Saturday, September 16, 2023

Bercuti ke Turki: Sepetang di Bursa.... (Part 22)

 22 Dec 2022 (Thur)

MASJID AGUNG BURSA
Masjid Besar Bursa merupakan sebuah masjid bersejarah, yang mana ia merupakan monumen utama senibina awal Uthmaniyyah dan salah satu masjid terpenting di Bursa. Terletak berdekatan dengan rangkaian bazar yang popular di Bursa seperti Koza Han, Long Bazar, Findan Han dn lain-lain....
Pintu masuk ke Masjid Agung Bursa
Ulu Cami yang dibina pada tahun 1399
Ulu Camii atau Masjid Besar merupakan masjid terbesar di Bursa. Ia adalah mercu tanda seni bina awal Uthmaniyyah kerana ia berkembang daripada seni bina Turki Seljuk. Dibina oleh seorang arkitek bernama Ali Neccar pada tahun 1396-1399, atas pemerintahan Sultan Bayezid I iaitu pemerintah ke-4 Empayar Uthmaniyyah. Ia dibina untuk memperingati kemenangan besar baginda Sultan semasa peperangan Nicopolis. Namun malangnya, tidak lama selepas pembinaannya, Empayar Uthmaniyyah tersungkur jatuh ditangan Tamerlane dalam peperangan Ankara pada tahun 1402. Dikatakan bahawa Tamerlane telah membakar masjid. Berpuluh tahun selepas itu, baru la masjid ini dibaik pulih untuk kali pertama selepas kerosakannya iaitu pada tahun 1493. Masjid ini juga pernah mengalami kerosakan akibat gempa bumi, ini menyebabkan ia ditutup selama beberapa tahun untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikpulihan. Ia siap sepenuhnya pada tahun 1889. 
Tempat penyimpanan kasut. Untuk masuk ke dalam masjid wajib memakai pakaian yang menutup. Di sini disediakan pakaian khas, bagi kegunaan para pengunjung yang tidak memakai seluar panjang atau skirt panjang 
Masjid ini dibina dengan pelan lantai segi empat tepat yang besar berukuran 55 x 69 meter dengan keluasan permukaan dalaman 3165.5 meter persegi. Mempunyai tiga pintu masuk iaitu dibahagian utara, barat dan timur. Ruang dalamannya dilitupi oleh dua puluh kubah yang disusun dalam empat baris yang disokong oleh dua belas tiang. Ruangan masjid yang besar ini boleh memuatkan 5000 orang dalam satu2 masa.
Ruang dalaman masjid
Ruang dalaman masjid
Kelihatan dinding masjid dicat dengan hiasan gaya Baroque Uthmaniyyah dari abad ke-19, serta dengan gubahan kaligrafi dari abad ke-18 hingga awal abad ke-20. Mihrab dengan kanopi muqarnas, diukir oleh seorang tukang bernama Mehmed bermula pada tahun 1572. .
Di tengah masjid terdapat air pancut yang unik (şadırvan) di atas lembangan air dengan lapan belas penjuru. Air pancut dengan kolah air membantu jemaah mengambil wudhu.  Kubah di atas şadırvan dibiarkan terbuka satu ketika dahulu namun kini ia telah ditutup dengan kaca. Ia bertujuan untuk mencipta skylight yang membantu menerangi bahagian dalam masjid yang gelap.
Masjid ini mempunyai dua menara. Menara barat bersambung terus dengan masjid dan terdapat tarikh pembinaannya iaitu pada zaman pemerintahan Bayezid I. Manakala menara timur pula dibina terpisah dari bangunan masjid. Ini mengambarkan bahawa menara ke-2 ini dibina tidak bersamaan dengan pembinaan masjid. 

Minbar kayu, bersebelahan dengan mihrab, dibuat dalam gaya tradisional Anatolia Seljuk menggunakan teknik kundekari (menggunakan kepingan kayu bercantum yang disatukan tanpa paku atau gam). Permukaan bar minbar diukir dengan corak geometri dan corak bunga arabesque. Menurut inskripsi berukir, ia diukir oleh seorang tukang bernama Hacı Mehmed dari Antep, pada tahun 1400

Gempa bumi adalah kebimbangan struktur utama untuk masjid, seperti juga dengan bangunan lain di Turki. “Gempa bumi merupakan ancaman besar kepada bangunan bersejarah dan budaya di Turki, dengan tektonik dan kegempaan yang aktif”.[8][halaman diperlukan] Masjid ini telah rosak teruk akibat gempa bumi sekurang-kurangnya sekali pada tahun 1855, yang memerlukan penutupannya selama bertahun-tahun dan pembaikan dan pembinaan semula utama.[1]


Gempa bumi adalah kebimbangan struktur utama untuk masjid, seperti juga dengan bangunan lain di Turki. “Gempa bumi merupakan ancaman besar kepada bangunan bersejarah dan budaya di Turki, dengan tektonik dan kegempaan yang aktif”.[8][halaman diperlukan] Masjid ini telah rosak teruk akibat gempa bumi sekurang-kurangnya sekali pada tahun 1855, yang memerlukan penutupannya selama bertahun-tahun dan pembaikan dan pembinaan semula utama.[1]


Minbar kayu, bersebelahan dengan mihrab, dibuat dalam gaya tradisional Anatolia Seljuk menggunakan teknik kundekari iaitu menggunakan kepingan kayu bercantum yang disatukan tanpa paku atau gam). Manakala permukaan minbar diukir dengan corak geometri dan corak bunga arabesque. Menurut inskripsi berukir, ia dibuat oleh seorang tukang bernama Hacı Mehmed dari Antep pada tahun 1400
Penjual buah berangan di hadapan masjid
Seorang wanita menyuci tangan di singki yang terdapat berdekatan masjid

KOZA HAN 

Bursa yang merupakan ibu kota pertama Empayar Uthmaniyyah, merupakan pusat pengeluar dan perdagangan sutera. Ini dapat dilihat pada abad ke-14- 16, beberapa struktur bangunan komersial seperti hans (Caravanserais), bazar dan bedesten dibina di pusat bandar. Bedesten ialah bangunan pasar berbumbung atau dewan pasar yang banyak ditemui di bandar-bandar semasa zaman pemerintahan Empayar Uthmaniyyah. Ia biasanya menjual barangan berharga seperti barang kemas. Salah satu struktur bangunan yang masih kekal dan bertahan dari gempa bumi, yang dapat kita lihat hari ini ialah Koza Han iaitu pasar Sutera yang terkenal sebagai pusat perdagangan sutra sejak zaman dahulu. Koza Han yang dibina pada tahun 1490 atas pemerintahan Sultan Bayezid II ini terletak diantara Masjid Orhan Gazi dan Masjid Agung Bursa. 
Abdul Ula Bin Pulad Shah merupakan arkitek yang bertanggungjawab mereka bentuk bangunan Koza Han dan ia siap dibina pada tahun 1491. Koza bermaksud "Kepompong sutera" dan Han pula membawa maksud "Penginapan". Dulunya Koza Han menyediakan tempat penginapan untuk para pedagang asing dan tempat penyimpanan untuk barangan perniagaan mereka. perumahan bagi para tukang/ pekerja dan ruang pejabat/ kedai untuk pedagang menjalankan perniagaan. Selain itu terdapat juga sebuah ruangan yang terletak di tingkat bawah, yang menempatkan penjualan pod (kepompong ulat sutera). Koza Han terus menjadi pusat perdagangan sutera sepanjang sejarahnya hingga ke hari ini. 
Bangunan Koza Han dibina dengan lapisan batu dan bata secara berselang seli, ini secara tidak langsung membentuk kesan visual yang menarik dan menjadi hiasan di bahagian luar bangunan. Koza Han mempunyai pelan lantai 4 segi tepat dengan ruang kosong di bahagian tengah berfungsi sebagai halaman, berkeluasan 45.9 m x 37.5 m, dikelilingi oleh galeri setinggi 2 tingkat. Tingkat atas mempunyai 54 galeri, manakala tingkat bawah mempunyai 50 galeri. 
Di tengah halaman terdapat sebuah surau kecil berbentuk oktagon, dilengkapi dengan tangga marmar. Ia dibina lebih tinggi di atas tanah atas alasan supaya masjid tidak dicemari dengan kotoran dari haiwan yang dipelihara oleh peniaga di tingkat bawah. Di tingkat bawah surau, disediakan tempat mengambil air wudhu. 
Kalo penat meronda kedai, meh la kita minum secawan cai di sini......
Ruang lain di Koza Han
Sedar dengan poket yang tak berapa nak tebal, kami singgah di kedai Karaca ni. Kedai ni memang popular di group Road To Turkey. Murah katanya, 
Bersama owner Karaca
Kita beli sejadah dan tudung kat sini. Sejadah yang dia pegang tu memang cantik. Tapi sebenarnya kalo kita pandai cari, sejadah macam ni boleh di dapati di Grand Bazaar, Istanbul. 
Dia bagi kita minum cai, free je..tapi kat sini peniaga memang suka bagi kita minum cai kalo kita beli kat kedai dorang. Dalam banyak2 cai yang kami minum di sini, ini la cai paling sedap. Yang ini apple cai.... Sedap. KH tanya ini cai apa. Dia kata apple cai. Nak ke....kita ada jual, katanya....Kita pun beli la. 1 bungkus berharga 50 lira bersamaan dengan RM8.70... Sedap diminum panas2. 
Tempat strategik untuk minum cai sambil tengok orang kat bawah

FIDAN HAN
Kat sini banyak han sebenarnya, terdapat beberapa bahagian iaitu bahagian timur, barat, utara dan selatan. Kalo tak biasa memang sesat punya. 
Kuih yang dia jual ni selalu kita nampak di Turki. Nampak simple tetapi sebenarnya agak sedap juga. 
Pelbagai beg
 NILUFER KOYLU BAZAR

Kemal Atartuk yang menjadi kebanggaan bagi rakyat Turkey
Pelbagai manisan dan kekacang 
Pelbagai barangan di jual di Koza Han. Daripada pakaian, kain hingga lah kepada barangan keperluan dapur. Pendek kata semua yang kita mahukan ada di sini. Tinggal lagi nak tengok poket kita je, tebal ke tidak....😁
UZUN CARSI
Uzun Carsi merupakan pasar tradisional utama di Bursa yang kaya dengan sejarah. Ia pada asalnya dibina pada 1335, tetapi pada abad XIX sebahagiannya musnah akibat gempa bumi dan ianya dibina semula. Sama seperti Koza Han, di sini juga terdapat banyak barangan dijual seperti pakaian, lampu, kraftangan, perhiasan, barangan antik, cenderamata. Kat sini ada juga perkhidmatan penukaran wang, tapi kena hati2 takut kena tipu. Kitorang tak de buat penukaran wang di sini. Kita guna duit tunai. Boleh amik duit dari ATM. 
Kalo korang bermulut manis dan bijak menawar, mungkin boleh dapat harga yang lebih murah
LONG BAZAR
Selesai semuanya kami pun beransur balik ke hotel....
Cantik bangunan ni. Macam rumah melayu....#doneclaim😆
Tram di tengah bandar
Masjid juga rasanya ni....
sebahagian sisi Masjid Besar
Deretan kedai menjual manisan
Di hadapan signboard Ulu Cami
Singgah pula makan kat sini sebelum balik hotel. Restoran ni dari luar kecik je. Ingat nak tapau je bawa balik....tapi tengok ruang dalam dier agak besar, jadi kita pun makan la kat sini. Oh ya restoran ni tak jauh dah dari hotel penginapan kami.
Ini ruang dalam dier. Besar kan. 
Lepas tu banyak pula pilihan makanan. Terutamanya manisan. Tapi jangan cari nasi pula.....😁
Di musim sejuk ni, kalo perasan jadi badang boleh la duduk sini. Kalo tak jangan dicuba. Sejuk gills oii.... 
Kalo ada cola tu tak lain tak bukan, pasti aku punya....😊

Bersambung.....

Rujukan:
https://www.tourketurki.com/koza-han-pasar-sutra-bersejarah-di-kota-bursa/https://en.wikipedia.org/wiki/Grand_Mosque_of_Bursa

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...