29 Mei 2025 (Rabu)
 |
Arca Statue Of Liberty |
 |
Selesai makan, kami meneruskan perjalanan menuju ke pinggir laut untuk melihat Odaiba Statue of Liberty. Hanya berjarak 500 meter dari Divercity Plaza, jadi kami hanya berjalan kaki sahaja. Ada la dalam 7 minit. Gambar kat atas ni ialah pintu keluar menuju ke Tokyo Teleport St. |
 |
Mesin layan diri yang menjual permainan koleksi blind box yang popular. |
 |
Tunggu kawan |
 |
Mesin untuk amik gambar berukuran pasport |
 |
Kat luar bangunan jumpa Doraemon dan Shizuka |
 |
Amik gambar dulu bersama si Doraemon dan Shizuka |
 |
Dalam perjalanan menuju ke tepi laut |
 |
Cantik nya. Parking tepi jalan je ye... |
 |
Comel teksi ni.. |
 |
Bersih je Japan ni, langsung tak ada sampah.... |
 |
Kat atas tu ada mall, tapi tak pegi pun |
 |
Arca Statue of Liberty (SOL) di Odaiba, Tokyo bukanlah versi asal dari Patung Liberty di New York, tetapi merupakan replika yang membawa nilai simbolik dan sejarah tersendiri, terutama dalam konteks hubungan Jepun-Perancis. Pada tahun 1998, Jepun telah menerima replika Patung Liberty dari Perancis sebagai sebahagian daripada sambutan "Tahun Perancis di Jepun". Asalnya hanya ingin dipamerkan selama 1 tahun sahaja (1998-1999) di Odaiba, tapi oleh sebab ianya mendapat sambutan positif dari orang ramai, maka tercetus idea untuk membina arca patung yang kekal pada tahun 2000. Ia dibina semula di kawasan pantai Odaiba, berlatar belakangkan Teluk Tokyo dan Rainbow Bridge. |
 |
Pembinaan arca SOL adalah lambangkan keterbukaan Jepun kepada budaya asing serta usaha memupuk hubungan diplomatik dan budaya antarabangsa. Arca yang dibina dengan menggunakan bahan gangsa ini mempunyai ketinggian kira2 12.25 meter.
|
 |
laluan pejalan kaki |
.jpg) |
Masing2 bawa beg uniqlo |
.jpg) |
Bergambar kenangan di hadapan bangunan Fuji TV. |
Bangunan Fuji TV adalah kompleks ikonik dengan struktur futuristik dan bola observasi di tengah bangunan. Menjadi mercu tanda dan hab penyiaran utama Fuji Television setelah berpindah dari Shinjuku pada bulan Mac 1997. Reka Bentuk & Senibinanya diilhamkan oleh arkitek ternama Kenzo Tange dalam gaya Neo-Metabolist dan structural-expressionism. Bangunan ini terdiri daripada dua blok utama yang dihubungkan dengan tiga jambatan tertutup, serta bola logam besar yang digantung di tengah yang memberi kesan futuristik seperti kapal angkasa. Pembinaan bangunan ini dimulakan pada tahun 1993 dan siap sepenuhnya pada Jun 1996. Ketinggiannya mencapai 123 meter dengan bola “Hachitama” berdiameter 32 m dan berat sekitar 1200- 1350 tan, dibina di tingkat 7.
 |
Bangunan Fuji TV disebalik pepohanan |
Puas mengambil gambar di SOL, kami berjalan kaki turun menuju ke Odaiba Marine Park. Odaiba berasal dari beberapa pulau pertahanan “daiba” yang dibangunkan pada 1853–1854 semasa era Edo untuk melindungi Edo (Tokyo) daripada kedatangan armada Black Ships oleh Commodore Perry. Bermula pada pertengahan abad ke-20, tanah hasil tambakan, dibangunkan untuk membentuk wilayah Odaiba semasa pembukaan Pelabuhan Tokyo pada 1941. Odaiba Marine Park secara rasmi dibuka pada 1 Disember 1975. Pada tahun 1996, taman ini menerima pembaharuan besar sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan pesat Odaiba menjadi zon komersial dan hiburan .
 |
Teluk Tokyo |
Di Odaiba Marine Park terdapat pantai berpasir, membentang sepanjang 800 m, mempunyai kawasan rekreasi, laluan pejalan kaki (“sky walk”), dan kawasan batuan untuk memancing serta aktiviti laut . Taman ini juga dijadikan tempat acara sukan air, termasuk triathlon & renang perairan terbuka dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020. Jangan lupa berkunjung ke sini sebab kat sini ada tinggalan kubu Edo yang terletak di sebelah pantai.
Di Odaiba Marine Park (OMP), terdapat 1 karya seni yang dinamakan sebagai “Anchor & Chain Art”. Sesuai dengan temanya yang mengambarkan tentang perkapalan, maka imej yang ditampikan ialah arca rantai dan sauh kapal yang sebenar. Apa yang menariknya, sebahagian rantai dan sauh ini sengaja ditanam di dalam tanah dengan beberapa ahagian timbul dipermukaan tanah. Seolah-olah ia sudah lama ditinggalkan. Media yang digunakan ialah besi sauh dan rantai lama memberikan estetika berat dan sejarah, seolah-olah menyambungkan taman itu secara literal ke laut .
Jika diperhatikan sepintas lalu arca di sini kelihatan seperti sisa bahari yang dibawa ke pantai dan diangkat menjadi karya seni arca yang mengkagumkan. Perletakannya di sini mempunyai kesan visual yang menarik, bila mana sinar mentari di pagi hari terpantul di atas logam. Penghasilan arca ini adalah simbolik yang melambangkan keterikatan antara tanah dan laut, serta warisan maritim Tokyo.
.jpg) |
Setelah puas menikmati pemandangan di Teluk Tokyo, kami kembali semula ke Hotel. Berdiri di sini mengingatkan aku tentang keindahan kota Melbourne. |
Bersambung....
Niena T💚
No comments:
Post a Comment