18 Dec 2019
Rabu
Hari Ke-10
Hari ke-10. Macam tak lama lagi nak balik......😰
Ok hari ni, cadangannya kami akan ke Gotemba Premium Outlets. Tempat yang memang aku tunggu2 nak pegi. Aku dan S dah berangan nak rembat kasut time happy hour, macam Kak Zaleha dapat ari tu. Malam tadi KH dah pesan kita gerak dalam 8 am katanya. Sempat pula kami malam tadi pegi cuci baju kat tingkat 3. Mesin tu kecik, jadi kena masuk baju sikit2, pusing punya lama. Siap set jam, pukul 2 turun bawah pegi tengok baju. Turun2 pintu pula kunci, call depa tak berangkat. Jam 2 kot...orang semua lena diulit intan. Naik balik, sambung tido... lepastu subuh2 bangun amik baju. Jadi pagi ni, rasa macam badan melayang2 tak cukup tido. Tapi sebab terbayang kasut di Gotemba terus semangat datang balik..😝
Kali ni aku sembang berdasarkan gambar je....Tulis panjang pun bukan ader yang baca. Kan....😢😅
|
Simple tetapi menarik. Memetik kata2 Remdambul: "Bahagia itu tidak semestinya sentiasa mendapat yang terbaik, tercanggih dan terulung, TAPI bahagia itu adalah apabila kita tahu memilih apa yang kita mampu dan kita suka apa yang kita dapat". |
|
dari hostel menuju ke Stesen metro |
|
Nak pegi Kanda Station, dari sini ambil Ginza Line |
- Asakusa Station: Ginza Line (Local Shibuya, 6 stops)--> Kanda Station: Chuo Line( Rapid Ome, 3 stops, Platform 6)--> Shinjuku Station
- Shinjuku Station: JR Shonan- Shinjuku Line (Via Tokaido Line)--> Kozu (Kanagawa) Station
- Kozu Station: JR Gotemba Line--> Gotemba Station
- Gotemba Station: Ambil shuttle bus menuju ke outlets
Kos sehala ialah $1980 yen bersamaan RM 74.58 sehala. Kami guna JR Pass sepenuhnya.
|
Sampai kanda station kena jalan kaki pula menuju ke JR Station |
|
Suasana tenang di pagi hari. |
Gotemba Premium Outlets (GPO) merupakan antara salah satu tempat untuk bershopping paling popular di Jepun. Ia terletak di Bandar Gotemba, berdekatan dengan Gunung Fuji, tidak jauh dari Hakone. Ianya terkenal kerana terdapat lebih 200 kedai, restoran, food court dan high ferris wheel setinggi 50 meter. Kalo ko rasa macam penat berjalan kau naik la ni dulu, boleh hilangkan penat. GPO menawarkan pilihan item daripada fesyen, sukan, peralatan rumah, makanan, elektronik dan lain-lain. Pendek kata sekecil2 barangan harian hingga lah kepada barangan mewah semuanya boleh di dapati di sini. Harga? Yupp...mungkin tak la murah gilerr kan tapi kualitinya inshaallah puas hati!
|
Tiba di Kozu Station, tukar train JR Gotemba pula....Macamana nak cari platform? Ikut je signboard macam kat dinding tu.... |
|
Tiba di Gotemba Station... |
|
Train dah sampai jom naik.... |
|
Mana satu nak pegi kiri ke kanan? |
|
Tengok ni dari sini pun boleh pegi Kawaguchico. Maknanya tempat ni berdekatan sahaja. Aihhhhh......2021 kita kasi jadi ya! |
|
Kami nak cari kat mana bus stop untuk p Gotemba, mengekor je kat mana ramai orang turun. Budak2 sekolah tu ramai turun ikot sini..... |
|
Kami |
|
Sunyi je kan... |
|
Yokoso Gotemba! |
|
sempat selfie kat sini |
|
Tak nampak signboard atas tu tadi sebab memasing mata terpasak kat kedai Family Mart....Lapar! Aku pun sama, kau tau tak ini la hari pertama aku merasa makan Onigiri sepanjang 10 hari di sini. Selalu aku pandang aje, Sebab takut tak masuk tekak. Ari ni sebab lapar kan, rembat juga 2... |
|
Nampak bas dari jauh nak pegi dah.... |
|
Kawan aku siap lambai tangan minta di tunggu....😅 |
|
Tak ader! Kau lambat kau tunggu lagi 15 minit....😅 |
Sambil tunggu bas seterusnya, kami duduk makan Onigiri yang dibeli tadi buat pengalas perut. Baru perasan jauh juga la Gotemba ni. 1 jam lebih perjalanan nak sampai sini. Sambil2 sembang tu tiba2 KP tanya, "Eh, mana beg galas aku?". Kami masing2 tertumpu kepada dia. "Ingat balik di mana ko singgah tadi, ada pegi toilet ka?" "Nda, aku pegi Family Mart saja tadi". "Ada apa dalam beg ko tu P?, tanya KH. "Ada buah pisang dan pasport saja". Ahh..sudah! Nyawa tu... Dalam masa yang sama bas ke-2 sampai.....KH terus cakap, jom balik...tak jadi pegi Gotemba, kita selesaikan dulu ni. Semua angkat punggung, memandang bas dengan wajah kehampaan...😎✌
|
Bye bas....Bye Gotemba...Lain kali kita jumpa lagi..... |
|
KH memulakan perjalanan balik. |
Dalam hati berdoa, moga2 ada la jumpa beg KP di sekitar sini. Mungkin kat Family Mart ke.....ada juga harapan untuk pegi semula ke GPO. Tempat pertama yang kami cari ialah ke Family Mart. KP tanya ada tak beg tinggal di mana2? Tak ada kata jurujual tu. Sah....Tiada lagi GPO, tiada lagi kasut, Tiada lagi Winter Coat..Yang ada kini, jalan pulang menuju ke Kozu. Bila baca banyak komen kat RTJ berkenaan barang hilang (Tolak JR Pass, kalo itu hilang, inshaallah kau tak kan jumpa lagi), 90% kemungkinan besar, kau akan jumpa balik barang tu. Mengingatkan ini, KP rasa agak lega sikit. Dia kata rasanya beg nya tinggal di dalam train dari Kozu tadi. KP tadi tertido dalam train, dier duduk sorang jadi masa bangun tu, dier tak perasan beg dier di tepi. Kadang2 takut kan nak lepaskan beg dari badan, takut kita lupa nak ambil balik. Biasanya aku sangkut kat depan badan bila duduk atau mesti silang tali beg tu dekat kaki atau tangan. Takut lupa. Hari tu Z pun lupa beg, tertinggal kat Restoran Naan tu. Nasib baik A dan KH perasan dan tolong amik.
|
Baru teringat ada pisang dalam beg, tu makan pisang sambil tergelak. hehehh |
|
Kembar, Warna baju, tudung semua sama....beg je tak sama |
|
Menunggu train menuju ke Kozu |
|
Kawasan kejiranan berdekatan JR Gotemba. Tenang aje. |
|
Semua tunduk atau tidur di dalam train... |
|
Tengok wajah Pakcik ni, macam wajah orang kita juga. Kesian. Nampak keletihan. Teringat ayah kita di kampung. |
|
Yang ini driver train. Depa bagitau ada beg tertinggal dalam train dari Kozu ke Gotemba. Dia ambil catatan dan berjanji akan cuba bertanyakan pada rakan-rakannya. Depa kata kalo ada gambar driver train tadi tu kan senang dier nak kenal. |
|
Aku tengok gambar yang aku amik, mana la tau ader terambil gambar driver tadi kan. Oh, rasanya gambar ni boleh membantu. Gambar yang terpantul pada cemin tu. Rasa2 kalo kawan kerja kita sendiri, tengok gambar kat cermin tu boleh kenal ke tak? Lepastu depa tunjuk gambar ni pada si gadis pilot. Ya memang dier kenal... |
|
Dier pun bagi kami, nota ni....Tambah lega hati KP. Depa tanya train ni akan terus pegi ke Numazu Station ke? Si gadis kata ya. Ingatkan pergi Kozu. |
|
Semanis senyuman pakcik2 ni.... |
|
Tiba di Numazu Station. |
|
Tingginya la aihh....tangga ni. Nasib baik tak de bawa beban berat. Yang tak berhalangan ambil masa untuk solat sebelah vending machine tu |
|
Detik2 mendapatkan kembali beg.....Alhamdulillah semua ada dalam tu, pisang dan juga pasport. |
|
Balik semula ke Tokyo |
Numazu Station: Tokaido Line (Local Atami)-->Mishima Station(Tukar train)-(Tokaido Sanyo Shinkansen-Kodama-->Tokyo Station (Tukar train)-(Yamanote Line: Local for Ueno, Platform 4, 4 stops)--> Ueno Station
Perjalanan dari Numazu ke Asakusa mengambil masa kira2 1 jam 30 minit. Sebab dah petang, orang dah baik kerja, kami terkandas dalam kesesakan orang ramai masuk dalam train. Merasa juga la berhimpit, rasa macam sardin dihimpit kiri kanan, dah la kau pendek, bawah ketiak orang je kau mampu berdiri. 😅😅😅 Tapi bila tengok wajah depa kan, macam tak de perasaan je, kosong, tak ader menjeling, tak ada mencebik, tak ada wajah marah. Biasa je, buat hal sendiri. Kadang bila pendek ni rasa ada juga kelebihan, dalam berhimpit2 tu.....kau tak de rasa nak jatuh sebab kiri kanan depan belakang semua jadi benteng! 😅 Oh ya kami singgah di Ueno untuk pegi makan Kebab Turki, tempat makan semalam.
|
Tunggu train |
|
Perghhh.......ramai. Tapi elok je tersusun kan.... |
|
Berhimpit |
|
Tiba di Tokyo Station, tukar train menuju ke Ueno pula |
|
Dah penuh tak boleh masuk dah |
|
Tersinggah pula ke Shibuya. Kenapa ye? Saja nak tengok kemeriahan malam di Shibuya Crossing |
|
Mural comel di Shibuya Station. 1 tu je bukan mural.... |
|
Tiba di Ueno, nak makan je ni.... |
|
Tak dan amik gambar dah, masing2 lapar..... |
|
Selesai makan, balik terus ke Asakusa. Kena kemas barang sebab esok dah nak ke Nagoya! |
Banyak kali KP minta maaf. Walaupun kecewa tapi ok je la KP 😄. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Kita fikir positif aje. Kali ni tak boleh pergi, lain kali inshaallah ada rezeki kita pegi lagi.....Dalam kepala ni memikir dah, sebelum tido nak kena kemas barang dalam beg, harap2 baju dah kering...
Bersambung......
Rujukan:
No comments:
Post a Comment