15 September 2025 (Isnin)
Salam n Hi.
Hari ni kami akan meneruskan perjalanan menuju ke Lijiang. Barang2 sudah siap dikemas malam tadi, tinggal masukkan barang2 kecil je. Seminggu sebelum kami terbang ke Yunnan, A kata dia ada tengok di TT, sesiapa yang akan ke Lijiang, tepatnya ke JDSM, disyorkan untuk makan pil untuk mengelakkan AMS di atas nanti. Jadi kami minta tolong A belikan di KK. Malam tadi A bagi pil untuk AMS tu kepada kami semua, katanya wajib di makan sehari sebelum kami naik ke JDSM. Pil ni dia beli di Farmasi dengan harga RM2 sebiji. Jadi aku beli 2 biji je. Oleh kerana pagi ni kami tak sarapan pagi, makanya aku tak makan pun ubat tu. Nanti la makan ubat bila tiba di Lijiang, begitu aku kata dalam hati.

Selesai semuanya, kami turun ke bawah untuk mencari teksi. Ramai yang cakap tempah Didi dari Alipay lebih murah, kawan2 aku dah cuba tapi tak boleh. Tak tau la dimana silapnya. Maka menarik beg la kami ke busstop paling dekat. Bustop tu pula betul2 terletak di laluan utama (jalan besar). Lama kami di situ, teksi tak berhenti pun. Kalo kat Malaysia kan kita boleh tunggu je teksi kat mana2 busstop, dia akan pick up kita. Kami mengandaikan bustop tu hanya untuk bas sahaja, teksi pula tak akan berhenti di situ. Makanya kami berjalan kaki lagi ke satu simpang supaya mudah untuk mendapatkan teksi. Lama tunggu akhirnya dapat juga. Oleh kerana kami ramai (7 orang) maka kena naik 3 teksi yang berbeza. Jarak menuju ke Kunming Railway St. hanya 5.7 km sahaja dengan memandu selama 20 minit. Risau terlambat sebab train kami menuju ke Kunming dijadualkan jam 8.20 pagi.
 |
| Kunming Railway St dalam tulisan mandarin, senang tunjuk je pada pemandu teksi |
 |
| Teksi turunkan kami di tepi jalan, dari situ kami jalan kaki menuju ke pintu masuk ke bangunan Kunming Railway St. |
 |
| Untuk masuk ke dalam bangunan ini, semua penumpang diwajibkan menunjukkan pasport atau ID Card (local). Pasport akan di scan, bila dah selesai, semua beg kita pula akan discan. Sama seperti kita nak scan beg bila masuk ke airport. Aku dan I tengah tunggu kawan2 yang masih di dalam proses menscan beg. |
 |
| Selesai semuanya, naik ke tingkat atas |
 |
| Menuju ke waiting hall |
 |
| Besar betul bangunan stesen train dorang ni, dah macam airport |
 |
| Kami kena cari No. 7A, gate untuk train menuju ke Lijiang yang akan berangkat pada jam 8.20 pagi. Semua ni ada dalam tiket train yang diemailkan pada KH. Dia dah share dalam group kami tiket tu sebab kami perlukan QR yang ada dalam tiket tu untuk discan apabila melalui pintu masuk untuk menuju ke train. |
 |
| Alhamdulillah...akhirnya kami tiba di gate 7A. Mulanya nampak macam tak ramai yang duduk menunggu, tapi tak lama tu, sampai beberapa rombongan pelancong yang berbaris menunggu gate di buka. Ada beberapa rombongan dari Malaysia juga. |
 |
| Setelah menunggu beberapa puluh minit, akhirnya gate dibuka dan kami dibenarkan masuk. Semua penumpang wajib scan pasport dulu. Kemudian turun ke tingkat bawah, dimana train berada. |
 |
| Rupanya kami terpisah dengan 3 orang rakan yang lain. Mereka digerabak 8, kami pula di gerabak 1. |
Perjalanan dari Kunming menuju ke Lijiang menaiki train, mengambil masa sekitar4J15M dengan jarak kira2 505 km. Masuk dalam train, perkara pertama kita kena buat ialah masuk toilet 🙊 sebab awal2 ni toilet masih bersih dan tak "tengik". Tips ain supaya tak jadi pengunjung tetap ke toilet ialah kurangkan minum air. Tapi kalo kau tak kisah nak masuk toilet selalu pun tak pe, ble je minum.
 |
| lanskap yang cantik dan menarik. Kebun sayur seluas mata memandang, manakala rumah2 di bina di tepi kebun, berjajar memanjang. |
 |
| Rangkaian infrastruktur dibina disemua pelusuk China agar semua rakyatnya menerima kemudahan yang seimbang, baik di kota mahupun di desa. |
 |
| Kincir angin dan panel solar di atas bukit |
Selepas menempuh perjalanan selama 4 jam 15 minit, akhirnya kami tiba di Lijiang Railway St. Oleh kerana kami di gerabak 1, terasa jauhhhhhh betul nak menuju ke escalator untuk turun ke bawah. Rakan2 kami yang berada di gerabak 8 dah sedia menanti di luar train.
 |
| Turun ke bawah. Kat bawah tu ada group dari Sabah. Tau sebab depa bawa bendera Sabah. 2, 3 hari selepas ini kami bertemu mereka di JDSM. 😁 |
 |
| Di tingkat bawah bangunan Lijiang Railway St. Ini bermakna train tadi tu bukan bergerak di atas tanah tapi bergerak di atas landasan yang tinggi. |
 |
| KT bergambar di hadapan bangunan Lijiang Railway St. |
 |
| Stesen teksi ada di sebelah sini. Oh ya Kh dah minta pihak hotel uruskan teksi untuk ambil kami di sini. Jadi kitorang naik 2 teksi. |
 |
| Sebelum tu singgah ke toilet dulu |
 |
| Jarak perjalanan dari Lijianag Railway St. tadi menuju ke hotel kami yang terletak di Old Town ialah sekitar 11.5 km, kira2 30 minit menaiki kereta. Sampai2 je, terkejut kami, rupanya hotel tu berada di atas. Uhhh......patut la kat bawah ni lenggang aje tak ada orang. |
 |
| Kami baru sampai. Lelaki baju hitam tu owner hotel. muda lagi orangnya. Kita panggil dia Ah Meng la, senang sikit nak cerita. Geng Kak Kiah tengah fikir macamana nak usung beg besar ni naik atas...😁 |
 |
| Akhirnya si Ah Meng panggil geng2 dia tolong angkut beg2 ni naik atas. Kitorang ada 8 orang, maka ada 8 beg besar2 kena angkut |
 |
| Aku rasa bangunan ni di bina di kawasan berbukit. Hotel penginapan kami ialah Lijiang Park Designer Hotel. Kalo korang perasan kat dalam gambar atas ni ada signboard "Zhu Jia Inn". Yang ini terletak di tingkat 2, hotel kami pula berada di tingkat 3. Bawah sekali ni semua deretan kedai, kedai bunga, restoran...mungkin juga rumah orang, sebab kat tangga nak naik ni......sebelah kiri dan kanan nya, tak semua buka (Kalo la kata semua kedai2 kan). Ada yang tutup je memanjang. |
 |
| Bila aku tulis hotel kami di tingkat 3, korang jangan bayangkan macam kita duduk di bangunan yang semakin meninggi, di tapak yang sama, macam biasa kita tengok. Tapi kat sini, aku rasa dorang bina rumah mengikut bentuk muka buminya yang berbukit. Ibarat macam tangga la. Korang nampak tak lelaki dalam gambar tu? Itu menginap di Zhu Jia Inn. Hotel kami kat atas lagi |
 |
| Lijiang Park Designer, hotel |
 |
Cantik penuh tumbuhan tapi ada nyamuk kalo malam. Oh ya lupa nak agi tau, bila kita sampai di tingakt 3 tu, Ah Meng ni punya hartanah ada di sebelah kiri dan kanan tangga. Sebelah kanan ni rekabentuk hotelnya bercirikan bangunan lama. Macam yang dalam cerita cina tapi dalam bilik hotel inshaallah cantik dan selesa. KH, R dan Ima, pilih bilik kat sini. Manakala kami berlima berada di hotel disebelah kiri. Yang ini rekabentuknya lebih moden
|
 |
| Sebelum masuk bilik kami dijamu minum teh. Ah Meng buat teh depan kami. Katanya ini budaya China untuk mengalu-alukan kehadiran tetamu. Meja ni kan ada lubang, Aku syak kat bawah tu macam ada sinki sebab dia tuang air teh sampai meleleh dari cawan. Kalo ada lebih teh pun, dia tuang je kat meja ni. |
 |
| Kami semua menonton Ah Meng buat teh, Dia tak pandai BI tapi komunikasi tetap berjalan lancar sbb guna translator di hp |
 |
| Ihsan Google: Ruang tandas di bilik kami. Macam biasa pintu dia pintu kaca, walaupun bukan lut sinar tapi tetap nampak bayang2 kau tengah duduk dalam tu. Kita yang sopan ni segan sikit nak berry, tu belum bunyi, bau dah tersebar kemana2... Oh ya toilet dorang ni separa auto. Ada jenis toilet, dia pam sendiri tanpa kau tekan apa2, yang ini tak tau mana satu nak di tekan, kau berdiri baru dia flush sendiri. Bidet pun tak ada. Kitorang nak masuk kena ambil air dalam botol banyak2 masuk dalam toilet. Sebelah kiri tu bilik mandi, design dier ni ok sebenarnya, jimat masa untuk bersiap kalo duduk ramai dalam 1 bilik. Tapi 1 je masalahnya. PINTU.... |
 |
| Ihsan Google: Bilik kami ni selesa untuk 5 orang. Kat hotel ni kita boleh cuci baju tau, ada mesin, hanger dan tempat jemuran disediakan. Sama aras dengan bilik kami. Malam kami sampai ni, kami terus cuci baju. Oleh sebab aku dan Ica dapat turn terakhir mencuci baju, maka hanger dan tempat jemuran pun dah penuh. Kami naik ke aras 3 untuk ambil hanger kat sana. Rupanya kat atas tu, luas tempatnya. Ada beberapa buah bilik lagi, ada tempat jemuran. Aku rasa bilik si Ah Meng kat atas ni, sebab masa kawan aku tengah menyuci baju, sebelum dia naik ke atas, dia pesan, nanti dah selesai tolong tutup lampu ya. Sama aras dengan bilik kami ni pun ada bilik2 lain lagi. |
 |
| Ihsan Google: Aku ambil gambar ni dari balkoni bilik kami. kau dapat bayangkan tak kedudukan bilik kami ni? Tadi kami dari bawah, dekat jalan raya tu, naik tangga sampai jumpa pintu ke-3. Dah masuk ke area pintu ke3 Hotel designer Park, Kat dalam ni pula ada 3 tingkat lagi. Jadi bilik kitoang ada di Tingkat 2. Aku rasa hotel ni adalah rumah keluarga, jadi dorang buat bilik2 untuk disewakan. Pintu kaca sebelah kiri tu bilik kakak si Ah Meng aku rasa. Sebab aku pernah nampak ada perempuan yang memasak masa kitorang balik petang ke hotel, kemudian ada budak perempuan kecik duduk2 kat meja tu bersama seorang lelaki (salah seorang yg tolong kami angkat beg). |
 |
| Ni kitorang nak keluar makan. Aku dah mula pening sebenarnya ni. Sebelum turun ni aku makan pil AMS, kan esok kita nak naik ke JDSM, jadi katanya kena makan 1 hari sebelum. Masalah nya aku makan ubat tu sebelum aku makan makanan berat. Aku ingat bila aku makan roti tu cukup la untuk mengalas perut sebelum makan ubat. Sambil2 mencari restoran halal yang ada dalam hp dorang, aku cari juga buah-buahan, kalo ada nak beli untuk alas perut. Tapi tak ada, sampai aku rasa macam dah tak larat nak berjalan dah. Akhirnya kami masuk ke 1 restoran muslim yang ada logo halal. Sampai aje terus melentok atas meja ya. Rasa nak muntah la, restoran dorang ni pula panas. Bila makanan sampai aku pun rasa macam tak berselera nak makan dah, tapi paksa juga makan takut nanti bertambah teruk. Aku rasa aku lapar tapi pening ni lebih menguasai diri. Lepas makan tu walaupun makan sikit, alhamdulillah beransur baik. Kan betul, sebab LAPAR... |
 |
| Gambar makanan pun tak sempat ambil, ni je la gambar yang ada.. |
 |
| Sayur kacang panjang. Aku rasa sedap juga sebenarnya kalo kita sihat |
 |
| Nasi dan ikan goreng. Kecik je ikan dia |
 |
| Motor eletrik |
 |
| Depan hotel kita |
Bersambung....
No comments:
Post a Comment