Thursday, February 16, 2023

Bercuti ke Turki: Red Tour Bersama Mr. Yunus (Part 5)

15 Dec 2023 (Khamis)

Salam dan Hi...

Hari ke-2 kami di Cappadocia. Jika semalam kami ambil pakej Green Tour dengan Mr. Yunus, hari ni pula ambil pakej Red Tour. Bezanya ialah, Green Tour meliputi lawatan lokasi yang berdekatan, manakala Red Tour meliputi lawatan di kawasan yang jauh-jauh. Pagi ni kami mulakan dengaan aktiviti sarapan pagi di rooftop.

Pokok ni kalo berdaun mesti cantik
Bangunan di hadapan tempat penginapan kami
Kami bersama owner cafe
Menu pada hari ke-2...sama je
Tempat pemanas klasik tapi menarik
Lokasi pertama yang kami pergi hari ni ialah Cavusin Castle. Tapi kami tak pergi dekat ke istana Cavusin, hanya ambil gambar dari jauh sahaja. Çavuşin ialah salah sebuah kampung yang terdapat di daerah Avanos. Bahagian kampung yang lebih tua terletak di bahagian atas kawasan bebatuan yang boleh dilihat dari jauh. Kebanyakan rumah moden dibina lebih dekat dengan jalan utama. Pada tahun 1960-an, penduduk kampung telah ditempatkan semula kerana bimbang rumah lama mereka yang ada di bebatuan akan runtuh. Kini Cavusin kurang menerima pelancong tetapi tetap ada yang memilih untuk menginap di Cavusin terutama di bahagian perkampungan lama di atas bebatuan. 

Perjalanan menuju ke Cavusin
Ada pakej naik MTV juga dari sini
Cantik
Rumah moden adalah rumah baru 

Pasabaglar Open Air Museum

Lokasi ke-2 yang kami lawati hari ini ialah Pasabag Open Air Museum. Dikenali sebagai Lembah Paderi yang meliputi kawasan yang sangat luas, dikelilingi oleh batuan cerobong berbentuk cendawan. Lembah Pasabaglar sering dikunjungi pelancong kerana pemandangannya yang unik dan mempunyai aura mistik. Menurut ceritanya, pada zaman dahulu pendeta kristian tinggal dan berkerja sebagai mubaligh di Pasabaglar. Para paderi telah membuka kawasan penempatan dan gereja di lembah sepanjang hidup mereka. Terdapat sebuah gereja, dipercayai dibina 1000 tahun dahulu. Gereja yang terletak di dalam batuan cerobong berbentuk cendawan ini la yang menarik minat pelancong untuk melawat nya.
Beli tiket dulu di sini
Tiket berharga 65 lira
Dah beli tiket, masuk dari sini.....
Menurut cerita mitos, batuan berbentuk unik dibina oleh pari-pari yang membina rumah mereka di bawah tanah, maka dari situ la ia dinamakan 'cerobong dongeng'. Tapi sebenarnya ia adalah hasil dari hakisan angin, air dan perubahan cuaca. Cerita sejarahnya sama dengan rumah2 batu di kawasan lain di cappadocia. Lembah Pasabag terletak berhampiran dengan Muzium Terbuka Zelve dan Lembah Devrent,  tapi untuk lawatan hari ni kami hanya pergi ke Pasabag dan Zelve. Untuk melawat ke semua kawasan di Pasabag , kita perlukan 45 minit dengan berjalan kaki. dibuka jam 800- 7.00 petang. 

Bersambung....

Saturday, February 11, 2023

Bercuti Ke Turki: (Green Tour) Ihlara Valley (Part 4)

14 Dec 2022 (Rabu)

Ihlara Valley
Lokasi terakhir lawatan kami pada hari ini iaitu ke Ihlara Valley. Lokasinya agak jauh dari tempat yang kami pergi sebelum ni. Mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan menuju ke sini, iaitu berjarak sekitar 64 km dari Kaymakli UC. Mr. Yunus kata korang boleh tido dulu, sampai nanti dia akan kejutkan. Ehh...rugi kalo tido, lebih baik tengok pemandangan. Di luar sana kelihatan gerimis muncul lagi, walaupun turunnya agak manja2 sikit. Dalam hati aku menitip doa, semoga cuaca hari ini menyebelahi kami. Biar la redup dan mendung tapi jangan la hujan....40 minit perjalanan Mr. Yunus singgah ke satu tempat....Dia kata, kalo dia bawa pelancong dia akan bawa singgah ke sini, walaupun tak ada dalam senarai lawatan hari ni. Tempatnya cantik, tetapi menyeramkan. Jika gayat, sila jangan berdiri di tepi jurang...
Cantik tempat ni. Pokok hanya tinggal ranting ketika musim sejuk
Mendung tak bererti hujan
Kat bawah sana tu sebenarnya Lembah Ihlara. Nampak anak sungai mengalir berwarna biru, kat situ la akan kami jejaki nanti. kat sebelah kawan aku berdiri tu adalah jurang. Lepas ambil gambar ni masing-masing cepat2 lari ke atas. Gayat...kalo salah langkah, ke bawah owhhh.....
Kami ber-4
Rumah comel di tepi tebing
Jurang dalam
Dari sini, macam Mr. Yunus boleh melompat ke tebing sebelah. Tapi sebenarnya tak boleh
Gayat tak?
Lembah Ihlara dari pandangan atas
Kami meneruskan perjalanan ke pintu masuk utama ke Ihlara Valley. Bila sampai, aku hairan kenapa sunyi, sepi dan tak banyak kereta? Hanya ada 2, 3 buah kereta sahaja dan aku mengira itu adalah milik pekerja2 di sini. Bukan kah ini antara salah satu yang menjadi tempat tarikan pelancong?? Akhirnya aku memutuskan, kemungkinan hari ni adalah hari rabu, hari bekerja bagi masyarakat Turki, wajar la kalo tak ramai orang. Ehh... tapi tak kan la pelancong tak datang ke sini, kalo kata awal pagi, tak juga dah cecah tengahari ni, walaupun keadaan nampak redup... Dalam aku bermonolog sendiri, baru la ada satu, dua kereta yang menyertai kami di sini......
Bangunan kecik tu bukan rumah tapi tandas. Kawan aku kata bersih....
Tak lama lepastu baru la ada beberapa buah kereta menyertai kami
sunyi sepi, menyenangkan juga membekukan bila berlamaan duduk dikerusi ni 😅
kaunter tiket dan pintu masuk. Lepas beli tiket, Mr. Yunus tunjukkan jalan yang bakal kami jejaki dan check point terakhir, dimana dia akan menunggu kami nanti. 
Mr. Yunus menemani kami membeli tiket dan menghantar sehingga ke pintu masuk utama. Cuaca agak redup, sejuk dan kemungkinan bakalan hujan dipertengahan jalan. Mr. Yunus pinjamkan kami 1 payung, sambil menitip pesan bahawa, beliau tidak akan menyertai kami menyelusuri denai Lembah Ihlara yang cantik itu. Tetapi akan menunggu kami di Belisirma. Bayaran masuk ke Ihlara Valley adalah 90 Lira. Perjalanan dari pintu masuk utama  hingga ke Belisirma mengambil masa kir-kira 1 jam dengan berjalan kaki. 
400 anak tangga yang perlu dituruni hingga ke bawah. Tangga yang diperbuat daripada kayu ini memang dijaga dengan baik. Tak nampak kayu reput sepanjang menuruni tangga ni
Kami di permulaan perjalanan. Mr. Yunus yang ambilkan gambar
Tebing tinggi yang curam
Ni kalo musim bunga mesti cantik gilerr...
Saja ambil gambar ni sebab aku rasa cantik
Pemandangan dari atas ni pun cantik gilerr...tengok dataran kat sebelah sana tu. Kosong je tak ada orang yang duduk di situ. Ini bermakna masih banyak tanah kosong yang belum diterokai...
Lembah Ihlara merupakan salah satu ngarai terbesar di dunia. Ia terbentuk hasil daripada hakisan aliran lava yang meletus dari gunung berapi Hasan berjuta tahun dahulu. Lembah yang mempunyai ketinggian mencapai 110 meter dan terbentang sepanjang 16 km ini terletak di antara Nevsehir dan Aksaray. Seiring indahnya sebuah nama "Ihlara", menarik ramai pengunjung untuk menyelusuri keindahan alam semulajadinya dan membawa kita kepada sebuah perjalanan sejarah yang panjang terpahat kukuh didalamnya. Lembah Ihlara mendapat nama sempena bandar yang menaunginya iaitu "Ihlara". Semasa zaman pemerintahan Rom dan Byzantine, ia dikenali sebagai Chlorus dalam bahasa Yunani Purba. Kemudiannya diterjemahkan dalam bahasa Greek sebagai "Chliara", dan kemudiannya ditukar kepada nama "Ihlara" sehingga la sekarang.
Sungai melendez ada pantaran untuk ambil gambar dan berehat
Anak sungai yang cetek....
kalo buat aktiviti berkhemas mesti best kat tepi sungai ni kan
Air sungai yang jernih tapi sejuk
Lagi pemandangan tepi sungai
Terdapat sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Melendiz, menjalar sepanjang 14 km, mengalir dari Selime ke kampung Ihlara. Seperti di kawasan lain di Cappadocia, Lembah Ihlara juga antara tempat yang dijadikan sebagai tempat perlindungan. Dikatakan bahawa Lembah Ihlara merupakan penempatan awal bagi masyarakat Kristian yang melarikan diri dari tentera Rom. Masyarakat pada ketika itu cenderung memilih kawasan ini sebagai tempat perlindungan atas beberapa faktor, antaranya adalah kerana sumber air yang banyak iaitu dari sungai Melendiz dan banyak tempat tersembunyi yang sesuai dijadikan penempatan.
Cantik tempat ni tapi menyeramkan kalo malam
Oleh kerana kawasan ini merupakan penempatan awal bagi masyarakat Kristian suatu waktu dahulu, maka wajar la terdapat banyak gereja lama. Ia terletak di dalam gua batu (Batuan yang dipahat membentuk gua). Walaupun banyak gereja di sini, namun hanya 16 buah sahaja yang dibuka kepada pengunjung. Kebanyakan gereja dihiasi dengan ukiran dan lukisan dinding berwarna warni dengan corak geometri. Namun setiap lukisan dinding di gereja lama mempunyai perbezaan, yang mana gereja yang berhampiran dengan Ihlara mempunyai pengaruh dari Timur, manakala lukisan dinding gereja berhampiran Belisirma dihiasi dengan pengaruh zaman Byzantine. Akhirnya penduduk tempatan terpaksa meninggalkan kawasan penempatan ini dan berpindah ke Greece pada tahun 1923 dalam pertukaran penduduk antara Turki dan Greece.
Dipertengahan jalan kita akan jumpa restoran di tepi sungai Melendiz. Kalo nak makan tenghari di sini pun boleh. Kami cuma singgah di sini untuk minum sebab ternampak ada orang yang jual jus oren dan buah delima. Jus ni sedap tau, cuma kalo campur buah oren dengan delima dia akan jadi masak siket. Tapi kalo buah delima saja pun memang sedap. 
Tak ramai yang makan kat sini, mungkin kalo hujung minggu ramai kot yang datang sini
Ada ikan dalam sungai ni
Penjual 
Dah dapat air, bayar kat sini. Kalo duit baki kau kena lempar, jangan menangis pula tau....😅Macam aku awal2 sampai memang terkedu duit kena lempar2 manja. 
Jangan marah, banyak pula tepek gambaq muka kami 😅
cantik dan bersih...tapi sejuk gillss
Kami lagi....😛
OK kami meneruskan perjalanan yang berbaki lagi 1 km.......kami jalan santai je. Sesekali kami  berpampasan dengan pengunjung yang datang dari berlawanan arah. Perjalanan kami kali ni hanya di kawasan tanah rata.....berbanding di awal tadi yang terpaksa menuruni tangga. Sekarang aku terfikir kenapa Mr. Yunus turunkan kami di sini, bukan dari Belisirma. Beliau sebenarnya berpegang kepada prinsip "Bersusah2 dahulu bersenang-senang kemudian"....Kalo la diakhir perjalanan kami ni terpaksa mendaki 400 anak tangga, pasti kepenatan dan kehausan. Aku dah tengok seorang wanita yang kepenatan mendaki tangga tadi semasa kami dalam perjalanan turun. Banyak kali dia berhenti. Aku senyum pun lambat dia nak balas. Aku faham dia bukan sombong tapi kepenatan. Terima kasih Mr. Yunus kerana sangat memahami...😅
Kat belakang ni rasanya pernah dijadikan penempatan dan mungkin juga ada gereja dalam ni
Bayang kan kau berjalan malam2 kat sini, sekali kau suluh ader orang tengah angkat tangan....kau rasa?
Kreatif tapi menyeramkan
Aku selalu banyak berjalan di belakang dorang sebab aku leka ambil gambar.....sebagai penulis blog aku kena ada gambar yang diambil sendiri, sebab payah nak minta gambar pada orang.

Belisirma

Akhirnya sampai ke penghujung perjalanan. Nasib baik cuaca redup, sejuk dan tak panas. jadi tak rasa penat gilss....
Kat sini la Mr. Yunus tunggu kami
Banyak restoran kat sini tapi tak pasti buka ke tidak. Sunyi je....Ke dia buka malam je
Cantik bangunan kat belakang tu, cuma kami tak ke sana
Banyak gills anjing kat sini
Ayam ni sedap.....lepas makan baru nak ingat ambil gambar
mula2 aku ingatkan ini nasi tapi bukan....macam jagung tapi rasanya bukan jagung...😁
Ikan bakar....tinggal tulang je baru nak ambil gambar
Jujunya aku suka Lembah Ihlara....Cantik. Kalo pegi sini lagi, aku tak kan lepas peluang untuk kembali mengunjungi Ihlara. Lepas makan tu, tamat la lawatan kami untuk hari ni....Kami tanya Mr. Yunus kalo dia boleh bawa kami ke La Wakiki.....Dia kata kalo sekejap boleh sebab jam 7 dia nak ambil orang di airport. Tak banyak bicara dia terus bawa kami ke sana....dia tinggalkan kami untuk 1 jam...aku lupa ambik gambar kedai La Wakiki tu.....

Bersambung.....

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...