Tuesday, February 4, 2020

Niena Di Japan: Hello Tokyo.....(Part 9)

 15 Dec 2019
(Sabtu)

Hari ke-7

Bakal memulakan perjalanan yang panjang hari ni sejauh 515 km menuju ke Tokyo. Semua orang bangun awal, bersiap, kemas rumah, buang sampah dan sebagainya. Sempat kami bawa bekal nasi sorang satu, maklum la pengembara poket tipis macam ni la....๐Ÿ˜… Jauh di sudut hati, rasa sayang nak tinggalkan rumah ni, sangat selesa, bersih... kawasan kejiranan yang senyap sunyi, rasa tenang aje. Tapi kena akur, begini la kita, singgah sebentar, kemudian berlalu pergi meninggalkan sesuatu yang sudah mula kita rasa selesa dengannya. Seperti mana aku sayang tinggalkan kampong halaman ku di NZ! ๐Ÿ˜…

Dobutsuen-Mae Station: Midosuji Line --> Shin Osaka (Shinkansen Hikari, platform 25)-->Tokyo..

Sekarang baru faham sikit, sikit aje la.... aper beza Shinkansen Nozomi, Kodama Lion dan Hikari. Untuk Nozomi, bagi pemegang JR Pass, dier dah maklum awal2 "not covered by JR Pass", So tak ble naik. Kalo ternaik juga, bersedia la untuk bayar harga penuh bila dier check tiket nanti. Nozomi ni hanya berhenti di 4 station besar sahaja, sebab tu kot dier laju gillsss sampai ke Tokyo.....Adik dier Hikari pula, berhenti di 8 Station, manakala adik bongsu dier si Kodama pula terpaksa mengalah dengan abang2 dier. Semua 15 station dier sapu singgah amik penumpang. Sebab tu dier terpaksa amik masa yang lama untuk sampai.

Smart driver train tu...Kalo kat Malaysia macam tu, kan best. Cantik je dimata. Gambaq kat bawah tu, kami sabar menanti si abang ngah. Kebetulan tengah Q tu, ader si "berudu" landing punya baik. Apa lagi jepret la...sebab kan biasa dapat shoot tang body je. Kepala tak sempat sebab berdesup laju je pergi....๐Ÿ˜…
Oleh kerana si Kodama mogok pada jam tersebut maka kami sabar menanti si Abang Ngah Hikari. Biasanya kat skrin tu kiter boleh tengok, train apa yang akan landing sekejap lagi. Tak perlu beli tix, kiter main tunjuk je JR Pass dan kiter punya ni ordinary car, so maknanya kena masuk non-reserved coach. Ble tengok kat lantai dier lekat kat situ, contohnya dari coach 1-3 (non-reserved). Kat dalam tu boleh duduk ikut sukahati, selagi kosong kau boleh duduk.

KH shoot dari dalam train otw to Tokyo. Aku bantai tidoq separuh jalan, rasa macam di buai2....
Tiba di Tokyo Station, amik train pula ke Shinjuku. Ke sana sebab nak p amik suica card. Seperti yang aku dah cite di part 1, suica card ni antara yang kami dah beli awal di Malaysia. Beli melalui klook dengan harga RM84. Sama seperti ICOCA card, dier cuma bagi kiter bar code. Bar code tu simpan, masa nak amik kad sebenar dier akan scan bar code tu.

Tokyo Station: Chuo Line (Rapid Tachikawa), Platform 1---> Shinjuku Station

Perjalanan ke Shinjuku mengambil masa 15 minit sahaja. Harga tiket ialah 200 yen sehala bersamaan RM 7.48. Pada aku mahal, itu baru sehala. Kalo sehari, 2,3 kali tukar train, tak masuk lagi tersesat ke hujung dunia. Boleh pengsan dibuatnya! Oleh sebab Rapid Tachikawa masih dalam rangkaian train JR makanya kiter guna JR Pass kiter. Best kan....dapat jimat banyak! ๐Ÿ˜…
Tiba di Shinjuku
Mencari locker
Bila tiba di Shinjuku, kami kena cari locker dulu untuk simpan barang2 ni, sebab lepas ni kitorang akan terus ke Kawaguchico. Bawa barang sikit je. Oleh sebab hari ni adalah hari sabtu, ramai yang balik kampong gamak nyer. Ke hulu ke hilir cari locker semua penuh. Kalo setakat bawa beg banyak ni ok je kalo semua tempat tu ader lift/ escalator ke....tapiiiii, tangga lagi banyak dari lift/ escalator!! Perghh.....Menyeramkan. Terus taubat..."ok cukup dah beli barang, tak nak tambah lagi". Begitu aku berikrar dalam hati. ๐Ÿ˜… Setelah berhempas pulas turun naik tangga, akhirnya jumpa, nun.... diceruk bangunan, itu pun kena naik tangga. Sewa untuk semalam ialah 800 yen. Share dengan kawan ok la.

Selesai simpan beg baru la kami bergerak ke Shinjuku Takashimaya, tingkat 11 untuk amik suica. 4 minit jalan kaki. Guna goggle map la kan....apa lagi. Suica kad ni dalam dier memang dah ada duit sebanyak 500 yen. Dah termasuk dalam harga kad ni.

Suica Card pick up
Ok selesai sudah. Sekarang masa untuk pegi ke Kawaguchico.....Yeahhhh!! Tapi sebelum tu, kena pegi office JR dulu untuk amik reserved seat ticket. Yang ini tak perlu bayar, nanti kat kaunter tunjuk je kiter puya JR Pass. Harga tiket sehala ialah $2,360 Yen bersamaan dengan RM 88.50. Perjalanan ke Otsuki mengambil masa 1 jam dari Tokyo.

Shinjuku Station: Limited Exp. Trains on the Chuo Line (Kaiji), Platform 10, 3 stops--> Otsuki Station
gigih, simpan lagi tix ni ๐Ÿ˜…
Tunggu train kat platform 10. 
Stesen Otsuki merupakan stesen terdekat untuk ke Kawaguchiko. Samada nak pegi ke Tasik Kawaguchiko atau ke Gunung Fuji di sini lah tempat untuk pertukaran train JR ke train Fuji Kyuko. Dipendekkan cerita, setelah 1 jam perjalanan kami pun sampai ke Otsuki Station. Kami turun dan terus berjalan ke hadapan untuk berkumpul sekali dengan 3 rakan yang lain. Sebenarnya kami terpisah gerabak. Kami di gerabak 4, 3 rakan yang lain di gerabak 1. Terpisah sebab masa amik reserved seat tix tadi depa 3 orang dah pegi awal.. Kami 5 orang pula agak terkebelakang. Cari punya cari memang depa 3 orang tak ada. A call KH: "Pok mana kamu?". KH: "Ya?"...mamai2 dier jawab....๐Ÿ˜… A: "Kami sdh sampai ni, cari kamu tiada" ....KH: Ohh? laaa....terlepas la kami ni.
Stesen Otsuki
kecik je Stesen Otsuki ni, tapi sangat bersih 
Memang sah dah depa bertiga terlepas stesen Otsuki tu. Tertido! ๐Ÿ˜… Sudah nyer depa beli tix baru menuju ke Otsuki pada jam 5.20 pm. Tapi rezeki depa, dapat tengok air terjun kat stesen yang depa berhenti tu tadi. Best kan...lain kali kalo pegi lagi, nak la ke sana. Makanya menanti la kami di sini. Nasib baik waiting room dier panas, tak de la kami menggiggil.
Sambil menanti depa pegi topup suica dan layan snapchat ๐Ÿ˜…
Masih di Otsuki
Akhirnya mereka sampai. hari sudah gelap di luar sana. Sangat sejuk....bila train dah ada kami terus masuk aje dalam train walaupun masa nak bergerak lambat lagi. dalam ni agak panas dan sangat selesa.

Otsuki Station: Fujikyuko Line (Local Kawaguchiko, 17 stops)--> Kawaguchiko station.

Perjalanan menuju ke kawaguchico mengambil masa kira2 1 jam 30 minit dan harga tiket adalah $1170 Yen, bersamaan dengan RM 44.70 sehala. Oleh sebab local train Kawaguchico ni JR tak cover, makanya kami bayar guna suica card ni. So tutup mata ya.....๐Ÿ˜…

Dalam ni panas dan bersih. Rasa macam nak baring aje atas lantai, nasib masih ada rasa malu...๐Ÿ˜…
Train yang akan membawa kami ke Kawaguchiko
Dah sampai di Kawaguchiko
pekan yang comel... 
Teksi
Tix Office
Nak p naik train lalu hat ni dlu
Train lama dijadikan hiasan.
Malam ni kami menginap di Plaza Inn Hotel. Jaraknya hanya 1 minit jalan kaki dari stesen train Kawaguchiko. Dari sini boleh nampak gunung fuji yang sangat cantik di siang hari. Aku ingat hotel ni hotel lama tapi ok je, selesa, bersih tapi satu je spoil, bilik mandi dier sumbat. Malam tu kiter basuh bekas makan, lepastu air turun memenuhi lantai.. Eiii...geli! Esok pagi terpaksa ketuk pintu  bilik sebelah tumpang mandi ๐Ÿ˜…

Malam tu kami makan maggie share 3 orang. Ko rasa kenyang ke tak?? ๐Ÿ˜… Itu la padahnya, sombong sangat. Sebenarnya aku ader je kembara meal tu tapi bijak sangat bila tinggalkan dalam locker sekali dengan barang yang lain. Haaa.....sudahnya tak berapa nak kenyang. ๐Ÿ˜…

walaupun lama, at least ader lift ok
Kalo rasa kaki tu masih kuat boleh naik tangga. 
Bersambung......

No comments:

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...