Tuesday, January 7, 2020

Niena Di Japan: Explore Osaka dengan Osaka Amazing Pass (Part 2)

10 Dec 2019 
Selasa
Hari-2



OSAKA MUSEUM
Hari ke-2 kami di Osaka. Semua teruja untuk memulakan perjalanan pada pagi ni. Dengan menggunakan Osaka Amazing Pass (OAP), banyak tempat (jika boleh) ingin kami terjah. Jika kita membeli OAP, kelebihan yang kita dapat ialah masuk ke beberapa tempat secara percuma, ia sudah termasuk di dalam harga OAP. Jadi kelebihan ini perlu dimanfaatkan, selagi boleh. Gitewww.....Seperti yang aku dah maklumkan pada entry di part 1, OAP ni kami dah beli awal. Harganya adalah RM 102 pada oktober 2019. Yang ini aku beli Combo OAP + USJ Ticket, dengan harga RM367.90. Tadi aku tengok harganya RM101/-. Selalu juga klook buat promo. Jadi, ok la....Selepas bersarapan, dengan membawa bekal makanan di beg masing2, kami pun memulakan perjalanan dengan ceria sekali.  Maklum la perjalanan yang sangat panjang hari ni. Aku bawa bekal nasi putih, ehsan dari KP, dier  masak, beli beras kat kedai Maruhan tu semalam. Sedap pula walaupun macam pulut, ble juga la masuk tekak 😅, bubuh pula sambal ikan bilis, perghhh...menyelerakan walaupun sejuk. Aku pun ader kembara meal tapi malas nak bawa sebab berat.

Basikal comel di kejiranan rumah kami
Untuk ke Muzium Osaka tu, kami kena pergi ke Dobutsuen-Mae Station. Letaknya di bangunan Maruhan. Jadi keluar dari pintu rumah kami: ambil arah kanan, jalan sampai hujung bangunan, belok kanan sikit lepas tu belok kiri sikit sampai jumpa jalan besar. (Seberang jalan besar tu la terletaknya bawak kolong yang aku cakap semalam tu. Jangan pula pergi ke arah bawah kolong tu.) Tak perlu menyeberang jalan,  ambil pula arah kiri menuju ke Family Mart, sebelum Famaly Mart tu akan jumpa landasan.
Ini la landasan tu, kebetulan pula pagi2 ader train lalu ..Pendek je. Ini laluan untuk Hankai line. 
KP dan A, masih kat seberang landasan, kena tunggu sampai train lalu, baru pagar tu dibuka. 
Lepas landasan jumpa la Family Mart. Banyak basikal parking kat tepi. Biasanya orang berkerja depa akan tinggalkan basikal di sini dan kemudian naik train/ metro ke tempat terja. Sebenarnya di sebelah kanan bangunan Family Mart tu (Jika kita berdiri di bawah signboard FM tu)- menyeberang jalan je kita akan sampai ke Shin Imamiya Station Exit 5. Lagi dekat kan....
Lepas Family Mart (FM), kita melintas jalan pula.....
Ok ini dia pintu masuknya, kat bangunan Maruhan juga. 
tu tangan KH tunjuk, kiter kena ikut Sakaisuji Line katanya.....Masuk dalam ikut je arahan menuju ke huruf K tu. 
Untuk pergi ke Muzium Osaka guna OAP:
Sakaisuji Line: Dobutsuen-Me Station (K19) (Platform 2)-(*8 Station)--> Tenjimbashisujiroku- chome Station (K11)--> exit 8
Sakaisuji Line bermula dengan Kod "K"-Line warna Coklat. Yang aku bulatkan berwarna hijau tempat kami bermula iaitu Dobutsuen-Me Station (K19) menuju ke Tenjimbashisujiroku- chome Station (K11)
Tap kan OAP kiter....
OAP untuk 1 hari....
Turun bawah untuk tunggu train
Sampai tertido kawan kiter sebab bangun awal pagi tadi😅
A, KP, KH pula dapat tempat duduk diapit jejaka handsome.....😅
Dah sampai cari exit 8 untuk keluar
Naik lif Tingkat 8...Tengok tangga tu, bayangkan kalo tak ader lif, jenuh nak mendaki tangga...
Adihhh....tutup rupanya. Cemana ni ble lupa ari ani hari 2. Inda apa tah mai tah kitani ke Osaka Castle pulang.....

Kalo buka, kat Muzium Osaka ni kiter boleh tengok gambaran tentang rekabentuk rumah dan cara hidup pada zaman Maharaja Edo, Meiji, Taisho dan Showa. Di buka setiap hari kecuali hari selasa dan cuti umum dari jam 1000 am- 500 pm. Bayaran Masuk adalah Y600 (Dewasa), Y300 (pelajar sekolah, universiti) dan percuma bagi Penduduk Osaka berumur 65 tahun. Tapi kalo ada OAP tak perlu bayar dah. 
OSAKA CASTLE

Kemudiannya kami meneruskan perjalanan ke Osaka Castle pula. Caranya ialah kami balik ke pangkal jalan di bawah tanah tadi, dan kemudian mengambil semula metro Sakaisuji Line, menuju ke Tanimachiyon Chome Station. Sebenarnya dengan OAP ada 3 cara membolehkan kita sampai ke Osaka Castle, dan 2 daripadanya akan turun di Temmabashi Station. Paling mudah sebenarnya kena guna Tanimachi line (unggu) dari Tenjimbashisujiroku- chome Station tadi. Tapi tak tau la mungkin tak nampak kot, laluan unggu tu. Tak pe la, apa pun line ko akan ambil, pengakhirannya akan sampai di tempat yang sama cuma satu beza pada cepat atau lambat aje la.

Sakaisuji Line: Tenjimbashisujirokuchome Station (K11-coklat), (4 pit stop)---->Sakaisuji Hommanchi Station: Tukar line ke Chuo line (hijau), Platform 1, 2 pit stop --> Tanimachiyonchome Station


Kos Sehala: Y230 (jika beli tiket seperti biasa)

Lukisan pelajar di dinding jalan bawah tanah. Aku tak faham maksudnya, tapi mungkin juga karya hasil dari sesuatu pertandingan lukisan. Sepanjang kat sana banyak aku tengok di laluan bawah tanah ni di pamerkan lukisan pelajar. 
Berbincang laluan mana nak digunakan

Kelihatan seorang lelaki menawarkan perkhidmatan bas untuk membawa pelancong naik ke perkarangan istana


Sampai aje di luar, Imej gagah Istana Osaka sudah mula menampakkan diri nya. Tapi nunnnnnn........jauh di sana. Beberapa orang sedang menawarkan kepada kami perkhidmatan mini tram, dari bawah ni sampai la ke atas sana. Harga aku tak ingat. Kami pun bersetuju, balik nanti baru jalan kaki..

sisi menarik di luar istana. Kelihatan sebatang sungai dan tembok tinggi menjadi benteng pertahanan istana.
Bas tu akan turun kan sampai sini je, epastu kena jalan kaki pula naik ke perkarangan istana. 
Istana Osaka sebenarnya terletak di dalam Taman Istana Osaka. Ianya berada di hujung utara Uemachi. Ia merupakan sebuah bangunan peninggalan budaya yang dilindungi oleh pemerintah Japan. Menara utama istana menjadi simbol kota Osaka. Oleh kerana kedudukannya yang tinggi di atas bukit maka, selain menjadi istana raja ia juga berfungsi sebagai benteng pertahanan sejak zaman Azuchi Momoyama hingga zaman Edo. Istana Osaka yang ada sekarang adalah menara utama yang dilindungi oleh 2 lapis tembok tinggi yang dikelilingi oleh 2 lapis parit. Air sungai Yodo di ambil untuk mengairi parit tersebut.

Ader pakej untuk menyusur sungai menaiki bot
Rasanya kami terlewat beberapa minggu. Yang mana 2 minggu sebelum kami sampai, dikhabarkan kawasan ini antara yang sangat meriah dengan pokok berwarna merah-kuning. 
Sejarah Istana Osaka bermula Pada tahun 1496 yang mana sami Buddha yang bernama Rennyo, membina rumah kediaman sami di lokasi yang bernama Osaka. Sami Rennyo yang mempunyai banyak pengikut kemudiannya memperluaskan rumah kediamannya menjadi kuil besar bernama Osaka Honganji (Ishiyama Honganji). Pada zaman Sengoku (1583), Oda Nobunaga membina istana di lokasi yang menempati runtuhan kuil Osaka Honganji. Pada waktu itu, benteng utama (Honmaru) yang dibina dari batu-batu besar diselesaikan dalam tempoh satu setengah tahun. Istana ini kemudian dinamakan Istana Osaka. Pada abad ke-17, pemukiman penduduk yang bertempat di sekitar Istana
Osaka berkembang menjadi sebuah bandar, yang kemudian menjadi semakin luas hingga dijadikan sebuah wilayah di abad ke-19.

*Saduran: https://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_kota_Osaka
Tidak dibenarkan mengambil gambar apabila tiba di tingkat 3 (bahagian dalam) tetapi kita boleh mengambil gambar pemandangan di luar istana. Diperkarangan istana pula kita dihiburkan dengan persembahan muzik tradisional Jepun. 

Pembinaan istana Osaka terbahagi kepada 3 generasi. Pada zaman generasi 1, pembinaannya mengambil masa 15 tahun untuk siap. Pada ketika itu, istana Osaka sangat luas berbanding dengan istana yang ada sekarang. Menurut catatan sejarah, Istana Osaka merupakan bangunan istana yang paling megah yang tiada tandingan pada zaman itu, menara utamanya terdiri daripada 5 tingkat yang atapnya dilapisi dengan emas. Sebelum Toyotomi Hideyoshi meninggal, pembinaan Istana Osaka diteruskan dengan memperluaskan lagi pertahanan paling luar di istana Osaka, dimana tembok tinggi dibina daripada tanah yang dikeraskan. manakala 3 parit digali untuk memperkuatkan lagi pertahanan istana. Setelah Toyotomi Hideyoshi meninggal (1599), anak lelakinya yang bernama Toyotomi Hideyori diangkat menjadi Maharaja. Namun pada tahun 1615, Toyotomi Hideyori kalah dalam pertempuran dengan Tokugawa Ieyasu. Akibat kekalahan tersebut, Toyotomi Hideyori telah membunuh diri bersama-sama ibunya yang bernama Yodo dono. Tokugawa Ieyasu kemudian menghancurkan Istana Osaka yang baru saja selesai dibina.
 
Gambar atas tu di ambil dari atas menara...
kakak berlatar belakangkan istana. 
Berjalan pulang ke pangkal jalan....
Pemerintah Meiji pula merupakan pembinaan istana generasi 3. Ia menggunakan kawasan di dalam runtuhan Istana Osaka sebagai kemudahan ketenteraan dan rakyat biasa dilarang masuk. Pada tahun 1928, datuk bandar Osaka, pada ketika itu yang bernama Seki Hajime, mengusulkan agar Istana Osaka dibina semula. Dari hasil sumbangan penduduk Osaka maka terkumpul wang sebanyak 1,500,000 yen yang digunakan untuk memindahkan kemudahan divisyen IV tentera darat Jepun dan membina menara utama. Pada tahun 1931, Istana Osaka dibangun kembali dengan menggunakan konkrit keluli. Walaupun bangunannya berada di atas asas istana yang dibina pada zaman Tokugawa, menara utama Istana Osaka dibuat menyerupai dengan gambar asli Istana Osaka yang dibangun Toyotomi Hideyoshi.

Projek pembaikan menara utama Istana Osaka merupakan projek pembaikan istana yang pertama dilakukan di zaman Showa. Dari tingkat 1- 4, dinding menara utama Istana Osaka menggunakan plaster berwarna putih gaya zaman Tokugawa, manakala tingkat 5 menggunakan varnis berwarna hitam gaya zaman Toyotomi yang hiasan gambar harimau dan burung Jenjang dari lembaran kertas emas. Setelah menara utama selesai dibina, di dalamnya dijadikan muzium barang-barang peninggalan bersejarah Toyotomi Hideyoshi.

Pada tahun 1948, selepas zaman penjajahan tamat, Istana Osaka dikembalikan kepada pemerintah Jepun dan mula dibaik pulih. Parit luar dan daerah luas yang ada disekeliling Istana Osaka dijadikan Taman Istana Osaka. Pada tahun 1950, setelah angin taufan Jane merosakkan Istana Osaka, pemerintah Jepun mula serius melakukan projek pemulihan dan penelitian secara ilmiah. Pada tahun 1959, penggalian arkeologi berjaya menemui sisa-sisa runtuhan bangunan zaman Toyotomi Hideyoshi. Projek pemulihan Istana Osaka mengambil masa 3 tahun, bermula tahun 1995 dan selesai pada tahun 1997, yang antara lain membangun kemudahan lif untuk orang cacat, orang lanjut usia dan rombongan pelancong. Menara utama Istana Osaka yang ada kini sudah berusia lebih 70 tahun. Jika dibandingkan dengan menara utama yang dibangun pada zaman Toyotomi atau zaman Tokugawa, menara utama yang dibangun di zaman Showa merupakan bangunan menara utama yang paling lama bertahan. Walaupun terletak di dalam lingkungan taman atau di sekitar Istana Osaka yang ada sekarang, sehingga kini, kedudukan sebenar istana generasi pertama yang dibina oleh Toyotomi Hideyoshi masih belum diketahui. Istana Osaka generasi pertama mungkin wujud di sekitar parit luar (sotobori), di bawah jalan raya, atau di bawah tanah kompleks pejabat Osaka Business Park (OBP) yang tidak dilakukan penggalian arkeologi.

*Sekian saduran dari: https://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_kota_Osaka
Jumpa tempat strategik untuk solat dan makan
Balik untuk ke destinasi seterusnya....
Oleh kerana sekarang sudah mula masuk winter, waktu siang semakin pendek, jam 4 lebih dah mula remang2 senja. ...

bersambung......

No comments:

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...