Thursday, June 17, 2021

New Zealand: Jom Balik Kampung Vol 2/2016 (Caroline Bay)

Jalan-Jalan di Pekan Timaru 

3 Dec 2016 (Sabtu)
Hari ke-4
Ingatkan lepas checkin dan berehat tu, tak keluar dah dari motel. Rupanya keluar lagi ke bandar Timaru. Saja jalan2 cari makan. Di kawasan bandar jalan agak lenggang, biarpun hari masing terang benar. Tapi kalo tengok jam sebenarnya dah malam...kalo kat Sabah dah maghrib dah ni. Timaru merupakan sebuah bandar pelabuhan di wilayah Canterbury, kira-kira 196 km di timur laut Dunedin. Ia dibina di atas bukit yang terhasil dari aliran lava gunung berapi Mt Horrible yang telah pupus. Sebab tu kebanyakan jalan utamanya beralun, berbeza dengan kawasan di sebelah utara Canterbury yang mempunyai tanah rata.
Timaru bergatung kepada sumber ekonomi dari sektor pertanian dan pelabuhan. Pelabuhan yang terdapat di Timaru merupakan salah satu pelabuhan kargo utama di South Island. Ini jelas dapat dilihat apabila sejumlah kilang pembuatan ringan yang berkaitan dengan perdagangan eksport dan import dibina di sini. Sebahagian besar kilang ini memfokuskan kepada aktiviti pemprosesan, pembungkusan, pengedaran daging, tenusu dan hasil pertanian lain. Banyak kawasan traikan pelancong yang boleh kita lawati di sini antaranya ialah Muzium Canterbury, Galeri Seni Aigantighe, Taman Botanical dan lain-lain lagi.
Dah puas jalan-jalan, kami pegi cari restoran halal dalam apps. Ini salah satu yang tersenarai, jadi kami pegi ke sana. Nama restoran ni Istanbul Turkish Kebabs. Sebenarnya depa ni macam dah nak tutup, macam dah bersihkan lantai, kemas meja...tapi bila nampak kami sampai depa suruh je masuk.
Sunyi tak de orang sebab dah malam agaknya ya. 

Caroline Bay
Pantai Teluk Caroline merupakan pantai paling popular di South Island. Ia menduduki rangking ke-4 dalam tinjauan di website FB AA Traveller, kerana ia mudah dikunjungi. Oleh kerana kedudukannya yang berada di teluk, maka pantai ini terlindung oleh benteng pelabuhan. Kami datang ke sini bertujuang untuk melihat penguin kecil balik ke sarang. Teluk Caroline juga merupakan salah satu penempatan bagi penguin. Lama kami menunggu, ditambah pula sejuk dari angin laut, menyebabkan kami hampir berputus asa.
Kalo jalan sampai ke depan tu akan nampak ramai orang memancing. Penguin membina sarang di celah batuan di pinggir laut ni atau di kawasan pantai
Senja
Mungkin rumput ni yang katanya ditanam semula untuk mengikat pasir asli supaya tak berlakunya hakisan.
Kami berlatarbelakangkan mentari senja
Senja
Dari kawasan parking, kena lalu sini menuju ke pantai
Sudah mula gelap
Cantik tempat ni...
Akhirnya yang ditunggu sudah sampai....Kelihatan 2 beradik berlari terkedek-kedek dari laut..Comel!

Tamat untuk cerita hari ni . jumpa lagi cerita hari esok...
Bersambung....

Rujukan:
https://www.timaru.govt.nz
https://en.wikipedia.org/wiki/Timaru

Wednesday, June 16, 2021

New Zealand: Jom Balik Kampong Vol.2/2016 (Part 19) Butlers Fruit Farm & Cafe

Butlers Fruit Farm & Cafe
 3 Dec 2016 (Sabtu)

Kami meneruskan perjalan menuju ke Homestead Motel. Tetapi dipertengahan jalan, ada sesuatu yang menarik perhatian kami. Ianya adalah sebuah arca kereta sorong bersaiz gergasi yang diperbuat daripada kayu, berisi strawberry. Lalu kami teringat tahun sebelumnya kami juga ada singgah disini. Apalagi singgah la sekejap. Tempat ni dikenali sebagai Butlers Fruit Farm & Cafe. Terletak di selatan Timaru, berada betul-betul di tepi jalan, jika kita melalui State Highway 1. Kedai ni dimiliki oleh keluarga Donald Butler. Ia menjual semua buah-buahan yang diperolehi dari ladang mereka seperti beri, strawberry, apple dan sebagainya. Bukan hanya menjual buah-buahan fresh dari ladang tetapi mereka juga menjual produk makanan dan minuman yang berasaskan buah-buahan seperti aiskrim, jus, kek, jem dan sebagainya....
Butler telah lama menetap di kawasan Hook kerana ibu bapanya dulu bertani di Lower Hook Road. Ibu bapa nya mengusahakan kebun epal di tanah seluas 40 hektar disamping memelihara 14 ekor lembu. Sebelum turut sama bertani di ladang sendiri, beliau menimba pengalaman terlebih dahulu dengan bekerja di ladang orang lain. Dari satu ladang ke satu ladang, sebelum akhirnya beliau mengusahakan sendiri ladang strawberry. Pada tahun 1970, Butler mengahwini Jacky, seorang guru di Centennial School di Waimate. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahayamata dan kini mempunyai 8 orang cucu. Butler menghabiskan sebahagian besar hidupnya di ladang dengan menanam buah buah-buahan terutamanya strawberry dan buah beri. Selain daripada ladang buah-buahan, beliau juga mengusahakan ternakan kambing biri-biri.
Oh ya, lupa. Sebenarnya Butler juga ada menyediakan tempat penginapan. Boleh terus pegi ke website ni untuk info lanjut. Paling best bila tiba musim buah, kau boleh pegi beli dan kutip sendiri di ladang...Ok destinasi seterusnya kami terus menuju ke Homestead Logde & Motel iaitu tempat penginapan kami pada hari tersebut. Jaraknya hanya 35 km dan mengambil masa lebih kurang 25 minit sahaja. Ini antara tempat penginapan yang aku suka.

Homestead Logde & Motel
Photo Credit: https://homesteadlodgemotel.co.nz/
Salah satu penginapan yang ada
Bilik kami paling hujung. 
Katil depa
Katil kami
Dapur comel....
Bersambung....

Sunday, June 13, 2021

New Zealand: Jom Balik Kampong Vol.2/2016 (Part 18) Elephant Rock

Elephant Rock
3 Dec 2016 (Sabtu)
Hari ke-5
Elephant Rock terletak berhampiran Duntroon, 40 minit pemanduan dari Oamaru. Ia merupakan sebuah kawasan yang mempunyai timbunan batu kapur pelbagai bentuk dan saiz yang wujud secara semulajadi, tedampar di atas tanah. Berjuta-juta tahun yang lalu seluruh kawasan ini berada di bawah laut. Seiring dengan berlalunya waktu, hari demi hari mendapan pasir berlaku menyebabkan laut menjadi cetak. Bila ini berlaku semua fosil Ikan Paus dan kehidupan marin yang lain tenggelam ke dalam pasir lembut yang kemudiannya secara beransur-ansur naik ke permukaan.
Batuan yang terdapat di kawasan Elephant Rock ini mempunyai ciri-ciri batu kapur Otekaike, iaitu pasir laut yang kaya dengan fosil hidupan marin. Kebanyakannya mempunyai bentuk haiwan seperti gajah, kura-kura dan sebagainya. Batu kapur ini sangat tebal, rata dan mempunyai banyak kesan retakan yang berkemungkinan disebabkan oleh tekanan pasir yang semakin meninggi dan akhirnya membentuk daratan. Kesan retakan ini memudahkan berlakunya hakisan air dan angin pada batuan dan akhirnya membentuk imej haiwan. Oleh kerana keunikan bentuk batu yang pelbagai, menarik minat pengarah filem The Chronicles Of Narnia untuk menjadikan tempat ni sebagai salah satu lokasi pengambaran.
Untuk sampai ke kawasan ini, dari tempat letak kereta di tepi jalan, kita perlu berjalan kaki selama 5 minit. Ia merupakan sebahagian ladang persendirian ternakan kambing biri-biri. Jadi jangan hairan kalo nampak dimana-mana ada najis kambing biri-biri dan kalo bernasib baik, masa kau ambil gambar tiba-tiba datang kambing biri-biri. Kalo rajin boleh panjat batu untuk dapatkan gambar terbaik.

Makan Tepi Sungai 
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Homestead Logde Motel, yang terletak di Pekan Timaru. Jarak perjalanan sekirat 109 km, mengambil masa kira-kira 1 jam 40 minit. Dalam perjalanan kami ternampak satu kawasan tepi sungai yang sesuai untuk kami berhenti makan. Sebenarnya sudah agak lewat untuk makan tengahari namun kerana tempatnya yang cantik kami mengambil kesempatan untuk berhenti. 
Makan di tepi sungai. Ohh ada nasi putih juga dan mungkin sardin dan ikan biliks goreng 😅
Ada juga beberapa keluarga yang turut sama singgah di sini. 
Bawah pokok
Airnya yang jernih
Tengok tangan aku ada telur rebus. Itu je menu yang aku ingat pada hari tersebut....heheh
Kuat betul angin....kelepet tudung kakak
Bersambung.....

Rujukan:
en.wikipedia.org › wiki › Elephant_Rocks_(New_Zealand)

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...