Thursday, February 6, 2020

Niena Di Japan: Fujiyoshida (Part 10)

16 Dec 2019 (Ahad)
Hari-8



Macam biasa bangun awal, S kata macam tak ble mandi je dalam tu, sebab masih tersumbat. Jadi pagi2 lagi ketuk bilik depa nak tumpang mandi. Bilik KH besar sebab depa 4 orang dalam tu dan depa tdoq atas lantai. Ader toto disediakan. Dan yang bestnyer dari jendela bilik ni boleh nampak gunung fuji. Cantik sangat....Sempat breakfast ala kadar aje ari ni, makan jajan....sbb maggie dah abih. Hehehe....Ingat tak semalam kitorang share maggie sebungkus 3 orang?? 😅 Kami turun ke bawah lebih awal, siap2 checkout, tumpang simpan barang dalam stor dan kemudian apa lagi....amik gambar la kan. Oh ya pagi ni kami akan ke Fujiyoshida dan kemudiannya berkunjung ke Tasik Kawaguchiko. Malamnya pula akan terus balik ke Tokyo. Sekejap kan? Gantung!

G1,2,3: Hotel Plaza Inn
G4: Kami maklumkan pada uncle tu yang bilik air kami tersumbat. Petangnya bila kami ambil beg, hotel ni dah tak amik penginap lagi. Jujurkan sebab depa nak membaiki paip yang rosak. 

Fujikawaguchiko merupakan sebuah bandar yang terletak di selatan Yamanashi, Jepun. Oleh kerana kedudukannya yang berdekatan dengan gunung fuji, maka Fujukaguchiko merupakan antara destinasi pilihan para pelancong tempatan dan luar, kerana ia menyajikan pemandangan indah gunung-ganang dan menghijau dengan pohon-pohon yang masih belum terusik. Mempunyai iklim lembap sepanjang tahun dan purata suhu tahunan di Fujikawaguchiko ialah 10.3 ° C. Masa terbaik untuk melawat ke Fujikawaguchiko ialah pada waktu musim panas kerana cuacanya dan juga pada ketika itu bunga-bungaan sedang tumbuh mekar. Semasa musim sejuk suhu persekitaran boleh jadi sangat sejuk. Pada tahun 2003, bandar Kawaguchiko dan kampung Katsuyama serta Ashiwada bergabung membentuk bandar baru yang dinamakan sebagai Fujikawaguchiko.
3 orang tak ader dalam gambar
Menuju ke stesen train Kawaguchiko. Malam tadi tak nampak sebab dah gelap, Rupanya Gunung Fuji belakang tu je.
Masih dipersekitaran stesen train
Seperti yang aku maklum di awal tadi, pagi ni kami akan pergi ke Fujiyoshida, tepat nya ke Chureito Pagoda. Chureito Pagoda adalah bangunan kuil 5 tingkat yang terletak di tanah tinggi yang menghadap bandar Fujiyoshida dan Gunung Fuji dari kejauhan. Pagoda ini adalah sebahagian daripada kuil Arakura Sengen yang dibina sebagai perjanjian damai pada tahun 1963. Mendaki sehingga ke atas bukit, membolehkan kita menikmati pemandangan indah Gunung Fuji. 2 minggu sebelum kami tiba di sini, kawasan ni dibanjiri oleh limpahan warna merah-kuning dedaun pokok. Sangat cantik! Tapi tak de rezeki untuk kami menikmati keindahannya, kebanyakan pokok sudah togel. Yang masih ada bertahan, satu 2, pokok sahaja lagi yang tinggal. 

Kawaguchiko Station: Fujikyuko Line (Local Otsuki, 4 stops)--> Shimoyoshida Station

Harga tiket sehala ialah $310 Yen bersamaan dengan RM11.75. Kami bayar menggunakan suica card. Sampai di Shimoyoshida Station kena jalan kaki, ikut je kemana ramai orang pergi. 

eh...eh tuan tanah nak buat love tak menjadi 🙊
Mula mendaki......Rasa macamtak naik je, penat. Tapi gagahkan juga kaki ni melangkah. Mulut kata jangan tapi kaki tetap melangkah.
Fujiyosida juga merupakan salah satu bandar yang ada di Yamanashi. Kepadatan penduduk dianggarkan 400 orang setiap 2 km. Ia terletak di pangkalan utara Gunung Fuji dan ia sebenarnya wujud di atas aliran lava lama. Oleh kerana kedudukannya berdekatan dengan Gunung Fuji, maka ia dianggap bandar tertinggi di Jepun iaitu terletak pada ketinggian 2140-2800 kaki dari aras laut. Sama seperti di Fujikawaguchiko, Fujiyoshida juga mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun. Purata suhu ialah 9.1"C

G. Fuji disebalik reranting
Lagi G. Fuji yang cantik
Ramai yang datang ke sini kerana Gunung Fuji. Bak kata orang, tak sah kalo ko ke Jepun tapi tak pegi tengok Gunung Fuji. Gunung Fuji merupakan gunung tertinggi di Jepun, terletak di sempadan antara Shizuoka dan Yamanashi, di sebelah barat Tokyo. Kedudukannya berhampiran perairan Pasifik Di pusat Honshu. Dikelilingi oleh 3 bandar iaitu Gotemba di sebelah timur, Fujiyoshida di sebelah utara dan Fujinomiya di sebelah barat daya. Gunung Fuji sering dijadikan simbol kepada Jepun. Pendek kata bila tengok gambar Gunung Fuji, walaupun tak ada nama, kita tau itu simbol Jepun. Ia sering digambarkan dalam karya seni dan sering juga menjadi buruan bagi para pengemar fotografi, selain cenderung dikunjungi oleh pendaki dari seluruh dunia.
Kebanyakan pokok dah togel
Tak mampu naik tangga kami melencong guna laluan lain
Gunung Fuji dikatakan terbentuk kira2 10,000 tahun yang lalu. Ia sebenarnya merupakan gunung berapi yang masih aktif, namun potensi untuk meletus itu sangat rendah. Menurut sejarah, kali terakhir Gunung Fuji meletus ialah pada tahun 1707. Terdapat 5 buah tasik di sekeliling Fuji iaitu Tasik Kawaguchiko, Yamanaka, Sai, Motuso dan Shoji. Menurut rekod, terdapat lebih kurang 200,000 orang pendaki G. Fuji setiap tahun dan 30% antaranya adalah terdiri dari orang luar. Dicadangkan masa paling sesuai untuk mendaki ialah pada 1 Julai- 27 Ogos iaitu ketika musim panas.
lagi....harap tak bosan

Perjalanan balik menuju ke Stesen Shimoyoshida
Apa yang menariknya tentang Gunung Fuji atau Fujisan ialah salji yang sentiasa kekal sepanjang tahun di puncaknya. Macam pakai topi je kan....Terdapat 5 tasik di sekitar Gunung Fuji, tetapi salah satunya yang sangat popular ialah Tasik Kawaguchi. 


Macam dekat nak di gapai tapi jauh
Perjalanan balik ke Stesen train
Rumah orang kampung, cantik pokok tu
Bunga kobis
Kalo tinggal kat sini tiap hari nampak gunung fuji
Jam sentiasa ada di setiap stesen
Lagi rumah orang kampong.....cantik je. 
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Fuji

bersambung.......

No comments:

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...