Saturday, January 11, 2020

Niena Di Japan: Mencari Glico Man.... (Part 4)

10 Dec 2019 (Selasa)
Hari-2
Perjalanan diteruskan, biarpun kaki sudah mula terasa sakit. 😅 lebih 10,000 langkah kami berjalan hari ni. Bagus juga sebenarnya mengembara ni, masa keje jarang dapat 10,000 langkah, hehheh......Dasar malas berjalan kan, kedai milimewah dekat sebelah sekolah je pun guna kereta macamana tu? 😅 Haa.....asuh la lemak tu. Bior beranak pinak dalam badan 😅

#donemembebelpadadirisendiri

Ok, Destinasi seterusnya ialah misi mengejar Glico Man......Hamboii Kau, Gatai ye?? 😅 Glico Man ni sebenarnya merupakan salah satu landmark paling terkenal di Osaka. Bak kata Tok Jack, datang Osaka kena begambaq dengan Glico Man ni. Ibaratnya macam tak lengkap la kembara kita kalo tak bertemu muka dengan si Glico Man. Giteww.....

Untuk ke sini kami ambil:
Midosuji Line (M): Umeda Station, Platform 1 (8 stops)--> Namba Station

Keluar dr Namba jalan kaki tengok signboard Kita-Higashi kemudian ambil exit 16, ikut je kemana orang ramai pegi.....




kami bersama si Glico Man. 
Sengaja crop kepala mamat atas tu, sbb bukan nak amik gambaq dier, tapi nak fokus pada mesin main tikam2 tu ha.....Kat sini banyak aku tengok mesin permainan tu, ada kala tu berderet panjang. Orang sini minat kot na main tikam2...😅
Sambung citer. Si Glico Man ni sebenarnya adalah sebuah billboard besar dipersisir terusan Dotombori iaitu kawasan terkenal dengan pusat membeli belah dan hiburan lebih dari 80 tahun. Mulanya aku tertanya juga kenapa si Glico ni mendapat tempat di hati masyarakat Jepun? Kalo kita tengok bendanya simple je, seorang lelaki yang sedang berlari sambil mengangkat tangan, tanda kemenangan. Bila baca sejarahnya, ohhh baru tau si Glico ni sebenarnya adalah icon kepada sebuah syarikat makanan ringan iaitu Ezaki Glico yang berpangkalan di Osaka.

Terusan Dontombori

Pada tahun 1935, Syarikat Ezaki telah mempromosikan produk gula-gulanya dengan menampilkan sebaris tagline: "300 meters on a single piece" yang mana lebih kurang maksudnya, "Dalam satu gula2 Glico, mempunyai kandungan tenaga sama seperti orang berlari sepanjang 300 meter". Biasanya kalo bandingkan sebaris ayat dengan 1 buah lukisan, otak manusia akan lebih cepat menangkap maksud sebuah lukisan berbanding sebaris ayat, maka....dengan tagline tersebut dizahirkan la sebuah icon Glico Man yang mengangkat kedua tangannya seolah-olah mengambarkan kemenangan, ia dianggap sebagai satu sokongan moral dan semangat kepada olahraga bagi masyarakat Jepun. Eh, tak sangka pula kempennya diterima oleh masyarakat Jepun maka syarikat Ezaki telah memasang billboard setinggi 30 kaki di Dontombori. Bila letak kat situ, nampak si Glico ni lebih menonjol pula berbanding billboard lain, lama kelamaan ia menjadi simbol kota Osaka. Design Billboard si Glico Man ni sentiasa bertukar untuk menyesuaikan dengan acara sukan yang sedang berlangsung. Contohnya semasa World Cup, si Glico ni berpakaian sukan baseball team Osaka iaitu Hanshin Tigers untuk memberi sokongan semasa mereka bertanding.

*sumber: https://thedailyjapan.com/glico-man-papan-iklan-yang-menjadi-simbol-kota-osaka/

ramai orang beratur, sedap agaknya ya...
Di bawah deretan billboard ni terdapat sebuah jambatan Ebisu yang terkenal juga di Dontombori. Kebiasaannya tempat ni dijadikan tempat pertemuan atau sekadar duduk berehat mengambil angin bersama keluarga dan rakan2 dikalangan masyarakat tempatan dan juga pelancong. Eh, perasan tak dari yadi aku dok sebut "Dontombori". Ia sebenarnya merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Osaka. Ia terletak di sepanjang terusan Dontonbori dari jambatan Dotonboribashi hingga la ke jambatan Nipponbashi di daerah Namba. 


Sejarah Dotonbori bermula sangat panjang. Ia bermula pada tahun 1612, apabila seorang usahawan tempatan iaitu Yasui Doton mula mengembangkan Sungai Umezu. Dia berlayar dari timur ke barat dengan harapan untuk meningkatkan perdagangan di rantau ini dengan menghubungkan 2 cabang sungai Yokobori melalui terusan. Namun projek Doton terhenti apabila beliau mati mempertahankan Toyotomi Hideyori semasa Osaka dikepung. Tapi sepupunya telah menyambung pembinaan terusan ini dan siap pada tahun 1615. Maharaja Tadaki Matsudaira, telah menamakan terusan ini dengan nama Dotombori, mengambil sempena nama Doton. 



Ok tercapai dah hajat jumpa Glico Man, jom balik... Nak balik ke rumah, kami amik line:

Midosuji Line (M): Namba Station, Platform 1 (2 stops) -->Dobutsuen- Mae Station
Jauh jalan sampai hujung nuuu.....








Bersambung......

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...