Sunday, June 13, 2021

New Zealand: Jom Balik Kampong Vol.2/2016 (Part 18) Elephant Rock

Elephant Rock
3 Dec 2016 (Sabtu)
Hari ke-5
Elephant Rock terletak berhampiran Duntroon, 40 minit pemanduan dari Oamaru. Ia merupakan sebuah kawasan yang mempunyai timbunan batu kapur pelbagai bentuk dan saiz yang wujud secara semulajadi, tedampar di atas tanah. Berjuta-juta tahun yang lalu seluruh kawasan ini berada di bawah laut. Seiring dengan berlalunya waktu, hari demi hari mendapan pasir berlaku menyebabkan laut menjadi cetak. Bila ini berlaku semua fosil Ikan Paus dan kehidupan marin yang lain tenggelam ke dalam pasir lembut yang kemudiannya secara beransur-ansur naik ke permukaan.
Batuan yang terdapat di kawasan Elephant Rock ini mempunyai ciri-ciri batu kapur Otekaike, iaitu pasir laut yang kaya dengan fosil hidupan marin. Kebanyakannya mempunyai bentuk haiwan seperti gajah, kura-kura dan sebagainya. Batu kapur ini sangat tebal, rata dan mempunyai banyak kesan retakan yang berkemungkinan disebabkan oleh tekanan pasir yang semakin meninggi dan akhirnya membentuk daratan. Kesan retakan ini memudahkan berlakunya hakisan air dan angin pada batuan dan akhirnya membentuk imej haiwan. Oleh kerana keunikan bentuk batu yang pelbagai, menarik minat pengarah filem The Chronicles Of Narnia untuk menjadikan tempat ni sebagai salah satu lokasi pengambaran.
Untuk sampai ke kawasan ini, dari tempat letak kereta di tepi jalan, kita perlu berjalan kaki selama 5 minit. Ia merupakan sebahagian ladang persendirian ternakan kambing biri-biri. Jadi jangan hairan kalo nampak dimana-mana ada najis kambing biri-biri dan kalo bernasib baik, masa kau ambil gambar tiba-tiba datang kambing biri-biri. Kalo rajin boleh panjat batu untuk dapatkan gambar terbaik.

Makan Tepi Sungai 
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Homestead Logde Motel, yang terletak di Pekan Timaru. Jarak perjalanan sekirat 109 km, mengambil masa kira-kira 1 jam 40 minit. Dalam perjalanan kami ternampak satu kawasan tepi sungai yang sesuai untuk kami berhenti makan. Sebenarnya sudah agak lewat untuk makan tengahari namun kerana tempatnya yang cantik kami mengambil kesempatan untuk berhenti. 
Makan di tepi sungai. Ohh ada nasi putih juga dan mungkin sardin dan ikan biliks goreng 😅
Ada juga beberapa keluarga yang turut sama singgah di sini. 
Bawah pokok
Airnya yang jernih
Tengok tangan aku ada telur rebus. Itu je menu yang aku ingat pada hari tersebut....heheh
Kuat betul angin....kelepet tudung kakak
Bersambung.....

Rujukan:
en.wikipedia.org › wiki › Elephant_Rocks_(New_Zealand)

No comments:

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...