15 Dec 2017
Hari: 2
Sopo Guru Tatea Bulan
Nampak tak hidangan ni......?? Emm, simple tapi menyelerakan. Aku tak ingat kitorang singgah lunch kat mana tapi rasanyer sebelum pegi naik Holbung, singgah macam kat pekan. Kedai makan tu kecik je, kebetulan ramai orang, kiter pun makan kat luar kedai. Alhamdulillah, boleh la buat tenaga mendaki Holbung nanti....😅
|
Hidangan |
Lepas makan tu kitorang terus ke Sopo Guru Tatea Bulan (Kalo salah tolong betulkan ya). Singgah sekejap je kat sini. Amik gambaq dan kemudian blah gi Holbung pula. Dari sini boleh nampak Pemandangan menarik Gunung Pusuk Buhit dan kemudian kat bawah sana terbentang luas saujana mata memandang sawah padi Kampung Sianjur Mula-Mula. Agak tergeliat juga nak sebut nama panjang Sopo Guru. Sopo Guru Tatea Bulan atau Rumah Guru Tatea Bulan (Keturunan Pertama Raja Batak), dibina pada tahun 1995 oleh Dewan Pengurus Pusat Punguan Pomparan Guru Tatea Bulan. Bangunan ini terletak di Bukit Sulatti (di bawah Pusuk Buhit), dan di dalam bangunan ini terdapat sejumlah patung keturunan Raja Batak beserta dengan replika kenderaan Raja Batak dan pengawalnya. Kenderaan itu antaranya ialah naga, gajah, singa, harimau dan kuda. Guru Tatea Bulan tu sebenarnya adalah nama putera pertama dari Si Raja Batak yang beristerikan si Boru Baso Burning.
|
sawah pagi |
|
Dari puncak bukit |
|
Tak pegi pun masuk kat rumah tu... |
|
air sungai... |
Rumah yang dibina di atas bukit ini diperbuat daripada kayu, manakala tangga dibina menggunakan batu tetapi menggunakan ijuk/ serat kelapa sawit (I tanya kat Pakcik goggle, tak tau betul ke tidak) sebagai atap. Di Sopo Guru Tatea Bulan ni, terdapat patung-patung keturunan
Siraja Batak, seperti Patung Saribu raja sepasang dengan isterinya,
Patung keturunan Limbong Mulana, Patung Segala Raja serta Patung Silau
Raja. Berdasarkan kepercayaan masyarakat Batak marga-marga yang ada
sekarang ini berasal dari keturunan Siraja Batak.
|
Kami |
|
tak abis2 dengan latar sawah padinyer... |
|
sumber:http://brigitashere.blogspot.com/2017/05/saksi-bisu-cerita-sakti-sang-raja.html |
|
sumber: http://brigitashere.blogspot.com/2017/05/saksi-bisu-cerita-sakti-sang-raja.html |
Bukit Holbung
Ini satu lagi wisata yang ada di Pulau Samosir. Bukit Holbung atau juga terkenal dengan panggilan Bukit Cinta atau Bukit Teletubbies, terletak
di Janji Marhatan, sebuah kampung di tepi Danau Toba yang masih memelihara adat dan kebudayaan, kira-kira 12 km dari Sopo Guru tadi. 30 minit je ke sini. Jadi kalo orang ajak, "Jom g Bukit Cinta", Haa...Itulah dier Bukit Holbuang. Kalo dah sampai Medan, jangan skip tempat ni tau, korang mesti jatuh cinta punya dengan lanskap yang menjerat hati. Sungguh! 😍 Dari puncak Bukit Holbung, terbentang luas tasik membiru yang tenang di sapa bayu, dikelilingi pula beberapa bukit yang menjulang di asak magma klasik di perut bumi.
Oleh kerana Pulau Samosir terletak di atas tasik maka kita dapat menikmati keindahannya dari beberapa lokasi, misalnya di daerah
Simalungun, Karo, Dairi, Humbang
Hasundutan, Tapanuli Utara, Samosir dan Toba Samosir. Secara langsung, Keindahan Tasik Toba membawa impak besar terhadap industri pelancongan di beberapa daerah ini.
|
Tasik Toba |
|
Dari sisi lain |
|
Semangat kami naik Holbung. Holbung ni tak la securam menuruni Tunnel Beach....yang ini santai je kiter naik dan turun, tak sakit kaki. |
Dulu bukit Holbung tak begitu dikenali tapi sejak beberapa tahun yang lalu namanya meniti dari mulut kemulut, akhirnya melonjak naik, menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik. Untungnya ada media sosial yang memainkan peranan penting agar bukit ini sering dikunjungi pelancong tempatan mahupun luar. Istimewanya di sini pengunjung
boleh camping untuk menikmati panorama indah Tasik Toba yang
luas. Apatah lagi bila melihat Pesona matahari terbit dan terbenam di garisan horizon, uhhh pasti rasa nak bina rumah je kat sini. 😁 Jangan risau, nak camping kat sini memang tak dibenarkan berdua2an dengan bukan muhrim. Tent ble bawa sendiri atau ble sewa. Ader beberapa agent yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
|
Kuintai perkampungan di bawah sana dari balik lalang....😝 |
|
cantiknyer la aihhh.... |
|
Kelihatan Rumah Judika berwarna putih di bawah sana |
Bukit Holbung ni mempunyai karektor tersendiri. Kawasan tanah tinggi yang kaya dengan hamparan rumput hijau bak permaidani. Tak ada satu pun pokok tinggi di atas bukit ni. Sambil mendaki tu, aku tertanya2 juga, dari mana datangnya nama "Cinta" tu? Holbung= Cinta, beza kot. ker Holbung tu dalam bahasa Batak adalah Cinta? Bila sampai ke puncak dan membuang pandang ke Tasik baru la aku dapat tangkap makna "Cinta" tu. Bila kiter berada di satu sudut, kiter akan nampak pemandangan Tasik toba yang membentuk simbol 💌. Nasib kami agak baik, ketika naik ke sini, cuaca agak redup, nak hujan. Kalo tiba2 hujan, memang lecun la sebab tak ader tempat berlindung kat sini.
|
nampak tak simbol 💌 |
|
sisi lain |
|
kelihatan Masjid di bawah sana. |
Ok jom tengok gambar....
|
dot2 putih kat belang aku tu, kambing makan rumput. Rindu pula NZ..... |
|
Kak D yang punya semangat yang tinggi |
|
Kak T minat tengok citer Korea |
|
Kak T yang sentiasa ceria |
|
Berlatar belakangkan Kg Sihotang |
|
Kami 3 orang |
|
Berlatar belakangkan jalan masuk ke Holbung |
|
ehhhhh...senget pula |
|
kami 4 orang |
Dah itu je....
Bersambung......
Rujukan:
https://jtonang.wordpress.com/tarombo-batak/guru-tatea-bulan/
http://brigitashere.blogspot.com/2017/05/saksi-bisu-cerita-sakti-sang-raja.html
http://medan.tribunnews.com/2017/12/14/wow-bukit-teletubbies-di-tiga-kota-ini-jadi-spot-foto-instagramable-loh
No comments:
Post a Comment