10 Dec 2019 (Selasa)
Hari-2
Nampak tak betapa lamanya kami di Istana Osaka, masing2 tersihir dengan keindahan dedaun maple yang merah kekuningan melatari persekitaran Istana Osaka. Terkagum sungguh sebab baru hari ni la nampak pokok merah kuning. Kat kawasan penginapan kami tak ada pokok warna ni, kebanyakannya dah togel atau berwarna hijau. OK, selepas solat dan makan tu kami meneruskan perjalanan ke Umeda Sky Building.Untuk pergi ke sini, kami mengambil laluan:
Chuo Line (C)- Hijau: Tanimachiyonchome Station, Platform 2 (2 stops)-->Hommachi Station (Tukar Midosuji line (M)-Merah, Platform 2 (4 Stops)--> Umeda Station
Keluar aje dari Umeda Station tu, kami ikut je signboard disamping mengekor orang ramai pegi mana. Hehhe....pasti la kan orang ramai berpusu2 mesti nak pegi mencabar adrenaline di Bangunan Umeda Sky tu. Oh ya kos tambang ke sini tadi kalo tak guna OAP, Y230 ye....
Umeda Sky dibuka setiap hari dari jam 930 am- 1030 pm (tapi jam 1000 dier dah tutup dari menerima pengunjung). Bayaran masuk Y1500, lebih kurang RM57. Arghhhh......bayangkan kalo tak beli OAP, sudah berapa duit melayang untuk kos pengangkutan dan bayaran masuk ke satu2 tempat tu. Jangan lupa baca buku Tok Jack ye, banyak maklumat dapat dari sana dan sangat membantu. Untuk gambar lebih jelas aku pinjam gambar daripada wikipedia.
Gambar: https://en.wikipedia.org/wiki/Umeda_Sky_Building |
Gambar: https://en.wikipedia.org/wiki/Umeda_Sky_Building |
Gambar: https://en.wikipedia.org/wiki/Umeda_Sky_Building |
Umeda Sky Building yang direka oleh arkitek Jepun iaitu Hiroshi Hara, merupakan salah satu bangunan tertinggi dan seterusnya menjadi mercu tanda yang paling terkenal di Osaka. Bangunan yang dibina dengan struktur kaca dan keluli ini berdiri setinggi 173 meter, dengan 2 bangunan menara berasingan, dilengkapi dengan dek tinjau berbentuk bulat di atas menara. Terdapat pelbagai pejabat, kedai, restoran, dan kemudahan lain di dalam bangunan Umeda Sky ni, namun yang menjadi daya tarikan utama ialah dek tinjau. Di sini kita dapat melihat pemandangan 360* sekitar Osaka.
Untuk sampai ke tingkat menara tinjau ni, kena masuk dari Menara Timur dulu dan naik ke tingkat 3, kemudian dari sana naik lif ke tingkat 35. Lif dier ader tingkap kaca dan kiter boleh nampak pemandangan di luar. Gambar di bawah diambil dari tingkat 35.
Ini pun kat tingkat 35, kecuali gambar tepi kiri- bawah. Itu kat dek atas. |
Kalo siang tak nampak la lampu2 ni |
Warna lampu ni akan berubah2 |
Cantik, yang atas tu adalah pantulan dari imej bawah ni |
Gambar di atas tu kami ambil selepas kami turun sebenarnya. OK kemudian dari tingkat 35, kita pindah ke eskalator yang akan membawa kita ke tingkat ke-39 di sebelah Menara Barat. Sampai tingkat 39 tu 2 sahabat kami tak nak naik ke menara tinjau sebab gayat. Kat atas tu kawasan terbuka jadi angin kuat. Jadi depa lepak aje kat tingkat 39. Di tingkat 39 ni ada kaunter tiket di mana kita perlu membayar yuran sebanyak 1,000 yen sebelum naik dua tingkat ke atas menara tinjau. Tapi masa kami naik ni tak de pula bayaq apa2, ke sebab kiter guna OAP?
Dalam sejam kami di sini kami pun turun untuk balik. Eh bukan balik, pegi tengok Glico Man.
Di perkarangan Bangunan Umeda Sky |
Menuju ke Umeda Station |
Bersambung.....
Rujukan:
https://www.osakastation.com/umeda-sky-building
https://en.wikipedia.org/wiki/Umeda_Sky_Building
Rujukan:
https://www.osakastation.com/umeda-sky-building
https://en.wikipedia.org/wiki/Umeda_Sky_Building
No comments:
Post a Comment