Sunday, October 29, 2017

Mengejar Sakura di Xi'an: Part 10: Masjid Agung Xian (Last Part)

24 Mac 2017
Jumaat
Salam n Hi....
Hari terakhir kami di sini. Malam tadi dah kemas barang secara berjemaah. Kena susun bagus2 kalo tak bakalan ader barang yang tertinggal. Jadi pagi ni kami akan melawat Masjid Agung Xian. Rugi kalo tak singgah, sebab kiter dah ader di sini. Paling tidak 1 masjid pun jadi lah. Masjid ni dekat je, ader kat kawasan Muslim Quarter, cuma kiter tak tau lagi kedudukannya secara tepat. Kena cari. Masjid Agung Xi'an atau dalam Bahasa Cina disebut Xian Da Qīngzhēnsì merupakan masjid terbesar di China. Kebanyakan masjid di sini dibina pada awal dinasti Ming dan ia merupakan salah satu tapak pelancongan yang popular. Kini ia menempatkan lebih dari dua puluh bangunan di lima halamannya, dan meliputi 12,000 meter persegi.
depan pintu masuk
Aku tak tau la asal dier ader jarak pulak ni.......😇
sisi lain
sisi3
sisi 4
Masjid Agung Xian ini dibina semasa pemerintahan Dinasti Ming, kemudian di beri penambahbaikan semasa Dinasti Qing. Kompleks agama terdahulu (Tanmingsi dan Huihui Wanshansi) diketahui telah berdiri di atas tapak yang sama, bertarikh seawal pemerintahan Dinasti Tang. Pada tahun 1956, masjid ini telah diisytiharkan sebagai Laman Sejarah dan Kebudayaan yang Dilindungi di Wilayah Shaanxi dan kemudian dinaikkan pangkat kepada Sejarah Major dan Tapak Kebudayaan yang dilindungi di Peringkat Kebangsaan pada tahun 1988. Masjid ini masih digunakan sebagai tempat beribadat oleh masyarakat cina ​​Islam, terutamanya orang Hui sehingga kini
sisi 5
sisi 6
sisi 7
Masjid ini merupakan bangunan berdinding dilima halaman, dengan tempat solat terletak di halaman keempat. Setiap halaman mengandungi monumen tengah, seperti pintu pagar, dan dipenuhi dengan kehijauan serta bangunan kecil. Contohnya, halaman pertama mengandungi pintu dinasti Qing , sementara halaman keempat menempatkan Phoenix Pavilion, gazebo heksagonal. Banyak tembok di seluruh kompleks dipenuhi inskripsi burung, tumbuhan, objek dan teks, baik dalam bahasa Cina dan Arab. Keseluruhan, seni bina masjid ini menggabungkan seni bina tradisional Cina dengan fungsi Islam. Manakala bangunan Cina tradisional sejajar dengan paksi utara-selatan mengikut feng shui, masjid itu diarahkan ke arah barat ke Mekah, sementara masih mematuhi paksi kota kekaisaran.
sisi 8
sisi 9
9
10
Selain itu, kaligrafi dalam tulisan Cina dan Arab ada di seluruh kompleks, kadang-kadang mempamerkan gabungan gaya yang dipanggil "Sini", merujuk kepada teks Arab yang ditulis dalam skrip yang dipengaruhi Cina. Sebahagian ulama juga membuat spekulasi bahawa tiga tingkat, pagoda oktagon di halaman ketiga, yang dipanggil Shengxinlou, pada asalnya berfungsi sebagai menara masjid, yang digunakan untuk azan. Dewan solat pula dibina dengan kayu bersaiz monumen dengan atap berwarna turquoise, enam tiang dan lima pintu. Ia dibina di atas sebuah platform batu besar yang dibarisi dengan balustrades. Dewan solat sangat luas terdiri daripada tiga bangunan bersatu, menetapkan satu di belakang yang lain. Perhiasan dalaman berpusat di dinding qibla belakang, yang mempunyai ukiran kayu bunga dan kaligrafi.
Kebetulan hari Jumaat, orang dah mula datang untuk solat jumaat
pelancong tempatan juga ader
restoran di luar masjid
Orang hantar sarapan
Selesai sesi lawatan kami meneruskan jelajah Muslim Quarter. Hari ni hari terakhir, petang nanti nak balik dah. Jadi di pengakhir siri kembara ni sempat la rembat 2,3 kotak Bepang untuk dibawa balik....Untuk itu aku akhiri cite ini dengan gambar City Wall di waktu malam, dijepret dalam perjalanan ke Airport. Jumpa lagi dalam siri kembara akan datang......😎

-Tamat-
Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Great_Mosque_of_Xian

Saturday, October 28, 2017

Mengejar Sakura di Xi'an: Part 9: Muslim Quarter

24 Mac 2017
Jumaat
Salam n Hi...

Cite tentang Muslim Quarter, sepanjang seminggu di sini, memang kami selalu ke sini. Ibarat, ini la dapur kami di malam hari. Sebenarnyer ader je bawa bekal makanan dari Malaysia, biasa la pengembara ciput kena galas beban makanan untuk mengurangkan bajet makan sepanjang mengembara 😛, cuma yang ini pengimbang bagi depa yang nak rasa masakan china. Surga makanan bagi peminat Kambing, mie original buatan tangan, yogurt dan macam2 lagi. Cara bagaimana nak p sini dari hostel Han Tang tu aku dah cite kat Part 2 ble rujuk kat situ. Bagi yang tak minat, kiter saje ikut cuci mata. Jadi aku rangkumkan citer cari hari pertama hingga la hari terakhir kami berkunjung ke Muslim Quarter ni.
Perjalanan menuju ke Muslim St. Dihujung sana kelihatan bangunan Drum Tower yang kelihatan indah dihiasi lampu neon.
  • Gambar atas: Daging kambing
  • Gambar bawah: Drum Tower dari dek
Muslim Quarter atau dikenali dengan nama Huimin Street ni merupakan hab masyarakat Islam di Wilayah Shaanxi, Xian. Terletak di sebelah utara West Street di pusat bandar dan ia meliputi beberapa blok yang dihuni oleh lebih 20,000 masyarakat Islam. Xi'an merupakan titik permulaan Jalan Sutera purba, 1,000 tahun yang lalu iaitu semasa pemerintahan Dinasti Han Barat (206 SM-9 AD). Sejumlah peniaga dan pelajar luar negeri dari negara-negara Arab dan Persia berhijrah ke Xi'an untuk menjalankan perniagaan atau belajar. Mereka menetap di Muslim St. dan mereka dipanggil masyarakat Hui oleh penduduk tempatan.
satey kambing. 1 cucuk RMB 10, memang puas hati dihiris tebal, dilumurkan dengan rempah ratus asli buatan China
Yogurt dan Jus Delima
kacang-kacangan dan kentang
Terdapat kira-kira sepuluh masjid di kawasan masyarakat Muslim yang mana Masjid Besar di Huajue Lane adalah yang paling terkenal dan popular. Pelbagai jenis makanan, pakaian dan cenderamata boleh di dapati di sini. Pasar Muslim Beiyuanmen yang terletak hanya di sebelah utara Menara Gendang adalah pilihan yang tepat selepas bersiar-siar di pusat bandar. Menganjur dari Selatan ke utara sepanjang kira-kira 500 meter, kiter boleh mulai jelajah ni dari gerbang di bawah Menara Gendang. Jalan ini diaspal dengan batu berwarna gelap dengan pokok-pokok hijau yang memberikan kesan sejuk semasa musim panas. Rekabentuk bangunan di kiri-kanan jalan bercirikan gaya dari Dinasti Ming (1368-1644) dan Dinasti Qing (1644-1911). Beberapa bangunan merupakan restoran; manakala yang lain adalah kedai. Namun sesuatu yang menjadi ciri khas di sini ialah, kedai dan restoran merupakan milik orang Islam. Jadi jangan risau naa....

  •  Ramai beratur nak beli kebab. Namun harus diingat, ramainya orang tidak menjanjikan makanan itu sedap ye. Sudah terbukti 2 rakan ku yang mengilai kebab akhirnya kecewa bila kebab yang dibeli rupanya biasa2 je.
  • Malam yang meriah di Muslim St.
Penebar gula untuk dijadikan Bepang
manisan dan satey kambing.
Beiyuanmen @ Muslim Street mempunyai sejarah yang panjang. Dari sisi lain, dikatakan bahawa pada zaman dahulu, utusan diplomatik asing dan peniaga tinggal di sini dan kemudian mereka berkahwin dan mempunyai anak-anak, sehingga secara perlahan-lahan generasi mereka berkembang. Hari ini, kebanyakan penduduk di sini adalah keturunan yang berhijrah. Semua masyarakat Islam di sini adalah para pengikut Islam yang soleh dan taat, sehingga mereka membentuk masyarakat yang ketat, yang mengekalkan budaya dan tradisi mereka sendiri hingga ke hari ini walaupun dalam kalangan masyarakat moden. Masyarakat di sini sangat mengenali antara satu sama lain kerana mereka adalah sahabat, jiran dan teman sepermainan sejak kecil hingga la mereka berkeluarga.
antara barang2 yang dijual di Muslim St.
Jumpa pelancong tempatan yang gembira melihat kami
Jus Delima dan Kuih piring. Kuih ni besar gilerr, ble makan ramai2. Atasnyer ader kuaci. Kalo cuaca sejuk diluar, makan kuih ni cicah dalam sup panas dengan secawan kopi, perghhh....👍👍
  • atas tu kentang yang digoreng
  • bawah ni kaki kambing yang ku sangka kaki ayam pada mulanya.....😆😁😂 rabun betul agaknyer mata ku ni, aku nampak 2 jari macam kaki ayam hehheh...
Apa yang menjadikan Muslim St. ini terkenal sebagai tempat jualan makanan adalah kerana barisan restoran yang pelbagai dan gerai makanan, daripada jual kek, buah-buahan, roti kering, hingga lah kepada jualan daging panggang, sup dan banyak lagi. Kiter juga boleh lihat orang yang membuat gula-gula secara manual. Gula-gula Xian boleh dibeli dengan harga RMB 25-50 sekotak bergantung kepada jenis nya. Aku beli Bepang, sejenis manisan kekacang, RMB 100- 6 kotak (1 depa bagi free) jadi dapat la 7 kotak. Salah satu hidangan paling terkenal di Xi'an ialah roujiamo - daging lembu atau kambing digoreng bersama rempah ratus kemudian dimasukkan di dalam bun yang baru dibakar. Satu lagi hidangan tradisional Uygur yang terdapat di sini ialah roti ngarou paomo - roti pita yang direndam dalam sup kambing. Di Xi'an juga terkenal dengan mi sejuk, yang boleh dibuat dari beras atau dari tepung. Di Muslim St. ini terdapat puluhan gerai mi, di mana kiter boleh meminta hidangan mi sejuk, pasti tak menyesal katanyer. tapi kiter tak penah lagi minta mi sejuk. Pe ke jadah nak makan mi sejuk di saat suhu di luar sana mencecah 10'C.
  • Atas: pagi di Muslim St.
  • Bawah: Last day, makan di restoran mahal katanyer...
  • Atas: beli oleh2
  • Haji ni tulis nama KH dalam tulisan jawi
Bawah: Bepang yang sangat ku minati
Mencari rezeki halal
Penebar gula yang handal...
ehsan cik goggle: cara nak p Muslim St.
Bersambung....


Rujukan:
https://www.chinahighlights.com/xian/attraction/muslim-street.htm

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...