Sunday, August 30, 2020

Bercuti ke Tawau

Hi Gaiss....
Cuti sekolah minggu lalu aku ke Tawau. Cuti 5 hari je beb, tapi gigih kau pegi Tawau. Aku mula cari tiket flight, semua mahal. Jadi pilihan yang aku ada ialah dengan menaiki bas ekspress dari KK-Tawau-KK. Nak murah kan, jadi hadap la 9 jam perjalanan 😁. Tak de hal la kan, aku bantai tido je sepanjang perjalanan. Ada Pro & Cont: kalo naik bas ni, masa terbuang, jimat duit. Naik Flight: Jimat masa, duit terbuang. Dalam situasi aku ni, aku kira tak ada apa aku nak kejar laju sangat di Tawau, jadi aku ok je naik bas. Lagipun cuti sekolah bermula esoknya, jadi ok la kan, 1st day cuti aku dah ada di Tawau.

Balik sekolah aku terus je gerak ke Menumbok. Dari sana naik unser (macam teksi la kiranya), tambang agak mahal Rm30, tapi bergerak lebih awal dari bas dan dia boleh hantar ke destinasi yang kita nak pergi (sekitar KK). Biasanya aku naik bas je kalo nak ke KK, tambang pun murah hanya RM18 sahaja. Cumanya dia lambat bergerak, sebab nak kena tunggu sampai bas penuh. Unser tu hantar sampai Terminal Bas Inanam, tambah RM5 je. Oleh sebab aku sampai agak awal dalam jam 2  lebih macam tu, aku amik bilik Motel Terminal Inn, berdepan dengan terminal bas. Semalam RM38 untuk bilik yang ada kipas sahaja. Tandas share kat luar. Kalo amik bilik aircond, ada tandas dalam bilik RM48 semalam. Saje la amik bilik kan, walaupun bas aku ke Tawau akan bergerak pada jam 7.30 PM. Boleh la buat tempat berehat sekejap. Ada banyak pilihan hotel/ motel berdekatan terminal ni. Pilih je mana suka.


Keselamatan, terjaga inshaallah....Nak masuk pintu ni kena ada kunci baru boleh masuk
Oleh sebab aku jauh di Labuan, pada mulanya aku nak minta abang aku tolong beli tiket bas. Tapi bila aku tanya Pakcik google, rupanya boleh beli tiket melalui online. Nampak macam biasa aje kan, ala beli tiket bas, macam juga beli tiket flight mesti ble beli online. Tapi tak semua tiket pengangkutan awam kita ble beli melalui belian online. Contohnya, tiket feri kenderaan/Penumpang ataupun speedboat Labuan-Menumbok-Labuan tu tak ada jualan online. Semua kena pergi kaunter untuk beli tiket.
Aku beli tiket melalui easybook.
Buka apps easybook, kemudian pilih nak tiket sehala ke atau pergi balik. Since aku memang plan nak naik bas pergi balik, so aku pilih round trip. Lepas tu ruangan from/dari tu aku letak: Terminal Inanam, To/ke: Terminal Sri Indah, Tawau. Pilih Tarikh nak pegi, juga tarikh balik, dan kita boleh pilih tempat duduk yang kita suka. Lepastu klik  "Search for bus"...


Kemudian dia akan keluar paparan seperti gambar di atas. Ada jadual perjalanan bas beserta sekali dengan nama syarikat bas. Tambang bas juga di sertakan, jadi kita pilih mana bas yang kita nak naik. Aku pilih Trans Edar sebab aku memang nak naik bas jam 7.30 pm jadi sampai sana waktu pagi. 

Lepas tu pilih seat yang kita nak, aku pilih no 1, paling depan sekali...sebab senang nak turun. Ruang letak barang kat depan kaki pun agak luas. 


Kemudian isi borang ni, masukkan email yang betul sebab nanti dia akan emailkan pada kita maklumat perjalanan kita.


Dah siap isi borang, bawah sekali paparan untuk bayaran. So semua sekali RM 150.30 termasuk harga insuran. Tapi kalo kita beli guna handphone, ada diskaun lagi. Jadi hari tu aku bayar dalam RM143 sebab guna hp...


Taraaaa......sudah dapat email dari easybook. So sampai di Terminal bas Inanam, pergi je ke office easybook, tunjuk bus order summary ni, kemudian depa akan printkan kita tiket sebenar.
Stesen Bas Kota kinabalu. 
Terminal bas di Kota Kinabalu ada 3:
  1. T. Bas KK Sentral
  2. T. Bas dan Teksi Bandaran
  3. T. Bas Bandaraya Utara (Inanam)
Terminal Bas KK Sentral terletak di pusat bandar KK, berdepan dengan bangunan Wawasan Plaza. Mula dibina pada tahun 2011 dan siap sepenuhnya pada tahun 2017. Ia memulakan operasinya pada tahun 2019 yang mengendalikan perkhidmatan bas ekspress dari bandar ke Beaufort, Sipitang, Menumbok, Lawas dan Brunei. 
Terminal bas bandaran, juga terletak di pusat bandar. Mengendalikan perkhidmatan bas ke Keningau, Tenom. Terdapat juga perkhidmatan teksi termasuk (Unser) menuju ke destinasi seperti Beaufort, Sipitang dan menumbok. 

Manakala Terminal bas Inanam atau juga dikenali sebagai Terminal Bas Bandaraya Utara, terletak kira-kira 10 km dari pusat bandar KK, iaitu 19 minit perjalanan menaiki kereta. Mengendalikan perkhidmatan bas jarak jauh menuju ke timur Sabah seperti Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan. Akses ke Terminal Inanam boleh dicapai dengan menggunakan teksi atau bas tempatan. Paling mudah ambil grab dengan harga sekitar RM10, akan membawa kita terus ke Terminal Inanam. 


Nak masuk dalam ni kena check suhu dulu....

Waktu siang tak ramai orang lagi

belian tiket bas di kaunter stesen tiket berpusat tu. Nak minta dier print tiket sebenar pun kat situ.

Ini suasana malam semasa nak naik bas. Baru nampak meriah sikit dengan orang ramai. Barang berkotak2 ni sebenarnya barang yang akan dikirim menggunakan perkhidmatan bas. Macam pos la kiranya. Hari tu aku kirim kamera nak p antaq service ke Tawau, tambang barang hanya RM5 sahaja. 
Jadi kalo nak pegi Timur Sabah, jangan salah pilih terminal bas tau. Dengar2 kat Terminal bas Bandaran tu pun ada menawarkan bas ekspress ke timur Sabah, cuma dia ikut jalan belakang iaitu di laluan Kalabakan. Tambang pun lebih murah. Kalo naik dari Terminal Inanam tu dia akan ikot laluan Ranau, so kalo siang tu boleh la nampak gunung Kinabalu.

Ini bas yang aku naik jam 7.30 PM...Rasa teruja sebab dah lama aku tak naik bas dalam perjalanan yang panjang macam ni. 

Dalam Bas
Bosan sorang2, layan snapchat 😅
Seperti yang aku maklumkan di awal tadi, perjalanan ke Tawau mengambil masa 9 jam. Aku nak habaq driver bas tu bawa bas laju giler okehh, aku tengok masih muda dan layan lagu rock kapak. Terbuai aku melayan perasaan. Cewahhhh..... 😅 Tapi aku yakin Allah SWT sentiasa ada dan memberkati perjalanan mereka yang berjuang mencari rezeki di jalan Allah. Dan aku juga meletak kepercayaan pada pengalaman dan kemahiran mereka membawa bas. Bila amik bas jam 7.30 PM akan sampai di Tawau kira-kira dalam jam 4.30 am di Terminal Bas Sri Indah Tawau. Turun kat situ, langsung tak de orang, sunyi sepi....yang ada cuma pekerja bas yang baru nak p mandi. Hehheh......Rupanya aku sorang je turun kat situ, yang lain semua turun di bandar. Aduhh....Tapi sebab aku dah janji dengan kawan, akan amik kat sini. Tak lama tu sampai la Kak Mas jemput aku, balik rumah dia, mandi, solat dah berehat sekejap. tunggu siang sebelum pergi breakfast kat kedai mamak.. 😅

Bersambung.......

No comments:

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...