Sunday, February 16, 2020

Niena Di Japan: Bye Nagoya.....(Last Part)


19 Dec 2019- Khamis
Hari ke-11

Hari ni kami akan ke Nagoya. Kenapa ke sana? Sebab kami akan balik ke Malaysia dari pintu Nagoya. Ceritanya macam ni....Pada mulanya kiter beli tix pegi Japan je dulu sebab tix balik tu mahal. Mengikut pengamalan (mungkin nasib baik atau kebetulan) kebiasaannya harga akan merundum jatuh 2 minggu sebelum tiba tarikh nak fly.. Tunggu punya tunggu macam tak turun2 je harga tix ni, tetiba KT tengok harga Nagoya-Bangkok (Transit)-KUL dalam RM700++(exc. tax, luggage etc..) itu yang termurah, jadi kiter rembat je sebab dah masuk bulan 10. Sebenarnya itu kategori mahal tapi dah tak ada pilihan. Kiranya kalo Osaka-KUL lebih murah, kita sanggup je patah balik, lagipun JR Pass kan ader. Yuppp....Begitu la. Rezeki masing2, kadang ader yang dapat tix murah gillss, ader yang dapat mahal. Kiter bersyukur aje dengan apa yang kiter dapat. Malam tadi dah bincang ke Nagoya, paling lewat jam 3 pm, sebabnya pagi ni masih lagi nak jalan2 ke Ueno.....Hehheh. Siap2 turunkan barang dan simpan dalam stor kat restoran bawah sana. Bencinta betul bawak barang bila tak de lift ni. Mencabar keupayaan.... 😤

Kiter jalan2 dulu kat belakang hostel ni pun ader kedai kecik2. Tapi kami nak ke Ueno juga.
Kat belakang Seven Garden Hostel
Patung comel

Simbol kekayaan....ehhhh!
Mendung tapi tak bererti hujan
saje tengok2
Ok jom kiter pegi Ueno
Singgah
Sampai.....lepas ni tak dan amik gambaq sebab mengejar masa. Jam 12 kena balik ke hostel.
Nagoya yang terletak di pantai Pasifik Honshu, merupakan sebuah bandar terbesar di wilayah Chubu, sekaligus menobatkan ia sebagai bandaraya ke-4 terbesar di Jepun. Menurut sejarah, Nagoya bermula pada tahun 1610, sebuah istana dibina semasa pemerintahan Shogunate Tokugawa. Apabila berakhirnya pemerintahan Shogunal, Nagoya terus dibangunkan sebagai pusat komersial. Kedudukannya yang strategik iaitu berdekatan dengan sungai, menyebabkan ia dipilih sebagai salah satu lokasi pelabuhan utama di Jepun selain Tokyo, Kobe, Osaka, Yokohama, Chiba dan Kitakyushu. Pusat janakuasa hidroeletrik juga dibina di sini, mengambil manfaat daripada sungai yang banyak di sekitar Honshu. Ini merangsang pertumbuhan industri berat, secara tidak langsung mengidentitikan Nagoya sebagai sebuah bandar perindustrian. Banyak sektor perkilangan dibina di sini seperti kilang jam tangan, basikal, mesin jahit hingga la kepada pengeluar keluli, bahan kimia, minyak, automobil, penerbangan, perkapalan dan sebagainya.

Dalam Perjalanan dari Asakusa ke Sinagawa Station
Oleh sebab beg kami dah beranak pinak, ramai yang mencadangkan untuk kami mengambil teksi sahaja dari Asakusa ke Shinagawa Station. Kami semua setuju aje, sebab macam tak sanggup dah tengok tangga tinggi gilerr. Sangat menyeramkan! Oleh sebab kami ramai maka, 1 teksi tu muat 3 orang je. Dan sebenarnya tambang teksi murah je bila kita patak2 dengan kawan. Aku tak ingat berapa tapi tak sampai pun RM 50. Sangat berbaloi. 
Hujan renyai2 manja ketika kami dalam teksi ni
💗
Handsome nyer kete ni....
Perjalanan dari Shinagawa menuju ke Nagoya mengambil masa kira-kira 1H40M menaiki Shinkansen Hikari. Masih lagi menggunakan JR Pass.


amik gambar sementara tunggu Train dibersihkan.....
Comel kasut dier
Di Nagoya kami akan menginap di Wasabi Hostel. Bila keluar je dari bangunan, hari dah gelap, nasib baik tak hujan. Alhamdulillah... Beg ni pun tak de la berat sangat sebab semalam dah susun elok2 bagi berat sama rata. Wasabi Hostel memang terkenal sebagai transit para pelancong yang hanya singgah sebentar di Nagoya. Ini kerana kedudukannya yang tidak jauh dari Nagoya station, memudahkan akses untuk kemana-mana saja destinasi. 
KH sedang berurusan
Menanti dapat bilik

Keluaq sat tengok suasana malam di Nagoya
Gerek
Meriah dengan lampu2
Nagoya Crossing
Nagoya Station
Ihsan Google: Keadaan bilik. Bila check in, dier akan bagi kiter 1 rantai berkunci untuk kunci kan beg. 
20 Dec 2019- Jumaat
Hari ke-12
Awal pagi bersiap nak ke airport...
Suasana pagi di lobi...
Sebelah kanan ni lift, nasib baik ada. Sampai ruang ni kau kena buka kasut. Lepastu letak dalam bakul dalam bilik depan tu. Setiap bakul tu ader no katil kiter. Nampak kemas kan. 
Boleh buat air sendiri. Free aje. Lepas guna kena cuci sendiri tau, jangan main letak aje. 
Ok jom gerak ke Nagoya Station
Gerak lu...
Nagoya airport. Jumpa geng budak sekolah nak g bersukan...
Tempat bersantai....
Nagoya airport
Balik naik AA
Beratoq nak beli makanan...
Nak perabih duit syiling.....😅
KN nak tiru ✌KT...Emmm....lambat! Jenuh tunggu dia susun jari 😆

Turn KT
Tunggu makanan masak

Masih menanti, sambil diperati KC
Yeahhh Dapat....💪💪

Sedap juga
Menanti....
Geng AA
Tiba di Bangkok
Cantik

 Tamat......


Kos Hangus : Tidak Termasuk duit Poket 
Tempoh: 12 Hari

  • Tiket Flight (KUL-Hanoi- Osaka): RM 691
  • Tiket Flight (Nagoya- Bangkok- KUL:RM 960
  • Penginapan: RM 1420
  • Hello1010: RM 71.60
  • JR Pass: RM 1004
  • USJ Tix + OAP 1D (Combo): RM 367.90
  • ICOCA Card: RM 83
  • Suica Card: RM 86
  • Kembara Meal: RM 122.50 
  • Insurans: RM 121
Jumlah: RM4926/=


Next Trip?

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...