17 Dec 2019
Selasa
Hari ke-9
Aktiviti hari ni tak berapa nak rushing sangat. Jadi kami santai aje, keluar agak lewat...makan2 dulu kat hostel, sembang2....Pastu kalo dah bekumpul ramai2 tu sembang bukan main panjang, tak sedar masa berlalu....😅 Nak pegi dekat2 ni je sekitar Akihabara, pastu nak pegi shibuya Crossing tu, nak rasa bersesak2 dengan orang ramai....😅 Itu pun nak rasa ke? Yeee.....sebab dier punya "rasa" tak sama dengan bersesak di tempat lain. Hehheheh....Payo! Keluar aje pagi tu, hujan renyai2 merai'kan kehadiran kami....Seingat aku sepanjang kami berada di Japan, baru hari ni hujan. Alhamdulillah rezeki Allah SWT bagi....
Hujan |
Basah bumi Asakusa. Sedap tidoq malam tadi sampai tak dengar bunyi hujan. Agaknya malam tadi hujan lebat...Kami nak ke Akihabara. Jadi kena pegi ke stesen metro bangunan sebelah tu. |
Sudah sampai |
Kena turun ikot tangga belah kanan tu |
Sebelum turun, ehh....jumpa pula money changer, so depa p tukaq duit dulu. |
Sementara tu aku p luaq amik gambaq. Cantik bas dier |
Masih hujan |
Apa yang aku faham dan lihat, bila kita berada di Japan, internet adalah salah satu benda penting yang perlu ada. Nampak je aku tulis perjalanan kami dari satu tempat ke satu tempat naik train mana satu, itu semua hanya sebagai rujukan, kita tetap kena tengok kat goggle map juga, bila tiba di sana. Ini terpakai untuk kami yang baru pernah pergi ke sana sahaja. Tak terpakai untuk yang selalu pegi, yang dah selalu pegi tu tak payah tengok map pun dah tau train mana satu nak naik untuk pegi satu2 tempat kan....😅 Sebab di situ banyak giler train dier. Bingung jap kakak dibuatnyer! Berbeza dengan China, biasanya kami buat catatan awal macamana nak pegi ke satu tempat tu, dan kemungkinan besar catatan awal tu boleh diguna pakai di sana tanpa merujuk kepada goggle map lagi. Dulu2 kan macam berkira sangat nak beli sim kad China....semua bergantung pada wifi free yang selalu ada di mana saja bandar di China. 😅 Dalam kalangan kami ni ader beberapa orang yang kiranya otai Japan, yang dah pergi lebih dari 1x. Jadi depa la yang tukang tengok map 😁 Kami mengekor aje. Sesat pun ikut juga. Dah kau tak nak tolong tengok map, jangan memandai marah pula. Enjoy je...Bak kata Tok Jack sesat itu pengalaman.😆 Aku amik gambaq. Banyak je gambaq candid, video depa yang lucu2, cuma tak tempek kat sini je, takut kena marah. Kau tau la gambaq candid macamana kan. . 😅Sebagai penulis blog (picisan sahaja), gambar adalah benda penting aku perlu ada. Bila menulis baru aku buat rujukan berdasarkan gambar, perjalanan kami hari tu, untuk dijadikan bahan menceceh kat sini.
Pokok berdaun kuning |
Kami |
Lambakan patung comel anime |
Nasib baik aku bukan peminat anime kalo tidak memang rambang mata nak pilih. |
Sementara tunggu Iphone KC siap, kami ambil gambar d sini |
Akihabara berasal dari perkataan Akiba yang pada mulanya ia dinamakan sebagai "Akibagahara", namun dipendekkan dan akhirnya menjadi Akibahara sahaja. Pada tahun 1869, tepatnya sebelum abad ke-20, kawasan Akihabara mengalami kerugian yang sangat besar apabila selalu berlakunya kebakaran. Api cepat merebak kerana terdapatnya bangunan kayu dan dibina sangat dekat antara satu sama lain. Ini tak boleh dibiarkan, maka pihak kerajaan mengambil inisiatif dengan mengarahkan para penduduk untuk mengosongkan tanah seluas 30,000 meter persegi. Maknanya tiada sebarang penempatan dibenarkan dibina di sini. Ini adalah langkah keselamatan agar api tidak merebak ke bandar Tokyo sekiranya berlaku lagi kebakaran di masa akan datang. Setahun kemudian, Maharaja Meiji memerintahkan agar dibina sebuah kuil di atas tanah kosong tersebut. Pada zaman Edo, masyarakat setempat salah faham tentang kuil tersebut, mereka percaya bahawa kuil tersebut dipelihara oleh Dewa Akiha Daigon-gen yang mampu memadamkan api. Sejak dari itu masyarakat setempat menamakan kuil dan kawasan sekitarnya sebagai Akiba-Sama atau Akiba-San yang bermaksud "Tuan Akiba". Itu la asal usul nama Akibahara.
Gambar ihsan: https://www.japan-guide.com/e/e3003.html |
Ini kat Big Camera. Aku suka tengok gambar kat bawah tu, bersungguh A terangkan kepada rakan2 kelebihan Thormas buatan Japan. Hehehh.....
|
Bagaimana Akihabara mendapat julukan sebagai Akihabara Electric Town? Ia bermula Selepas Perang Dunia ke-2 berakhir, apabila pihak kerajaan memutuskan untuk menjadikan Akihabara sebagai satu tempat khas untuk menjual barangan elektronik. Akihabara dianggap sebagai pusat budaya popular Jepun moden dan daerah membeli belah utama untuk permainan video, anime, mangga, peralatan elektronik dan komputer. Untuk mengangkat Akibahara menjadi pusat teknologi dan perdagangan elektronik global, maka pihak kerajaan aktif membangunkan kawasan sekitarnya yang mana kini berdiri pusat seperti Yodobashi Akibahara Crossfield dan lain-lain.
Gambar ni aku suka sangat. Macam ader cerita dalam gambar tu kan. Mengambarkan sebuah keluarga bahagia. Si ayah sedang membuka permainan yang dibeli dari vending machine sambil diperhatikan oleh 2 orang anaknya. Si Ibu pula bertindak merakam momen tersebut. Juga salah satu cara membahagiakan diri dan keluarga....😊 Kenangan bersama anak tu yang mahal harganya. Kan... |
Payung comel. Sebelah tu, payung samurai. Kalo balik malam2, sorang2 pula tu, kau galas payung Samurai tu kat belakang, penjahat pun lari dier ingat kau bawa Samurai betul! 😅 |
Dah puas meronda, kami lajak pula ke Shibuya. Pegi sana Naik JR pula.
Akihabara Station: Yamanote Line (Local For Tokyo/ Shinagawa, 12 stops, Platform 3)--> Shibuya Station--> Exit Hachiko
Perjalanan mengambil masa kira2 30 minit dan kos sehala ialah $200 Yen. Tapi kami guna JR Pass je. Shibuya adalah sebuah kawasan pusat perniagaan utama yang menempatkan 2 stesen keretapi paling sibuk di dunia iaitu Stesen Shinjuku dan Stesen Shibuya. Shibuya juga antara salah satu lokasi pusat fesyen Jepun yang terkenal terutamanya bagi golongan muda.
Salah satu cerita terkenal mengenai Shibuya adalah kisah tentang Hachiko, seekor anjing yang setia kepada tuannya. Hachiko datang ke Tokyo bersama tuannya yang bernama Eizaburo Ueno, seorang Profesor di Tokyo University. Setiap pagi Hachiko dan Ueno akan berjalan kaki bersama menuju ke stesen train. Hachiko hanya akan menghantarnya di situ sahaja dan kemudian akan kembali semula ke stesen untuk menjemput bertemu tuannya pada petang hari. Pada suatu petang- 1925, seperti biasa Hachiko datang ke stesen train, namun Ueno tidak kunjung tiba. Rupa2nya Ueno sudah meninggal dunia akibat pendarahan. Akhirnya Hachiko dipelihara oleh sebuah keluarga yang menyayanginya. Namun Hachiko tetap menjalankan rutinnya setiap pagi dan petang akan berkunjung ke stesen train, kalo2 Ueno muncul kembali. Kesetiaannya itu menjadi kekaguman kepada orang ramai. Oleh itu, pihak berwajib membina sebuah arca Patung Hachiko, bersebelahan dengan stesen dan Hachio Square.
Akhirnya kami tiba di salah satu destinasi terkenal di Tokyo iaitu di Shibuya Crossing. Ia merupakan persimpangan lintasan pejalan kaki paling sibuk di dunia. Ia terletak di hadapan stesen Shibuya dan stesen Hachiko. Dikatakan apabila tiba masa puncak, dianggarkan kira2 1000 hingga 2500 orang akan berada di persimpangan ini untuk melintas jalan. Semua kenderaan akan berhenti apabila lampu merah menyala, bagi membolehkan orang ramai melintas jalan dengan selamat. Orang ramai akan menyeberang jalan dengan laju atau berlari anak dari pelbagai arah. Formasi yang sangat cantik dan sempurna jika dilihat dari kedudukan yang tinggi. Oleh kerana namanya yang terkenal, ia sering dijadikan sebagai lokasi pengambaran filem, dokumentari dan lain2. FF: Tokyo Drift antara filem yang dijalankan di sini selain Lost in Translation dan Resident Evil.
Akhirnya kami berpisah haluan di Ueno. Yang tiada berhalangan, terus balik ke hostel untuk solat dan makan di sekitar hostel. Yang lain meneruskan perjalanan ke Ameyoko. Ameyoko merupakan market street paling sibuk di laluan Yamanote Line. Ameyoko adalah ringkasan dari nama "Ameya Yokocho". Selepas perang dunia Ke-2 berakhir, Ueno menjadi tempat lambakan pasaran gelap selepas semua kedai di Akihabara diarah pindah ke sini. "Ame bermaksud: Amerika, kerana terdapat banyak barangan dari Amerika dijual di sini. selain itu ia juga bermaksud lorong kedai gula2 kerana manisan tersebut banyak dijual di sini. Terdapat pelbagai produk seperti pakaian, beg, kosmetik, ikan segar, makanan kering dan rempah ratus dijual di sepanjang Ameyoko street. Waktu beroperasi adalah pada jam 10 pagi hingga ke 800 malam. Namun bergantung kepada pemilik kedai yang biasanya menutup kedai lebih lewat apabila melihat pelanggan masih ramai.
Kat sini ader gerai makan halal. Orang turki punya. Kalo tengok kat gerai dier banyak juga gambar2 orang Malaysia yang makan kat situ antaranya Zizan. |
Rujukan:
https://www.japan-guide.com/e/e3003.html
https://www.japan.travel/en/spot/2177/
Bersambung......
https://www.japan-guide.com/e/e3003.html
https://www.japan.travel/en/spot/2177/
Bersambung......
No comments:
Post a Comment