Sunday, November 16, 2014

Traveloge Hangzhou-Shanghai-Suzhou: (10) Tersilap Bas balik ke stesen keretapi...Uwwaaaaaaaa......:(

Sambungan Dari: (7)

Aku menghabiskan masa dalam 1 jam juga la ronda-ronda dalam Muzium Suzhou ni. Sebelum keluar Sempat lagi aku berdiri memandang bangunan Muzium Suzhou. Menghayati, meneliti senibinanya buat kali terakhir... Besar kemungkinan aku tak akan kembali lagi ke sini, kalo pun nak datang Suzhou aku p tempat lain, tapi yang pastinya tak akan p muzium seks. Wahahah.....well, aku kan wanita melayu terakhir yang masih lagi berpegang teguh kepada tatasusila & sopan santun..**sambil duduk bersimpuh tersipu2...pangggg sekali....wekekekek!

Sambil keluar ke jalan besar aku masih lagi memikirkan samada nak ke Garden Of The Master Of The Net atau terus balik saja ke stesen keretapi. Kedudukan taman ni sebenarnyer tak jauh mana, kalo ikut cite Supermeng, dari sini kena naik bas no. 202. Fikir punya fikir, tengok jam, dah jam 1 lebih. Tiket balik ke Shanghai adalah pada jam 3.14 pm.. ok tak nak tanggung risiko, so balik la. Sebenarnyer sempat je kalo berani kan. Tiket train dah beli, tinggal datang je ke stesen train dan cari waiting room., kemudian tunggu train ke shanghai. tapi aku ni kan lurus ikut buku, maka aku perlu masa untuk cari di mana letaknya waiting room untuk train ke shanghai, tak nak kelam kabut.

Oleh kerana tak jadi ke Garden Of The Master, maka aku memutuskan utk balik ke stesen keretapi Suzho North Railway Station (SNRS). Tapiiiii.....tapikan , aduhhh...baru terfikir, nak naik bas no aper ye?? kalo ikut supermeng dier naik bas no. 202 ke GOTM dan naik semula bas tu utk ke SNRS. Tapi aku tak ke sana. Maka aku putuskan untuk samakan aje dgn sistem perjalanan bas di Malaysia. kalo tadi aku naik bas no. 1, sudah pasti bas no. 1 tu akan balik semula ke SNRS. Macam kat Malaysia kan, bas tu pusing je seluruh bandar kemudian balik semula ke stesen bas.  Jadi aku kembali ke bus stop tempat aku mula2 diturunkan tadi, iaitu di seberang jalan sana. Di sebelah sini sebaris dengan Humble Garden dan Muzium Suzhou ni pun ader bus stop tapi aku tak pasti bas ni semua akan ke mana. Lama juga la nak tunggu bas no 1 ni sampai. Uhhhhh.....masa berjalan. Kira-kira dalam 20 minit bas no 1 pun sampai, sekali naik, driver bas tadi tu juga. aku tunjuk nama SNRS dalam tulisan mandarin. Dia angguk. Lega....

Dalam bas, takkan nak duduk je, jepret la sket pemandangan luar bas....

Dalam bas tu kan baru terfikir asal aku tak naik aje bas no. 202....?? kan Supermeng kata lepas pegi GOTM, dier naik balik bas no. 202 untuk ke SNRS....adusss....

Driver bas tadi
ruang dalam bas

Sekitar suzhou
Kawasan perumahan kot

pintu masuk salah satu taman klasik agaknyer. Kat Suzhou ni kan banyak taman klasik...satu hari cukup kot p semua tempat tapi kena bemalam di suzhou

Dari jauh ku perati je pasangan 2 sejoli ni

tak tau sape salah, sape betul.....bukan main romantik lagi! bas kat blakang oittt.....aku pedulik aper, u jump, i jump also katanyer......
Yang ni lagi yakuza. Slumber badak je dier uturn tang tu jugak! Mula tu kan BMW maroon tu elok je jalan selari depan bas no 2 tu. ntah mungkin tetiba baru dier sedaq agaknyer, dier salah jalan. senang jer dier buat. Benti. Terus uturn.....uihhhhh......aku tabik spring la kat ko abang long...!

tu dah dapat site dah tu. line clear ble jalan terus...



Dalam 25 minit perjalanan lebih kurang la, bas pun berhenti. Aku pandang keluar. Mamat driver tu tunjuk pondok ni kat aku. Katanyer dah sampai.......Aku turun. Lain macam je tempat ni....Oo...patut la dier angguk tadi. Mungkin dier ingat aku nak mai sini pula kot. Aduss.....Hello abg long, I don't want to go to this place, I want to go to Suzhou North Railway Station..... satu2 aku cakap sambil tunjuk nama SNRS dlm tulisan mandarin. Aku belasah je speaking Spanyol, salah gramática bukan dier paham pon. Wahahhah...Dier paham tapi tak tau nak balas. Dier tunjuk 1 bas yang memang dah tersadai kat situ. Aku ingat dier bagitau bas tu yang akan pegi ke SNRS. aku tengok jam dah jam 2....ok sabar2. Tak lama tu ader mamat ni datang cakap dengan aku...

Ni la mamat ensem tu....tq Dear.....:D
Mamat ni datang tanya, sebenaq nyer nak p mana. Dier tau aku spesis lain dr depa, pakai tudung jadi tersesat itu perkara biasa...:D. Aku terangkan aku nak p SNRS. Aku kena ader kat sana sebelum jam 3, train aku ke shanghai 3.14pm. Sambil tunjuk buku yg ader nama SNRS dlm tulisan mandarin. Untuk mengukuhkan lagi tempat tu aku pon dengan lurus nyer tunjuk gambar yang aku amik tadi. Menurut mamat ni kat Suzhou ader 4 stesen keretapi: Utara, selatan, timur dan barat. Hah...semua 4 arah mata angin utama dia amik! Sape tulis, dier tanya? aku cakap minah kat kaunter hostel di shanghai tadi. Ader silap, katanyer. Dier pun betulkan tulisan tu.  Dia p tolong tanya pada driver bas2 kat situ. Kemudian dier datang balik. Miss katanyer, hang jangan dok kalut, bas yang hang ikut tadi, tak kan balik ke SNRS sekarang, depa ikut turn. Bas yang akan jalan, bas di sebalik bas biru ni, dalam beberapa minit lagi. Perjalanan dari sini ke SNRS mengambil masa dalam 10 minit sahaja. Begitu jelas penjelasannya pada Minah kalut ni. Uihhhhh.....seb baik.

Sambil2 tunggu bas tu, kami borak2 santai. Menurutnyer, dier juga seorang pelancong dari Beijing. Saje datang bercuti ke Suzhou.....Balik2 cakap I love my country.....ek elehhh.....hang ingat hang sorang ja ka sayang negara hang. aku pun same la....Katanyer di China memang tak ramai orang boleh ckp BI, dier lucky, sebab dapat belajaq kat UK. OO...patut la. I'm already married. u? My wife worked in Beijing, katanyer. Soalan aper kah ini? Cepu mas atau perak?? Wahaah.....dier tanya aku datang dari mana. Aku cite la datang dari Malaysia. Aku saje tanya, u know Malaysia? Yes, i've heard. Recently, there was a missing plane. Glupp...betul la tu. Seb baik dier tak salahkan kiter, pasal ramai juga warga China yang hilang.**lap peluh pakai tudung...:D

Tak lama tu driver bas lambai2 suh naik bas. So aku pun mohon pamitan dari dier. Ok bro, I've to go. Anyway,  thanx a lot, for helping me...Yeap,  nice to meet u, n i hope, 1 day, i can meet u in sabah. Call me if u come to sabah....begitu kami berpisah. Belasah lagi, i paham u pon paham, cukup la tu. Wahahahh.........Yang tak tahan tu,  ayat aku "call me" tu, suh call me tapi tanya nama pon lupa apa tah lagi nak bertukar2 no hp. Bangang sekali aku rasa.....wewekekek....mesti mamat tu cakap, bengong la si Minah ni! Sempat aku lambai2 tangan sambil bg flying kiss  kat dier.



Alhamdulillah...sampai akhirnyer ke SNRS. Perkara pertama yang aku p cari ialah kedudukan waiting room yang menempatkan train menuju ke Shanghai. Betapa luasnya stesen keretapi depa. Eh bukan memang semua stesen keretapi China macam ni ke?? Tengok la dier punya Train. Antara yang termoden dan agak laju juga! Dah jumpa, aku ingat nak p masjid, naik metro. Suzhou ni macam Hangzhou juga, sistem pengangkutan metro dier masih dalam pembinaan. Kalo tak silap cuma 2 laluan yang baru siap. Sekali aku pegi la kat mesin beli tiket tu, sekali tengok punyer ramai orang Q. Benda baru, murah pulak tu memang la macam goreng pisang panas. laku dan jadi pilhan ramai. Dalam tempoh sejam aku ingat tak sempat, mana nak cari kedudukan masjid lagi. Jadi aku amik keputusan lepak saja di sini. Bagi sesiapa yang berkesempatan nak p, dan masa masih panjang ble amik laluan ni.


                Line 2 (red): Suzhou Railway Station- Shantang Street Taohuawu- Shilu--> Exit.

Dah sampai stesen Shilu. Keluar. Masjid Taipingfang, Suzhou ni terletak bersebelahan dengan Shilu Road iaitu kira2 20 meter dari jalan utama. Ianya agak tersorok di satu lorong. Dibawahnyer ader restoran. Tak jumpa juga boleh cari Restoran Pamer. (Info dari: Ved...TQ Ved :)) 

Sebenarnyer kan, Bas no. 1 tu, lepas pergi Humble garden, dia akan lalu juga di 1 lagi taman, tapi tak pasti nama apa, (kalo ader banyak masa ble explore), kemudian yang terakhir sekali bas no 1 akan berhenti di Tiger Hill. Ble la masuk sini. Kemudian dari sini ader bas yang akan terus ke SNRS. Jadi jangan risau yang penting hang ader nama tempat tu dengan tulisan mandarin sekali.


aku kena masuk pintu B3 tu nanti

arca

perghhhh ramai gilerr...salah satu pilihan yang ada untuk berpergian ke mana2, agak murah berbanding terbang diangkasa. 

Kalo bole baca tulisan mandarin, mudah. Jadual perjalanan train ada di sini.

kaunter pertanyaan.

Train aku nanti landing dekat no. 10 ni

ketapi

Ok ni aku punya....


Aku sebenarnyer bawa bekal, maggie goreng. Orang kampung la katakan....Tapi tak sempat makan, tak de tempat. Baru nak buka tupperware, suap maggie kat mulut, angkat muka, laaaa.....rupanyer 2,3 mata tengok aku. Tak sempat aku kunyah, terus telan. Nasib baik tak tersedak. Terus tutup balik tupperware...*sambil bersiul tengok siling bangunan..:D :D :D

Sampai saja ke Shanghai, terus amik metro ke Yuyuan. P masjid. Dah macam kampung aku pula Shanghai ni. Ingat nak p Yuyuan Garden n bersantai tengok sunset kat The Bund lepas tu, keluar masjid dah mula pula berangin. adoiii...balik la kalo gitu. Lapar tau...sampai2 je ke hostel, terus pegi restoran muslim, selang 2,3 baris dari hostel. Order makan. Tapau. Balik. Naik ke bilik. tengok tong sampah masih ader kat luar bilik, maknanya depa 2 orang tak balik lagi. turun ke lobi. Makan. Alhamdulillah....sampai juga aku dengan selamat kat Shanghai. 

Malam tu kami bertukar2 citer. Depa Round bandaraya Shanghai naik bigbus shanghai. Wah bestnyer......Tapi ader 1 soalan dari kak Pok yang aku tak ble lupa,  "ko ada pigi la Muzium seks tu??"....Hoiiiiiii.......Wahahhahah.....patut la depa tak mai join aku ke Suzhou. Rupanya depa ingat aku mai tengok tempat tu. Gila!! Hehheheh.....

Bersambung.......

**Rujukan:

Ved
Supermengmalaya

Friday, November 14, 2014

Traveloge Hangzhou-Shanghai-Suzhou: (9) Singgah di Muzium Suzhou

**Sambungan dari: (8)
2 Jun 2014
Selasa

Dah puas meneroka Humble Garden, aku pun keluar...menyebelah ke Muzium Suzhou pula. Orang pun dah tak ramai. Sedang2 elok dah tu. Sebelum tu singgah dulu tengok terusan kecil. 


Berehat menanti penumpang



lagi..kedai-kedai
Kalo kite tengok dokumentari pasal terusan yang ader kat China ni. Laluannya cukup panjang merentasi wilayah Beijing di utara, mengunjur hingga ke wilayah Hangzhou di selatan China. 1770 km tuhhh.....bukan alang-alang! Yang ada dalam peta ni Terusan utama atau dikenali sebagai Terusan Besar Beijing-Hangzhou, setiap laluan akan ader sayap/cabang terusan kecil yang menghubungkan laluan besar dengan pekan2 kecil. Sama juga la cite nya dengan sejarah tamadun lain, sungai/ terusan merupakan jalan pengangkutan terbaik yang ada pada masa tu. kalo guna jalan darat ia akan mengambil masa yang lama dan agak sukar dengan bentuk muka bumi yang bergunung ganang. Itu belum masuk part di baham harimau dan diserang lanun di tengah jalan...ahhhaaaaa.. Jadi, toksah banyak citer, aku juragan korang kena ikut arahan aku....begitu katanya ayat si juragan. Ambil la langkah selamat, senang dan mudah.

Laluan Terusan Besar Beijing-Hangzhou yang cukup panjang
Dah telajak cite la pulak pasal sejarah canal. Macam dlm kelas sejarah...tau2 budak melopong. Bukannyer kerana khusyuk, rupanyer tak paham. ahahah....ok sambung citer pasal Muzium Suzhou. Kalo kat tempat sendiri agak berat hati rasanya nak p, tapi kalo tempat orang kena pegi. Nak kenal budaya orang katanyer. Masuk adalah percuma. Yehaaaa.....Jimat!


Pintu masuk ke Muzium.

Muzium Suzhou yang pertama dibina pada tahun 1960 dan ianya diletakkan di dalam Istana Zhong Wanfu. Kalo dah dalam Istana maknanya rakyat jelata tak berpeluang untuk melawatnya. Tahun demi tahun ekonomi Suzhou semakin berkembang maju, kerelevanan muzium diletak dalam istana semakin menipis dan depa berfikir "kita patut mengeluarkan muzium dari istana untuk dikongsi hak bersama rakyat jelata dan ianya juga boleh menarik lebih ramai pelancong". Akhirnya pada penghujung tahun 1990-an depa memutuskan untuk membina sebuah muzium Suzhou yang baru. 
Kata sepakat dah dicapai, maka sekarang tiba masa untuk mencari siapakah yang layak mendesign Muzium. Perbincangan meja bulat dibuka. Dibentangkan senarai arkitek2 berbakat besar, kreatif, inovatif dan berpengalaman luas dalam dunia senibina, sebab ini bukan tugas mudah. Depa mahukan rekabentuk muzium baru itu nanti mesti, wajib, tidak boleh tidak...(cewahhhhh....ayat penambah perisa) mengabungkan eleman moden dan juga estetik klasik. 

Akhirnya depa pilih Ieoh Ming Pei dari Firma IM Pei & Associates (kini dikenali sebagai Pei Cobb Freed & Partners) untuk menyahut cabaran ini. Pemilihan ini dikira menepati spesifikasi yang dikehendaki. Pei seorang arkitek berpengalaman luas dan pernah mereka bentuk bangunan2 moden seperti Pyramid Glass di The Louvre, Paris, Museum Of Islamic Art Doha, Rosk & Roll Museum di Cleveland dan lain-lain lagi. Dilahirkan di Canton, Guangzhou, China dan kemudian dibesarkan di Suzhou, sudah pasti rekabentuk yang dihasilkan nanti sangat mengkagumkan, juga menepati citarasa, kerana kenangan di waktu kecilnya boleh diaplikasikan di dalam designnya nanti. 

Mula2 berdiri di posisi ni aku berfikir2, ko dah kenapa uncle Pei, bina batu2 macam ni?? Dah abih idea ke aper...?? **amboi, komplen mcm boss...boss....:D!!  Sekaliiiiiiiiiiii.....amik ko! baru nampak...
haaaaaa.....nampak tak. Gunung ganang buatan dihujung sana.....cantiknya....ble cilok idea ni nanti nak buat kat rumah sendiri...:D

Sudut lain.

Gabungan bentuk geometri
Ruang dalam ader kolam dekat tangga naik ke tingkat atas 

bersantai bajet di pergunungan alps
Bangunan Suzhou ni ada 2 tingkat. Aku naik tingkat atas yang menempatkan barang2 istana, kaca dll..


cucuk sanggul maharani
Gunting dan berus gigi. 

gelang

Kayuh...kayuhhhh

Persalinan maharaja...
Perhiasan kaca....
Burung kena sumpah sebab derhaka kepada raja..:D

Lagi barangan kaca



Untuk budak seni, aku ingat ini sangat berguna untuk buat projek studio. Untuk dapatkan idea bernas. Kaw2 punyer......teringat dulu msa buat arca teko.......subject matternya gajah....sekali jadi....pat belalai je ada.....aduhhh......aku tak ingat dah dapat bape markah...uihhhhhhssss....tak de la sampai dapat C...cikai2 pon dpt B la paling kurang :D

temanya dunia berbeza....:)

Obor2 kena kurung

topeng



hijau aku suka

minimalis





miow...miow


arca lilin.....

alahaiiiii....banyak gambar. kena buat entry baru...kalo tak dier mcm org mamai.......Jumpa lagi...:D

Rujukan:

http://archrecord.construction.com
Supermengmalaya

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...