Thursday, August 16, 2012

3 Suara Miming (Lagu Raya)



Lawak aidilfitri.......hehheheheh

Kreatif juga la mamat 3 orang ni. memang lucu. mula dapat dari kawan FB Zul PK.

Paling lucu tengok baju merah tu. ngam betul. lembut jer badan dier menari. yg 2 tu comel je, muka pun sama. adik beradik kot. aper pun mmg kreatif......:) tahniah....

Balik Raya

Assalamualaikum n Selamat Pagi.....
ari ni 16 Ogos. Tak keje, sbb dpt cuti berganti. So, bersedia untuk bergerak balik kampung......aku tak dapat tiket, waiting list jer..:( tapi tengok ni.....


foto diambil pada jam 5:40 pagi. tapi tengok Q tu......panjang betul. ingatkan aku bertolak subuh td dah cukup awal.....:) gigih malam td kemas barang, tido pun lewat, jam 3.00am beb.....alarm bunyi 3:50 untuk sahur, ble lagi tdo kejap 50 minit. Semangat nak balik raya kan, tak rasa mengantuknyer...:)

mula sampai td ader viva hitam dpn accent tu, sekali dier keluar balik. tak tau nape, dapat la ke depan sket...makaseh tuan punyer viva...:) tengok si accent tu, skirting depan dier dah hilang, :) masuk lubang,  tambah parah bila naik feri, sangkut pulak.....habis rongak gg tepi tingal gg depan, tensi jugak la. terus order baru RM250. ingatkan mahal. tak masuk cat. sekarang yg baru tu ader dok kat umah, tak antar cat lagi. nanti lepas raya. kalo pasang skg sama gak, kalo sangkut lagi......sayang beb dah la baru beli.

tak pe tahan la hati. mmg la nampak tak comel......tp kalo patah lagi, kopek duit weiiii. antara 2 tu aku pilih tak comel untuk sementara waktu...:)

apepun, kepada rakan2 saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hati2 dijalan raya, pandu cermat jiwa selamat.....:)

wassalam......

Saturday, August 11, 2012

Minat

Salam. 
ari ni td sekolah tp tak ramai yg p. Yang best nyer sek sampai 2.50pm. Jadual jumaat....mula awal jam 11. :)....

Cerita pasal minat, korang hobinya aper? aku suka melukis. Tapi kan sekarang ni, sejak tak ngaja seni dah aku mcm kehilangan masa utk melukis. kalo dulu, masa pnp, sama2 melukis ngan bdk2. 

Dulu aku tak pandai lukis potret, tp sejak berlatih sket2, nampaknyer ader kemajuan. Kalo rajin sket lg...mesti tambah mahir..:) 


Pensyarah d UPSI dulu
Prof. Zul

Sahabat
Mr. Mohq




Foto diambil menggunakan kamera HP Murah...:) ader beberapa lagi tp malas nak amik gambar. tunggu aku beli Samsung S III, senang sket nak transfer gambo....:)


Guru mengamuk kerana elaun



Salam n Selamat Pagi...
Lepas sahur n subuh, tenet laju jer berbanding mlm. Rasa rajin pula nak menaip..Arie ni sabtu 11 Ogos 2012, kije ok. Ganti untuk cuti ghaye 17 Ogos....Maka nyer perlu tunggu siang nak jemur kain awal, lambat nti panas plak...:)

Ok kembali kite kpd tajuk sebenar. aku dapat video ni dr FB. Seorang Guru yang mengajar di pedalaman marah kerana tak dapat elaun pedalaman. Marah betul dia....:) Tapi barangkali ada kewajarannya. Aku terbaca komen seorang insan pada Video tersebut "ini lah jadiya bila kerja tak ikhlas". 

Pendapat secara peribadi aku, ini bkn soal keje xikhlas, sebenarnya. Kalo kiter tgk video ni smpi habis, jawapannya ada dsitu. Ini soal keadilan (bak kata beliau). Sek yg lebih jauh ke dlm yg lebih daif, x dpt elaun pedalaman, tapi sekolah yang lebih dekat keluar kebandar, dapat elaun tu. itu la puncanya kemarahan beliau. Kalo nak bagi, biar sekolah yang sejalan dengannya dapat. kalo tak nak bagi, semua sekolah yang berkenaan pun tak dapat. itu saja sebenarnya. kalo kita fikirkan secara logik/-ve ada kewajarannya juga. mungkin kita tak pernah merasai pengalaman seperti ini. kata org duk pedalaman xbyk pakai duit tp sebenarnya tidak. Sekali mereka keluar tu, ada kalanya tambang mencapai ratusan ringgit. kalo berulang nak kena beli minyak. 

Aku tak pernah merasai keadaan seperti ni. Alhamdulillah...tapi pernah merasai perjalanan dari Pekan Ranau masuk ke SK Timbua, Ranau. (Nanti aku cite kemudian.)...

Aku teringat kakak aku, dulu pun kije jauh nun dipedalaman. Di Terusan Sugut, Sandakan. Aku penah pegi tmpt tu dulu. Untuk sampai ke sana terpaksa menaiki bot. kalo bot laju (laju ke dengan enjin 15) mengambil masa 3 jam, lebih kurang kalo laut tak berombak. kalo naik kapal (kapal yang tangkap ikan), mengambil masa 6 jam. Naik kapal aku tak penah, naik bot, ya penah. cabarannya...perghhhhh. kalo tak biasa mmg mabuk laut. menakutkan ya juga. bayangkan kalo berombak dgn bot kecil tu, masuk air, tenggelam beb. nasib baik aku pandai berenang, masa sedikit berani...:) n alhamdulillah aku bukan jenis mabuk laut sbb dr kecik dah biasa naik feri dari Limbang ke Labuan :)

Ujung bulan nak keluar ke bandar, kalo kebetulan ader penduduk kg nak ke bandar. selamat la duit (bg tambang kadar biasa je). tapi kalo tak ader, kakak aku terpaksa mengupah. nak mengupah tu, samada beli minyak sendiri then org tu antar ke bandar @ bayar tambang kpd orang tu. nak bayar bukan $10-$50 ye...tapi boleh cecah sampai $100. Lepas tu nak kena bagi belanja dier duit makan. Kalo nak masuk balik ke tempat kije, terpaksa berjanji ngan penduduk kg suh tunggu. pastu bila masuk, barang kakak aku mcm org nak pindah....punyer banyak berkotak2, stok 1 bulan katanyer. kalo kat dlm mahal, biasa la. Kakak aku penah cite dulu, cikgu di situ tak puas hati sbb kakak aku (nurse) dpt elaun pedalaman ($500), drg tak. 

oh ye, cite yg tadi tu. Aku penah juga merasai perjalanan ke Timbua, Ranau (Ketika menghantar adik yg dihantar mengajar di sana). Aku ingatkan bangunan sekolah adik disitu, rupanya bukan, jalan lagi sampai ke Kg Tumbalang (Betulkan, sekiranya aku silap mengeja nama kg) Sangat Jauh dengan jalan raya yang sedang dalam proses dinaik taraf. Pada hari pertama, baru separuh jalan, kami dinasihatkan untuk tidak meneruskan perjalanan dengan viva comel abang aku. 2 hari selepas itu, datang balik dengan hilux yang disewa..:) al-maklum la, orang baru nak masuk keje, barang banyak juga la...n tak mampu nak beli kete besaq..:)) Dengar cerita, masaalah yang sama seperti cikgu ini juga dialami oleh adik aku. Adik aku ngaja kat Tadika integrasi di Kg Tumbalang. Jauh lagi sedikit dari Kg Timbua. Jalannya juga tidak la sebaik kiter sampai di SK Timbua. Tak ada air paip, api pun tak ader. Oleh kerana Tadika adik aku berada di bawab label SK Timbua, maka dier pun tak dapat elaun tu padahal sekolahnya tak sama bangunan n tempat.

Tapi tempat tu memang cantik, tenang, udara segar, air sungai jernih, hijau, atas bukit saujana mata memandang, masih tak tercemar. (kalo stok insan nak cari bangunan tinggi, pusat karaoke, LRT mmg tak ader la di situ..:) tapi insyaallah kita dijanjikan dgn pemandangan semulajadi yang cantik, ketenangan. Pengalaman hidup seperti ini sebenarnya sangat besar ertinya, mungkin hari ini pahit tapi sangat manis dikenang semula bila dah pencen nanti...aku salute pada kecekalan guru2 yang mengajar dipedalaman. Tahniah & Syabas Cikgu.......:)

* Berikut beberapa gambar trip ke Timbua. Sampai sesat ke Poring..:) Kalo naik atas lg memang mandi air panas la jawabnyer....tp sampai Sk Poring jew...:) Eh...tapi tujuan aku mengupload gambar ni bukan bertujuan nak menghina tempat atau sebagainya tapi kalo boleh mari kita sama2 menghayati, merasai pengalaman sebegini. :) 



Yang ni ok lagi nampak rata je kan, ada satu kawasan tu, lubang besa2, kalo sangkut mmg perlu tarik la.  jalan lori wajar la kan....:)





Sekian......:)





Thursday, August 9, 2012

Catan Biru II

CATAN BIRU (II)

Photo By:
Nanie Amat
     Layangan, Labuan F.T

Telah kuberikan pensil dan kertas..
Lukislah semahumu, biar saja kuperhatikan
Gambarkan hitam dan putih kehidupanmu

Kerana ku tahu lambat laun, dengan sedikit tabah kau akan pandai melakar, 
Gelap hitam itu telah kau kenal, begitu juga putih yg mengisi ruang.

Jangan menanti kerana aku tidak bercadang membelikanmu pensil warna
Dan tidak perlu juga ku ajar tentang kebijak sanaan 
Mengenal perbezaan biru langit dan laut agar suatu hari kau mampu
Membezakan warna pasir dan pantai , 
bila perlu kau birukan bulan di kaki horizon
dan mengerti pasang surutnya laut. 

Keindahan itu berkait dengan hati yang bersih dilakar di kanvas damai
Menghalusi setiap inci ruang hingga kau siapkan.
Seterusnya dibingkai dan digantungkan di tengah laman
Bukan dibiar kusam atau hilang begitu saja dilayang angin.

Carilah dirimu dalam lukisanmu. 
Kerana dengan mencari baru kita bisa mengenal untuk mentafsir
Lalu menilai dari gugusan ilmu, erti secalit warna di kanvas kehidupan.


Shahizan Desa
Kangar, Perlis
9 Ogos 2012


Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...