Saturday, August 25, 2018

Kembara Medan: Menakluk Holbung. Horass!! (Part 8)

15 Dec 2017
Hari: 2

Sopo Guru Tatea Bulan

Nampak tak hidangan ni......?? Emm, simple tapi menyelerakan. Aku tak ingat kitorang singgah lunch kat mana tapi rasanyer sebelum pegi naik Holbung, singgah macam kat pekan. Kedai makan tu kecik je, kebetulan ramai orang, kiter pun makan kat luar kedai. Alhamdulillah, boleh la buat tenaga mendaki Holbung nanti....😅 

Hidangan
Lepas makan tu kitorang terus ke Sopo Guru Tatea Bulan (Kalo salah tolong betulkan ya). Singgah sekejap je kat sini. Amik gambaq dan kemudian blah gi Holbung pula. Dari sini boleh nampak Pemandangan menarik Gunung Pusuk Buhit dan kemudian kat bawah sana terbentang luas saujana mata memandang sawah padi Kampung Sianjur Mula-Mula. Agak tergeliat juga nak sebut nama panjang Sopo Guru. Sopo Guru Tatea Bulan atau Rumah Guru Tatea Bulan (Keturunan Pertama Raja Batak), dibina pada tahun 1995 oleh Dewan Pengurus Pusat Punguan Pomparan Guru Tatea Bulan. Bangunan ini terletak di Bukit Sulatti (di bawah Pusuk Buhit), dan di dalam bangunan ini terdapat sejumlah patung keturunan Raja Batak beserta dengan replika kenderaan Raja Batak dan pengawalnya. Kenderaan itu antaranya ialah naga, gajah, singa, harimau dan kuda. Guru Tatea Bulan tu sebenarnya adalah nama putera pertama dari Si Raja Batak yang beristerikan si Boru Baso Burning.
sawah pagi
Dari puncak bukit
Tak pegi pun masuk kat rumah tu...
air sungai...
Rumah yang dibina di atas bukit ini diperbuat daripada kayu, manakala tangga dibina menggunakan batu tetapi menggunakan ijuk/ serat kelapa sawit (I tanya kat Pakcik goggle, tak tau betul ke tidak) sebagai atap. Di Sopo Guru Tatea Bulan ni, terdapat patung-patung keturunan Siraja Batak, seperti Patung Saribu raja sepasang dengan isterinya, Patung keturunan Limbong Mulana, Patung Segala Raja serta Patung Silau Raja. Berdasarkan kepercayaan masyarakat Batak marga-marga yang ada sekarang ini berasal dari keturunan Siraja Batak.

Kami
tak abis2 dengan latar sawah padinyer...
sumber:http://brigitashere.blogspot.com/2017/05/saksi-bisu-cerita-sakti-sang-raja.html
sumber: http://brigitashere.blogspot.com/2017/05/saksi-bisu-cerita-sakti-sang-raja.html
Emm...nyesal pula tak singgah tengok2. Rupanya ader cite menarik. Kalo nak tau citer selanjutnya boleh berkunjung ke blog: http://brigitashere.blogspot.com/2017/05/saksi-bisu-cerita-sakti-sang-raja.html  

Bukit Holbung

Ini satu lagi wisata yang ada di Pulau Samosir. Bukit Holbung atau juga terkenal dengan panggilan Bukit Cinta atau Bukit Teletubbies, terletak di Janji Marhatan, sebuah kampung di tepi Danau Toba yang masih memelihara adat dan kebudayaan, kira-kira 12 km dari Sopo Guru tadi. 30 minit je ke sini.  Jadi kalo orang ajak, "Jom g Bukit Cinta", Haa...Itulah dier Bukit Holbuang. Kalo dah sampai Medan, jangan skip tempat ni tau, korang mesti jatuh cinta punya dengan lanskap yang menjerat hati. Sungguh! 😍 Dari puncak Bukit Holbung, terbentang luas tasik membiru yang tenang di sapa bayu, dikelilingi pula beberapa bukit yang menjulang di asak magma klasik di perut bumi. Oleh kerana Pulau Samosir terletak di atas tasik maka kita dapat menikmati keindahannya dari beberapa lokasi, misalnya di daerah  Simalungun, Karo, Dairi, Humbang Hasundutan, Tapanuli Utara, Samosir dan Toba Samosir. Secara langsung, Keindahan Tasik Toba membawa impak besar terhadap industri pelancongan di beberapa daerah ini. 

Tasik Toba
Dari sisi lain
Semangat kami naik Holbung. Holbung ni tak la securam menuruni Tunnel Beach....yang ini santai je kiter naik dan turun, tak sakit kaki.
Dulu bukit Holbung tak begitu dikenali tapi sejak beberapa tahun yang lalu namanya meniti dari mulut kemulut, akhirnya melonjak naik, menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik. Untungnya ada media sosial yang memainkan peranan penting agar bukit ini sering dikunjungi pelancong tempatan mahupun luar. Istimewanya di sini pengunjung boleh camping untuk menikmati panorama indah Tasik Toba yang luas. Apatah lagi bila melihat Pesona matahari terbit dan terbenam di garisan horizon, uhhh pasti rasa nak bina rumah je kat sini. 😁 Jangan risau, nak camping kat sini memang tak dibenarkan berdua2an dengan bukan muhrim. Tent ble bawa sendiri atau ble sewa. Ader beberapa agent yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Kuintai perkampungan di bawah sana  dari balik lalang....😝
cantiknyer la aihhh....
Kelihatan Rumah Judika berwarna putih di bawah sana
Bukit Holbung ni mempunyai karektor tersendiri. Kawasan tanah tinggi yang kaya dengan hamparan rumput hijau bak permaidani. Tak ada satu pun pokok tinggi di atas bukit ni. Sambil mendaki tu, aku tertanya2 juga, dari mana datangnya nama "Cinta" tu? Holbung= Cinta, beza kot. ker Holbung tu dalam bahasa Batak adalah Cinta? Bila sampai ke puncak dan membuang pandang ke Tasik baru la aku dapat tangkap makna "Cinta" tu. Bila kiter berada di satu sudut, kiter akan nampak pemandangan Tasik toba yang membentuk simbol 💌. Nasib kami agak baik, ketika naik ke sini, cuaca agak redup, nak hujan. Kalo tiba2 hujan, memang lecun la sebab tak ader tempat berlindung kat sini.

nampak tak simbol 💌
sisi lain
kelihatan Masjid di bawah sana.
Ok jom tengok gambar....
dot2 putih kat belang aku tu, kambing makan rumput. Rindu pula NZ.....
Kak D yang punya semangat yang tinggi
Kak T minat tengok citer Korea
Kak T yang sentiasa ceria
Berlatar belakangkan Kg Sihotang
Kami 3 orang
Berlatar belakangkan jalan masuk ke Holbung
ehhhhh...senget pula
kami 4 orang


Dah itu je....

Bersambung......

Rujukan:
https://jtonang.wordpress.com/tarombo-batak/guru-tatea-bulan/
http://brigitashere.blogspot.com/2017/05/saksi-bisu-cerita-sakti-sang-raja.html 
http://medan.tribunnews.com/2017/12/14/wow-bukit-teletubbies-di-tiga-kota-ini-jadi-spot-foto-instagramable-loh

Kembara Medan: Explore Tomok (Rumah Batak Sigale-gale, Makam Raja Batak)- Part 7

15 Dec 2017
Hari: 2

Shopping

Keluar je dari Muzium Batak tu, dah ader para penjual memanggil2 mu dengan panggilan sayang....😆. "Sayang...sayang, mari loh...singgah-singgah dulu, murah aja yang, songketnya saya tenun sendiri". "Apa benar, ibu tenun sendiri?", balasku keraguan. "Ya..iya la sayang, kalo ngak bisa menenun songket, kita ini ngak bisa kawin,"......hahahha...tergelak kami mendengar celotehnya. "Wah, hebat ibu, tenunannya kemas sekali, berapa harganya Bu,"?...begitu aku gigih cuba untuk mengimitasi bahasa Indonesianya, moga2 dapat harga lebih murah, doaku dalam hati. "Rp. 350,000"....."Apa Bu? 350,000? kurangnya berapa bu?"....kami cuba tawar menawar. "Berapa sayang-sayang mau beli, ya kalo cuman 1 ngak bisa dikurangin, tapi kalo lagi banyak, ya bisa yang, ini hasil tenunan saya sendiri, kerjanya agak susah"....Emm, aku dah malas dah menawar-nawar bila dier dah kata macam tu. Ini baru kedai pertama, yang lain ada lagi. Setelah puas belek-membelek kain, tawar-menawar, tolak menolak.....akhirnya Kak D dan Kak T tewas juga, terbeli 2 kain songket yang katanya agak tebal, berharga Rp. 330,000 😂 Kedekut tak aku?? "Masa....330,000 itu dikata mahal, mbak ni". Nak cecah rm100, mahal la...😂

Datang sini, ko akan dipanggil sayang sampai ke sudah 😂 saje cuba, tak beli pon
pandai memujuk ibu ni....
sebenarnyer ader je yang lagi murah dari kedai pertama tadi, puas jalan2 tu jumpa juga kain songket harga Rp. 150,000. Kalo pandai tawar lagi rendah dari ni pon ble dapat. Malangnya kami tak ader kemahiran memikat hati si penjual...😂
Makam Raja Batak

Berhampiran dengan Muzium Batak tadi, terdapat juga tapak peninggalan sejarah Makam Raja Sidabutar. Makam Raja Sidabutar adalah makam kuno peninggalan orang Batak. Makam ni diperbuat dari batu alam berukir kepala manusia dan beberapa makam kerabat raja di sekitarnya. Uniknya tapak bersejarah ini adalah jasad  tidak ditanam di dalam tanah seperti kebiasaannya, tetapi diletakkan di atas permukaan tanah dan dibina satu rumah makam. Menurut cerita lisan, Raja Sidabutar merupakan perintis kepada pembukaan wilayah Tomok dan beliau merupakan orang pertama yang menetap di Pulau Samosir. Kemudian, Raja Sidabutar dan keturunannya beralih dan tinggal di daerah kecil yang sekarang dikenali sebagai Tomok. Sebelum Agama Kristian menyebar ke Pulau Samosir, Raja Sidabutar dan keluarganya mempelajari dan mengamalkan kepercayaan adat yang disebut Parmalim. Namun, selepas abad ke-19, Raja Sidabutar dan keluarganya telah menganut Agama Kristian.

Dihadapan pintu masuk ke Makam Raja Sidabutar
Sebelum masuk ke kawasan makam Raja ni,  pengunjung dikehendaki memakai kain ulos (Kain adat Batak Toba), (Sama macam kiter pegi ke Prambanan, Jogja kena pakai kain sarung khas, sebelum masuk ke kawasan tersebut), kita akan ditemani seorang pemandu pelancong yang akan menceritakan sejarah raja-raja yang di kuburkan di kawasan makam ini.

kena pakai kain ulos untuk menjaga kesopanan

Antara makam kerabat Raja Sidabutar

Gerbang.
Menurut kepercayaan msyarakat Batak, Raja Sidabutar adalah seorang Raja yang terkenal dengan kesaktiannya. Saktinya Raja Sidabutar terletak pada rambut panjangnya yang berbentuk gimbal (dreadlocks). Ini bermakna rambut Raja tidak boleh dipotong, jika itu berlaku maka kekuatan Raja Sidabuta, automatik akan hilang. Macamana pula kalo rambut Raja gugur sendirinya? Kalo gugur rambut tu tak boleh dibuang tapi kena simpan dan diikat di hujung Tombak, kayu tongkat yang dipanggil Tunggal Pangaluan. Di atas makam, kita akan dapat lihat selendang berjalur putih, merah dan hitam. Pemilihan ketiga-tiga warna ini menjadi simbol rohani. Putih, warna syurga (kesucian). Merah, warna bumi (ketenangan). Hitam, warna bawah tanah (kematian).

Kain selendang diletak di atas makam
Dulu pintu makam tu boleh dibuka, tapi kini pintu makam sudah di tutup kukuh menggunakan simen.
 Di kawasan makam diraja ni terdapat 3 raja yang dikebumikan di sini. Raja pertama dan kedua masih belum menganut agama, tetapi mereka mengamalkan kepercayaan animisme yang dikenal sebagai Parmalin. Dalam tradisi Batak Toba, pengamal animisme sangat percaya pada kekuatan sihir yang terdapat pada kayu dan batu. Atas kepercayaan tersebut maka mereka menggunakan kayu untuk  membina rumah dan apabila mereka meninggal pula pemilik rumah itu dikuburkan di makam yang diperbuat daripada batu.
Ukiran batu yang terdapat di Makam Diraja

Perasan tak dari muzium tadi, kita akan nampak ader beberapa ukiran cicak. Dekat sini pun ada, di salah satu bangunan makam, kita akan dapat lihat ukiran dua ekor cicak menghadap ke arah empat buah payudara. Ia sebenarnya membawa maksud bahawa orang batak harus boleh hidup seperti cicak, mudah beradaptasi walau hidup dimana-mana. Bak perumpamaannya, dimana ada cicak di situ ada orang Batak. Ukiran empat payudara pula merupakan membawa maksud bahawa orang Batak harus memiliki banyak anak dan mempunyai isteri yang Tomok (subur). Keluarga Batak dahulu memiliki banyak anak kerana mereka percaya bahawa semakin banyak anak, semakin banyak rezeki. Yang ini betul aku setuju. Makna dari keempat ukiran payudara tersebut adalah kemana pun orang batak pergi, ia tidak akan melupakan ibunya/isterinya, termasuk tanah kelahirannya.

ehsan goggle
Rumah Batak Sigale-Gale.

Ini lokasi terakhir kami dalam siri lawatan kami ke Tomok.  Rumah Batak Sigale-gale ni tak banyak beza dengan yang kita lihat di Muzium Batak tadi. Rumah tradisional Batak direka dengan falsafah yang unik. Bentuk bumbung menunjukkan sikap ibadat (marsomba) sementara pintu kecil yang terkandung di dalam rumah tradisional dimaksudkan supaya setiap orang yang datang berkunjung perlu terlebih dahulu memberi penghormatan kepada pemiliki rumah. Sehingga kini, rumah tradisional sigale-gale masih dihuni oleh keturunan Raja Sidabutar, yang dikenali sebagai pemimpin adat.

Jika bernasib baik boleh tengok tarian sigale-gale

Bersambung......



Rujukan:

https://www.semedan.com/2016/01/sejarah-makam-raja-sidabutar-pulau-samosir-parapat.html

Friday, August 24, 2018

Kembara Medan: Explore Tomok (Muzium Batak)....(Part 6)


15 Dec 2017
Hari-2

Muzium Batak

Selesai bersarapan pagi di kedai makan malam tadi, kami mula bertolak menuju ke Muzium Rumah Tradisional Batak. 13 minit perjalanan dari Hotel Carolina. Kenapa sampai ader muzium Rumah Batak ni? Sebab.... Suku Batak merupakan salah satu kumpulan etnik terbesar di Indonesia. Perkataan "Batak" mewakili nama besar atau nama umum untuk beberapa kumpulan etnik yang hidup dan berasal dari kawasan tanah tingg di Wilayah Sumatera Utara. Kawasan pedalaman mereka terletak di sebelah barat Medan dan berpusat di Danau Toba. Batak adalah rumpun puak yang mendiami sebahagian besar Sumatera Utara, tapi ramai dikalangan masyarakat luar (aku sendiri pun mulanya beranggapan begitu), menganggap bahawa Perkataan Batak itu hanya mewakili suku Toba. Sebenarnya tidak, orang "Batak" terdiri daripada beberapa kumpulan etnik yang berbeza tetapi mempunyai bahasa, budaya dan adat yang serupa. Orang-orang Batak terdiri dari Batak Toba, Batak Karo, Batak Pak-Pak, Batak Simalungun, Batak Angkola dan Batak Mandailing. Walaupun mereka semua tergolong dalam suku "Batak", ada sesetengah daripada mereka yang tak suka dipanggil sebagai orang "Batak", cukup sekadar menamakan mereka sebagai Orang Karo, Orang Toba, Orang Mandailing dan lain-lain.


Dihadapan signboard Muzium Batak
Rumah Tradisi Batak
Struktur rekabentuk Muzium Rumah Tradisional Batak Samosir bercirikan seni bina Rumah Bolon, iaitu rumah tradisional Batak khusus untuk raja-raja dan keluarga mereka. Jika kiter perhatikan model rumah tradisional ni tidak mempunyai bilik dan jika ingin membuat bilik, ia hanya dibahagikan menggunakan ulos atau kain tirai. Apabila masuk ke Muzium Rumah Tradisional Batak, kita perlu membongkokkan badan (menunduk kepala), sebab ader palang, kalo ko tak tunduk, maka terhantuk la kepala kat palang tu. Itu secara fizikal yang kita nampak, maksud tersirat disebalik rekabentuk tangga tersebut adalah menunjukkan bahawa setiap tetamu harus menghormati tuan rumah. Apabila memanjat tangga pula, kita akan perasan, bilangan tangga adalah dalam angka ganjil. Ini disebabkan kepercayaan adat Batak bahawa angka ganjil adalah nombor bertuah.
Ukiran kayu yang dipamerkan di Rumah Tradisi Batak
Patung, topeng, dan hiasan dinding
Masuk je dalam Muzium Rumah Tradisional Batak Samosir ni, kita akan nampak sepasng patung lelaki dan perempuan dengan mangkuk diletakkan di atas kepalanya. Ini bermaksud bahawa apabila ada pasangan yang ingin berkahwin dengan adat, wajib mengikuti syarat. Syaratnya ialah pasangan ini dikehendaki menari dengan semangkuk air di atas kepalanya dan jika mangkuk itu jatuh, maka perkahwinan mereka akan dibatalkan. Jika mangkuk tersebut tidak jatuh apabila menari, ini  menunjukkan bahawa pasangan tersebut telah dewasa, matang fikirannya dan sudah bersedia menempuh alam berumahtangga.
Patung yang menjunjung mangkuk di atas kepala...
Ruang dan pekakas dapur
Periuk dan peralatan lain
Di sudut-sudut rumah terdapat hiasan Gajah dompak (mungkin peralatan senjata) bermotif muka binatang. Tujuannya adalah sebagai penolak bala. Manakala hiasan bermotif cicak dan kepala singa, membawa maksud untuk menolak bahaya seperti sihir. Hiasan ini ada yang berupa ukiran kemudian diwarnakan, ada juga yang berupa gambaran saja. Warna yang digunakan selalu hitam, putih dan merah. Bahan binaan rumah tradisi ni biasanya menggunakan kayu, manakala atap pula menggunakan zing. Dalam rumah tradisi ni, selain kita dapat menelusuri ruang rumah, kita juga berpeluang melihat ruang pameran objek kebudayaan serta peragaan adat istiadat dari lapan etnik Batak di Sumatera Utara. Benda-benda tersebut meliputi peralatan muzik tradisional, peralatan dapur, peralatan perang, pertanian, peralatan yang berhubungan dengan unsur mistik, semuanya bersifat tradisional. Manakala peragaan adat istiadat dan sejarah dilukiskan dalam bentuk diorama, beberapa pakaian pengantin dan pakaian adat dan sebagainya. 


Mereka menggayakan pakaian tradisi Batak. Bayaran adalah Rp. 10,000

Gambar di atas (bawah sebelah kanan), rakan2 ku memegang sebuah kayu Tunggal Panaluan. Tunggal Panaluan adalah sebuah kayu tongkat (tungkot) dengan ukuran panjang kira-kira 170 cm, dan biasanya dimiliki oleh Datu bolon (dukun besar). Tongkat Tunggal Panaluan ni merupakan salah satu hasil seni dari suku Batak yang sudah terkenal diseluruh dunia. Dikataan tongkat yang diukir dari kayu khas ini memiliki kesaktian. Masyarakat suku Batak yakin bahawa tongkat ini memiliki kekuatan ghaib, contohnya ia digunakan untuk meminta hujan, menahan hujan (manarang udan), menolak bala, wabak, mengubati penyakit, mencari dan menangkap pencuri, membantu dalam peperangan dan sebagainya.

Sebelum mereka dijajah oleh Hindia Timur Belanda, suku Batak mempunyai reputasi sebagai pahlawan-pahlawan yang garang yang kadangkala mengamalkan kanibalisme. Apabila datangnya penjajah Belanda, ramai di antara mereka telah memeluk agama Kristian. Masyarakat Batak terkenal dengan sifat kebapaan. Hasil kraf tangan Batak yang terkenal termasuk hasil tenunan, ukiran kayu, terutama sekali, ukiran batu-batu nisan. Upacara pengkebumian mereka diadakan secara besar-besaran dan kompleks. Contohnya, mereka mempunyai sebuah majlis di mana tulang-tulang nenek moyang mereka digali dan dikebumikan semula beberapa tahun setelah kematian dalam sebuah upacara yang dipanggil mangungkal holi. Kebanyakan orang Batak kini adalah penganut agama Kristian dengan sebahagian golongan minoriti Islam. Ajaran Kristian yang diikuti mereka adalah dari fahaman Lutheran yang diperkenalkan oleh mubaligh-mubaligh Jerman pada abad ke-19. Orang Batak bertutur dalam pelbagai bahasa yang berkait rapat, kesemuanya ahli keluarga bahasa Austronesia. 
Pssttt....masyarakat Batak Toba ni, nampak je rumah depa biasa2 je dan kebanyakannya bekerja sebagai petani, tapiii.....mereka cukup menitik beratkan aspek pendidikan anak-anak. Anak-anak akan dihantar belajar sampai keperingkat yang lebih tinggi jika boleh. Rumah mereka sengaja dibiarkan begitu supaya anak-anak tidak lupa asal usul apabila sudah terjebak dalam arus kemodenan....Salute!

Bersambung.....

Rujukan:
https://www.semedan.com/2016/06/museum-rumah-adat-batak-pulau-samosir.html
https://id.wikipedia.org/wiki/Suku_Batak 
http://adatbatakdavid.blogspot.com/2012/10/rumah-adat-batak-toba.html

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...