Friday, January 24, 2020

Niena Di Japan: Menghabiskan hari terakhir di Osaka (Part 8)

14 Dec 2019
Hari-6


Cepatnya masa berlalu....Sudah hari ke 6 kami di sini. Macam tak puas aje. Hari ni tak banyak aktiviti yang akan dilakukan. Lebih kepada melihat kawasan sekitar yang berdekatan dengan Osaka sahaja, kemudian pegi ke Kansai airport untuk refund ICOCA yang masih berbaki, lepastu pegi menjengok kedai pula, mungkin ada benda yang boleh dibeli di situ 😅. Tetapi pagi ni yang paling utamanya kami nak menyantuni Masjid Kobe, yang terletak di bandar Kobe, iaitu bandar ke-6 terbesar di Jepun.  Kobe terletak kira2 30 km di barat Osaka, mengambil masa kira2 1jam 30 minit untuk sampai ke sini dengan menaiki train. Pada tahun 1853, Kobe antara salah satu bandar yang dibuka untuk tujuan pembinaan pelabuhan, untuk menampung kerancakan perdagangan luar negeri. Malangnya pada tahun 1995, Kobe dilanda gempa bumi -Hanshin- Awaji yang memusnahkan bangunan dan ramai mangsa juga mati kerananya. Tidak menunggu terlalu lama, Kobe akhirnya bangkit daripada kemusnahan tersebut. Kini ia menjadi bandar pelabuhan baru, namun masih kelihatan beberapa  tinggalan Hanshin-Awaji.

Oppsss!! 🙈
Sebelum pegi masjid tu tersinggah pula Kobe Harborland, sebab sampai awal gilerr....macam kiter pla yang buka kunci mall 😅. Bila tengok semua kedai pun tutup lagi, kami pun terus ke Masjid.
  • Shin Imamiya Station: Osaka Loop Line, 8 stops---> Osaka Station (tukar line)
  • Osaka Station: Tokaido-Sanyo Line (Special Rapid Himeji), 4 stops, Platform 4--> Kobe Station (Sebab tadi singgah Kobe Harborland, jd sekrang nak p masjid kami tukar train Rapid yasu pula, line yang sama)
  • Kobe station: Tokaido-Sanyo Line (Rapid Yasu)--> Motomachi Station
  • Jalan kaki dalam 12 minit menuju ke Masjid Kobe
Tiba di Osaka Station
Sekitar Kobe Harborland
Sudah terasa aura kemeriahan menyambut Merry Christmas
Penyebaran islam di Jepun dikatakan bermula dengan kedatangan orang islam dari suku Tartar yang melarikan diri dari jajahan Rusia. Bermula dengan penghijrahan Abdul Rashid Ibrahim (suku Tartar pertama datang ke Jepun), semakin lama masyarakat muslim kian bertambah. Lalu mereka merancang untuk membina sebuah masjid untuk beribadah. Maka itu lah masjid Kobe terbina pada oktober 1935, hasil sumbangan yang dikumpul oleh Jawatankuasa Islam Kobe dari tahun 1928 hingga lah ke hari pembukaannya, sekaligus mengangkat Masjid Kobe sebagai masjid tertua di Jepun.
Lagi sekitar Kobe Harborland
Mural comel di sekitar Motomachi Station
Jumpa si Harada....😅 
Melihat Masjid Kobe, tidak lepas untuk kita mengaitkannya dengan riwayat keluarga Kirky iaitu keluarga muslim yang berasal dari suku tartar. Keluarga Kirky memperolehi suaka di Jepun , ketika Revolusi Bolsyewik, akhir perang dunia pertama. Ramai yang melarikan diri untuk menghindari penindasan pihak tentera Stalin. Ada yang lari ke Turki dan sebahagiannya lari ke Jepun. Satu tindakan yang berani kerana pada ketika itu mereka hanya mempunyai wang yang sedikit dan tak boleh berbahasa Jepun. Pada tahun 1922, seramai 13 keluarga suku tartar tiba di Jepun. Pada mulanya mereka tinggal di Nagoya, berniaga dan membangunkan sekolah kecil. Namun perjalanan perniagaan mereka kurang berkembang, lalu salah seorang daripada mereka iaitu Hussien Kirky mengambil keputusan untuk berpindah ke Kobe. Pertengahan 1920-an, komuniti islam di Jepun berkembang dengan kedatangan para pengusaha tekstil dari India. kehadiran mereka menambah bilangan masyarakat muslim yang sedia ada iaitu migran Tartar, dan beberapa orang arab. Mereka membentuk sebuah organisasi pembangunan masjid yang dipimpin oleh Ferozuddin iaitu seorang pengusaha tekstil yang kaya dari India. Para pengusaha India, Arab dan Mesir, yang sering keluar negara atas urusan perniagaan, berusaha mengumpul dana dengan memohon sumbangan dari masyarakat muslim yang kaya, dimana saja negara mereka singgah. Pengumpulan dana tersebut berlangsung 5-6 bulan, namun jumlah yang dikumpul belum mencukupi. Ferozuddin akhirnya menyumbang 66k yen untuk mencukupkan dana tersebut. Akhirnya mereka membeli sebidang tanah untuk mendirikan masjid. Ferozuddin diangkat menjadi imam, namun setelah beliau meninggal dunia Hussien Kirky pula diberi mandat menggantikannya buat sementara waktu. 

Akhir nya kami tiba di masjid. Tapi tak boleh masuk sebab depa tengah baiki
Photo From: https://en.wikipedia.org/wiki/Kobe_Mosque
Semasa Perang Dunia ke-2, ramai masyarakat Tartar dan India muslim mencari perlindungan di luar negara. Namun sebahagian masyarakat muslim yang bertahan di Jepun, tetap mempertahankan masjid mereka daripada musnah akibat peperangan. Mereka melapisi lantai masjid dengan kertas minyak, tatami dan pasir agar lantai terlindung dari kebakaran. Oleh sebab itu, masyarakat muslim tak boleh bersolat di sana sepanjang peperangan berlaku. Walaupun Kobe dibom beberapa kali oleh pihak bersekutu, masjid Kobe tetap teguh berdiri, hanya mengalami sedikit retak pada dinding, cermin pecah dan bangunan berwarna hitam disebabkan jilatan api. bangunan disekeliling masjid Kobe habis ranap rata menyembah bumi. Setelah peperangan tamat, ramai oarang Tartar dan para pengusaha tekstil dari India kembali semula ke Kobe. Negara2 kaya seperti Arab Saudi dan Kuwait memberikan bantuan untuk memperbaiki Masjid Kobe. Namun pada tahun 1995, sekali lagi Kobe dilanda musibah apabila berlakunya gempa bumi sekuat 7.3 SR. Ajaibnya Masjid Kobe masih lagi berdiri teguh disaat bangunan lain disekitarnya roboh satu persatu. 

Depan masjid tu ader kedai Kitano yang menjual barangan halal. kami pun singgah, eh tetiba adik tu bagi salam. Ingatkan dari Indo rupanya dari Malaysia. Adik tu belajar kat Japan tapi partime keje di sini kalo cuti. Lupa tanya nama...

Adik tu syorkan kami beli roti tu, katanya kalo kat Malaysia, ibarat macam kek lapis la. Sedap tapi manis la pula...Lepastu kan kami tanya apa makna simbol yang ader kat plastik roti tu. Selama ni kami ingat itu tanda halal, dalam tulisan Jepun. Rupanya itu simbol recycle. Ya Allah.....jauhnyer la aihhhh, meleset tekaan kami....😅Tapi alhamdulillah la, sepanjang kami di sini tak de la pula membeli yang bukan2, biasa beli beras, yogurt, aiskrim, pisang yg dalam plastik mesti ader simbol tu. Berdekatan dengan kedai Kitaro tu terletaknya restoran Naan. Restoran ni memang viral kat RTJ kan, sebab roti cheese Nan dier sedap katanya. Memang sedap gaisss....perghh!! Makan pun puas hati, satu tu ble makan untuk 2 orang. Meja sebelah order nasi arab sebab depa tekak melayu totok, kena wajib makan nasi. hehehh....Tak la, saja mengusik depa ni haa. Nyesal tak beli untuk tapau kan. Adikkk yang keje kat Kitarao.... kalo terbaca ni, PM sat nak kirim roti cheese nan....😅

Selain roti tu ader juga salad

Selepas makan kami kembali ke Masjid Kobe untuk bersolat. Kena masuk dari sini di bangunan Islamic Culture Center. Tempat solat wanita naik atas tingkat 1, yang lelaki pula kat tingkat bawah aje. 

Logo berbentuk sauh menjadi mercu tanda, kobe sebagai bandar pelabuhan
Kemudiannya kami pergi ke Kyoto pula. Saja nak menghabiskan hari terakhir kami di Osaka. Sebenarnya, balik dari Arashiyama ari tu, KC teringin nak jalan2 di JR Kyoto Station ni, sebab kat sini ader macam2 kedai....boleh la cuci mata kan.

Motomachi Station: Tokaido Sanyo Line (Local Shijonawate)-->Sannomiya Station (Tokaido sanyo line: Special Rapid Yasu-->Kyoto Station

Perjalanan menuju ke Motomachi dari Masjid Kobe
Tiba di JR Kyoto Station
Jalan punya jalan nampak bangunan Avanti dari jauh, pegi la kami menuju ke sana. Dekat aje.....seberang jalan dari bangunan JR Kyoto Station
Dalam ni ader Don Quijote. 
Oleh kerana bulan dec ni dah mula masuk winter, sale kaw2 barangan keperluan terutamanya pakaian. Depa amik kesempatan rembat winter coat di sini. Aku masih menahan hati untuk terus beku dari membeli di sini, sebab aku ader target untuk beli kasut dan winter coat di Gotemba! 😅 Nasib baik aku kurang berkenan design winter coat di sini, kalo tak mungkin cair juga hati dibuatnya. Sementara tunggu depa ni shopping baju, aku pegi jepret orang ber koir, padahal sepatah haram aku tak paham apa maksud lagu. Selesai, kami pergi lajak pula ke Kansai Airport untuk refund ICOCA yang masih berbaki.

Kyoto Station: Haruka Limited Express Kansai Airport, 5 stops, platform 30--> Kansai Airport

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Aku ingat train ni hanya singgah dibeberapa station yang dikira agak besar, sebab tu dia hanya singgah di 5 station sahaja. Oh ya kami berkesempatan naik train Hello Kitty ni. Bak kata Tok Jack, orang comel mesti la nak train comel juga....😅 Tiba di Kansai Airport, kami terus pergi ke HIS Office, refund card dan terus balik.

Suasana malam di KIX
Esok kami akan memulakan perjalanan yang panjang sejauh 515 km lebih kurang menuju ke Tokyo. Kena kemas barang, padatkan sehabis boleh, asingkan pakaian untuk ke Kawaguchico dan menyimpan tenaga agar esok dapat bergerak cergas!

Bersambung....

Rujukan
https://en.wikipedia.org/wiki/Kobe
https://masjidbersejarahdunia.blogspot.com/

No comments:

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...