11 Dec 2019 (Rabu)
Hari-3
Pagi ni kami bangun awal, teruja untuk ke USJ. Kami siap2 sarapan di rumah dan bawa bekal air dan jajan. Ramai yang kata tak boleh bawa makanan masuk ke dalam tapi kita bawa je, mana tau ader rezeki, dier bagi je lepas, sape tau kan. Seperti biasa perjalanan kami bermula dari Shin Imamiya (Exit 5- depan Family Mart) Dari Shin Imamiya ke USJ kami mengambil laluan seperti berikut:
Osaka Loop Line (Merah): Shin Imamiya, 3 stop--> Nishikujo Station, (Tukar line Sakurajima Line (Biru), 2 stops-->Universal-City Station
Osaka Loop Line (Kishuji-Rapid Tennoji) dan Sakurajima Line (Local Sakurajima), merupakan train yang dikendalikan oleh syarikat JR. Perjalanan hari ini menggunakan ICCOCA card. Kos tambang adalah $180 sehala.
|
Tangga yang menyeramkan bila kau bawa beban beg berat |
|
Osaka Loop Line bermula dengan simbol "O" |
|
Tiba di Nishikujo Station, tukar pula Sakurajima Line (Biru). Simbol nya bermula dengan huruf "P" |
|
Sampai dah......ok sabaq naa...sikit lagi |
|
Ok Touch kan kad |
|
Yeahhhhh sudah sampai.... |
Dalam entry part 1 aku dah cite tentang tiket USJ yang kami beli awal dari Malaysia, tapi saje nak ulang balik 😜. Dibeli melalui klook berharga RM 284 untuk sehari. Tiket ni type A dan yang paling murah sekali. Dan satu lagi, kalo kiter beli tiket USJ Online, pastikan letak tarikh paling awal ketika ia dibuka, (senang cerita) tarikh kiter sampai di Japan. Contohnya la macam USJ type A ni dier buka dari 7 Dec- 13 Dec. Kata la kiter sampai Osaka 9hb Dec, tapi kiter nak pegi USJ pada tarikh 12hb. Jadi masa beli tiket tu kau letak la tarikh 9hb. Jadi kau boleh masuk bila2 masa saja dalam tempoh dari 9-13hb tu. Mana la tau kan kiter terpaksa tukar plan. Osaka ni kan kadang2 takut angin kencang, ker tetiba turun salji lebat giler ke (walaupun jarang ye salji turun kat Osaka tu ye Tok Jack? heheheh.....pendek kata aral melintang la). Tapi kalo kau letak tarikh yang dijadualkan kau nak pegi, contoh la, kau nak pegi USJ tadi 12hb kan, tapi masa beli tu kau letak tarikh 12hb juga, tetiba ader amaran angin kencang pada tarikh 12hb tu, jadi kau kena tukar plan pegi USJ lebih awal dari tarikh tu. Kata la kau nak tukar pada 11hb, Confirm kau tak boleh masuk.
|
Baru sampai sini, macam lupa dunia amik gambaq 😝 |
|
Sudah terasa bahang nya, lagi2 dengar orang menjerit keseraman naik roller coaster |
|
Nasib baik sempat amik gambaq kat sini waktu siang, rupanya kami balik tu dah gelap... |
|
Nampak pula yang ini, lagi sekali tersihir macam tak nak bergerak. Padahal kat dalam lagi banyak permainan.. Sempat pula mengopi bekal sendiri sambil makan biskut. 😅 |
|
Ok Dah, jom masuk... |
Kalo rasa macam tak nak bawa beg masuk dalam, kiter boleh simpan dalam locker, sewanya seingat aku dalam $2000. Kalo kiter dah beli tiket awal, kiter tak perlu pergi kaunter tiket tu lagi, kiter terus je pergi beratur kat entrance tu. Tunjukkan tiket yang kiter dah print, depa akan scan barcode.....kalo tak print pun tak pe, simpan dalam phone pun dah ok, yang penting barcode tu wajib ada untuk depa scan. Lepas tu, depa akan check beg kiter. Sebenarnya depa tak de la check bersungguh, tengok dalam beg lebih kurang je, tak de pun dier selongkar, jika ada pun dier suruh kita sendiri yang keluarkan barang tu, contoh mungkin ader baju kiter yang menghalang pandangan dier. Lepastu dier angkat beg kiter, timang2 sikit nak rasa berat ke tak, lepastu dier bagi je kiter masuk. Menyesal sungguh aku buang jajan yang ku bawa 😭😭😭😭😭😭.....Maaf kan aku coklat motto, terpaksa buang kau... Sob....Sob...Sobbbbbbb. Rasa bersalah, rasa macam nak selongkar balik tong sampah tu. 😭 Emhhhh....Melampau sungguh la pula! 😅 Jom la masuk!
|
Masuk2 je jumpa si.......alamak, apa nama itik ni? Donald Duck ye? |
|
Lepastu jumpa pula si Shrekkk....Teruja! Terus hilang sedih buang coklat motto....Ingat nak amik gambaq dengan si Shrek, tapi Fiona marah dier.....suh dier masuk. Kempunan kami.....Tapi tak pe si Hijau ni ader. Yang ni nama dier apa? |
|
Waktu siang dah lawa, apa lagi malam.....nanti tengok gambaq waktu malam pula, banjir dengan limpahan lampu biru... |
|
Sesame Street, amik gambaq je. |
|
Minion....buat2 terkejut pula, dah la tumpahkan cat..... |
USJ yang terletak di Osaka, merupakan salah satu daripada 6 taman tema Universal Studios yang dimiliki dan dikendalikan oleh USJ Co. Ltd., dimiliki sepenuhnya oleh NBCUniversal (sehingga tahun 2017). Bermula pada tahun 2005, Goldman Sachs menjadi pemegang saham terbesar di Universal Studios Japan. Mula dibuka pada 31 Mac 2001, kawasan yang merangkumi keluasan 39 hektar ini, berjaya menarik lebih 11 juta pengunjung pada awal pembukaannya. Sejak itu USJ tidak pernah sunyi dari hiruk piruk tetamu yang datang berkunjung. Antara faktor penyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung ialah pembukaan roller coaster "Hollywood Dream - The Ride: Backdrop" pada bulan Mac, dan "Pengembaraan Amazing Spider-Man - The 4K3D Ride", yang dilengkapi dengan teknologi 4KHD. Selain itu kawasan keluarga "Universal Wonderland" yang dibuka pada bulan Mac 2012 juga menjadi daya penarik.
|
sana sini dengar jeritan orang naik roller coaster tu. ratchun ke aper tu? Tengok dier punya track tu rasa macam aihhhh...seram sejuk kaki ni! |
|
Ok sebab terasa diri kami comel, up gambaq sama sampai 4 keping 😝 |
|
Sempat dengar depa ni menyanyi.... |
|
Comelnyer la maskot 2 kat atas tu.....lama kami tunggu turn amik gambaq, jadi kiter amik je la gambar depa ni. Lepastu kami pegi main snoopy ni....Best juga la, mula nya rasa macam eh bukan budak2 punya ke ni....? tapi tengok ader juga org besar main, jadi tak de la rasa segan kan. Tengok tu KP, dier kena duduk sorang je sebab tak muat. hehheh. Bendalah ni boleh tinggi dan boleh rendah (statik) pada satu ketinggian. Kena tolak gear dier untuk bagi dier naik semasa berpusing. kalo tak tolak gear, ketinggian kau gitu2 je la sampai habis 3 pusingan |
|
Nampak tak orang ramai kat depan tu, itu bukan tengok orang main ye, depa tengah tunggu . turn nak amik gambar dengan si maskot comel tu. |
|
Permainan yang dalam gambaq 1 tu pun kiter main. rasa macam kena buai2 pula, mata pun berat je nak tido. |
|
Heloo Kitty....Kat dalam tu tandas sebenarnyer. Tapi ada banyak ruang bersih untuk solat juga, bukan dalam tandas tapi kat kat luar tandas |
USJ kini mempunyai lapan bahagian iaitu Hollywood, New York, San Francisco, Jurassic Park, Waterworld, Amity Village, Universal Wonderland dan The Wizarding World of Harry Potter. Pengunjung dapat menikmati banyak hiburan, mulai dari carousels mesra kanak-kanak kepada penyokong roller dan simulator berdasarkan filem-filem popular seperti Spiderman, Back to the Future, Terminator 2 dan Jurassic Park. Selain permainan, taman tema ini juga menawarkan peluang untuk mengambil gambar dengan maskot watak popular seperti Snoopy, Hello Kitty dan Muppets. Terdapat juga pelbagai program yang dijalankan setiap hari, termasuk la perbarisan, nyanyian dan banyak lagi.
|
Pelbagai cenderahati di jual di kedai Snoopy. Sedap Cup Cake tu, yang ini pun boleh main kalo rasa macam malas nak jalan2, sambil2 kau tunggu orang kau duduk la main cup cake ni, silap2 bole tertido dalam ni. |
|
Kat sini pun sempat juga main mini roller coaster. sekali round je, jadi tak de la gayat.... |
|
Kalo kanak2 pasti suka datang sini... |
|
Dah mula masuk Kat rumah Harry Potter |
Sesiapa peminat Harry Potter, memang ini la tempat dier akan target pergi. Mempunyai ciri yang unik, ajaib, hebat dan penuh kejutan. Macam2 permainan ader dalam ni selain dari kedai cenderahati.
Masuk aje dalam kawasan ni, kita disambut oleh bangunan Istana Hogwarts yang penuh mesteri. Ia merupakan icon dalam Dunia sihir HP. Dalam istana ni kita berpeluang meneroka lokasi2 yang terdapat dalam filem HP. Kat sini kami menyempatkan diri join pengembaraan si Harry. Best giler walaupun kau terjerit bila terkena air liur si naga. Nasib baik aku tutup mata, kalo tak trauma seminggu tengok si naga jelir lidah macam nak makan kau je gamaknyer! Lepastu sempat pula dier snap muka kita yang tak semenggah, Lepastu dipelawanya kita beli ......eh tak sanggup aku nak beli, tengok muka ku buruk macam dikejar hantu! 😅
|
Istana |
|
Asal la peluk batu tu, aku pun hairan! |
|
1 hari memang tak cukup sebenarnya! |
Dah puas meneroka rumah si Harry kami pun berganjak keluar. Keluar2 je tengok hari dah mula gelap. Bukan hujan tapi dah nak malam. Belum ada rasa nak balik, macam nak skodeng lagi permainan yang boleh kiter main. 😅 Emm......nak citer apa lagi? Aku tempek gambor je la
|
jaws kena gantung. Tu la kau jahat sangat, makan orang! |
|
Makin malam makin ramai orang |
|
Tengok track Roller Coaster tu, rasa macam nak tercabut jantung 😆 |
|
Dapat juga kami bergambar akhirnya dengan si comel ni. |
|
Kat kawasan Harry Potter |
|
Tuan tanah dan rakan2nya..... |
|
Suasana siang tadi dah berubah jadi kebiruan. Cantik! |
|
Ini masa nak balik dah |
|
minion |
|
Bertukar rasa bila malam... |
|
Nak balik menuju ke universal city station |
|
Asal rambut kau keras je tu? si hijau ni la penyelamat dari kekecewaan tak dapat bergambar dengan si shreek tadi |
|
Tuan tanak dan rakan2 |
|
Ingat nak main boat tu tapi takut basah! |
|
Jurassic Park |
|
Nak pegi tengok rumah tu, tapi tak tau jalan masuk kat mana |
|
Suasana malam yang romantik. giteww.... |
|
kereta antik |
|
Lautan manusia......Tak de peluang kakak nak tengok show si Elsa, dapat tempat kat tepi2 je. Tengok orang menari pun dapat angin je....Akhirnya kami bangkit meninggalkan si Elsa. |
Selain dari naik train tadi boleh juga naik bas, dan naik feri untuk sampai ke USJ. Boleh rujuk di sini:
https://www.usj.co.jp/e/......Akhirnya kami pulang membawa kenangan. Cewahhh.....Malam makin sejuk. 2,3 orang rakan singgah Hard Rock, nak beli T-Shirt, kami balik sebab KT dah kesejukan. Kalo ada rezeki untuk datang balik ke Japan, macam nak pegi lagi ke USJ ni......
Bersambung......
Rujukan:
https://www.usj.co.jp/e/
https://en.wikipedia.org/wiki/Universal_Studios_Japan
No comments:
Post a Comment