuk naik cruise. Aku tak pasti kenapa ya....lupa. Yang pastinya pada kunjungan kami tahun sebelumnya bersama trip kekawan, memang kami ada naik cruise. Masa tu beli tiket berkumpulan dapat harga murah. Kami kena bayar RM50 saja untuk seorang. Tadi aku pegi website: https://www.milford-sound.co.nz harganya sekitar $59-$69 sahaja. Kalo convert duit Malaysia dengan harga RM174. Agak mahal kan? Tapi tak pe, kau tutup mata saja. Walaupun agak mahal tapi berbaloi untuk sebuah pengalaman! Githeww.....
Tiket ni boleh dibeli awal melalui website ni. Boleh pegi tengok-tengok kalo bercadang nak ke sana. Ada beberapa pelayaran akan berlepas dalam sehari, biasanya tengahari dan petang, (supaya orang yang nak balik hari masih sempat balik samada ke Queenstown, Te Anau atau ke Dunedin). Jadi kita berpeluang untuk tengok pemandangan fiord yang sama tapi suasana yang berbeza. Cruise yang ada pun ada lebih dari 1 jadi jangan takut untuk terlepas peluang menikmati pengalaman menyusur laut...⛴🚤Tahun lalu kitorang naik cruise pada jam 9 pagi....tadi aku tengok website, pelayaran bermula pada jam 11 pagi dan pada jam 1.30 petang. Pelayaran cruise ni mengambil masa kira-kira 2 jam dan jangan risau ada jualan makanan disediakan di sini (cash only) atau boleh juga kau bawa bekal makanan sendiri, itu pun kalo kau rajin 😊 Kalo ada rezeki mungkin masa belayar tu kau akan jumpa dolphine sedang berenang riang, jumpa penguins terkedek2 atas batu atau jumpa anjing laut, juga bersantai atas batu....😁
kami di gigi air |
Bersambung...
Sumber:
https://www.milford-sound.co.nz
No comments:
Post a Comment