Thursday, February 28, 2019

Kembara Jeju: Seongeup Folk Village | Part 7

3 Dec 2018
(Isnin)

Tak terasa cepatnya masa berlalu. Padahal tadi kami santai2 je kat Jalan Misteri tu. Sekarang dah menginjak ke tengahari. Destinasi seterusnya ialah menuju ke Soengup Folk Village, iaitu sebuah perkampungan tradisional masyarakat di Jeju. Ibarat muzium hidup masyarakat korea pada zaman dahulu. Aku hairan, kenapa sunyi gilerr hari ni? Hari ni kan hari Isnin, Tak kan layan monday blues?? Kebanyakan daripada yang datang ni aku rasa pengunjung luar, meskipun kita tengok yang bermata sepet, tapi pasti kebanyakannya bukan datang dari Jeju. Aku pun mata sepet juga tapi datang dari Malaysia...😛

Sebenarnya, destinasi yang kami pegi hari ni semuanya agak bedekatan. Misalnya dari Mysterious Road tadi ke sini hanya mengambil masa kira2 40 minit, boleh la sambil2 tu ko makan jajan buat alas perut. kan......yang kesiannyer pilot kami, terpaksa fokus. Orang hulur makanan baru dier ble makan....hehhehe. Sorry Kak D. Ok sambung.....kami tiba di sini, sunyi je, macam tak de orang. Tak tau nak bagi salam ke nak hello2....Nak hello, tak de orang, karang patung tu pula sambut salam kau. Haaa.....cane? Ader la beberapa minit tercegat je depan palang kayu ni. Maklum la kiter kan orang asean, bersopan santun giteww, tak mau masuk rumah orang main terjah je. Tapi bila tengok palang kayu dier, tiga2 turun di sebelah kanan, ini petanda dier bagi masuk kot. Kalo tak bagi dier kasi naik palang. Jadi kami pun masuk la dengan andaian tuan rumah ader dalam tu.

Bersih je dan tersusun elok. 


Ini wajib untuk peminat Drama Kpop. Sesuai dengan suasana klasik, perkampungan ni digunakan untuk pengambaran drama Korea
Barisan peminat drama Kpop, merakam kenangan bersama arca kuda. 
KT & KC, buat2 keluaq dari dapur...hehheh
KP nak minum air ke tu?
amboi....sembang kan main
Arca seorang wanita....
Berkunjung ke Soengup Folk Village memberi kita peluang melihat senibina rumah tradisional masyarakat Korea yang berusia kira2 ratusan tahun lampau. Kebanyakan rumah lama menggunakan bumbung jerami yang diletak rapat2 dan kemudian diikat dengan tali agar kukuh tak ditiup angin. Dinding rumah pula diperbuat dari batu basalt gunung berapi, dipahat dan kemudiannya disusun elok membentuk dinding rata. Kawasan perkampungan ni sangat besar, kita boleh pilih nak masuk mana satu dan ia merupakan antara lokasi pengambaran drama korea- The Jewel in the Palace yang mana menceritakan tentang seorang tukang masak istana yang akhirnya menjadi doktor wanita pertama di Korea. Sebab tu kiter nampak, dimana2 saja ader banner pasal drama ni digantung di dinding luar rumah. 

Kemudian kami berjalan kaki menyeberang jalan menuju ke satu rumah lagi. Macam tak puas je lagi kan tengok rumah depa ni. Kebetulan ader lelaki yang panggil kami. "Lai....Lai....Lai..." Eh! itu bukan bahasa mandarin yer? 😛

Masuk adalah percuma rasanya. Kan Kak D? 
Sesi Berkenalan.....Ahjuma citer pasal makna susunan palang tu. Kalo palang kayu tu naik semua, itu maknanya tuan rumah tak de, depa keluaq agak lama. Balik tak tau bila, mungkin petang. Jadi tak yah acah2 setia menanti kat depan pagar. Kalo Palang kayu jatuh 2, naik 1- maknanya tuan rumah kelauq kejap je, p antaq barang kat rumah jiran sat, boleh tunggu, kalo banyak masa. kalo jatuh semua, tuan rumah ader kat dalam, ko tinggal bagi salam je.  
Batu basalt dari gunung berapi disusun elok, tak payah bayaq. Korek dan ambil sendiri je. Tinggal rajin tak rajin je. 
Ahjuma kata, tajau/ bekas ni digunakan untuk memeram buah blueberry. Depa akan campoq dengan madu, kemudian diperam selama 3 tahun. Setahun diperam di dalam tanah (dalam bekas khas), abis je setahun digali balik, diperam lagi sampai 2 tahun. 2 tahun ke-2 ni kat atas pula.
Ini dia, blueberry yang sedang diperam dalam tajau. Sebut pasal tajau ni, teringat pula citer Ustaz Malik pasal Misteri tajau Sarawak. Nak tau citer nyer p skodeng page Ustaz Malik kat FB: kisah pengalaman hidup kami. Gerenti tak mengecewakan. Sampai sekarang dalam banyak citer yang dier share, citer pasal tajau tu la yang terkesan di hati. 
Buka penutup tajau, gini la rupanya.....
Ahjuma bagi rasa sikit sorang. Dier kata orang Jeju memang mengamalkan meminum madu dan air bueberry ni untuk kesihatan mata dan tubuh badan. Kemudian Ahjuma suruh kami teka umur dier........Korang rasa berapa?? Ahjuma tu umur dier 64 tahun. Macam umur 45 tahun je. Makanya kalo nak awet muda ble order madu blueberry terus dari Jeju ya. 😀
Ini pula, Ahjuma kata bekas untuk menidurkan baby. Sambil2 ko kerja memeram buah bueberry, baby letak tepi dalam bakul. Kalo dier menangis, senang nak tau. Nampak tak..... betapa Kudrat seorang wanita itu tak boleh disangkal. Boleh buat 2,3 kerja dalam satu2 masa. 
Ahjuma tunjukkan kami tandas zaman dahulu. Cangkung je, ada lubang kat situ. Hanya berdinding tak de bumbung. Kalo rasa2 ader orang ko pura2 batuk, supaya orang tak terjah masuk tandas.😂 Sebelah tandas ni pula kandang Bab1. Kecik je tempatnyer, mungkin untuk haiwan peliharaan je. 
Sekitar rumah Ahjuma. Depa masih tinggal kat sini. Reka bentuk rumah sudah ader sedikit ubah suai ke ciri rekabentuk moden. Tengok tingkap dier......
Kalo korang perasan, arca wanita yang sedang mengalas bekas dibelakangnya, ni sentiasa je ader dimana2 kan. Ia simbolik sebenarnya atau lebih manis dikatakan satu penghargaan buat wanita. Di Jeju pada zaman dulu, lebih mementingkan anak lelaki, dari kanak2 hingga lah kepada lelaki dewasa sangat dihormati dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Sebab apa? Sebab golongan lelaki mereka hampir pupus pada ketika itu. Orang lelaki akan mengalas senjata turun ke medan perang, kebanyakannya tewas di medan perang, jadi untuk mengelakkan terputusnya keturunan, golongan lelaki dijaga dengan baik. Manakala golongan wanita terpaksa redha dengan mengalas tanggungjawab, gigih bekerja demi sesuap nasi. Banyak kerja yang golongan wanita akan lakukan dari kerja2 bertani hingga lah menjadi penyelam untuk menangkap hasil laut). 
Wanita gigih......derang cuba menyikut tajau bilang orang sabah.
Sebahagian dari persekitaran rumah 
Akhir sekali Ahjuma terangkan tentang arca patung yang dikenali sebagai "Dolhareubang" (Datuk Tua). Arca patung ni memang akan dijumpai dimana2 kerana masyarakat Jeju percaya bahawa jika menyentuh arca patung ni maka mereka yang menyentuh itu akan diberikan kesuburan. Ada beza antara patung lelaki dan wanita ya. Bezanya terletak pada perletakan tangan pada patung tersebut. Kalo rata itu lelaki, kalo tangan patung satu jatuh ke bawah sikit itu, patung wanita.
Hello meowww......
Macam biasa, diakhir lawatan, kami dibawa masuk ke satu rumah. Rumah ni khas menempatkan barangan yang akan dijual kepada pelancong. Produk buatan khas Korea yang sangat berkhasiat. Ahjuma beri rasa minum manisan, depa kata sedap...sambil2 tu dengar penerangan dier tentang beberapa produk yang boleh dibeli oleh pengunjung. Ada macam jem berry (ke yang kat luar tadi tu) dan juga krim kuda untuk muka yang licin bak sutera. Harga sebotol ialah $ 40,000 won. Ader juga produk untuk menjaga kesihatan dalaman. KD dan S beli krim kuda, yang lain tak beli. 


Ok tamat cerita di Seongeup Folk Village
Puas kami jalan2 di Seongeup Folk Village, akhirnya kami bergerak menuju ke Sangumburi Crater (산굼부리). Set kan GPS anda ke No: 7839900. Jarak perjalanan mengambil masa 30 minit. Tapi rasanya ader je jalan pintas yang membolehkan sampai cepat seawal 15 minit, tapi sebab kitorang ikut je GPS tunjuk jalan. Eh baru terasa perut berkeroncong kan? KH kata kena cari port makan dan solat sekali, so kami p la Sangumburi Crater, mana tau sempat lagi nak masuk dalam nanti. 

Kami parking kat hujung2 supaya senang nak makan dan solat. 
Kawasan parking yang luas. Nampak tak berkabus ni? hari nak hujan, dah mula sejuk dah ni....
Cari toilet.....

"Dolhareubang" wanita
Cantiknya garisan semulajadi ni....
Pintu Gerbang
Kaunter tiket. Tutup jam 5.30 PM. Tak jadi masuk sebab rugi je bayar tiket mahal sebab kami cuma ada masa 30 minit je untuk jalan2 kat dalam tu sebelum di halau keluar. 
Amik gambaq kat luaq je
Pokok yang togel.....
Ikut gaya "Dolhareubang"
Percaya tak kami jumpa artis?? Dalam perjalanan balik ke homestay, kami singgah kedai, nak beli barang dapur. kan esoknya nak g naik Iicholbung, buat bekal mendaki la kiranya. Lepas tu Z yang dah masuk kedai tu lebih awal, mengamit kami, "nak tengok artis tak"? dier pun ajak masuk dalam. Sebagai orang yang berkecuali dari peminat tegar Kpop aku macam......"ohhh..." itu je reaksi tengok orang ramai tengah berkerumun tengok artis dari jauh. Sumpah aku tak kenal pun artis ni. Depa kata heroin Winter Sonata (WS)- Choi Ji Woo. Kalo heroin WS tu kenal la juga sebab aku layan juga WS masa zaman U dulu. Kuat kot pengaruh WS tu dulu, Am siap beli 1 set CD Winter Sonata tu. Kan Am?....hehheheh.....Depa tengah buat pengambaran program Coffee House. Buat2 cari barang. Tapi......ramai kot bodyguard dier yang sentiasa menghalang peminat mengambil gambar atau mendekati artis ni. Balik Malaysia, ader dalam sebulan selepas kami balik dari Jeju, KP msg kat group telegram, suh kami buka channel Korea tu. Kot la masuk muka dalam program tu kan. Hehehhe.......Tak ader!

Aku tau yang girl tu je, 2 lagi tak kenal. Gambar curi di ambil oleh kak cath.....kena mention nama penuh sebab dier je yang berjaya amik gambar artis ni. hehhehe....


Bersambung.........

Sunday, February 24, 2019

Kembara Jeju: Dong Mun Market & Mysterious Road | Part 6


3 Dec 2018
(Isnin)

Hari baru cerita baru. Yeaahhh.....Sebenarnyer sebagai penulis blog cabuk, idea aku nak bercerita tu bukan la, bak air yang mengalir. Ia bagai memerah kelapa yang tak ada santannya. Tapi alah bisa, tegal biasa.....Demi untuk kenangan masa depan! Gitewww.....Perlu banyak membaca sebenarnya baru dapat menulis dengan baik. Novel ader tapiii, alahai......sejak akhir2 ni macam malas je. Tapi aku dah abis baca Novel Pulang tau....😍 (nanti aku buat review) juga novel kekasih hati kanda. Nasib baik la sebab Remy Ishak. Kalo tak memang jadi khazanah la novel tu kat rak buku.

Isnin yang cerah. Aku pakai baju lengan panjang yang nipis. Senang katanya kalo panas pakai jaket, tinggal baju lengan panjang ni pun memadai untuk menangikis kesejukan. Ko tak tau lagi penangan awal musim sejuk di Jeju. Tunggu.....Bila turun, hujan yang tadi renyai2 manja menjadi lebat. Kau tunggu ye!..Kiranya pagi ni nak naik ke Iichulbong, tapi sebab hujan tak jadi. Tukar destinasi yang ble berteduh dari hujan. Kami memilih untuk ke Dongmun Market. Kami berpusing2 mencari parking, tak jumpa, akhirnya KD naik ke tingkat 3 baru jumpa. Alhamdulillah... Itu pun rasa mcm sempit je ruang nak corner, aihhh... bak kata #Mr. Kokom, kenapa laa ko buat ruang parking kecik chengini yang oiii. Oh ya nak datang sini jangan lupa tau setkan GPS anda dengan No.7523001. Kalo tak sampai juga guna apps Naver. Inshaallah boleh dipercayai dan ble sampai di tempat yang dituju.

Dong Mun Market.

Orang kata kalo nak beli souvenir, kat sini la antara tempatnya yang agak murah. Jadi nak tengok la ni, murah ke tak atau ader ke tak yang berkenan di hati. Dari parking lot di level 3 tadi, kami turun ke bawah menuju ke Dong Mun Market. Cuaca nampak agak sendu sket, titis2 renyai hujan sesekali jatuh mengenai wajah. Cehh...macam tulis novel. Malas nak cakap panjang, meh tengok gambaq aper ader kat sini.
Jumpa gate 10, gate lain tak nampak bayang. 

Amboi....silau ke?
Meninjau mana yang berkenan
bakul anyaman
Baju tidoq, agak tebal. Sedap tidoq kalo time sejuk. 
magnet
Antara banyak2 ni mana satu comel? 
Ikan kering. Macam tempat kiter juga, rupanya depa pun pandai makan ikan kering....😀
Jajan....
Ginseng
Ini apa ya? lupa......
Ginseng lagi. Nak buat jamu ble la cari sini....
Cendawan kering
Seram tengok Kak Sotong ni. Tetiba teringat si Dave Jones dalam citer
Pirates of the Caribbean
Cantik tempat bunga dier, Replika kapal
Oleh sebab kelihatannya tak ada aper yang berkenan di hati kami pun blah. Kebanyakan barang basah je ader. Aku ingat market ni besar la dan kami salah masuk gate. Ok tak pe, tadi tujuannyer sebab nak berlindung dari hujan je kan. Jom2 g tengok tempat lain pula...

Masuk bandar. lenggang je, ke pagi lagi kot ni. 
Mysterious Road
Baca nama pun dah rasa.....ehhh, ape ni? Aper yang misteri nyer. Ohh...bila tanya Pakcik Goggle, rupanya tempat ni merupakan jalan paling misteri di Jeju. Bukan sebab ader angker ya anak2, tapi sebab apa jua objek yang diletakkan di sini bagaikan menentang undang2 graviti! haaa.....sape kata bumi ni flat?? Masyarakat tempatan menamakan tempat ni sebagai Dokkaebi Road dan ia terletak di kaki gunung. Kau letak la apa pun kat situ, termasuk kereta, bas semua boleh bergerak di jalan yang sedikit berbukit, walaupun enjin dimatikan dan letak gear pada mod  N. Dikatakan, bila kau curah air atas jalan, pun akan kelihatan air tu mendaki naik bukannyer menurun. Kitorang tak de cuba pun guna kereta, tengok orang buat dari jauh je. Kebetulan ketika kami santai tengok orang, ader geng lain cuba guna botol yang dier letak situ nak tengok gerak ke tidak. Lama2 dier tengok tak jadi disepaknyer botol tu. Geram ke bang? Meh, mai sini tempat kami kat Sabah, pun ader juga. Lagi tinggi jalan berbukit dier. Itu pun kalo nak test ko punya kecekapan mata bermain ilusi.

Co-pilot beli kopi sbb dier ngantuk.
Gigih Ahjuma tu citer itu ini, depa buat tak layan.....heheh
Kena cuba dari belakang kete ke-2 tu
Berakhir di sini....
Macamana depa boleh jumpa tempat ni? Ia bermula dari seorang pemandu teksi yang menghantar sepasang pengantin baru yang nak honeymoon di Jeju. Dah lama dulu tahun 80-an. Korang masa tu dah lahir ke belum? Mungkin time dier lalu jalan ni, tetiba enjin kete mati. Ye la, kete manual la katakan, kaki tak balance pijak minyak dan clutch. Eh! terkejut la mamat tu kan kete gerak sendiri. Ader hantu ke yang tolak! Balik rumah Pakcik ni pun citer la kat org rumah dier. Ko tau la org pompuan kan, kadang2 tak ble simpan rahsia.....hehheheh....dier pon citer kat jiran2. Lama2 viral. Bila viral, Dokkaebi Road pon jadi popular sbb ramai orang nak cuba fenomena ni. Nak tarik perhatian orang ramai, dier pon letak nama Mysterious Road. Bijak caturan depa kan. Sampai sekarang orang bila tengok nama je, berkobar2 nak tau, apa benda misterinya. Padahal.....ia cuma ilusi optik je sebab suasana di sekeliling yang jadi kita yang berada kat sini melihat objek bergerak ke arah jalan yang sedikit berbukit, tapi yang sebenarnya objek tu bergerak menuruni bukit. Tapi perkara macam ni tak mustahil berlaku dalam dunia ni kan? Semuanya ketentuan Allah SWT jua... Okey, kalo tak nak cuba drive kete kat sini, kiter ble juga nyantai sambil makan kacang kat cafe. Ader cafe Mystic 3 kat sini. Tak masuk pun. Ader 7E juga, nak beli kopi ble.

Toilet. (Gambar toilet un nak amik juga ye....? hehheh)
Bangunan comel, ble beli kopi juga kat sini. Oleh sebab dier comel, S beli kat sini. 
Arca
Bab1 nyantai bersama anak2. Tak pasti ye, kenapa depa guna Bab1 jadi icon....

Tembok batu, tak dibiar kosong. Cantik dan unik.
Mystic 3 cafe. 
KT tengah fikir nak pupul tu tengerin...hehheh
Bersambung..........

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...