Tuesday, January 14, 2020

Niena Di Japan: Fushimi Inari Taisha, Togetsu-kyo Bridge, Arashiyama Bamboo Forest & Kimono Forest (Part 6)

12 Dec 2019 (Khamis)
(Hari-4)


Hari baru, cerita baru, destinasi baru! Walau penat semalam tak hilang lagi, kami tetap semangat meneruskan perjalanan di awal pagi. Langit di luar sana kelihatan mendung2 manja, harap2 tak turun la hujan hari ni. Perjalanan kami hari ni jauh menuju ke Kyoto. Kyoto merupakan sebuah bandar yang berada di tengah-tengah pulau Honshu. Terletak di sebuah lembah di Lembangan Yamashiro, di timur kawasan pergunungan yang dikenali sebagai tanah tinggi Tamba. Lembangan Yamashiro dikelilingi oleh tiga gunung iaitu gunung Higashiyama, Kitayama dan Nishiyama, pada ketinggian kira-kira 3,281 kaki dari aras laut. Terdapat 3 batang sungai iaitu sungai Uji, Katsura dan Kamo di lembangan ni. 

Untuk ke Fushimi Inari kami mengambil laluan :

Osaka Loap Line: Shin Imamiya, 8 stop--->Kyobashi Station (Tukar train Limited Ex. Demachiyanagi-Keihan Main Line), 4 stops, platform 2---> Tambabashi Station (Masih Keihan Main Line tapi tukar train Semi- Ex. Demachiyanagi, 4 stops, Platform 1----> Fushimi Inari Station

*Sebenarnya dalam perjalanan ni ader je kami tersalah amik train, kadang2 sebab salah platform, yang ini pun tersesat sampai ke Oji, tapi tak pe.....bak kata Tok Jack: "Plan Sendiri, Bajet Sendiri, Pergi Sendiri. Barulah Kesilapan dipanggil kenangan". 

Tapi kena kuat hati, sebab memang kena banyak berjalan. Lagi2 kalo kau kena bawa beg kau yang dah beranak pinak tu haa......Hehehhe! So, tips nya ialah kurang kan bercakap, lagi banyak kau bercakap lagi banyak tenaga terbuang! Ingat beg kau dah beranak pinak, jadi kena simpan tenaga... 😅😆😆
Tunggu train bersama orang ramai. Lepastu rasa bertuah pula dapat gambaq muncung train, biasanya aku dapat tang badan je, tak sempat snap sebab laju bebenor memecut. 
Jarang jumpa train 2 tingkat. 
Akhirnya kami sampai di Fushimi Inari- tengok kakak kau tu ha tunjuk signboard, dah sampai katanya. Oh ya nampak tak gambar rubah kat atas tu, rupanya rubah memang disayangi di sini. 
Ok mulakan perjalanan....
Ikut je signboard ni, kalo tak de signboard kau mengekor aje la kemana orang ramai pegi. 
Fushimi Inari Taisha

Destinasi Pertama kami hari ini ialah menuju ke Fushimi Inari Taisha, kira-kira sejam perjalanan dari Shin Imamiya. Fushimi Inari Taisha adalah sebuah kuil Shinto di selatan Kyoto. Ia terkenal dengan beribu-ribu gerbang torii vermilion, yang tersusun berbaris di sebalik bangunan utamanya. Terdapat beberapa buah kuil di Inari tapi yang paling penting adalah kuil Fushimi Inari. Di sini Rubah dianggap sebagai utusan Inari, sebab tu bila kita berjalan di sepanjang jalan meuju ke pintu gerbang tu, sekejap2 akan nampak patung rubah. 

Ini la dier yang kami nak tengok tu....Tengok orang pakai kimono, comel je. 
Kami, amik gambaq depan ni je...tak masuk dalam pun sebab nak menjimatkan masa.

Berganjak ke belakang kawasan utama kuil tu terletaknya pintu masuk ke laluan torii yang dilindungi oleh pintu torii, yang bermula dengan dua barisan yang dipanggil Senbon Torii ("beribu-ribu gerbang torii"). Kalo kiter tengok betapa banyaknya gerbang torii ni. Gerbang torii yang kita nampak ni adalah didermakan oleh individu dan syarikat2. Kalo kau rajin cuba belek tiang gerbang tu mesti ader nama penderma dan tarikh bila ia disumbangkan. Dikatakan kos pembinaan gerbang torii ni bermula dengan harga sekitar 400,000 yen untuk sebuah gerbang bersaiz kecil. Makin besar dan tinggi gerbang tu makin mahal kosnya, sampai mencecah 1 juta Yen.



Menurut wikipedia makin berjalan ke belakang melalui gerbang torii ni, akan membawa kiter ke puncak gunung. Ambil masa dalam 2,3 jam juga la. Ye ke? sape pernah sampai sini? Ke aku yang salah tafsir apa wiki cakap?? Dipermulaan gerbang torii ni kiter tengok besar, tinggi dan agak rapat kan, tapi sebenarnya semakin kebelakang gerbang ni semakin rendah/ kecil dan berjarak kedudukannya. Kalo rajin dan ader masa boleh la naik separuh daripada bukit ni, sebab kat atas tu kiter boleh tengok pemandangan indah sekitar bandar Kyoto. Sebenarnya tak ada halanag untuk pengunjung nak naik sampai mana pun, kalo larat sampai puncak pun boleh. Tapi biasanya pengunjung akan naik sampai pertengahan gunung ni je.  

Dah puas amik gambar lebih kurang kami pun turun, pekena jagung pula. 
si Kitty berkimono. Disebelahnya pula penjual jagung yang handsome. Kalo datang sini jangan lupa singgah beli jagung pada dia ya. 
Togetsu-kyo Bridge/  Arashiyama Bamboo Grove

Destinasi ke-2 ialah ke Arashiyama Bamboo Grove. Laluan yang di ambil ialah:

  • Keihan Main Line: Fushimi-Inari Station, Platform 1, 5 stops---> Gion Shijo Station (Jalan kaki menuju ke: Kyoto- Kawaramachi Station)
  • Hankyu-Kyoto Line: Kawaramamachi Station, 5 stops---> Katsura Station (Tukar line Hankyu-Arashiyama Line, 3 stops)---> Arashiyama Station

Balik semula Fushimi Inari Station untuk ambil train menuju ke Arashiyama Station
Dari Gion- Shijo Station tadi kami berjalan kaki menuju ke Kyoto- Kawaramachi Station. Jauh juga la dalam 7 minit jalan kaki untuk sampai ke sini. 
Sampai sini, kena jalan kaki lagi tau baru sampai ke Togetsu-kyo Bridge. 9 minit jalan kaki.....
Dari Arashiyama Station tadi jalan terus ke depan.....
Sampai jumpa anak sungai ni.....Kat sini ada gazebo, ada tandas, jadi kami berehat sekejap untuk makan dan solat. Angin punya la kuat kat sini, dah berangin sejuk pula.....suap nasi pun mengigil2......Banya pula burung merpati nak tumpang makan. 
Apa ada pada sebuah jambatan? Sampai dier tersenarai dalam salah satu tempat yang perlu kau singgah. Begitu aku berteka teki sendiri pada mulanya. Wiki kata jambatan Togetsu ni merupakan mercu tanda bagi Arashiyama sejak 400 tahun lampau. Ia merupakan sebuah jambatan kayu yang merentangi sungai Katsura. Masa kami pegi ni, pemandangan dier biasa je, tapi kalo tiba musim bunga atau musim luruh tempat ni akan dibanjiri dengan warna-warni bunga bungaan. Oleh kerana suasana persekitarannya masih mengekalkan imej alam semulajadi, maka jambatan ini sering digunakan untuk pengambaran filem bersejarah. Manakala bagi kanak-kanak tempatan pula, jambatan ini merupakan permulaan penting dalam kehidupan mereka, dimana kanak2 lelaki dan perempuan akan berpakaian kimono dan akan pergi ke kuil dahulu untuk upacara keagamaan, kemudian mereka akan berjalan melepasi jambatan tanpa menoleh ke belakang. Semasa berjalan di jambatan ini mereka tak boleh menoleh kebelakang sama sekali sebab kalo kau engkar juga, nasib malang akan menimpa mu. Begitu.....

Itu la dier jambatan tu. Kiter pun kena pergi ke seberang sana melalui jambatan tu untuk cari Arashiyama bamboo.
Melepasi jambatan, akan ada beberapa orang lelaki berpakaian putih atau hitam akan mempromosikan kepada pengunjung perkhidmatan beca tradisonal Jepun. Kalo tak larat nak jalan kaki pegi cari buluh tu, boleh la sewa beca. Dier akan bawa kiter ke sana. 4 orang rakan kami sepakat untuk sewa beca ni. Bayaran dier aku tak pasti berapa sebab kami 5 orang naik kuda 2 kaki. (Jalan kaki sendiri) 😅. Kalo nak sewa beca tu dier ader pakej sewa kimono juga, jadi kawan kami pegi tukar baju dulu, sebelum naik beca. Becanya comel, selalu tengok dalam cerita kungfu dulu2.....

Ni nak masuk kena bayar...ader tasik dalam tu....
Pelbagai barangan cenderahati di jual 
Samurai......yang kat bawah ni rupanya payung. Tangkai dier je samurai. Ohhhh....Yang gambar Tok Jack dengan samurai kat belakang tu, payung la ye?? Ingat kan samurai betul! 
Setelah lama berjalan akhirnya kami sampai di kawanan pokok buluh yang menjulang tinggi. Oleh kerana pokok buluhnya tinggi, kawasan ni menjadi agak redup dan suram apabila suasana menginjak ke senja. Kalo tak ada orang rasa macam agak menyeramkan. Tapi ketika kami sampai masih ramai orang yang datang, jadi ok je tak der rasa apa pun. Oh ya....kau rasa kenapa orang Jepun simpan buluh ni? Orang Jepun mempunyai semacam ikatan yang erat dengan tumbuhan buluh. Mereka percaya bahawa pokok buluh boleh menghindarkan daripada kuasa jahat. Sebab tu mereka menanam pokok buluh untuk dijadikan sempadan atau pagar bagi kuil. 

Makin masuk dalam hutan tu makin tebal dier punya hutan buluh, dan pasti la pemandangannya juga makin cantik.
Kami
Gadis Berkimono


Sementara menunggu depa siap tukar baju balik, kami singgah makan fish ball di Yosiya Restoran ni, Kedai halal letaknya berdekatan dengan jambatan tu. mula2 nak beli aiskrim tapi dah habis....






Bila semua dah ada kami pun bersiap untuk balik. Untuk perjalanan balik ni kami tak guna laluan tadi, fikir 3x kalo naik patah balik ke Arashiyama Station tu, jauh gile menapak dah la sejuk. Jadi kami nak ambil Randen Line pula. Masa dalam perjalanan tu terjumpa pula Kimono Forest. Kimono Forest Randen Line terdiri daripada 600 tiang, rata2 nya berketinggian 6.5 kaki tinggi, dibalut dengan kain kimono Kyoto Yuzen. Setiap tiang ada lampu LED di dalamnya. Bila malam nampak cantik, jelas kelihatan corak kain kimono tu. Tekstil yang membaluti tiang, direka oleh Kyoto's Kamedatomi,  iaitu sebuah kilang tekstil yangtelah wujud sejak zaman Taisho lagi. Terdapat 32 corak yang berbeza dipamerkan dan masing-masing dipilih dengan teliti oleh artis itu sendiri.


Tak sempat kami naik train comel tu, jadi kami terus bergerak ke stesen JR Line tak jauh dari situ juga. Laluan yang kami ambl adalah seperti berikut:

San-In Line: Saga-Arashiyama Station, 7 stops---> Kyoto Station (Tukar Tokaido- Sanyo Line) 3 stops, Platform 5----> Osaka Station (Tukar Osaka Loop Line), Platform 1. 5 stops---> Shin Imamiya Station

*Kos tambang sehala adalah 1170 yen. Guna kad ICOCCA. Kalo tak cukup duit dalam tu kena top up dulu. 





Tamat perjalanan hari ni......
Bersambung......
Rujukan:

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...