Saturday, February 8, 2020

Niena Di Japan: Tasik Kawaguchi (Part 11)

16hb Dec 2019
Ahad

Hari-8

Akhirnya kami kembali ke stesen Kawaguchiko. Destinasi seterusnya ialah ke Tasik Kawaguchi pula. Ke sana kami akan menaiki bas. Dah beli awal pagi tadi sebelum pegi ke Fujiyoshida, dengan harga 1500 yen bersamaan dengan harga RM 56.49. Tiket yang kami beli ialah Saiko Sightseeing Bus (Green Line). Sebenarnya tiket ni boleh guna untuk 2 hari tapi sebab kami balik hari ni jadi hanya boleh guna untuk sehari. Sayangkan....?? dan sangat Sayang bila tau Gotemba tu dekat je dengan Kawaguchiko ni!!! 😭 Kalo pegi lagi di lain waktu kena peruntukan masa lebih lama di sini dan terus ke Gotemba. 

Tiket bas
Sementara menunggu bas sampai, dan tunggu KP beli tiket, kami lepak di dalam stesen Kawaguchiko. Di luar sangat sejuk, dalam ni hangat sikit. Oh ya aku lupa nak cakap, KP tak join kami ke Fujiyoshida tadi sebab kebanyakan aktiviti tadi memerlukan kami mendaki, jadi KP hanya tunggu di hotel dan dier checkout lambat sikit. Jadinya ke Tasik Kawaguchiko ni dier akan join sebab bentuk muka buminya rata sahaja. Giteww.... Hentian bas Terminal 1 ni terletak di hadapan bangunan Stesen Kawaguchiko ni, keluar saja terus jumpa. Kat Terminal 1 ni ada 3 jenis bas yang akan singgah ambil/ turun kan penumpang iaitu 1 Red Line: Kawaguchiko Sightseeing Bus, Green Line: Saiko Sightseeing Bus, Blue Line: Narusawa/ Shojiko/ Motosuko Sightseeing Bus. Apa bezanya antara 3 bas ni? Red Line hanya akan berhenti dari stesen 1 (Kawaguchiko Station) hingga la ke stesen 20 sahaja. Manakala Green Line akan berhenti di stesen 1 hingga stesen 62. Blue Line pula akan pergi ke Narusawa, Shojiko dan Motosuko area sahaja. Jadi pastikan jangan salah naik bas ya.
Dalam bangunan stesen Kawaguchiko
Menghangatkan diri....😅
Bangunan depan ni ialah Kawaguchiko Station
Terminal 1 ni kecik je kan....yg ada no 1 tu. 
ramai yang tunggu bas
Ini la dier Terminal 1. Samada Red, Green atau Blue Line semua kat sini. Macamana nak kenal itu bas kiter? 1, daripada warna bas. Kalo Green Line warna bas pun pasti warna hijau. Yang ke 2, ada pekerja dia akan pegang note, macam yang mamat comel tu pegang. 
Ini bas kami....
Tasik Kawaguchi terletak di sempadan antara bandar Fujikawaguchiko dan Minobu di selatan Yamanashi berhampiran Gunung Fuji. Ia merupakan tasik kedua terbesar di antara 5 tasik yang terdapat di sekitar Gunung Fuji. Walaupun mengalami musim panas, namun di Tasik kawaguchi, suhunya tidak la terlalu panas dan apabila tibanya musim sejuk, suhu menjadi semakin sejuk dan berais. Tasik Kawaguchi juga terletak bersempadan dengan Taman Negara Fuji-Hakone-Izu. Pada asalnya Tasik ni tidak mempunyai saluran semulajadi menuju ke mana2 sungai atau laut. Ini menyebabkan sentiasa berlakunya banjir di sekitar penempatan di pinggir tasik. Untuk mengatasi masalah banjir, maka pihak kerajaan membina terusan menuju ke Sungai Sagami dan siap pada tahun 1914. Sejak itu tiada sudah tu banjir....Naa, keluar slang sabahan sia!!😜
Gerai No. 1 jadi pilihan
Turun di checkpoint 48
Gerai No. 1, sangat peramah dan pandai cakap Melayu
Buah apple yang besar

Oleh kerana kami kesuntukan masa, maka kami sepakat untuk berhenti di checkpoint 48 iaitu di Saiko Iyashi-no Sato Nemba sahaja. Nemba merupakan sebuah kawasan yang terletak di pinggir barat laut Tasik Sai (Saiko) salah satu daripada 5 tasik yang terdapat di sekitar Gunung Fuji. Kalo tengok peta ia berdekatan dengan Tasik Kawaguchiko. Turun dari bas, masing2 menonong menuju ke gerai menjual makanan. Ini salah satu kenapa kami singgah di sini sebab ada gerai makan halal di sini. Ada banyak  deretan gerai yang mempamerkan tanda halal-muslim di sini, tapi yang membuatkan kami yakin pada gerai pertama ni ialah adanya logo RTJ kat situ. Tak banyak pilihan tapi cukup la untung kenyang. Ada nasi dan ada ayam. Boleh tahan sedap! Dah lapar kan.... Ada juga ikan bakar tapi kecikkk. Gantung! 😅
nugget ayam tu sedap
Kat sini juga ada di sediakan tempat untuk bersolat. 
Bagi pencinta alam, Iyashi no Sato sangat berbaloi untuk dilawati. Ia merupakan sebuah bekas perkampungan pertanian yang terkenal dengan rumah tradisionalnya dari zaman Edo lagi. Pada tahun 1966, berlaku ribut taufan yang dasyat sehingga memusnahkan kampung Iyashi. Setelah 40 tahun berlalu, rumah berbumbung tradisional ini dibina semula dan diiktiraf oleh kerajaan sebagai muzium hidup yang mana ia membuka pintu kepada para pelancong yang ingin mempelajari budaya dan membeli pelbagai kraftangan tempatan. Kita juga boleh mencuba menghasilkan kraftangan tempatan dibantu oleh para penduduk kampung. 
Macam tak ramai tapi ada je orang...
Gambar atas: tanaman labu..
Gambar Bawah: Gunung Fuji di kejauhan
Rumah tradisional
Kampung Iyashi no Sato yang dikelilingi oleh hutan Aokigahara, menjanjikan pemandangan menarik ketika tibanya musim bunga dan ketika musim luruh. Warna2 alam menyebar disepanjang pepohon hutan, ditambah pula imej gunung Fuji dapat dilihat jelas dari sini ketika cuaca cerah. Ketika kami berada di sini, keadaan kampung agak sunyi biarpun ramai pelancong yang datang dan pergi. Mungkin sebab musim sejuk sudah mula, kegiatan pertanian juga tidak serancak ketika musim panas. Kita juga boleh masuk ke dalam rumah yang memang dikhaskan untuk ruang pameran. 

Waktu beroperasi:
Mac-Nov: 900 am- 500 pm
Dec- Feb: 930- 430 pm (Rabu tutup)

Bayaran masuk:
Dewasa: $350 yen
Kanak2: S150 yen

Parit yang bersih
menenangkan....
satu hari nanti jika berkelapangan, akan ku abadikan ianya di dada kanvas, menjadi puing2 kenangan,
yang bertebaran di langit minda.....😅
Menuju jalan pulang
kedai

Terdapat lebih 20 buah rumah tradisi yang dibina semula di Iyashi no Sato. Kebanyakannya menerapkan gaya kabuto-zukuri yang mana bumbung rumah diperbuat daripada jerami yang kelihatan seperti topi samurai. Setiap rumah yang didirikan memainkan peranan masing2. Ada yang berfungsi sebagai muzium, restoran, gerai, kedai atau galeri yang menempatkan seni dan kaf tradisional di wilayah tersebut. Boleh juga menyewa dan memakai pelbagai pakaian kimono atau pahlawan samurai di sini. 


Kalo kat sini ader homestay, berani tak malam2 tido sini  

berlatar belakangkan Hutan Aokigahara


Pernah dengar tak cerita tentang hutan Aokigahara? Hutan yang terletak di utara gunung Fuji, yang mempunyai pemandangan indah di Jepun. Hutan yang terkenal sebagai tempat untuk membunuh diri! Aokigahara merupakan hutan purba yang dikatakan tempat berkumpulnya roh2 manusia oleh penduduk tempatan. Bentuk muka buminya agak berbatu dan sukar ditembusi peralatan penyodok. Dikatakan bahawa sesiapa yang berada di dalam hutan tersebut akan merasa seperti satu keganjilan, keseorangan biarpun kau masuk berteman, rasa diperhatikan, suasana yang sunyi, tiada angin, gelap, senyap sepi dari kicauan burung dan unggas, malah cahaya matahari juga tidak menembusi kawasan lantai hutan. Secara geografinya ini mungkin disebabkan oleh ketebalan hutan yang mana pokok konopi yang tinggi menjulang menghalang cahaya matahari menembusi lantai hutan. 

Seolah-olah putaran masa berhenti bila mana kompas juga tak berfungsi. Jarum kompas sentiasa bergerak kemana2 tanpa arah tujuan. Ramai yang tersesat, rasa berlegar2 di tempat yang sama padahal kau rasa dah berjalan jauh ke dalam hutan. Oleh kerana lanskapnya yang menyeramkan, ramai yang memilih hutan ini sebagai tempat terbaik untuk membunuh diri. Dikatakan hutan Aokigahara merupakan lokasi unuh diri ke-3 paling popular di dunia selepas Jambatan Gerbang Emas di US dan Bloor Street Viaduct, Kanada.


Meniti di perjalanan ini
tanda perpisahan semakin mendekat
ku abadikan ssetiap sudut di lensa kameraku
agar nanti ianya dapat mengubat rindu di hati
Ramai yang memilih untuk mengakhiri hidup mereka di sini kerana sudah tidak mampu menahan beban yang semakin memberat. Kebanyakannya mengantung diri. Dari hari kehari semakin banyak ditemukan jasad tak bernyawa sampaikan pihak kerajaan menaikkan notis "Dilarang untuk membunuh diri". Ada cerita yang mengatakan mereka memilih hutan ini sebagai tempat pengakhiran hidup mereka atas beberapa sebab. Dikatakan pada abad ke-19, ada satu tradisi kejam yang dipanggil sebagai ubasute iaitu membuang orang tua yang sudah uzur dan tidak mampu bekerja ke dalam hutan ini. Biasanya mereka yang dari keluarga miskin membuang orang tua mereka di sini kerana faktor ekonomi yang tidak mengizinkan mereka menjagai orang tua mereka. Akhirnya orang tua yang dibuang akan mati akibat kelaparan. Moga kita dijauhi dan dihindarkan daripada sikap yang tak berperikemanusiaan ini. Ingat! Tidak akan sesekali kita jatuh miskin kerana berbakti kepada kedua ibu bapa kita malah Allah SWT akan meluaskan pintu rezeki untuk anak2 yang berbakti kepada ibu bapanya! Emosi aku... 😓

Tak perasan rupanya hari sudah lewat, takut kami dah tak de bas nak mengutip kami balik ke Fujikawaguchi

Bila bas sampai, berlarian kami, takut ketinggalan padahal bas tu tunggu je semua orang naik.
Ok berjaya meloloskan diri biarpun terpaksa berdiri
Akhirnya kami tiba di Stesen Kawaguchiko. Ambil beg kat Plaza Inn dan bersedia memulakan perjalanan balik ke Tokyo.

Bas cantik dihiasi anime
Ambil beg di plaza Inn
Sempat merakan kenangan dari sudut yang lain
Hotel Plaza Inn
Senja di Kawaguchiko
Sekitar stesen train
Bangunan Stesen Kawaguchiko
Dalam train menuju ke Otsuki
Melepas lelah di bahu bangku
Tiba di Otsuki Stesen
Pegi sebelah untuk naik train menuju ke Shinjuku
Arahan comel di tangga, nak turun lalu sini
Naik lalu belah sini
Daam train menuju ke Shinjuku
Tokyo yang sentiasa hidup di malam hari
Tiba di shinjuku station
Perkara pertama yang kami buat setelah sampai di Shinjuku Station ialah pergi ambil beg di locker. Perlahan2 aku menghantar isyarat di minda agar menguatkan hati, tenaga, kudrat selepas ini dengan beban beg yang mengila. Terbayang2 di ruang mata, tangga tinggi yang menyeramkan...Bila ambil beg kena bayar pula 800 yen lagi, baru boleh buka. Ke sebab kami sampai tu dah malam jadi dikira 2 hari? kan.....Selesai, kami terus bergerak menuju ke Asakusa dimana terletaknya Seven Garden Hostel.

Shinjuku Station: Chuo Line (Local Tokyo, 9 stops, Platform 13)--> Kanda Station: Ginza Line (Local Asakusa, 6 stops, Platform 2)--> Asakusa Station

Kos tambang ialah $340 yen sehala bersamaan RM12.80. Oleh sebab perjalanan menuju ke Asakusa masih dalam lingkungan rangkaian JR maka kami menggunakan JR Pass sepenuhnya. Apabila tiba di Asakusa, sekali lagi kami sesat sekejap mencari jalan pulang  ke hostel. Kami keluar ikut gate 6, padahal masuk 1 lorong aje dah sampai hostel. Jalan punya jalan, macam makin jauh je map ni bawa, terus tanya pada orang. Dier tunjukkan kemudian, sampai......



Dah lewat malam, urusan check in dibuat di restoran sebelah ni. Selesai semuanya dier tunjuk pintu nak masuk...buka2 aje....sekali lagi kami mengeluh berat bila mana nampak tangga berputar2. Menambahkan sesak di dada, kepala semakin berputar laju, tambah pula dapat bilik tingkat 3 dan 4. Ingatkan dapat la bilik tingkat 3, aku dah kelelahan. Nan ado......4 rakan yang lain lagi vateran dari aku yang memerlukan bilik tingkat 3, terpaksa mengalah, mengheret lagi naik ke atas. Naik tingkat atas rupanya ada 2 bilik aje yang dihuni oleh geng kami sahaja dan tingkat 4 ni ader dapur yang dikongsi bersama dengan penghuni yang lain. Ini la hikmah yang Allah bagi biarpun kau terpaksa naik ke tingkat 4. Bab makan ni pengubat hati yang lara.Githewwww.......

Kata2 semangat yang menjengkelkan....😫 aku nak lift!!
Rujukan: 

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...