Tuesday, December 31, 2013

Hello Jogja: (3) Bertemu Farid dan Salak Madu selepas singgah di Candi Mendut.........


Part III
19 Nov 2013

Sambungan Part II....

Kami meneruskan perjalanan ke Candi Mendut. Jarak antara Borobudor-Mendut cuma 3 km je. Kawasannya kecil dan hanya sebuah bangunan candi saja yg kelihatan di sini. Kami tak bercadang untuk masuk ke dalam, cukup mengambil gambar kenangan dari luar pagar. Candi Mendut di temui pada tahun 1836, kemudian dibersihkan. Pada tahun 1897-1904 kerja2 membaikpulih bangunan candi mendut telah dijalankan namun hasilnya kurang memuaskan. Maka setahun kemudian Theodoor Van Erp mengambil inisiatif untuk membaikpulih semula dan hasilnya puncak Mendut dapat disusun kembali. Sehingga kini Candi Mendut masih lagi digunakan untuk merayakan upacara agama Buddha Wesak iaitu pada bulan Mei, ketika malam bulan purnama......ketika itu biasanya ramai pengunjung dari masyarakat beragama Buddha yang datang berziarah, bukan saja dari Indonesia sendiri malah dari negara luar juga hadir ke sini. 




Aduhhhhh....lapar la pula. Jom Makan....:) Pak Wor bawa kami makan di Rumah Makan Bale Kambang. Banyak2 restoran yg kami pegi selama berada di Jogja, tempat ini la yg paling kami suka. sedap, murah (kata kak Enai la....sbb dia yg bertindak menjadi akauntan untuk trip kali ni. urusan pembayaran makan diuruskan oleh beliau. Di hari pertama lagi kami dah set perbelanjaan makan dan serah pd Kak Enai), sambal juga sedap, tempat pun menarik. harga? ntah lupa...sbb aku tak pegang resit. 



tenang aje kan makan atas air...

amboiiii.....lapar sakan nampak.....:D
Dari Rumah Makan Bale Kambang, kami meneruskan perjalanan. Awan kelihatan mendung, ada 1 tempat lagi yg akan kami kunjungi sebelum balik hotel. Moga2 hujan tak turun lagi...............

KH : Pak, dimana ya tempat menjual salak madu?

Pak Wor : Oh…..tak jauh bu, letaknya nanti dalam perjalanan ke Parambanan. Nanti saya bawa ibu ke sana… 


Di kiri kanan kami nampak pokok salak tumbuh subur. Cantik. Kawasan nya di jaga rapi, bersih. Macam ladang kelapa sawit. Daun salak pon mcm sawit. Ahernyer kami sampai di sebuah rumah, dekat je di tepi jalan. Di hadapan rumah kelihatan banyak buah salak siap untuk di jual. Pak Wor menyapa ibu dan seorang anak muda. Dengan penuh teruja kami ambil sebiji buah salak dan terus merasa kemanisannya. Tentunya dengan izin ibu juga.…..(makaseh Bu...) Buah salak di sini bersaiz besar berbeza dgn yg salu aku jumpa kat pasar KK.


Kakak ku sekalian yang teruja melihat Salak Madu...:)



Baju merah itu Pak Wordoyo, baik orangnya. Itu abang Ipar kepada Farid......

Kak Beth: Bu ini salak madu?

Ibu: Bukan. Kalau mahu ada tapi masih di kebun.
Anak muda: barangkali kalo mau, kalian ikut saja dan petik sendiri di kebun

Aku: jauh tak?
Anak muda: ngak, di belakang rumah aja

Ntah kenapa tak jadi. Ahernyer anak muda ambil sebuah raga dan terus berlalu dgn motornya. Tak sampai 10 minit dier dah sampai. “

Hai Farid....;)
Kak T: sekejap nya dia sampai, kalo kakak tau td dekat, kakak ikut dia

Aku: naik apa?

Kak T: membonceng di belakang dia

Aku: hehheheh…..


Lama juga kami di situ, hampir 20 minit . Sambil2 makan buah salak aku tak lupa klik2 depa yang tgh teruja makan salak. :D. Urusan hampir selesai, kami sepakat beli salak 5kg. aku terus naik kereta sementara depa masih makan salak. Tau nape aku naik awal? Sbb kami salu berebut tempat duduk di hadapan, di belakang pemandu. Hehehheh…….





Sambil layan makan salak madu.......

Anak muda: mbak, ngak mau ambil photo untuk kenang2an?

Aku: ya? Oh mau…..:)


Aku serahkan kamera dan terus ambik tempat. Aku tgk cara dia pegang kamera aku dah tau mmg dier ni minat dlm bidang fotografi. Lagi2 bila tgk dier tukar mode Auto ke manual…hehhehehh….(Malu....**) Farid, (kalo kamu baca blog saya), sebenarnya saya bisa kok guna manual, tapi kamera saya sering bertukar tangan, saya juga mau dong ada kenangan sepanjang di jogja. Lalu saya tukarkan ke auto supaya senang rakan2 tinggal klik2 saja…:D Oh ye, lupa. Mana aku tau nama dier Farid? OTW ke Prambanan Pak Wor sempat cite, yang tadi itu (tempat beli salak) merupakan saudara dier. Err… ble dikatakan ibu mertua pak Wor kot. Farid adik beradik seayah, tak seibu dgn wife Pak Wor. Lalu, Pak Wor cite, Farid tu seorang photografer. Kan….dah agak dah..:) 


aku stop sampai di sini dulu ya. Kita jumpa lagi entry Ke Candi Prambanan. Daaaa……(emmmmhhhh….tetiba…:D) 

Hello Jogja: (2) Meneliti Candi Borobudur, Mendut, Prambanan Dari Perspektif Sejarah & Senibina.


Part II
19 November 2013

Mengikut perancangan awal, hari ni kami akan ke Gunung Merapi (Plan A) dan (Plan B) ke Gua Jomlang dan kemudian meneroka Gua Pindul dan rafting di Sungai Oya. Dlm perbincangan kami di LCCT, aku sempat cite sket aper ader kat Gua Jomlang. Menurut aper yg aku baca, Gua Jomlang ni berbentuk Vertikal, nak masuk ke Gua Jomlang yang berkedalaman 60m ke bawah ni ada 1 cara sahaja iaitu menggunakan Single Rope Technique (SRT) tapi bukan sendiri tau. Kiter ble dapatkan guide, depa akan sedia semua peralatan. Aktiviti ke Gua Jomblang dibatalkan atas faktor keselamatan dan tak ramai yang minat aktiviti sebegitu. Tak pe, mungkin ble p lain kali dan carik geng yang punya minat yang sama… Kalo ader pembaca kat sini yang nak p, jangan lupa ajak saya sekali ye… Maka hari ni akan p ke Merapi dan Gua pindul.


Photo By: http://mystoriesmories.blogspot.com/
Mulut Gua Jomlang. Bak kata blogger mystoriesmories, nak terjun ble juga tp innalillah la jawab nyer......:D

Namun, bila bangun pagi dan menjengok ke luar tingkap, nampaknyer cuaca tak menyebelahi plan awal kami. Hujan turun renyai2. Kami berkumpul di luar bilik sementara menanti jam 8 pagi untuk bertolak pergi. Masing2 bancuh minuman sendiri. Aku tgk depa dah pakai baju sukan sesuai utk aktiviti sedikit lasak. Amboi semangat….:) Cuma aku yg pakai jeans dan T-shirt. KH kata ada baiknya aktiviti hari ni kita ubah melawat ke candi borobudor, nak rafting rasanya tak selamat lagipun hujan. Kami, anak2 kapal  setuju je arahan kapten :D n masing2 tukar baju balik.






Tepat jam 8am. Pak Wor sampai. Beliau juga setuju agar hari ni kami melawat ke Candi Borobudor, kemudian ke Candi Mendut dan akhir sekali ke Candi Parambanan. Alhamdulillah, tiba di Borobudor hujan berhenti walau ada sedikit renyai. Beberapa orang menawarkan sewa payung dengan bayaran Rp 10.000. Aku amik 1, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Tak hujan ble juga melindungi Puteri Payung ni dr panas terik. Hehhehehe……

kami di pintu masuk Candi Borobudor.
Sementara menanti Pak Wor mengurus pembayaran tiket masuk kami sempat klik2 di depan pintu masuk. Harga tiket untuk pelancong luar: IDR 135.000.


laluan menuju ke Candi Borobudor





Candi Borobudor merupakan sebuah candi Buddha yang terletak di Borobudur, Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. (Dapat nama dr tempat tu kot) heheh.....xla aku main2 je. Ianya berbentuk stupa, 4 segi, bertingkat2 dan dibina oleh para penganut agama Buddha Mahayana dalam tahun 800-an M iaitu ketika pemerintahan wangsa Syailendra. Menurut sejarahnya, Borobudur ditinggalkan pada abad ke-14, apabila pengaruh islam mula bertapak di Jawa dan ketika itu pengaruh kerajaan Hindu dan Buddha sudah mula mengalami kemalapan.



Posing dulu sebelum mendaki..:D





kami ber-5
Sampai di sini (photo atas) kami berpisah haluan. Terpulang kepada pendirian masing2, tiada sebarang paksaan sbb candi ni pernah menjadi tempat upacara keagamaan agama buddha. Sekiranya berat hati, elok jangan naik. Maka kami ber-5 sahaja yg mendaki naik hingga ke puncak. Jujur dari hati, tujuan aku mendaki naik ke atas, tiada sebarang niat berunsur keagamaan. Sebagai seorang guru, aku ingin sekali melihat pemandangan dr puncak borobudor, meneliti senibina dan seterusnya mengaitkan dengan sejarah Borobudor. Membayangkan bagaimana ia bermakan sekian lama, betapa gigihnya pekerja2 menimbulkan semula monumen bersejarah. Ini semua sangat menarik. Mungkin satu hari nanti ble di bawa ke dalam kelas sebagai salah satu set induksi atau hanya sebagai sembang2 kosong bersama pelajar.

Apa yang menariknya, dipercayai (dulu) kawasan di sekeliling Borobudur merupakan sebuah danau purba. Ini dapat dilihat apabila Borobudur dibina di atas bukit dengan ketinggian 265 m (870 kaki) dari permukaan laut dan 15 m (49 kaki) di atas dasar danau purba yang telah mengering. Ader banyak lagi la teori dikemukakan demi menguatkan hujah keujudan danau ni. Nak tau lebih lanjut, ble goggle kat cik wikipedia. Sebelum ditemui, Borobudur tersembunyi selama berabad-abad lamanya, bermakam di bawah lapisan tanah dan debu vulkanik yang kemudian ditumbuhi pohon dan semak belukar sehingga Borobudur ketika itu kelihatan seperti bukit. Oleh kerana ianya berdekatan dengan Gunung Merapi, maka letusan gunung berapi dipercayai adalah punca Borobudor tertimbus selama berabad2 lamanya. Namun disebalik tertimbusnya borobudor, tersimpan hikmah disebaliknya, yang mana ia terselamat dari kerosakan yang melampau akibat gempa bumi dan perubahan cuaca.

agaknyer orang dulu2 badan besaq2.....sbb bila tengok jarak antara 1 anak tangga dier perghhhh...... tinggi. aku ingat tempat ni bagus untuk melatih orang berkawat. kan bebudak sekolah kalo berkawat maser sukan punyer la tak nak angkat kaki. malu konon...:D

Naik heran budak tu tengok kak Beth.....hehheh








Menurut pembacaan dan melihat sendiri, Borobudur tidak memiliki ruang-ruang (bilik) pemujaan seperti candi2 yg lain. Yang ada hanyalah lorong2 panjang yang merupakan jalan sempit (xde la sempit mana, ble lagi 5 orang berbaris selari-melebar). Setiap lorong  dihadang oleh dinding yang mengelilingi candi tingkat demi tingkat. Di lorong2 inilah masyarakat Buddha (dahulu) dikatakan melakukan/menjalankan upacara berjalan kaki mengelilingi candi ke arah kanan. Sesuatu yang menarik dapat kita lihat dari struktur binaan Borobudur, yang mana ia langsung tidak menggunakan simen. Tetapi pembinaannya menggunakan kaedah interlock. Senang cite bayangkan permainan lego yang boleh kiter cantumkan dan kemudian ble dileraikan semula.















Photo tuan tanah kena ader....wekekekk

Pemandangan dr tempat yang tinggi sangat berbeza. 


Pintu masuk n keluar berbeza ye.....







dah turun, maser untuk tengok2 barangan jualan....

dalam banyak2 T-shirt, aku tertarik ilustrasi nyer...:D

Kak T beli sinduk kat sini...:D



Bila dah turun, tak jumpa lak geng kami lagi 2 orang yg tak naik td. Ingatkan depa masih tunggu kat tempat masuk tadi, Rupanyer tengah makan kat gerai ni......:)


Ok....sekian saja dulu untuk hari ini...:D. Jumpa lagi di lain waktu, di lain entry.........wekekekk.....Uhhhh....banyak giler gambar. Sila tabahkan diri menatap photo2 kami yang eksen je lebeyhhhhh.....hhahahh... ok tattatatatattatatatta....................................

Bersambung.........


Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...