Thursday, April 14, 2016

Travelog New Zealand-Australia: (8) Menyusur Sungai Yarra..

Bersambung dari Part: 7

Sungai Yarra

Hari yang sama.

Oleh sebab depa tak naik2 lagi ke bilik, aku amik keputusan untuk mengambil angin petang dan menyusur Sungai Yarra. Jam masih awal lagi dan sangat rugi kalo aku biarkan masa berlalu begitu saja. Nak layan mata mengantuk, bila2 pun ble. Nanti balik Kampong aku cover balik masa tido yang tak menentu kat sini. Cewahh...ble gitu?? ekekke.....

Turun dari hostel, aku pilih haluan kiri untuk menuju ke Sungai Yarra. Aku ble pilih jalan mana yang aku suka, sebab aku dah hafal. Cewahh...agak berlagak kat situ. ekekek...bukan la. Ini sebagai motivasi kepada diri sendiri. Aku bawa bekal pamphlet, jd aku tau kedudukan sungai Yarra beberapa blok dihadapan sahaja dari Ibis hostel ni. Jadi, biar lorong mana ko amik yang penting terus ke hadapan, pasti akan sampai ke tebingan sungai. Cuaca agak mendung, dah terlanjur aku turun, aku berharap sangat...sangat...sangat agar hujan tak turun.

Bangunan berciri klasik yang masih dijaga rapi
Betul la, dengan cuaca.. bukan lawan untuk kita berkompromi. Tiba di perkarangan Fed Sq. angin kuat dan hujan turun agak lebat. :(( aku tunggu sat hujan teduh. Nampak nun di seberang sana ader mentari dicelah2 awan. Ok...ader harapan untuk aku meneruskan perjalanan. Dah tak ramai orang di perkarangan Fed Sq. masa ni, mungkin sebab dah nak petang, atau sebab hujan atau sebab hari ni hari keje??

diperkarangan Fed Sq. Kalo hujan dan berangin, fungsi payung tu macam dah tak berguna. Betul...rasa mcm berlawan dengan angin. biasanya angin akan menang :D

Melbourne City Town Hall
ACMI
Seberang nun...damai aje....tempat orang beriadah
Pemandangan Southgate area dari tebingan Sungai Yarra
Bangunan Arts Centre dari kejauhan. 
Jika berkeinginan, berminat juga jika ada duit lebih, boleh juga singgah ke Art Centre ni. Terdapat bannyak persembahan dijalankan di sini, daripada teater, muzik, tarian, sarkas, opera & sebagainya. Ble rujuk web https://www.artscentremelbourne.com.au/ untuk jadual persembahan dan harga tiket. Aku tak mai singgah sbb memang tak dak berhajat. Kalo masuk juga abih la lariiii bajet yg sudah sememangnya ciput sebab kat sini bukan saja boleh menonton persembahan tapi ader banyak kedai yang boleh merambangkan mata bagi kaki2 shopping ;p























Alhamdulillah hujan dah mula reda, aku pun mula bergerak ke seberang sana. Mula2 turun ke tebingan sungai. Rupanya kawasan ni laluan untuk jogging atau berbasikal atau laluan pejalan kaki. Dan katanyer kadang2 ader juga aktiviti berkayak dijalankan di sini. Sayang, masa ni tak de apa2 aktiviti berlangsung di sini. Aku bergerak ke yarra footbridge. Kebetulan pula terserempak dengan si DD (rakan yang sama2 ke GOR ari tu). Malas nak kacau DD sbb aku tengok dier tgh bz "bersiaran langsung" dengan video nyer...:)

Yarra Footbridge
Berdekatan dengan Jambatan ni juga, terletaknya jeti bagi Melbourne River Cruises. Jika berminat menikmati keindahan kota Melbourne dari sisi Sungai Yarra boleh la mendapatkan tiket di office depa yang berhampiran dgn anda. Office depa ada kat Flinder St., Federation Wharf dan Southgate Promenade. Ble booking online juga.








Burung bersantai di tebingan Sungai Yarra



Sungai Yarra berlatar belakangkan bangunan pencakar pangit di CDB

rangkaian landasan keretapi di Melbourne

arca di Birrarung Marr
Dari Southgate area aku menyusur ke haluan kiri, sebab kat situ lebih santai dan ada banyak taman. Kadang2 aku berselisih dengan beberapa orang yang berbasikal, jogging dan dating juga...ekekke....santai aper kat sini, jauh dari gangguan orang yang lalu lalang, tapi sebenarnyer agak bahaya utk berjalan sendirian dalam gelap. Tapi dah terlanjur berjalan agak jauh aku teruskan ajer la. Aku sebenarnyer takut hujan turun sebab tak bawa payung & mcm tak banyak tempat nak tumpang berteduh. Akhirnya aku tiba di Swan St. Bridge. Di sebelah timur jambatan ni terletaknya Sidney Myer Misic Bowl. Jika berjalan ke depan sikit akan jumpa Royal Botanical Gardens & di sebelahnyer terletak bangunan rumah kerajaan. Kalo tak memikirkan hari dah nak gelap, nak ajer rasanyer berjalan hingga ke Morell Bridge tapi apakan daya, akur saja la hingga ke Swan St Bridge dan berjalan terus untuk kembali ke pusat bandar. Ader juga hujan turun tapi renyai2 manja. alhamdulillah.

St Paul Cathedral di waktu malam
Flinder St. di kala malam..
Akhirnya aku sampai di bilik. Alhamdulillah selamat dari hujan. Jika berkesempatan ke Melbourne aku syorkan keluar la bersiar2 amik angin di waktu malam. Suasananya lebih ummhhh, lebih menawan, lebih mengoda.....Kami sembang2, rupanya depa bukan p naik bas city sighseeing tu sebab mahal. Depa lama jalan2 kat bawah cari kedai monopod. Ohhh...ye la semalam kan pegi GOR, payahnyer selfie guna tangan, nampak muka besaq. Masing2 mengelak nak pegang phone bila tiba nak menyelfie...ekekekek. Ahernyer Kak Nana berjaya membeli monopod, ehhhhh....panggil ape ek? stick ke? I org kampong, mana tau pasal benda2 ajaib ni. Wekekekekke.....aku panggil monopod ader org marah. Aku pun confius, apa salah aku???? #sambil hentak2 kaki!! :p Satu aku tabik ngan Kak Nana. Dia seorang yang selamba dan muka tebal. hehheh....jgn marah Kak Nana ya. Aku ngan kak Nana sama je, "Spanyol" kami ke laut banyak. Ntah2 Kak Nana lagi ok. Zymah kata masa nak beli monopod tu, Kak Nana nak tya camane nak guna. Dier p belasah aje cakap melayu pd penjual tu, tapi yang peliknyer penjual tu pun paham. Sampai kat NZ monopod tu tak ble guna. Aduhaiiii...hehhehe! Bukan rosak tapi tak pandai nak guna ke aper.. ntah. Cane eh Kak Nana? hehehh.....

Kalo berhajat nak naik bus city sightseeing ble p kat web depa untuk skodeng harga tiket dan jadual perjalanan.  http://www.citysightseeing.melbourne. Ader pakej untuk 24 jam dan 48 jam. Semalam aku tengok kat blog mana ntah, ader harga AUD 19/= per1. Perrghhh...cuba ko tukaq duit Mesia....Rm55++ beb. Ni tgk kat web depa ni pula kalo yg 24 jam punya pakej AUD 35/=adult. 48 jam: AUD45/=. Emhhh....Time kaseh. Cik Nanie kalo rasa diri adalah pengembara fakir, baek tak yah. Rasa agak mahal. Sungguh. Jalan terbaik adalah naik tram percuma no 35. 

Malam tu aku ngan Zymah turun balik cari Cyber cafe untuk print tiket flight kami. Kat Ibis hostel tu ader juga komputer siap dengan talian internet katanyer. Meh aku bagitau, kalo berhajat nak cari info kat internet atau nak print tiket macam kes kami ni, aku syorkan elok la hang turun bawah aje. kat bawah sepanjang beberapa blok dari pintu Ibis hostel tu ader beberapa CC yang tak makan duit hang secara percuma. Betul.. Kat Ibis hostel tu makan masa 1 jam looding tak abih2, buang duit aje. Aihhh la.... sabaq2.... kat CC beberapa blok dari pintu Ibis hostel tu, kami masuk tak sampai 1 jam urusan selesai. Alhamdulillah....

Bersambung.....




Wednesday, April 13, 2016

Travelog New Zealand-Australia: (7) Terjah Hosier Lane

Bersambung dari: Part 6

Hosier Lane

Hari yang sama.

Tiba d Flinder St. masing2 tak nak lagi naik ke hostel. Ingat nak makan2 dulu ke, sebab baki nasi pagi td ader lagi. Tapi depa kata elok teruskan dulu ke Hosier Lane sebab kalo dah naik ke bilik, makan + kenyang pasti dah tak nak turun balik. Mesti godaan bantal itu lebih hebat dari grafiti di Hosier Lane. Emm.... betul juga. Kami pun berjalan kaki menyusur tepian bangunan Flinder St. sampai la ke hujung bangunan menghala ke Sungai Yarra. Menurut pembacaan katanyer Hosier Lane itu letaknyer sekitar Flinder St.- Federation Sq.-Melbourne Visitor Center (MVC) Jadi kena rajin cari. Sebenarnyer hari pertama kami sampai di sini, kami dah cuba "acah2" cari Hosier Lane ni...tapi tak jumpa.

Dah kebetulan sampai di perkarangan Fed. Sq. depa berhenti bersantai kepenatan katanyer.....tapi sebenarnyer nak guna wifi free kan?? Hehehhe.....Okey layan aje. Aku amik kesempatan masuk ke bangunan Melbourne Visitor Center. Kat bawah ni ader banyak pamphlet, brochure, map dan sebagainya info yang kita perlukan sebagai seorang pengembara. Memang ini la tempatnyer... Kat sini pun ble amik pakej sehari melawat ke mana2 destinasi menarik yang agak jauh dari bandar Melbourne. Contohnyer nak p Philip Island, Great Ocean...Aku syorkan jika berani, ble sewa kete dan ini jauh lebih menjimatkan dari segi kos, masa dan kepuasan....Mana tak jimatnyer, sewa kete ble je "patak2/ share" ngan geng2 kiter. Pastu ble pegi 2 tempat sekali gus. Macam yang kakiberangan buat. Tapi kena bermalam kat salah satu tempat tu. Kami, masing2 belum ader kekuatan untuk drive sendiri di Melbourne. Apatah lagi aku yang hanya ble bawa kete hok jenih manual. heheh... kesian! streng pula kat kiri lagi tambah gementar. Jadi jaga diri dan keselamatan diperantauan adalah perkara utama yang perlu diletak di no 1 dalam apa jua keputusan yang diambil. Kat MVC aku rembat beberapa pamphlet, buku (sbb gambaq dier cantik2), map (padahal kat hostel pun ble dapat) dan gigih pula post kan nya ke Malaysia. Emm.... macam ader unsur tamak di situ kan? ekekkeke....

di Hadapan Bas City Sightseeing...
Tengah jalan2 cari makan Hosier Lane tu jumpa pulak bas city sighseeing. Kat depan Fed Sq. ni juga merupakan salah satu pitstop utk bas city sightseeing. Konon2 nak naik bas ni nanti lepas p tgk grafiti. Bagus juga, murah pun murah. Ble round seluruh bandar Melbourne. Baca kat merata blog memang kata murah. Tapi tak de nyer ye. Arrr tapi ye la murah kalo duit AUD kan....nanti aku cite kat entri lain. Nak ditanyakan, drivernyer tak ader, p mana nah....

Ader 2 lagi..
Seorang pelancong sedang membaca map melalui telefon pintarnya di hadapan bangunan St, Paul Cathedral.
Ok, dari sini berhadapan bangunan Muzium Melbourne ni, halakan pandangan kiter di seberang jalan, pasti korang akan nampak limpahan graffiti. Jom2... aikhhh, bila tengok belakang depa sume masih duduk kepenatan. Nampak gayanyer idea nak mai tgk graffiti di Hosier Lane tak laku di kalangan kami. Hanya aku & Kak Has yang gigih menyeberang jalan menuju ke sini. Orang berjiwa seni memang macam tu, benda gini yang depa carik.. ekekkek... Meh la aku belanja gambaq graffiti.



Macam tiang bendera...
Dinding yang kusam berubah menjadi lebih bertenaga dengan limpahan cat berwarna warni...
Jumpa mamat asia dengan awekz dier....mai tengok sini sat...

Holla Bumble Bee....









Selesai jepret sekali dua, kami pun bergerak pulang, tengok depa masih lagi duduk santai di seberang sana. Kami buat isyarat kat depa, "jom pulang"... dari sini kami amik arah kanan. Tak yah menyeberang jalan. Selagi nampak bangunan Flinder St, Selagi tu, anda berada di laluan yang benar...ekekke.....kalo takut sesat, jalan terus menyusur hingga ke hujung bangunan Flinder St. kita akan melintasi bangunan St Paul tadi. Dah tiba di hujung bangunan Flinder st. amik pula arah kanan, menyeberang jalan. Jumpa kedai 7E. Jalan terus dalam beberapa blok bangunan sampai la jumpa Ibis Hostel. Ala sebenarnya ble je jalan  merentas desa lagi dekat. tapi itu bagi yang dah biasa, kalo tak biasa dan masih belum kenal jalan, ikut je jalan jauh pasti tak sesat. :)

Kami naik ke hostel...buat apa2 yang patut. Tunggu2 geng yang lain memang lambat, jadi kami makan dulu. 3 orang je, aku kak Has n Kak Hana. Sampai habis makan depa tak naik lagi, jadi aku pun masak nasi lagi 1 kali. sampai aku selesai membersihkan diri pun depa belum naik lagi....aikhhh...depa p mana??? Aku ingat depa p jelajah bandar Melbourne naik bas tu tadi agaknyer.....uwaaaaa....asal tak ajak???? sob...sob...sob....:(:(:(

Bersambung....


Kreadit gambar:
Kak Has/ Zymah/ Kak Nana...Tq




Tuesday, April 5, 2016

Travelog New Zealand-Australia: (6) Mengintai Ikan Duyung Di Brington Beach

30 NOv 2016
Hari ke-3

BRINGTON BEACH

Lama aku berehat dari menulis kan. Susah.. orang banyak hobi ni. Ikut mood. Sekarang ni tengah rajin belajar menjahit. Gigih merencana masa depan katanyer...ekekkeek...Malam ni mesin jahit meragam, jadi kasi rehat dulu sama dia...

Sambung cite kembara (part 5) yang lalu. Kami meneruskan perjalanan ke Brington Beach pula setelah melambai2 riang ke arah Thomas n Friends yang sudah pun meneruskan semula perjalanan ke Menzies. Dari Belgrave kami menaiki train menuju ke Richmond. Turun di Richmond, kemudian pergi ke platform menuju ke Sandringham. Tak yah risau, kat sini ader je signboard menunjukkan arah perjalanan train. Kalo sesat sket2 tu perkara biasa. Kali ni pun sesat juga, balik dari Puffing Billy tu masing-masing mengantuk. Tengah sedap melayan mata mengantuk, train pula bakal berhenti kat Ringwood. Tetiba KH terbangun dan terus bagitau kami akan turun di situ. Dalam hati bukan sepatutnyer turun kat Richmond ke...?? Tapi soalan tu macam berlegar2 dalam minda dan hati je sebab aku ni kadang2 cuai juga. Nama dah dekat2 sama, takut aku silap tengok. Jadi diam dan ikut aje. kami turun dan ikut orang ramai p mana. Laluan tu rupanya akan memabawa kita ke luar dari kawasan hentian train. Memang sah salah. Jadi Zymah pun p tanya kat kaunter pertanyaan, depa pun tunjukkan arah yang betul. Maka betul la turun di Richmond sepatutnyer. Jadi, sesat adelah perkara biasa. No meradang2 ye..... oh ya, kalo ambil train dari Flinder St, kiter terus pegi platform No. 8 untuk menuju ke Sandringham.

Ini di stesen Ringwood, tengah menunggu train sampai
BELGRAVE- RICHMOND (TUKAR TRAIN)--> SANDRINGHAM. 

Mohon menggunakan kanta sekiranyer tak dapat bace ;p
Hentian terakhir train ni ialah di Sandringham, tapi kiter tak yah terus ke sana kalo tak berhajat. Oleh kerana kami berhasrat untuk melihat Ikan Duyung maka kami turun di Brington Beach Station. Tiba di sini, keluar dari bangunan ambil arah kiri. Jalan terus sampai jumpa traffic light, menyeberang jalan menuju ke pantai. Tiba di seberang sebelah pantai tu...ambil pula arah kanan. Jalan terus sampai hang nampak bathing box dari kejauhan melambai2. 

Keluar dari stesen, ikut aje arahan. Dari sini memang tak nampak pun Bathing box tu, kena jalan banyakkkkk lagi...
melintas jalan ni pergi ke arah pantai. Tu nampak kat kayu tu ader gambar rumah kecik2. ikot aje. 
Brington ni merupakan sebuah kawasan di pinggir bandar yang paling eksklusif di Melbourne. Terletak kira2 11 km ke tenggara dari pusat bandar. Kenapa eksklusif? sebab ramai orang2 kaya tinggal kat sini. Rumah2 besar tersergam indah di sepanjang pinggir pantai. Apa yang membuatkan kami datang ke sini sebenarnya bukan la kerana ikan duyung tetapi ingin melihat rumah2 kotak yang berwarna warni (bathing box), berdiri teguh di sepanjang pantai. Reka bentuknya sama, tidak berubah dan semunya mengekalkan ciri-ciri senibina victorian klasik dengan kerangka kayu, weatherboards dan berbumbungkan zink. Hiasan, warna dan sebagainya terpulang kepada mereka asalkan rekabentuk asal tidak berubah.

uhhh...panas nyer.
dah nampak dah, terasa dekat tapi jauh..
lalu ikut laluan jalan kaki adalah lebih baik dari berjalan di atas pasir.
sangat panas, lalu ikot jalan kampong, sejuk sket.
Dianggarkan terdapat kira-kira 90 lebih buah bathing box di bina di sepanjang pantai Brington yang sudah wujud sejak lebih 1 abad yang lalu dan sangat mengujakan bila mengetahui setiap satu dimiliki oleh orang perseorangan. Tentunya mereka yang memiliki rumah di Brington. Ianya diguna untuk kegunaan peribadi keluarga & rakan2 depa sahaja. Patut la aku tengok semuanya berkunci. Untuk membina Bathing box ni katanya ader permit dan depa kena bayar yuran tahunan untuk mengekalkan strukturnya.



Cuaca adalah sangat panas ketika ini. Ramai warga tempatan dan pelancong mengambil kesempatan berjemur, mandi manda, membaca buku atau sekadar mengambil angin di tepi pantai. Pada masa kami p ni, jam baru menunjukkan ke angka 2 petang. Sangat gigih berjemur di tengah panas walaupun berangin. Kalo kat sini, jam 4-5 baru turun, panas owhhh.....kalo turun awal pun pastinyer berteduh di bawah pokok. Tapi difahami dan dimaklumi bahawa bukan selalu depa ble bersantai begini. Kalo musim sejuk berbaring di tepi pantai itu lagi aku tabik spring...:D











antara rumah agam di pinggir pantai
Brington beach station
Secara peribadi, pada aku Brington beach ni biasa-biasa je. Cuma, dah alang2 sampai ke melbourne nak tengok juga la bathing box yang telah menjadi salah satu tarikan pelancong. Jarak antara stesen dan lokasi bathing box tu agak jauh. Beberapa kali juga kami berhenti rehat di taman awam melepaskan lelah. dinasihatkan bawa bekal air yang banyak jika berkunjung dikala musim panas. Kak Nana & Kak Hana memang tak join sampai ke lokasi rumah kecik tu, jauh dan demi nak menjaga pandangan mata. heheheh......Kami ni je, Astaghfirullahal'adzim....insaf.....insaf. 

Sebenarnya, pusat utama di Brington terletak di sepanjang Church St. Terdapat banyak tempat membeli belah, restorant, cafe dan sebagainya. Ble juga menginap di sekitar Brington sebab ader hotel di sini. Mungkin jika berhajat untuk membeli belah ble turun di Sandharingham. 

Selesai semuanya, kami kembali semula ke stesen Brington Beach menanti train untuk balik semula ke Melbourne City. Untuk perjalanan pulang ni tak perlu tukar train terus aje ke bandar. dan kami turun di Flinder St. 

Jumpa lagi...

Bersambung....


Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...