Sunday, February 16, 2020

Pameran Apresiasi Seni Visual 2019

13 Oktober 2019
Ahad

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Kali ni Sia guna slang Sabahan a, sebab kalo sia guna Sabahan banyak tu idea keluar. Biar pun nanti sia kana kecam, perosak Bahasa Melayu Totok Tulen! Sebenarnya sia mau tulis dalam bahasa melayu formal ba ni tapi macam kekok pula 🙊. Ndapa la kan sekali sekala. Maafkan saya ya, orang2 BM. Oh ya, sebelum terlupa, bagi kawan2 sia yang terbaca ini kan...."Sia" tu maksudnya "Saya" ya, (Naa....marah sudah orang BM tuna.....). Sebenarnya dalam pertuturan harian sia nda juga guna "Sia" sebagai ganti nama diri. Sia sebut juga SAYA. Dulu kan sia mengajar di area Penampang ba. Jadi budak2 sana, ramai Kadazan begitu kan selalu guna perkataan ini sebagai ganti nama. SAYA juga batu mulanya cuma derang kasi singkat, lama2 jadi SIA ja.  Jadi kali ni sia guna tu perkataan sia, untuk mengenang kembali memory lama di situ. Jangan kamu pandai2 tambah L dibelakang a....Berdosa! Nah....panjang sia membebel.
Ini sudah masuk mewarna sudah
Entry ni lama sudah saya tulis, tapi saya peram, bikin pekasam. Heheh....Nda ba, saya simpan dulu atas sebab ianya masih berstatus "sulit", maka itu saya simpul rapi, saya pahat (tapi longgar) lalu sia gantung dahulu sehingga masak. Baru la dikeluarkan. Githewww.... Keputusan penggal 3 Sudah pun keluar, inshaallah....sikit masa lagi, 2 minggu dari sekarang, keputusan STPM akan diumumkan. Semoga semuanya dipermudahkan, lulus dengan cemerlang dan semua berjaya melangkah ke Universiti. Biar pun lambat, saya up juga ni entry, untuk kenangan ba, nanti sia sudah pencen ada juga mau dibaca
Pelajar saya. Rindu pula dorang n....Kelas yang sia rasa macam siuk mengajar derang. Sia masih lagi ada dalam group wsap sama derang biarpun kami tidak aktif. 
Pameran ni, merupakan aktiviti yang WAJIB diadakan setiap tahun. Salah satu daripada komponen pentaksiran kerja kursus di semester 3, bagi mata pelajaran Seni Visual. Pada tahun lalu, MPM memilih tema "Kemerdekaan" sebagai tajuk kerja kursus seni visual. Matlamatnya agar dapat menyemarakkan semangat cinta kepada negara dalam kalangan masyarakat khususnya remaja. Buat julung kalinya Majlis Pameran Projek Kajian Seni Visual pada tahun lalu diadakan secara besar-besaran di Kompleks Ujana Kewangan. Ramai kami jemput owh....antaranya Pengerusi Perbadanan Labuan, Pengarah JPWPL, Pengarah Jabatan Penerangan......(uiiii.....semua main pengarah2 ni...hehehh), RTM...Nasib baik juga tu RTM mau datang, kalo kamu mau tengok berita tentang program ni, cari di Youtube "BES Labuan" ada tu, YDPPIBG (Ini semestinya sbb PIBG paling banyak menyumbang dana program kami ni)
Sibuk derang. Sia suka karya si Kill tu kemas. Biar pun sia pendukung kepada aliran Realisme, tapi sia tetap menyenangi karya beraliran lain, janji ko buat kemas!
Sedia untuk ke Pameran sudah. Ini lokasi wajib untuk ambil gambar ramai2 dengan karya masing-masing sebelum pigi pameran. 
Kami mula buat ni dari hujung bulan 5 sampai bulan 10. Bulan 6 la kiranya sebab hujung bulan 5 tu kan cuti, jadi kami bagi tajuk, bagi taklimat dulu....lepastu masa cuti dorang cari bahan. So Pameran kena buat sebelum masuk markah dalam e-submission. Sebenarnya Penggal 3 ni banyak sangat dia punya kekangan. Bukan masalah apa juga, tapi MASA. Biasa la sudah masuk suku ke-2 kan mesti banyak program dijalankan, dengan pelajar bergelut dengan kerja kursus yang lain, Karnival sukan lagi. Biasa ada 2 yang sukan ni, mula2 peringkat sekolah dulu lepastu peringkat kebangsaan pula. Jadi budak2 ni kena keluar. Tidak jauh la pigi Sipitang saja pun, atau pigi Keningau, join sukan di sana. Tapi budak2 sia ni mana mau bawa tu kerja dorang. Berat, leceh lagi konon... kadang2 dia kasi biar tu Seni. Dia fokus saja subjek lain. Tapi saya tidak mahu mengalah, masuk Semester 3 saya perlu TEGAS seperti singa. Begitu kononnnn la. Yaaa...biasanya begitu sebab sia sudah bagi peluang yang banyak untuk relax.. enjoy ja disemester 2 sebab tidak susah juga, kami tidak perlu membaca kaw2 punya, kami cuma perlu mempertaruhkan bakat dan kemahiran koloboratif antara minda, hati dan pancaindera. Cewah...tapi kalo saya, membaca itu perlu untuk menambah baik kita punya kemahiran.
Kerahan tenaga pelajar 6R. Ada juga tu yang merungut sebenarnya kenapa mesti dorang dilibatkan tapi sia bagi warning, OK kalo ko bekira sangat, tahun depan sia bagi kamu semua urus tanpa bantuan 6R! 😅
Terpaksa buat malam
Kami libatkan semua pelajar seni 6R dan 6A. Sudah bagi2 tugas. RG buat pentas, RA buat aktiviti sampingan semasa program. Dorang buat aktiviti pertandingan doodle,  mewarna dan beyblade (ini paling laku). Sebenarnya ada sebab kenapa kami buat pameran diluar. Biasanya tu buat di sekolah saja. Ramai yang bilang nda boleh dedahkan kepada pihak luar ni karya sebab sulit, tapi kalo ikut logik...kenapa mesti tapuk2. Ini karya seni, hasil penat lelah pelajar yang terpaksa berkorban masa dan wang ringgit, seharusnya kita bawa kedepan untuk dihayati, diperhalusi, dijiwai oleh masyarakat, bukan untuk ditapuk2, dipertontonkan kepada warga sekolah saja. Baru la ada semangat dalam diri pelajar, dia rasa berbaloi laburkan duit beli semua bahan semata2 untuk lulus kertas 3. Oh ya untuk pengetahuan, semua kos penghasilan KK ni ditanggung sepenuhnya oleh pelajar. Kami cuma sediakan cat emulsion sahaja untuk cat kanvas. Jangan salah sangka ya bukan kos pameran tetapi kos penghasilan karya. 

Oh ya kenapa kami buat di luar? Penyebab dia berkait2 antara satu sama lain. 1, sebab ada beberapa orang yang tidak mematuhi jadual pelaksanaan, jadi lambat siap. Bila lambat siap, kami tidak boleh tempah dewan sekolah, sebab PT3 sudah mula. Derang guna dewan, sudah susun meja jadi tidak boleh kacau sudah. Buat hujung minggu di sekoah tidak dapat ka? Siapa mau tengok kalo hujung minggu teda orang di sekolah. Kami ada 1 dewan terbuka, tetapi kecil, tak muat. Kami ada 42 calon tahun lalu....jadi mau juga tempat yang besar. Sebab tu kami kena cari tempat di luar. Derang pun suka, biarpun penat macam ada satu kepuasan dalam jiwa! Ibu bapa, saudara mara, kawan2 derang boleh tengok. Seronok... 
Ini pagi hari kejadian, awal kami datang. Rindu pula sama si Muhaimin, berhenti sudah dia...
Untuk makluman saya tidak bekerja sendiri2 untuk pameran ni. Kalo sia satu orang, jujur saya tidak mampu buat kalo di luar, kalo di sekolah ok ja. Saya ada seorang rakan merangkap JU untuk kertas 3. Secara tidak langsung dia la ketua, jadi sia membantu saja. Saya cuma tukang marah saja kalo budak2 tidak buat kerja....😅 Kami ada wsapp group untuk program ni, balik2 sia punya msg saja up di situ, tapi nda kana layan! Bah...marah kan. Siapa mau layan. Hehhehe.....Nda ba semua budak2 saya buat kerja. Kami terpaksa datang malam, untuk setting semuanya sebab siang masih lagi kana guna ada program lain. Nasib baik sia tidak diserang migrain owhh...Jadi tugas sia sama kawan memastikan semua orang buat kerja masing2, jangan banyak bersembang tapi tangan nda buat kerja. Akhirnya siap juga jam 11 pm! Berdoa sia semoga tu belon tidak meletup, hari ini atau esok.....
Pagi2 teda orang jadi kami bebas ambil gambar dulu. G1, sia sama Effy, G2: Khadijah, Jamaliah, Mariam..mariam ja budak kelas sia. 2 lagi kelas AA. G3: sia sama anesha dan saleha. G4: Ikhmal dan Farid. Yang ramai2 budak RG. 
Pagi2 semua sibut buat persediaan terakhir. AJK cenderahati baru mau kasi masuk gambar dan pasang reben di frame. Lepastu nampak sana PK T6 kami bagi taklimat paga MC kami, ada pembetulan VVIP baru sahkan kehadiran. Dibelakang nampak budak2 RA sibuk susun hadiah untuk derang punya aktiviti nanti. 
Biasanya di sini la budak2 mula membenci sia. Hehheh....Mana tidak, sia bertukar karakter hampir 360*. Biasa derang tengok sia ok ja, memahami konon, Cgu Niena la yang paling sporting, begitu....Na sekaliiiii..... Selalu kana denda, kena marah, kerja balik2 kana reject. Tapi saya belum sampai tahap membuang kertas lukisan. Belum lagi la sebab sia rasa, itu begitu kejam. Mungkin juga sebab budak2 ni kalo sia marah derang tidak melawan, diam ja menikus. Jadi hati sia pun nda la juga tambah panas. Tapi sia sudah bagitau juga awal2 dengan budak2 ni, awal2 lagi sia minta maaf, sia bilang kalo nanti di semester 3 sia termarah kamu, jangan menjawab ya sebab sia akan cepat sejuk kalo kamu menjadi pendengar yang setia. Mana sia mau orang buat asal ada, buat main2, nanti di U, terbiasa buat sambil lewa....nanti lecturer tanya, siap juga cigu mu ni dulu? Sia betul2 berkorban masa, sampai cuti seminggu bulan 9 tu pun sia tidak balik kampung, sia di sini berkampung sama budak2 tu demi memastikan siap mengikut jadual. Jadi kalo sia boleh datang kenapa kau tak boleh? Teda alasan sia boleh terima. Ada juga tu 2, 3 orang yang tidak mau menerima bila sia bagi pendapat, sia reject kerja dia kan....
Menunggu VVIP datang merasmi
Ini pun awal lagi....belum ada orang
Sia tidak boleh terima, jika pelajar sia berkata, "Saya tiada bakat cigu, saya tidak pandai". Sekarang bukan masanya untuk kau berkata tidak pandai, kalo mau....dulu sebelum kau masuk kelas AG. Ko ada banyak pilihan masuk kelas mana satu atau ko pigi masuk mana2 institusi yang menjadi keminatan kau. Begitu sia marah. 😅 Sebab pada sia, semua orang ada potensi diri. Samada kau cungkil kasi keluar atau tidak saja. Kan....Betul tidak? Pada saya ada 2 jenis orang dalam seni ni. 1, Dia berbakat tetapi malas. 2, Dia tiada bakat tetapi minat. Yang No. 1 tu bahaya, tapi masih boleh dibimbing. Tapi no 2 lebih baik. Dia akn buat tanpa disuruh. Dulu kami ada pelajar yang ambil seni, dia buat kerja kursus sangat sambil lewa. Tapi bukan sia yang ajar. Bila dia masuk U, dapat pula masuk seni. Naaa.....tiba2 boleh pula. Kenapa begitu? Sebab dulu dia tidak berabis mencungkil potensi diri dia. Tidak cuba memahami selok belok, ranjau duri dalam seni. Sebab kalo dia dapat markah cukup makan pun, dia tetap ada di sini. Berbeza dengan di U, kalo gagal sampai 3x kana tendang kan. Na mana dia mau....sebab tu dia berabis, sampai jumpa mantera seni bikin dia jadi rajin mencungkil potensi diri. Tapi budak2 saya tahun lalu memang sia puji, bagus! Biarpun nda pandai dia tetap cuba dan saya suka sebab mereka merupakan pendengar yang setia!😅 
Nasib belum ada orang, kalo tidak mana sia mau begambar begini. Malu! Sia lagi suka kerja di belakang tabir...🙈
Masa perasmian....
Abis Perasmian kami ambil gambar ramai2....
Geng RTM, Oh ya ada pelajar saya tahun lalu datang bagi sokongan. Tu gambar bawah si Athirah....
Akhirnya selesai jam 4.30 PM. Macam biasa kami kemas dan bersihkan tapak pameran.....Nampak di wajah anak2 pelajar saya satu rasa Kepuasan, mungkin juga bangga dapat menyiapkan kerja kursus derang dengan jayanya. Terpamer juga wajah2 keletihan.....Alhamdulillah. Sebagai guru saya post juga di dalam group Wsap kami. Menyatakan rasa bangga dan terima kasih atas kerjasama dan komitment yang tidak berbelah bagi dalam melaksanakan tugas masing-masing. Ucapan Tahniah juga sia ucapkan kepada semua pelajar 6 Atas yang berjaya menyiapkan KK derang. Nda lupa juga sia mohon maaf sebab selalu marah derang. Marah bersebab ya demi memastikan semuanya berjalan lancar. 😅

Bah jumpa lagi kita di Pameran 2020
Bye....

Setinggi2 Penghargaan kepada semua yang menjayakan Pameran Apresiasi Seni Visual 
Pengetua, PKT6, Cgu Jamaliah (KP PSV Perdana), Guru2 yang hadir, PIBG, Koperasi SMKL, 
Cikgu Yusrin (Ketua), 
Pelajar seni visual (6A dan 6R), 

6AG: Letak sini supaya tak lupa 💚(Gabriel/ Haziq/ Syafiq N/ Syafiq T/ Syafiq K/ Ikhmal/ Killvictor/ Salleh/ Mcolsen/ Frederic/ Mazriani/ Marcella/ Mariam/ Salbiah/ Sam/ Shahrul/ Nash/ Asnera/ Rhema)

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...