Monday, March 24, 2014

Selamat Jalan MH370.....


Selamat Jalan MH370..


Mungkin ketika kalian dikhabarkan hilang
tangan kami sudah terlepas semua
ketika harapan dihayatkan doa 
mempereratkan persaudaraan
hingga titik jawapan

mungkin bukan doa terakhir 
buat tersemadi di Lautan Hindi
juga takziah kepada saudara mara
untuk tabah, jangan sesal 
kerana kesakitan tujuh belas hari 
terjawab atas ikhsan 
Tuhan
pada penyatuan dan 
kemanusiaaan sejagat

PUTATAN

*Dipetik dari FB Saudara Yatim Ahmad

Monday, March 17, 2014

SAJAK UNTUK MH370



SAJAK UNTUK MH370
(dedikasi buat DS Hishammuddin Hussein, DCA dan MAS)


Ketika medan bergerak 
di Kajang dan Balingian 
ketika Future Music Festival Asia 
disoraki muda mudi 
ketika separuh negara dunia
menjejak MH370
kau pula dihujani persoalan
misteri tidak berpeta

Sekali ini
Selepas sembilan hari
pandang mataku tak lagi hiraukan 
rangkai panjang soalan dan jawapan
tapi mengira garis halus pada
dahi dan kening kalian yang barangkali
letih, saban hari 
kaki kalian menjadi tiang seri merungkai 
teka-teki 
seolah-olah kalian diperhambakan 
meraba keghaiban, hingga kadang maklumat
tak konsisten kerana pengaruh desakan
wartawan, bagai memaksa kalian terjun
ke terowong masa tidak bertepi

Ketika aku berpaling ke Kajang dan Balingian
tak kira bagaimana menegakkan demokrasi berparlimen
usah kita jadikan ia makmal menguji kebebasan bersuara
hingga kemakmuran negara tergadai kerana pertelingkahan

Ketika mengamati gegak gempita 
Future Music Festival Asia 
kita sebenarnya seperti kembali ke zaman
jahilliyah, membuka aurat berkinja-kinja
tak lagi tahu untung nyawanya membunuh diri 
kerana adab dan kesopanan sudah semakin
murah untuk dijaja 
semata kononnya
negara kita makmur menunjangi 
Wawasan 2020
lalu berpakaian separuh telanjang atau 
membunuh diri adalah penanda aras kemajuan?

Ayuhai!
Malaysiaku!

Setelah 56 tahun kemerdekaan ini dikecapi
atas semangat kepahlawanan nenek moyang
yang tak dipaksakan berjuang menumpahkan
darah
tak tersemai sejarah dibenak 
cucu cicit 
hingga semangat patriotisme 
hanya kulit kikisan binatang ternak
hingga kerana limpah ruah kekayaan
kita menjadi lupa 
lalu membiarkan kemungkaran berleluasa

Kepada abang
abang kami yang duduk di Parlimen dan Negeri
atas mandat rakyat
berteguhlah kamu untuk membina negara
atas prinsip Rukun Negara 
usah biarkan perbezaan politik
menjadikan kalian tak indah 
rentak perpecahan hingga kita tak indah
jika kerosakan bermaharajalela di
tanah warisan yang bertuah ini

Jika hari ini kita membiarkan 
sentimen berpuak menduri daging
kelak 
akan datang masanya semuanya 
terlepas dari tangan kita untuk penjajah
semula di tanah air sendiri

Nah! 
Kembali kita pada podium MH370
aku dari Negeri di Bawah Bayu ini
mendoakan abang 
mudah-mudahan Tuhan menunjuk jalan
pencarian Boeing 777-200 milik kita
agar tenang hati kita memacu kemakmuran 
jangan ada petualang yang menangguk di air keruh
sama-sama kita mempertahankan kedulatan negara

Ini sajak untuk pemimpin
selama mana abang
abang berdiri dipentas sidang dunia ini
menjejaki suatu keajaiban
jagalah kesihatan baik-baik

Salam dan doaku

Kota Kinabalu

*Di petik dari FB: Saudara Yatim Ahmad

Sunday, March 9, 2014

MH370: Please Come Back....



Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja

Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu

Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya

Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya...

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa

Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.

MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia.

Saturday, March 8, 2014

Belajar Kawal Diri.

Assalamualaikum n Hi....

Amboiiii....tajuk bukan main, mcm citer psl sekolah je.......:) Sebagai wanita kiter ni salu tak pandai kawal perasaan kan. katanyer, bertindak ikut emosi tapi tak pikiq panjang. tak semua.....sebilangan saja.

Nak dijadikan cite.....semalam aku p Menumbok. Naik speadboat. la ni kan cuaca berangin, kalo petang memang berombak. dasyat. melambung2 rasanya. hehheh.....masuk dlm boat tu, aku amik my fav port: belakang driver. nape? sbb aku nak kurangkan risiko kena air.....kan klo berombak, mmg salu air masuk dlm boat. ke-2, ble pagang kerusi pemandu kalo boat melambung. maser nak masuk boat tu, ader sorg kakak bertudung bz layan phone. aku ingatkan dier ber sms, rupanya main game. sebelah kakak tu sorg lelaki.

tak lama ader sorang lelaki masuk. dier nak duduk dekat kawan dier. tp kakak ni bz tak tgk kiri kanan nak bg tempat duduk kat mamat ni. pastu aku cuit dier, dan bg isyarat bg tempat utk lelaki tu. uihhh....ble pulak si kakak ni berhensot kat bdk laki td. cepat2 aku tarik tgn dier, "eh, sini la kak, biar dia (lelaki) tu sana. tak kan duduk berselang seli, aku- lelaki- kakak- lelaki. bz sangat dier sampai tak leh angkat kepala layan game..

pastu boat pun begerak....dah mula berombak n boat melompat2. br la si kakak ni letak phone dier. pandai takut. sibuk pulak tanya kt aku salu ke cengini....? aku angguk je. malas nak jawab. kalo takut diam la, berdoa dlm hati...ni tak.....bising je. pastu dier pegang lutut aku. takut la katakan. lama2 makin kuat pula dier cengkam...sakit tuh. mula2 aku biar je. uihhh tp lama2 kakak ni tak leh kawal diri. makin kuat cengkam, mcm dier pegang kayu. cehhh....terus aku tegur, kak jgn pegang lutut sy kuat sangat. sakit.....( pastu dier tgk aku tak layan "bising"dier, dier pon p sembang ngan lelaki tu. pertanyaan yg sama la yg menunjukkan ketakutan dier....hehehh....

aku ni pasal alim sangat tu tak la, tapi in sha allah selagi ble dijaga dan dielak.....aku elakkan. Oleh kerana hari ni women day, jom la kiter sama2 belajar kawal diri....:)

bye...


MH370: Hilang Dari Radar

Assalamualaikum n Hi....

MH370....Ke mana Menghilang?


KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.


Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
“Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan,” kata kenyataan itu.






Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.

Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut. -Awani

Sumber: Awani

................................................................................................................................................................

Uhhhiiiihhhhh.....seram la dengaq berita ni. KL-Beijing pulak tu. Mei ni, in sha allah.....kalo tak de aral melintang kami akan p ke China. KL- Hangzhou. Naik Airasia. Tempoh perjalanan aku ingat lebih kurang je 6 jam. Terbang jauh, lagi2 dengar berita buruk, lagi la menyeramkan! uhhhh.....semoga, tak de apa yg buruk berlaku nanti......naik kapaltebang ni sukar diduga n bukan ble dijangka. teringat masa ke HK 2010. cuaca buruk....sekali dier turun mengejut, dr 1 ketinggian....uihhhh semua menjerit. takut. kecut perut. nasib baik tak lama lepas tu, perjalanan ok, tenang. alhamdulillah....

dan pada semua keluarga penumpang yang terlibat, harap bersabar dan berdoa semoga semua penumpang selamat.........




Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...