Saturday, January 20, 2024

Travelog Kashmir: Meredah kesejukan ke Thajwas Glacier, Sonamarg (Part 6)

 30 Mei 2023 (Selasa)
Salam & Hi .......
Hari ni adalah hari terakhir kami di Kashmir sebelum terbang ke New Delhi esok. Aktiviti hari ni ialah melawat ke Sonamarg. Seperti biasa bersarapan pagi di houseboat. Selesai semuanya kami menaiki shikara menuju ke seberang. Tak lama tu Z sekeluarga pun sampai tapi hairan juga sebab depa pakai baju tebal. Malangnya kami pula pakai baju nipis je. Ahh sudah...ingatkan Sonamarg tu macam kat Pahalgam je. Pahalgam yang kami kunjungi semalam pun kawasan sejuk juga tapi suhunya tak sejuk sangat. Z kata, owner houseboat dorang yang cakap Sonamarg tu sejuk. Aku ni jenis yang suka juga cari maklumat tentang tempat yang bakal kami lawati, masalahnya wifi kat houseboat kami sangat bermasalah. Cuti kali ni pula kami tak bersedia dengan hello1010. Tapi tak apa, teruskan je perjalanan. tengok macamana keadaannya nanti.  
Perjalanan menuju ke Sonamarg mengambil masa kira-kira 1 jam 55 minit, dengan jarak 80.6 KM. Hampir 2 jam juga la baru sampai. Cuaca di luar agak suram, menandakan hujan bakal turun. Moga2 Di Sonamarg nanti tak hujan. Kalo hujan kami tak boleh pergi ke kawasan glasier. Ya di sini pun aktivitinya pergi tengok glasier. 
Pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan
Terowong Z-Morh yang sedang dalam pembinaan. 
Dah sampai. Ehh besarnya tuan tanah ni.....Kau tengok la baju aku tu, nipis. Geleng kepala je orang sana tengok kami. Badang ke apa dia ni....😅Kalo cuaca cerah aku pasti tempat ni cantik gillss dengan latar belakang gunung ganang. Tapi sekarang tak nampak sebab hujan.
Akhirnya bas berhenti di kawasan parking. A minta kami tunggu di dalam bas dahulu, sebab dia nak berurusan dengan kawan dia. Kawan yang A jumpa tu sebenarnya Boss restoran yang bakal kami pergi makan tengahari nanti. Boss Restoran ni juga yang carikan kuda untuk kami pergi ke glasier. Selesai berbincang, A masuk balik dalam bas. Dia bagitau yang kami kena makan dahulu. Tapi dekat2 sini restorannya kurang bersih. Jadi dia dah tempah meja untuk kami di restoran di atas sana (tempat parking ni kat bawah bukit). Tapi nak pergi restoran tu kena naik kuda. 😂Aihhh...kuda lagi! Kalo jalan kaki boleh tapi makan masa dan jalan pula agak becak. Nak tak nak, terpaksa juga naik kuda. Kelass kau Jahhhh, pergi makan pun naik kuda!! 😂Tapi kat Sonamarg ni kuda dia besar dan tinggi. Nak naik pun susah. Akhirnya kami sampai di restoran tu. Restoran tu sebenarnya restoran Hotel Glacier Heights. Bila aku tengok map, memang jauh la juga kalo nak jalan kaki. Dari Sonamarg Pony Ride Parking ke Hotel Glacier Heights ni jaraknya cuma 2.3 km je, tapi jalan kaki mengambil masa kira2 30 minit. Perghhh....pada aku memang jauh. Walaupun kita naik kuda, masa yang diambil tu kira sama la juga kan, sebab orang yang tarik kuda kita tu jalan kaki. Lain la kalo kuda ni berlari mungkin ambil masa 15 minit ble sampai kot. Heheheh....
Restoran Hotel Glacier Heights
Kami sebenarnya minta roti dan nasi briyani. Tapi yang sampai cuma sup dan roti je. Nasi Briyani nya tak ada. Jadi tak apa la, makan roti pun ok. Kami duduk satu meja dengan KN dan TH. Sambil2 makan kami bincang2 nak pergi ke tak ke Thajwas Glacier? Keputusan aku adalah bergantung kepada 2 rakan perempuan, KN dan KH. Kalo antara 2 orang ni pergi aku akan pergi juga. Contohnya kalo TH dan KN pergi, ok aku pun ble join tapi kalo TH je pergi sendiri tak kan aku nak join, laki orang kot....Atau kalo Z pergi dengan husband dia, tak kan aku nak join pula sorang2. Selain kacau daun, aku segan wehh..... Kat luar cuaca makin suram, suhu makin sejuk, sekali sekala rintik hujan gugur. Akhirnya H (husband Z) dan Z datang ke meja kami. Depa ajak kami pergi ke Thajwas Glacier. H kata bila lagi, biar la sekali seumur hidup kita rasa pengalaman ni. Lain kali mungkin tak pergi dah ke sini. KH kata kami ni dah la pakai baju nipis, sejuk gillss kat luar tu. Z kata anak2 depa, si abg, kakak no 2, tak join sebab Abg dan kakak jaga adik, boleh la pinjam baju sejuk depa. Aku segan gills sebenarnya pinjam baju orang ni, tapi kalo tak pinjam nanti, aku pasti aku tak ble tahan sejuk tu. Z ada anak lelaki yang no 3, tapi tak pasti join ke tak. Tak perasan pula sebab sibuk dengan kuda yang tinggi ni. Lagi pun bila dah di tengah jalan kami terpisah dengan dorang. Tak pasti ya kenapa. Tapi rasanya macam kami yang bergerak dulu, kemudian baru dorang. Akhirnya kami semua setuju ke Thajwas Glacier. Ni yang bagusnya ada kawan macam dorang Z ni. Pengaruh dia kuat. Betul kata dorang, kena cuba sekali seumur hidup. Aku pinjam baju kakak H, KH pula pinjam baju si abg. Ehh muat pula baju si kakak dengan aku. Aku tengok macam kecik je si kakak. Maknanya apa ni??? Maknanya badan aku dah mula mengecil....😀😂 Sebelum kami bergerak, aku nampak TH beli baju hujan untuk dia dan KN. Bila nampak dia beli, aku dan Z pun beli sama. Bukan apa, kalo hujan lebat sekurang2 nya boleh melindungi beg, pakaian tak la basah kuyup, lagi2 kita ni pakai baju orang. 
Perjalanan bermula....
Kalo musim sejuk mungkin tempat ni akan diliputi salji. 
Sonamarg berasal daripada bahasa Hindi yang mana "Sona" bermaksud "emas", dan "marg" bermaksud "padang rumput". Sesuai dengan lokasinya yang dikelilingi 3 gunung, Maka Sonamarg terkenal dengan kawasan lembahnya yang cantik, dihiasi dengan bunga kuning yang subur terhampar luas saujana mata memandang, yang hanya mekar pada musim bunga. Warna kuning dari bunga ini akan kelihatan seolah-olah seperti warna emas, maka tempat ini dinamakan sebagai Sonamarg. Tapi sepanjang kami di Sonamarg ni tak nampak lagi hamparan bunga kuning. A kata kebiasaannya bulan Mei sepatutnya dah mula masuk musim panas tapi sampai ke hari ini, cuaca masih dingin lagi. orang rumah dia dah kemas semua baju tebal masuk dalam beg, sebab dah mula masuk musim panas, hanya 1 lagi yang tinggal. Orang rumah A ni mengandung dan tak lama lagi nak bersalin. Sebab tu kot A ni pakai baju yang sama je setiap hari, malas dah dia nak mencari baju lain agaknya. Biasa la lelaki kan simple orangnya, lagi2 musim sejuk ni tak berpeluh baju pun masih ok lagi. Lain la kalo kita di sini, cuaca panas dan cepat berpeluh.
Gigih aku keluarkan HP untuk ambil gambar. Selagi rintik hujan tak lebat sangat, aku snap banyak2 buat kenangan
Pemandangan cantik di sepanjang perjalanan buat kita jatuh hati
Perjalanan menuju ke Thajwas Glacier ni mengambil masa kira-kira 5 jam berjalan kaki pergi dan balik. Bila naik kuda tu memang tak terasa la penatnya, sempat pula kau ambil gambar kan... Oh ya... aku mungkin lupa nak bagitau, sebenarnya bila kita naik kuda, ada orang yang jaga atau kawal kuda kita tu. Kita cuma pegang tali je, yang akan kawal dan bagi arahan pada kuda tu ialah orang yang punya kuda tu. ehhh......kenapa ayat aku ni macam tunggang terbalik je. Kalo dia biar je kita jalan sendiri2, mana la kita ada pengalaman kan. silap2 tarik tali, berlari kuda ni...😅 Tapi sebenarnya bahaya naik kuda ni memang ada. Contohnya macam aku dan KH, hanya ada 1 orang yang kawal kuda kami. Kita panggil dia si Ferhad la. Oleh sebab aku jalan kat belakang, makanya si Ferhad pegang tali kuda aku je. KH pula jalan sendiri kat depan, cumanya tak jauh la. Masih bergerak sama2 cumanya, dia tak pegang tali. KH gayat sebenarnya, lagi2 kami lalu di lereng bukit, dengan jalan setapak, becak pula sebab hujan, kadang2 berpampasan dengan orang lain di jalan sempit, uhhh....memang menyeramkan. Berdoa kami dalam hati semoga tiada perkara buruk berlaku. Bayangkan kalo kuda ni tergelincir, jatuh ke bawah bukit, memang tak sempat dia nak menolong sebab dia tak pegang tali kuda tu. nauzubillah min zalik....
Bukti kita naik kuda....😅Nampak kecik kan kuda ni tapi dia ibu kuda..hehhe
Dah hampir sampai
Ok sambung cerita tentang Sonamarg tadi.....asyik betul sembang pasal kari kan 🙈..Satu masa dulu, Sonamarg ni terkenal sebagai pintu masuk laluan sutera, yang menghubungkan antara Kashmir dengan Tibet. Tibet yang terletak di Himalaya merupakan kawasan paling tinggi di dunia, dengan purata ketinggian 4,380 meter. Gunung Everest adalah puncak tertinggi di Tibet. Berdiri setinggi 8,848.86 meter dari aras laut, sekaligus menobatkannya sebagai gunung tertinggi di dunia. Oleh kerana Sonamarg terletak di kawasan tanah tinggi dan bentuk muka buminya yang bergunung-ganang, maka ia mengalami iklim benua lembap, dengan turunan hujan yang sangat ketara. Purata suhu di Sonamarg mencatatkan 6.5*C dan hampir 36.7 inci jumlah hujan turun setiap tahun. Dikatakan bahawa di Sonamarg tidak ada penempatan kekal, ini disebabkan oleh suhu yang sangat sejuk dan bentuk muka bumi yang berada di kawasan tanah tinggi. Penempatan kekal yang terakhir hanya la di Kampung Gagangear.
Sampai....Dari sini (gambar no.4), kita turun dari kuda, dan kemudian orang yang pegang kuda kita akan bawa kita pergi ke kawasan glacier tu untuk ambil gambar
Kami...
Bila sampai je, kita turun dari kuda. Oleh sebab kita pergi dalam kumpulan 4 orang. Maka si Ferhad la yang bawa kami ke kawasan yang ada glacier tu. Kawan dia yang jaga kuda. Kat sini memang banyak kau akan nampak kuda. Pada mata aku, semua kuda ni sama je rupa dier. Jadi aku memang tak kenal mana satu kuda yang aku naik. Nanti kalo tinggalkan kuda tanpa pengawasan, kau nak balik naik apa kalo kuda tu dicuri orang?? Hehheh.....tapi tak pasti la pula, ada ke tak kes curi kuda. Kuda ni ibarat basikal la. Kalo basikal, kita tak kan tinggalkan gitu je depan kedai tanpa dikunci. Betul tak....? Dari tempat parking kuda ni (wah...parking kuda!!) 😂, Ferhad bawa kami meredah lautan manusia menuju ke kawasan Glacier. Kat situ ada jambatan kecil, jalan sempit....kena hati2. Hujan pula turun renyai2 manja tapi mampu basahkan kita. Dan satu lagi elakkan daripada terpisah dengan si Ferhad. Dia ni ibarat kita punya guide la kat sini. Kalo terpisah je memang payah nak cari semula, sebab ramai giler orang kat sini. Makanya kita ambil gambar kat gigi glasier je, janji nampak pemandangan gunung kat belakang tu. Ni kalo travel dengan geng kaki jalan terutama si Saimah, confirm kami ajak je si Ferhad redah hujan dan pergi betul2 pijak salji. Sayangnya kau tak ikut pula Ima...😅Lepas ambil gambar tu, seorang dah kata sudah, maka kami semua kena bergerak bersama untuk balik ke tempat kuda. Sebab tak boleh berpisah, karang susah nak cari. Aku sebenarnya tak ingat muka si Ferhad ni, pada aku wajah dorang ni semua hampir sama. Cuma yang aku ingat dia punya baju sejuk tu je. Teruk betul daya ingatan nak cam orang kan. Satu lagi aku bermasalah dalam mengingat nombor. Terutamanya nombor tel dan no kereta. Sebab tu no kereta aku sama dengan no telefon, sebab masalah ni la😅
Beransur pulang
Sampai ke sudah tak jumpa dorang Z 😅
Untuk sampai ke Sonamarg, ia boleh diakses dengan menaiki bas atau kereta dari Srinagar, iaitu melalui Lebuhraya Nasional 1 (NH 1) dan laluan Zoji La. Namun semasa musim sejuk, biasanya salji turun dengan lebatnya dan risiko runtuhan salji terjadi sangat tinggi. Ini memaksa laluan NH 1 ditutup selama berbulan2 dan aktiviti pelancongan juga dibatalkan selagi jalan tidak dapat dilalui. Ini bermakna laluan seharian hanya dibenarkan sehingga ke kampung Gagangear sahaja, yang merupakan penempatan kekal terakhir di kawasan ini. Oleh kerana Sonamarg merupakan kawasan pelancongan dan ia merupakan pengerak utama ekonomi setempat, maka pihak kerajaan telah membina terowong Z-Morh. Terowong Z-Morh ialah terowong 2 lorong sepanjang 6.5 km yang sedang dalam pembinaan antara Gagangair dan Sonamarg di daerah Ganderbal. Huruf "Z" dihadapan nama terowong ni di ambil sempena, jalan raya di Sonamarg yang berbentuk Z. Z-Morh adalah terjemahan dari perkataan Z-Turn dalam bahasa Inggeris. 




Pembinaan terowong yang terletak di Gagangir, Ganderbal ini bakal memberi impak positif kepada India di kemudian hari. Antaranya ialah ia bakal menyediakan akses sepanjang tahun ke Zoji-la tanpa halangan runtuhan salji. Perjalanan dari Srinagar ke Leh juga akan dapat disingkatkan. Sebelum ini pengunjung yang akan menuju ke Leh, terpaksa bermalam di Kargil terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Leh, Ladakh. Ini kerana perjalanan yang panjang memaksa pengunjung berhenti berehat terlebih dahulu. Perjalanan malam juga agak membahayakan apa lagi di musim sejuk. Apabila terowong ini nanti siap dibina, ia mampu meningkatkan pembangunan sosial, ekonomi dan sektor pelancongan di Sonamarg. 
Ini jalan pulang, tak sama dengan jalan yang kita tempuh diawal tadi. Oleh sebab hujan turun jalan jadi becak. 
Akhirnya kami tiba di kawasan parking bas. Hujan turun membasahi bumi Sonamarg. Sejuk gillsss......Oh ya, bayaran kuda tadi sudah termasuk dalam pakej. Maka A yang bayarkan. Ini sudah dia maklumkan lebih awal. Tapi di sini tak sah kalo tak ada tips. Dia minta, tapi kalo pun dia tak minta kita tetap bagi, atas dasar rasa terima kasih. Sebab, kita bukan main santai atas kuda, dia jalan kaki je. Bukan dekat ya. Selesai semuanya kami masuk dalam bas. Baju tebal si kakak, sedikit kotor dan agak lembap terkena hujan. Walaupun aku pakai baju hujan tetap air masuk dalam baju. Z sekeluarga belum sampai lagi. Yang ada anak2 yang tinggal duduk santai di dalam bas. Jadi kami tunggu je dalam bas. 
kuda berehat sambil makan rumput
Geng kuda tengah berehat
si kuda lagi
Ini keadaan aku selepas pulang dari Thajwas Glacier. Basah dari kaki seluar sampai ke kasut. Mula2 masuk dalam bas tak rasa sangat sejuknya. Tapi bila dah lama duduk dalam bas, lama2 jadi mengigil kesejukan. Agak lama juga kami menunggu Z balik. Tapi memang difahami dengan laluan balik tadi tak memungkinkan dorang balik dengan cepat. Bila tengok aku mengigil KH kata buka stokin kau N, baru hilang sejuknya. Kasut yang ada kat sebelah tu kasut KN. depa dah buka kasut dan stokin awal2. Bila aku buka stokin, tak hilang pun sejuknya malah makin sejuk. Kira2 30 minit berlalu Z sekeluarga sudah kembali. Dia pun sejuk mengigil. 
Bila semua dah ada dalam bas, kami pun memulakan perjalanan balik ke Srinagar. Semua sunyi sepi, tertidur kepenatan....Aku tak boleh tidur, masih mengigil. A, ajak kami singgah ke kedai kulit. Yang ini memang Z dan H nak pergi. Kami semua turun.  Aku turun ni pakai kasut je tanpa stokin sebab stokin dah basah dan kotor, dan aku turun tanpa pakai baju tebal. Memang mengigil teruk kat sini...hehhehe....Kau bayangkan macam kita mandi air sejuk pagi2. Haa...mengigil macam tu. Aku dan KH beli selendang tebal buat jadi selimut dan beli juga stokin baru. KH ajak aku minum cai buat memanaskan badan. 2 cawan cai halia, gigil makin kurang. Senyum je orang cafe tu tengok aku mengigil sambil pegang cawan panas 😁Z, sampai beli baju baru, sebab dia basah teruk. Selesai semuanya aku dan KH naik bas. Dalam bas aku buka kasut dan pakai stokin baru. Uhh lega rasanya. Pelahan-lahan sudah terasa hangat dan sudah hilang rasa sejuknya. Alhamdulillah......

Sisa salji yang sudah mencair di tepi sungai...
Makan malam terakhir di Houseboat. Sampai2 je terus makan. Oleh sebab hari ni adalah malam terakhir depa masak special sikit, tapi aku lupa menunya. Dan kami ambil gambar dengan si Mustafa dan kawan dia. Oleh sebab seluar aku basah teruk tadi, sebelum makan n aku sempat tukar seluar tidur. Baru la selesa nak makan. 😆
Kasut yang aku pakai tadi memang tak boleh pakai dah sebab terlalu kotor, basah dan dah terbuka gamnya. Nasib baik aku bawa 1 kasut lagi. antara banyak2 lokasi yang kami jejak sepanjang berada di Kashmir, aku paling suka di Sonamarg. Walaupun aktivitinya hanya menunggang kuda, tapi aku enjoy gilss dengan pemandangan yang cantik disepanjang perjalanan. Kalo ada rezeki, aku ingin lagi ke sini satu hari nanti. Malam ni kena selesaikan mengemas barang sebelum tidur sebab esok awal pagi kami akan berangkat balik ke New Delhi. Oh ya, aku lupa....Masa dalam bas tadi Z ada cerita yang orang kat depan dia jatuh dari kuda. Orang perempuan. Tak tau macamana tapi orang tu jatuh ke belakang, mungkin kuda tu tergelincir. Nasib baik ada beg kat belakang dia, maka kurang la kot sakitnya.

-Bersambung- 

Rujukan:

https://www.travelogyindia.com/jammu-kashmir/sonmarg/history.html



Tuesday, January 16, 2024

Travelog Kashmir: Aru Valley, Pahalgam (Part 5)

 29 Mei 2023 (Isnin)

Selesai makan kami meneruskan perjalanan menuju ke Aru Valley. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit dengan jarak 12 KM dari pekan Pahalgam. Untuk pergi ke Aru Valley kami kena menaiki Jeep. Bas tidak begitu sesuai kerana jalan rayanya yang tidak rata dan masih dalam proses dibaik pulih. Maka jeep adalah pengangkutan paling sesuai digunakan. Jeep turunkan kami di kawasan kedai2 ni. Kemudian kami berjalan kaki....
Jalan kaki sampai ke sini.Aku tak begitu pasti nama tempat ni. Kalo ikut itinerary, aktiviti di Pahalgam ialah ke Basairan dan Aru Valley. Mungkin ini la namanya Basairan. Kalo musim sejuk kawasan ni akan diliputi salji. 
Aku tunggu juga aktiviti PonyRide tu, tapi tak ada pula. A cuma maklumkan untuk ambil gambar berlatarbelakangkan gunung 
Sebenarnya boleh jalan kaki lagi menuju ke belakang, cuma mungkin agak jauh. Tapi kata A, kat situ ramai orang. 
Kuda ni boleh disewa untuk pergi ke kawasan kampung2 sekitar sini. Pasti cantik kan tengok suasana kampung.
KH mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan pergunungan
Baru2 ni aku terdengar seseorang berkata "Kashmir tak ada apa la", aku senyum je. Cantik dan menarik itu sesuatu yang subjektif. Berbeza mengikut perspektif masing2 yang melihat dan merasainya. 
Kalo kau pencinta alam, pasti kau suka Kashmir. 
Secara jujurnya, aku memang suka Kashmir. Terutamanya dikawasan yang bersalji. Ada gabungan warna putih dan warna2 alam. Jika aku diberi pilihan untuk berkunjung semula ke sini. Jawapan aku Ya pasti aku akan ke sini lagi
Selesai mengambil gambar di lokasi pertama tadi, kami meneruskan perjalanan ke lokasi ke-2. Yang ini baru la di lokasi Aru Valley.
Sungai Aru merupakan cabang sungai Lidder. Airnya mengalir dari pergunungan... 
Aru merupakan sebuah kampung yang popular sebagai tempat pelancongan yang terletak di daerah Anantnag di J&K. Kampung Aru ni tak jauh dari lokasi pertama yang kami pergi di awal tadi. 
Kampung Aru terkenal dengan padang rumputnya yang nan hijau apabila tiba musim panas, tasik dan gunung yang indah. 
Kampung Aru merupakan titik mula bagi pengembara yang ingin menjejaki Glasier Kolahoi, Tasik Tarsar-Marsar dan lembah Katrinag. Selain itu juga, ia merupakan check point awal untuk trek ke Lidderwat, Tasik Vishansar-Kishansar dan Kangan. 
Kolahoi ialah glasier terbesar di Lembah Kashmir dan terletak berhampiran Gunung Kolahoi yang mempunyai ketinggian 5425m.Gunung Kolahoi boleh diakses melalui Lembah Aru. Puncak Gunung Kolahai sebenarnya adalah sebahagian daripada Banjaran Himalaya. 
Di sekitar Lembah Aru, terdapat 20 Tasik Alpine. Apabila tiba musim sejuk, Lembah Aru menerima turunan salji yang lebat, maka aktiviti bermain ski dan heliski menjadi pilihan bagi peminat sukan ini. Jangan risau bagi pemancing tegar, di Sungai Lidder juga ada disediakan aktiviti memancing ikan trout.  Selain itu, aktiviti trekking, mendaki, menunggang kuda, atau sekadar mengambil gambar sambil menikmati angin segar dari pergunungan boleh kita lakukan di sini.
Menurut catatan sejarah, Gunung Kolahoi berjaya ditakluki buat pertama kalinya oleh Team Perubatan British yang diketuai oleh  Dr. Ernest Neve pada tahun 1912. Laluan pendakian yang paling mudah, adalah dari Lembah Aru di Pahalgam dengan jarak perjalanan menuju ke puncak glasier sekitar 21 km. Namun, jika kau nak menguji ketahanan mental dan fizikal, boleh juga lalu dari Sarbal Nallah, Sonamarg dengar jarak perjalanan lebih pendek iaitu sekitar 15km, namun perjalanannya lebih sukar. 
Seiring berjalannya waktu, Glasier Kolahai juga sedang menghadapi kesan pemanasan global. Glasier yang pada mulanya dicatatkan seluas 13.57 km persegi pada tahun 1963, kini keluasanya semakin mengecil. Pada tahun 2005, keluasan glasier hanya sekitar 1069 km persegi. 
Tenang dengan suara alam. 
Pemandangan dari atas bukit 
Kami mengabadikan kenangan di sini
Akhirnya kami meninggalkan Perkampungan Aru dan meneruskan perjalanan balik menuju ke pekan Pahalgam. Di tepi jalan berhenti lagi sebab nak ambil gambar. 
Akhirnya kami tiba di Pekan Pahalgam
Perkara pertama yang dilakukan ialah mencari tempat solat. Kat sini memang banyak masjid yang kita nampak di tepi jalan. Tapi A kata Masjid kat sini tidak dibuka untuk orang luar. Aku tak pasti kenapa, mungkin masjid dikunci atas faktor keselamatan. Yang solat di masjid kebiasaannya orang-orang lelaki sahaja, menurut kata A ya. 
Akhirnya A bawa kami ke salah satu hotel yang ada di pekan Pahalgam. A dah tanya pada pengurus hotel dan dia membenarkan untuk kami solat di sana. Mereka bawa kami ke satu ruangan (Bilik). Ruangan tu sebenarnya macam tempat berehat sebab ada sofa kat situ, tapi tempatnya bersih, maka di situ la kami solat sebelum balik ke Srinagar.....

Bersambung....

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...